Professional Documents
Culture Documents
Jenis Pendawaian
Jenis Pendawaian
UNIT 7
SISTEM PENDAWAIAN
OBJEKTIF
Objektif khusus :
7.0 PENGENALAN
Sistem permukaan
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-
kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.
Sistem tersembunyi
Bagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang
di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori-aksesori.
Sistem penyokong katenari
Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang
jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan
sistem ini masih diperlukan.
Sistem konduit
Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan
konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan
di dalamnya akan disalurkan kabel.
Sistem sesalur
Sistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang
menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya
bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di
permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
Sistem salur
Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang
menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang di
bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.
Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
Sistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistem
pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral
pelapik kuprum.
Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum
Pemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistem
pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas
pelapik plumbum.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 4
a) Sistem permukaan
i) Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal
ii) Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.
iii) Kos perbelanjaan murah.
iv) Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah
sedikit.
v) Kerosakan mekanikan kemungkinan berlaku amat kurang.
vi) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan
pendawaian.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
b) Sistem tersembunyi
i. Bekalan voltan jenis 1 fasa.
ii) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen
iii) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik
iv) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
v) Bilangan kabel yang perlu dipasang adalah banyak.
vi) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
d) Sistem konduit
i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu
bangunan terlalu banyak.
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.
e) Sistem sesalur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Bangunan besar dan bertingkat
iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 5
f) Sistem salur
i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada
masa akan datang.
v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
vii. Memerlukan perlindungan yang lebih.
AKTIVITI 7a
MAKLUMBALAS 7a
Jawapan :
INPUT 7b KAEDAH-KAEDAH
PEMASANGAN
a) Sistem permukaan
e) Sistem sesalur
f) Sistem salur
ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus
dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang
larian yang mengandungi bengkok atau offset.
Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
12a.
Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit daripada jadual 12d, mengikut panjang
larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian.
Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.
Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang
diberi di jadual 12e dan 12f, jumlah kabel yang perlu dipasang faktor
ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 12
AKTIVITI 7b
2) Nyatakan jenis kabel yang digunakan pada setiap sistem pendawaian berikut :
a) Sistem permukaan :
MAKLUMBALAS 7b
Jawapan :
1) Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan
membenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
Pada kebiasaanya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan
bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel
yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan
mekanikal ke atas kabel.
SISTEM PENDAWAIAN
INPUT 7c KAWASAN PERTANIAN
DAN TAPAK PEMBINAAN
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 16
AKTIVITI 7c
MAKLUMBALAS 7c
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 18
PEPASANGAN
INPUT 7d SEMENTARA
AKTIVITI 7d
MAKLUMBALAS 7d
Jawapan :
PENILAIAN KENDIRI – U7
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
SOALAN
SISTEM PENDAWAIAN E2001 / UNIT 7 / 22
MAKLUMBALAS - U7