Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

3.

0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERMAINAN HOKI

3.1 PENYERTAAN DAN KOMPOSISI PASUKAN

3.1.1 setiap perlawanan dimainkan antara dua buah pasukan.

3.1.2 setiap pasukan hanya boleh menggunakan 11 orang pemain


pada setiap masa

3.1.3 pemain boleh diganti tetapi bilangan pemain dalam padang


tidak boleh melebihi 11 orang

1.4 Setiap pasukan mesti mempunyai seorang penjaga gol pada


setiap masa permainan. Jika penjaga gol tercedera, Ia mesti
diganti oleh seorang penjaga gol yang lain

1.5 jika penjaga gol diarah keluar padang oleh pengadil, ia mesti
diganti oleh salah seorang daripada pemain dalam padang dan
pasukan I tu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain

3.2 KETUA PASUKAN

3.2.1 setiap pasukan mesti melantik seorang pemain sebagai ketua


atau kapten

3.2.2 jika kapten terpaksa keluar padang kerana cedera atau dihukum
keluar, seorang pemain yang lain terpaksa mengambil alih
tugas kaptenbuat dengan sempurna

3.2.3 tugas kapten adalah untuk menjaga kelakuan semua pemain


dan memastikan gantian pemain d

3.3 PENDAFTARAN PEMAIN

3.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengandungi 18 orang pemain.

3.3.2 Semua peserta hendaklah mempunyai dokumen yang sah bagi


membuktikan kelayakannya.

3.3.3 Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain yang tidak


didaftarkan seperti pendaftaran asal pasukan , maka pasukan
tersebut akan didenda atau disingkirkan dari pertandingan
tanpa menunggu bantahan

4
3.3.4 Semua pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
empat (4) orang  pemain semasa hendak dimulakan
perlawanan. Pasukan yang mengandungi kurang daripada
empat orang pemain akan dikira kalah dan diberi kemenangan
percuma kepada pasukan lawannya.

3.3.5 Sekiranya kedua-dua pasukan mengandungi kurang daripada


empat orang pemain maka perlawanan akan ditunda dan kedua
– dua pasukan akan didenda.

3.4   SENARAI NAMA PEMAIN:

3.4.1 Ketua pasukan hendaklah meyerahkan satu senarai nama


pemain tidak lebih daripada 8 orang pemain serta dengan
nombor baju yang dipakainya kepada pengawai teknikal
sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan. Ketua pasukan
hendaklah memakai ARM BAND.

3.5  MASA
3.5.1 Semua perlawanan akan di jalankan selama 5 minit x 5 minit =
10 minit   bagi tiap-tiap separuh masa dengan rehat selama 3
minit.

3.6 PERLAWANAN
3.6.1 Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa     Pertandingan dan Teknik. Sebarang
pertukaran masa akan diberitahu lebih awal kepada pasukan
yang terlibat.

3.6.2 Hanya lima minit sahaja lanjutan masa tambahan daripada


masa yang ditetapkan akan diberi kepada pasukan-
pasukan untuk hadir di dalam padan sebelum perlawanan
dimulakan. Jika gagal berbuat demikian, maka kemenangan
akan diberi kepada pasukan yang hadir di dalam padang.

5
3.7 PERTUKARAN

  3.7.1 Pertukaran di jalankan secara “rolling” sistem.

3.8 TUAN RUMAH

8.1 Pasukan yang namanya mula-mula tertulis didalam jadual


pertandingan ialah menjadi pasukan tuan rumah..

3.9 PAKAIAN PEMAIN

3.9.1 Penjaga Gol diwajibkan memakai ‘face-mask’.perlindungan


kepala diwajibkan untuk penjaga gol kecuali ketika menghadapi
penalty stroke. Pakain penjaga gol juga mesti berlainan dengan
pemain pasukan sendiri dan pihak lawan

3.9.2 Semua pemain lain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang


perlawanan.

3.9.3 Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt


(wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan. Jika pemain
memakai
tambahan ia hendaklah dari warna yang sama.

3.9.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi yang
berlainan
warna dan setiap jersi hendaklah bernombor dari nombor 1
hingga 16.
Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang dan di
hadapan.

3.9.5 Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang


sama, maka satu daripada pasukan hendaklah menukar
jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan
diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi
mengelakkan jersi yang sama warna.

3.9.6 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai kasut getah atau


‘boots’ yang berstud getah.

3.9.7 Pemain-pemain perempuan tidak dibenarkan memakai ‘tights’


atau seluar pendek ketika bermain.
6
3.10 SISTEM PERTANDINGAN

3.10.1 pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan. Jika
pasukan melebihi 10 pasukan maka pihak penganjur akan
mengadakan dua kumpulan. Johan setiap kumpulan layak
memasuki pertandingan akhir.

3.10.2 Tiga (3) mata akan diberi untuk setiap kemenangan dan satu
mata untuk permainan yang seri.

3.10.3  Perbezaan gol yang lebih (goal difference) akan dianggap


sebagai pemenang.

3.10.4 Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol


yang sama. (goal difference is the same) pasukan yang
menjaringkan bilangan terbanyak sekali akan di anggap sebagai
pemenang.

3.10.5 Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi bilangan gol


yang sama , pasukan yang kena (goal conceded) bilangan gol
yang kurang akan dianggap sebagai pemenang.

3.10.6 Jikalau kedua-dua pasukan memperolehi bilangan yang sama


juga, (goal conceded is the same) pasukan yang mengalahkan
lawannya akan dianggap sebagai pemenang.

3.10.7 Jika perlawanan akhir berkesudahan seri selepas masa


sebenar maka “MASA BAHAN” 3-1-3 MINIT akan diberikan.
Dalam masa tambahan ini, ”PERATURAN SUDDEN DEATH”
AKAN DIKUATKUASAKAN yang mana perlawanan ini akan
ditamatkan jika mana-mana pasukan menjaringkan gol pertama.
Jika kedudukan masih seri tanpa jaringan gol  maka “SISTEM
PENALTI STROKE” hendaklah dijalankan bagi menentukan
“MENANG KALAH” pasukan tersebut. Jumlah penalti stroke
ialah 3 untuk setiap pasukan. Jika keputusan kekal maka
penalti stroke sudden death akan dijalankan.
 

3.11 CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

3.11.1 Sistem Liga


Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

7
3.11.2 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan
daripada jumlah mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri
pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan seperti
berikut:-

a) keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu


jumlah gol yang dijaring tolak jumlah gol yang kena;
b) jika kedudukan masih seri maka keputusan akan
ditentukan secara mengambil kira keputusan perlawanan
di antara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya.

3.11.3 Sistem Kalah Mati;

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika


keputusannya berakhir dengan seri, maka kepuusan
pertandingan akan ditentukan seperti berikut;-

Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar


kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan
dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.

Undang-undang yang meliputi pukulan tengah dan pengantian,


seperti terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan
dilaksanakan.

Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan


akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan
permainan selama lima (5) kedua tamat.

Setelah masa kedua-dua tambahan tamat dan keputusan masih


seri, 5 pukulan penalti secara bergilir-gilir akan diberikan. Andai
masih seri pasukan yang dapat menjaring dahulu dikira
pemenang.

3.12 PENANGGUHAN PERLAWANAN

3.12.1 Sekiranya Pengadil-pengadil menangguhkan perlawanan


disebabkan
keadaan cuaca atau sebagainya, perlawanan tersebut
sewajarnya
diteruskan secepat mungkin dan tidak semestinya ditempat
yang sama

8
dan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

3.12.1.1 Perlawanan itu disambung sehingga tamat masa


penuh

3.12.1.2 Kedudukan lain seperti penggantian pemain dan


pemain yang menerima kad diteruskan seolah-olah
perlawanan tersebut tidak ditangguhkan.

3.12.2 Jawatankuasa berhak untuk menangguh atau meminda mana-


mana perlawanan tanpa memberi sebarang alasan.

3.12.3 Sekiranya pengadil berpendapat padang tidak sesuai untuk


permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal
lain yang tidak dijangkakan maka perlawanan tersebut akan
dihentikan dan Jawatankuasa  Pertandingan akan menetapkan
tarikh / masa yang lain untuk perlawanan yang ditangguhkan
itu.

3.12.4 Jika perlawanan ditangguhkan sebelum separuh masa pertam


permainan ditamatkan maka perlawanan semula akan diadakan
dengan tidak mengambilkira apa-apa keputusan yang berlaku.

3.12.5 Jika perlawanan ditangguhkan selepas separuh masa


kedua berlangsung maka keputusan perlawanan semasa kekal.

3.13 PEMAIN GANTIAN

3.13.1 Setiap pasukan dibenarkan membuat gantian pemain pada bila-


bila masa di sepanjang sesuatu perlawanan. Pemain gantian itu
hendaklah terdiri daripada pemain-pemain yang disenaraikan
dalam borang pendaftaran. Apabila seseorang pemain itu
diganti, ia harus bersama-sama dengan pemain gantian yang
lain dibangku pemain gantian. Seseorang pemain yang diganti
dibenarkan bermain semula untuk menggantikan seseorang
pemain lain dalam permainan yang berkenaan (Roling
Substitution). Seseorang pemain yang diganti boleh diturunkan
itu diturunkan semasa pertandingan pukulan penalti.
9
3.13.2 Penggantian seseorang pemain boleh dilakukan dengan
kebenaran Pegawai Teknikal yang bertugas untuk perlawanan
tesebut. Pemain gantian itu tidak dibenarkan ke arena
perlawanan sehingga pemain yang digantikan itu keluar dari
arena permainan.

3.13.3 Hanya seorang Penjaga Gol sahaja dibenarkan berada di arena


permainan pada sesuatu masa.

3.13.4 Seorang pemain yang telah digantung tidak boleh diganti dan
dia juga tidak boleh diturunkan sebagai pemain gantian
sepanjang tempoh penggantungannya.

3.13.5 Permainan/masa tidak akan diberhentikan untuk gantian


pemain kecuali untuk menggantikan seseorang pemain yang
mengalami kecederaan yang serius dan Penjaga Gol. Ini
bergantung kepada budi bicara Pengadil yang berkenaan.

3.13.6 Pemain-pemain gantian harus masuk atau keluar arena


permainan di kawasan garisan tengah berhadapan dengan
meja wakil teknikal kecuali penggantian Penjaga Gol boleh
dilakukan di kawasan Penjaga Gol. Jika gantian pemain
dilakukan bagi pemain yang mengalami kecederaan yang
serius, kawalan keluar masuk pemain adalah bergantung di
atas budi bicara Pengadil.

3.13.7 Pemain yang cedera tidak dibenarkan diberi rawatan dalam


padang.

3.13.8 Pakaian yang mempunyai kesan darah tidak dibenarkan


dipakai semasa bermain. Pengurus Pasukan hendaklah
membawa pakaian gantian tambahan yang tidak bernombor.

3.14 MENARIK DIRI

3.14.1 Setiap pasukan hendaklah melaporkan diri di padang


perlawanan tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan
dimulakan.

3.14.2 Jika pasukan yang berkenaan tidak melaporkan diri lima belas
(15) minit yang dijadualkan itu tanpa memberi sebab yang
munasabah, maka pasukan itu dianggap menarik diri dan
memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak
lawannya.
10
3.14.3 Pasukan yang melakukan menurut para 13.1 dan 13.2 diatas
akan diambil tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Kecil
Teknikal dan Pertandingan dan semua keputusan terdahulu
tidak diambil kira.

3.15 LEMBAGA TATATERTIB

3.15.1 Sistem mata demerit akan dijalankan untuk dikuatkuasakan


sepanjang kejohanan.

  Kad Kuning    -           3 mata

     Kad Merah      -           8 mata

3.15.2 Tindakan tatatertib akan diambil berdasarkan sistem mata


demerit.

  6   mata         -           Penggantungan 1 perlawanan

    8   mata         -           Penggantungan 2 perlawanan

    14 mata         -           Penggantungan 3 perlawanan

3.16 BANTAHAN

3.16.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus


Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan
hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan sejumlah
wang yang telah ditetapkan

3.16.2 Wang pertaruhan akan luput bantahan yang dikemukakan itu


didapati tidak wajar. Wang itu akan dikembalikan sebanyak 70%
jika benar bantahannya.

3.16.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah


Pertandingan yang bertugas pada masa itu dalam masa
sepuluh (10) minit selepas pertandingan itu tamat.

3.16.4 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana


pasukan ingin membuat bantahan, maka bantahan hendaklah
dikemukakan secara lisan kepada Pengarah Pertandingan atau
wakilnya. Pengurus Pasukan mestilah menulis perkataan yang

11
berbunyi ‘Ingin Bantah’ semasa menandatangani Laporan
Perlawanan.
3.16.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan/Rayuan adalah muktamad.

3.17 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB

3.17.1 Jawatankuasa rayuan terdiri daripada


17.1.1 Pengarah Pertandingan
17.1.2 Pegawai Teknikal
17.1.3 Pengurus Pengadil
17.1.4 Setiausaha jika perlu

3.17.2 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan


sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu
keputusan.

3.17.3 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib akan bersidang setelah


menerima laporan daripada Pengadil atau Pegawai
Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan
tatatertib perlu diambil.

3.18 KUASA JAWATANKUASA

3.18.1 Jawatankuasa adalah berkuasa bagi mentafsirkan Undang-


undang kecil yang  tidak tercatat. Semua keputusan dan
ketetapan oleh Jawatankuasa adalah muktamad dan tidak lagi
tertakluk kepada apa-apa rayuan, pengadilan atau dalam hal
lain.

3.19 PINDAAN

3.19.1 Pindaan atau tambahan kepada undang-undang kecil tidak


boleh dibuat  melainkan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pertandingan ini.

3.20.      HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

3.20.1 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini tidak layak untuk
membuat tuntutan gantirugi dan sebagainya dimana-mana
12
mahkamah sekalipun jika berlaku sebarang kemalangan sebelum
semasa dan selepas  pertandingan.

3.20.2 Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-


peraturan ini atau soal perbezaan taksiran mengenai peraturan ini
hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa yang
keputusannya adalah muktamad.

3.21  PASUKAN DAN JUMLAH MASA

3.21.1 2 pasukan mengandungi 8 orang pemain setiap satu. Sewaktu


perlawanan setiap pasukan mesti mempunyai

minimum     -           4 orang pemain

maksimum  -           5 orang pemain

3.21.2 Pertukaran pemain hanya dibenarkan apabila

a)      gol dijaringkan atau melintasi garisan belakang,

b)      rehat

c)      pemain tercedera

3.21.3 Jumlah masa permainan -  2 bahagian masa yang sama


selama 5 minit setiap satu. 5–3-5(Masa dihentikan  apabila
bola keluar padang permainan) penalti stroke dan penalti corner
ditamatkan (rehat/masa penuh tamat)

* Melanggar undang – undang diatas – P.C terhadap pasukan


terbabit

3.22 PENGADIL DAN PENJAGA MASA

3.22.1 Sewaktu penalti corner, pengadil yang bertanggungjawab akan


dibantu oleh rakannya yang akan hanya meniup apabila jelas
ternampak kesalahan dilakukan oleh penyerang.

13
3.22.2 Permainan advantej digalakkan namun permainan bahaya
menggunakan kayu, badan atau sebagainya perlu diambil
tindakan.

3.22.3 Penalti stroke bermakna masa dihentikan.

3.23 BANGKU PEMAIN SIMPANAN

3.23.1 Jumlah orang yang dibenarkan berada di bangku pemain


simpanan

-  maksima 4 orang pemain

           -  Maksima 2 orang pegawai pasukan.

3.24 Permulaan permainan dan memulakan semula permainan.

3.24.1 *    Permulaan     -     pihak lawan berada 3 meter dari bola

*    Buli    -    Semua pemain yang tidak mengambil buli mesti


berada sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat
buli.

3.24.2 Berlaku kekalutan dalam D maka buli diadakan di luar D


bertentangan garisan tengah gol.

3.25 MENJARINGKAN GOL

3.25.1 Hanya tolakan dan menceduk yang tidak merbahaya untuk


menjaringkan gol sahaja dibenarkan.

3.26 SALAH LAKU PEMAIN

3.26.1 Pemain tidak dibenarkan memukul bola.

3.26.2 Pemain tidak dibenarkan baring di atas padang sewaktu


permainan.

3.26.3 Pemain tidak dibenarkan berada dalam kawasan kecil gol pada
sepanjang masa.

3.26.4 Penalti

14
3.26.4.1 Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan sendiri–
P.C untuk penyerang.

3.26.4.2 Kesalahan dalam D – P.C atau P.S jika kesalahan


disengajakan

3.26.4.3 Kad kuning – Tidak kurang dari 2 minit dan tidak lebih
dari 5 minit.

3.26.4.4 Jika pemain simpanan dikenakan kad kuning maka


salah seorang pemain di dalam padang permainan
perlu dikeluarkan dan tidak boleh digantikan. Ia hanya
boleh dimasukkan semula bila masa penggantungan
tamat.

3.26.4.5 Kad merah (permainan semasa) – Sama seperti kad kuning


tetapi pasukan akan menamatkan permainan dengan
kekurangan seorang pemain.

3.27 TOLAKAN PERCUMA

3.27.1 Di mana sahaja kawasan permainan – pihak lawan berada


sejauh 3 meter dari tempat tolakan.
3.27.2 Dalam jarak 3 meter dari D untuk penyerang – semua pemain
mesti berada dalam jarak 3 meter dari bola.

3.27.3 Jika kesalahan berlaku dalam D oleh penyerang – tolakan boleh


diambil dari dalam D.

3.27.4 Melambatkan masa permainan- P.C jika diluar D.

3.27.5 Sewaktu P.C – bola mesti dimatikan seketika (dalam atau luar
D) sebelum cubaan menjaringkan gol dibenarkan.

3.27.6 Jika bola melintasi garisan tengah maka undang-undang P.C


tamat.

 3.28       PENALTI STROKE-UBAHSUAI

3.28.1 P.S boleh dikenakan jika pemain terbabit melakukan kesalahan


serius dengan sengaja atau tidak bersemangat kesukanan
dimana sahaja dalam padang permainan.

15
 

3.28.2 Sewaktu P.S – hanya tolakan sahaja dibenarkan. Kedudukan


sama seperti permainan padang biasa.

3.28.3 Tidak dibenarkan mengheret bola sewaktu P.S.

3.28.4 Jika tiada gol maka tolakan percuma untuk pertahanan.

3.29 BOLA DILUAR PADANG PERMAINAN

3.29.1 Keluar garisan tepi.

29.1.1 dimana sahaja – tolakan dikawasan bola keluar.

29.1.2 Berhampiran D – Semua pemain mesti berada 3 meter jauh dari


bola kecuali pemain yang mengambil tolakan.

3.29.2 Keluar garisan gol atau garisan belakang.

3.29.2.1 Oleh penyerang atau secara tidak sengaja oleh pertahanan –


tolakan percuma untuk pihak pertahanan.

3.29.2.2 Secara sengaja oleh pertahanan – dari mana–mana bahagian


padang maka P.C akan diberikan.

3.29.2.3 Dengan tidak sengaja daripada kayu-permainan dimulakan


dengan satu penahanan atau oleh penjaga gol, pukulan
percuma pasukan penyerang dari tanda lima meter yang
tedapat digarisan tepi berhampiran dengan tempat dimana
bola itu keluar.

 3.30 KELAKUAN , AKSI DAN GERAKAN YANG TIDAK DIBENARKAN

3.30.1 Bermain bola dengan bulat kayu(back stick).

3.30.2 Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki ditangan.

3.30.3 menggunakan kayu secara agresif, berbahaya atau


mengangkat tinggi kayu hoki.

3.30.4 Sentuh, pegang atau tangkap kayu atau pakaian pemain lawan

3.30.5 Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan, kecuali untuk


menjaringkan gol.
16
3.30.6 Kayu hoki yang lebih tinggi dari aras bahu.

3.30.7 Pemain lebih dekat dari 5 meter daripada pihak lawan yang
sedang menerima bola tinggi.

3.30.8 Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa


mereka menahan gol.

3.30.9 Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja semasa mengambil


pukulan sudut penalti atau strok penalti.

3.30.10 Membuang masa dengan sengaja.

3.30.11 Menghalang pemain lain.

3.30.12 Menahan, menyepak , menyentuh atau mengangkat bola


dengan mana-mana bahagian badan.

3.30.13 Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.

3.30.14 Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah


bola,pemain atau pengadil.

3.30.15 Penjaga gol baring di atas bola.

3.30.16 Penjaga gol bermain tanpa topi keledar atau kayu hoki.

3.30.17 Penjaga gol menyentuh bola diluar kawasan dengan tangan,


kaki atau mana-mana anggota badan.

3.31 PENALTI –PENALTI UNTUK FAUL-FAUL DI ATAS

3.31.1 jika berlaku diluar kawasan D, pukulan bebas diberi kepada


pasukan lawan. Pemain yang melakukannya boleh diberi
amaran.

3.31.2 Jika pada pendapat pengadil, faul itu dilakukan dengan sengaja
di dalam kawasan 23 meter oleh penahan, satu pukulan sudut
penalti akan diberikan kepada pihak lawan atau penyerang.

3.31.3 Jika dilakukan didalam kawasan D oleh penyerang, pukulan


bebas akan diberikan kapada pasukan pertahanan.

17
3.31.4 Jika dilakukan di dalam kawasan D oleh penahan, pukulan
sudut penalti akan diberikan kepada penyerang. Tetapi, jika
pada pendapat pengadil kesalahan-kesalahan itu dilakukan oleh
penahan dengan sengaja atau untuk selamatkan jaring gol,
pengadil akan memberi “strok” kepada penyerang.

3.31.5 Jika kesalahan-kesalahan seperti di atas dilakukan serentak


oleh pemain daripada kedua-dua pasukan, pengadil akan
mengarahkan kedua-dua pasukan, pengadil akan mengarahkan
kedua-dua pasukan membuat “tuli” untuk meneruskan
permainan. “buli” tersebut akan dilakukan ditempat kesalahan
itu berlaku.

3.31.6 Bagi permainan kasar, permainan berbahaya ataupun kelakuan


tidak sopan.

3.31.7 Selain penalti diatas, pengadil juga boleh

3.31.7.1 Memberi amaran kepada pemain. Dalam pertandingan,


pengadil menggunakan kad hijau bagi tujuan ini

3.31.7.2 Menggantungkan pemain sementara waktu yang tidak


kurang daripada 5 minit. Pengadil menggunakan kad
kuning bagi tujuan ini

3.31.7.3 Menggantungkan pemain daripada mengambil


bahagian lagi dalam permainan itu. Pengadil
menggunakan kad merah bagi tujuan ini

18

You might also like