Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Pengenalan

Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah
untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang
terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga
untuk disampaikan kepada orang lain.
 
Seorang negarawan atau pimpinan pula dapat diertikan sebagai seorang ketua,
ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan
dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak
kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan
kepada rakyatnya.
 
Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan
negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan
ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin
Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.
 
Sebagai Nabi dan Rasul
 Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-
Quran.
 Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar,
lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran
yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
 Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak
pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau
dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
 Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin,
jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
 Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -
 
Pengalaman Kanabian
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah
mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga
pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan
oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w
adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi.
Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina
Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman
baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.
 
Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh
sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib
mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang
berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu
Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang
bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan
menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.
 
Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu
Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s
(Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari
arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan
Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani.
Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan
masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan
dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut
agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.
 

Sejarah penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad

Allah S.W.T telah menurunkan wahyu kepada nabi dan rasul sebelum
baginda diutus menjadi rasul, sebagaimana firmannya :
Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai
Muhammad), sebagaiman kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh
dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya…[An-nisa 4:163]

Al-quran ialah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W


secara beransur-ansur. Ulama’ telah berbeza pendapat dalam menentukan
wahyu pertama dan terakhir yang diturunkan kepada baginda. Dalam konteks
wahyu pertama pendapat mereka adalah seperti berikut:

1. Pendapat pertama mengatakan ayat 1-5(Surah Al-Alaq,96)


2. Pendapat kedua mengatakan ayat 1-56 (Surah Al-Mudathir,74)
3. Pendapat ketiga menyatakan ayat (bimillahirrahmanirrahim)
4. Pendapat keempat mengatakan ayat surah Al-Fatihah kesuluruhannya.

Setiap pendapat ini ada hujah masing-masing. Jumhur ulama’ melihat


pendapat pertama sebagai yang paling rajih, berdasarkan sahih riwayat Aishah
yang menceritakan kisah penurunan wahyu pertama di gua Hira’.

Manakala dalam konteks wahyu terakhir pula perbezaan pendapat ulama’


lebih ketara. Antara pendapat tersebut ialah:

1. Ayat 287(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan riba.


2. Ayat 281(Surah Al-Baqarah.2) yang berkaitan dengan hari kematian dan
hari pembalasan di akhirat.
3. Ayat 282(Surah Al-Baqarah,2) yang berkaitan dengan hutang piutang.
4. Ayat 159(Surah Ali-Imran,3)
5. Ayat 176(Surah an-Nisa’)
6. Ayat 128-129(Surah At-Taubah,9)

Masalah penentuan wahyu terakhir sukar kerana kesemua pendapat


tersebut adalah ijtihad peribadi ulam’ yang dibuat secara andaian semata-mata,
bukan dalil yang dipastikan oleh syara’.
Bahkan Rasulullah S.A.W tidak pernah menentukan kepada mana-mana
sahabat bahawa sesuatu itu sebagai wahyu terakhir. Walaubagaimanapun
pendapat yang paling rajih ialah ayat:

Dan peliharalah dirimu dari huru hara hari kiamat yang padanya
kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan
balasan tiap-tipap seseorang menurut apa yang teah diusahakannya,
sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikit pun.(Al-Baqarah 2:281)

Pendapat ini dikatakan paling rajih kerana ayat tersebut diturunkan hanya
beberapa hari sebelum baginda Rasulullah wafat.

Wahyu umpama lampu yang menyuluh manusia ke jalan yang lurus.


Melalui wahyu-wahyu yang diturunkan ini terzahir peranan seorang rasul dalam
mengukuhkan pegangan syariat manusia.
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi (terhadap
umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi
amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagau penyeru (umat manusia
seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya, dan sebagai
lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang
menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka
akan beroleh limpah kurnia yang besar daripada Allah”.
(Surah Al-Ahzab: 45-47)
Peranan rasulullah

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-


alaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu
waTa’ala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau
katakan dan ajarkan kepada manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha


Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak
ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]

Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu


Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan
tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz
(harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka
yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan
yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil
dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.

Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:

"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad
yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal,
Al-Quran dan Hadis."
Manusia tidak boleh menerima peraturan dan undang-undang bagi
mentadbir apa-apa jua urusan pun selain dari disyariatkan oleh Allah S.W.T.
Oleh itu, Yang Maha Mengetahui segala peraturan dan hukum syariat bagi
mentadbir segala urusan itu ialah tuhan pencipta alam ini, dan kuasa hakimiyah
itu adalah disisi Allah SWT sahaja.

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai


Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran
(untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [az-
Zumar 39:41]

Al-Quran ialah kalamullah yang bermu’jizat diturunkan kepada Nabi


Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab diriwayatkan secara
mutawatir dan membaca hurufnya adalah ibadah bermula dari Surah Al-Fatihah
dan berakhir dengan Surah An-Nas. Untuk membuktikan kerasulan yang telah
dibawa, baginda dikurniakan mu’jizat. Di antaranya ialah baginda sering
menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat.
Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi
Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talib bahawa piagam pemulauan
tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai.
Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh
baginda itu benar-benar berlaku.

Mu’jizat yang diterima oleh baginda merupakan mu’jizat terbesar iaitu


mu’jizat ma’nawi. Kehebatan dan keagungan Al-Quran sebagai mu’jizat ma’nawi
dapat dilihat dari segi bahasa, isi kandungan dan ilmu pengetahuan yang
terkandung didalamnya. 

Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi


Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah
itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan
seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia
yang lain.

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

 Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada


orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah (al-Qur’an). [‘Ali Imran 3:164]

Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur’an.


Sepertimana yang kita tahu, al-Qur’an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam
kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail
turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut
kepada umat. Di kalangan mereka ada yang mencatitnya manakala yang lain
menghafalnya.

Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran


tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada
setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin
negara. Kita merasa bimbang kerana masalah buta huruf dalam negara umat
Islam masih tinggi termasuk tidak tahu membaca al-Quran. Oleh itu setiap
ibubapa mestilah memastikan paling kurang seorang daripada anaknya dihantar
ke pusat pengajian agama bagi mendalami ilmu agama disamping memastikan
dirinya sendiri dan anak-anak mestilah tahu dan pandai membaca al-Quran. Bila
setiap rumah mempunyai ahli agama dan al-Quran pula sentiasa dibaca di
dalamnya maka banyak masalah sosial yang menimpa umat Islam pada hari ini
dapat ditangani.

[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.


Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada


orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka. [‘Ali Imran 3:164]

Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang


dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut – yakni
segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan
pelbagai lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah
dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah pendidikan rohani,
pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar
maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia
pada ketika itu.

Tugas ini adalah penting dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar
berpegang kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Sekira berlakunya
pemisahan antara ilmu moden dengan aqidah Islam telah menyebabkan umat
Islam terlalu berpegang kepada falsafah sesat barat sehingga menolak kaitan
agama dengan ilmu tersebut. Sebagai contohnya dalam masalah ilmu sains
yang terlalu berpegang kepada falsafah yang menolak ketuhanan yang
menyebabkan sebarang kajian hanya berbentuk keduniaan semata-mata
bukannya ke arah mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah serta mengakui
kekuasaanNya dalam mencipta dan mengatur segala sesuatu.  Kita dapat
dengar dan baca ulasan golongan yang hanya berpegang kepada teori sains
sahaja dalam masalah tsunami dan banjir besar misalnya di mana golongan ini
hanya menganggap bahawa apa yang berlaku adalah suatu perubahan alam
akibat cuaca dan pergerakan alam semata-mata.

Sedangkan kita umat Islam mestilah yakin bahawa setiap berlaku adalah
mengikut kehendak Allah disamping setiap musibah yang menimpa adanya di
sana kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh umat manusia samada dari
segi pelanggaran terhadap suruhan dan larangan Allah dalam kehidupan
seharian atau pun manusia merosakkan nikmat alam yang diciptakan Allah
seperti merosakkan kawasan tadahan air dan sebagainya. Umat Islam mestilah
merenung setiap apa yang berlaku untuk menambahkan lagi keimanan kepada
Allah serta menyedarkan diri kita agar sentiasa berusaha dalam merapatkan diri
kepada Allah sepanjang masa.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

‫وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير‬ 

Maksudnya :" Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan
perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar
dari kesalahan kamu "

[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada


orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka
Kitab Allah (Al-Quran). [‘Ali Imran 3:164]

Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca dan


mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab,
tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta
mempraktikkannya.

Tugas yang kelima bagi memastikan seluruh Islam dapat dilaksanakan


dengan baik iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan
yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Ketika ramai rakyat di
negara barat sendiri mula memilih Islam sebagai agama walau pun pelbagai
tuduhan liar oleh pemimpin mereka terhadap Islam yang dituduh sebagai
pengganas namun betapa malangnya di negara kita ramai pula umat Islam
sendiri akibat jahil tentang agama ditambah pula dengan pandangan sempit
bahawa agama bukanlah suatu yang penting dan berharga telah menyebabkan
ramai yang murtad.

Begitu juga dengan jumlah umat Islam yang terlibat dengan perkara yang
merosakkan tubuh badan seperti dadah, arak sentiasa meningkat. Apatah lagi
dalam masalah pecah amanah dan rasuah yang telah menjadi suatu kebiasaan
akibat kefahaman terhadap hukum Islam yang cetek ditambah dengan pegangan
terhadap agama yang semakin rapuh. Malah dalam memilih pemimpin lebih
banyak salah laku berbentuk rasuah yang berlaku sedangkan suatu amaran
keras tentang bahayanya rasuah dalam memilih pemimpin melalui sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3
orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta
tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedihialah.

.... ‫ َفإِنْ أَ ْع َطاهُ ِم ْن َها َو َفى لَ ُه َوإِنْ لَ ْم ُي ْعطِ ِه ِم ْن َها لَ ْم َيفِ لَ ُه‬. ‫َو َر ُجل ٌ َبا َي َع إِ َما ًما ال ُي َبايِ َع ُه إِال لِ ُد ْن َيا‬

Maksudnya : "….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di


mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya
habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak
memberinya maka dia tidak mentaatinya "

Firman Allah SWT:


Maksudnya : "Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang
yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah
Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu
mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”.  Dan mereka itulah
golongan yang beroleh kejayaan. " [An-Nur :51]
[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah SWT:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran


yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat
manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]

Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari


perkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud
menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka
apabila Allah Tabaraka waTa’ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk
menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an. Contohnya al-
Qur’an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam
adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan
memperincikan sifat-sifatnya.

Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-
alaihi-wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza
waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau
Mubaligh yang bererti sampaikan atau penyampai.

[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang
tidak terkandung dalam al-Qur’an.

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-
Qur’an. Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan
sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah),
kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks
perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:
Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan,
dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang
dikehendakiNya. [al-Baqarah 2:251]

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang


dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang
diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan
yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan
peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-
Baqarah 2:269]

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa


keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku
datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan
untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara
agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu
kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan


al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga


Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka
kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-


Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada


orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka
Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]
Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber
syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-
Kitab). Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua
perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang
dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga. Demikian juga,
al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak
akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan
melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang
diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala
sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab
suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang al-Hikmah,
baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali
sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-
Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad
sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-
Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya
(‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah


dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam
ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah


nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan
Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia
(semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan
ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab
Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]
Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah
mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3]
Taurat dan [4] Injil. Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang
Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti
kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab
memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan
perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi
yang diajarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini
adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada
baginda dalam usia bayinya. Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian
(nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada
Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at,
ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan
Injil.

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah SWT:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari


kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami
kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu
kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan
kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama


dalam al-Kitab dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa’ala
mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal
duniawi yang belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang
diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka
(masyarakat Arab) adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah
Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan.
Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan
berbahasa paling jitu.

Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat


mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui
kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan
berkabilah di tengah padang Sahara. Kemudian Islam menjadikan mereka
sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat
piawai, tepat dan berpengetahuan. Malah dengan risalah Islam bersama didikan
serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab
dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat
Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini !

[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah SWT:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau


tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang
kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah
berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang
yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan
Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-


wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah:


Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan
ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya
ditugaskan sekadar mengajar al-Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada
manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi
membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam.
Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun
baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak
diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-


alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda
hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an
sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah
sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan
bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki
sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana)
tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-
alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana).

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-


wasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar
turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada
orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).

[10] Menggubal hukum untuk memelihara keperibadian umat islam

Firman Allah SWT:

Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan


melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan
daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada
mereka. [al-A’raaf 7:157]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan tugas dan


kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum
agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang
memudaratkan.

Manusia tidak mampu membuat peraturan sendiri bagi mewujudkan


perkara tersebut dalam erti kata yang sebenarnya. Kewujudan negara-negara
yang mendaulatkan jemaah yang bersifat Islam sebagai satu proses tabi’i dalam
dakwah nabi-nabi dan rasul-rasul. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Adalah Bani Israil memimpin akan mereka oleh nabi-nabi, setiap kali
wafatnya nabi , diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tiada nabi lagi
selepasku, dan akan adanya khalifah-khalifah, mereka itu yang ramai. Lalu
mereka berkata(bertanya): “Maka apakah kamu perintahkan kepada kami(kalau
berada di zaman ini)”. Jawab baginda: “Tunaikanlah bai’ah kepada yang
pertama itu adalah yang lebih utama. Berilah kepada mereka hak-hak
mereka(ketaatan dalam perkara menegakkan agama dan menentang fitnah dan
kejahatan). Maka sesungguhnya Alllah akan menyoal mereka tentang apa yang
mereka lakukan”.

(hadis riwayat Bukhari, Muslim,Ibnu Majah dan


Ahmad)

[11] Sebagai Pemimpin Masyarakat


Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan
tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan
menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula
dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah.
Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan
bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu
dan kukuh.
 
[12] Sebagai Pemimpin Politik
Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: -
Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal
Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya
menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam
kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di
tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.
 
Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan
sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak
meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di
Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat
suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia
sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.
 
Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di
atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain
tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri
meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu
menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.

Membentuk Piagam Madinah


Pada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan
yang dinamakan Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan
bertulis yang pertama di dunia.
Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang
pertama di dunia yang menampung rakyat berbilang kaum dan agama.
Sesungguhnya perlembagaan ini lebih bersifat satu alat untuk menyelesaikan
masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman damai dalam sebuah
negara yang sama.
 
Mengadakan Perjanjian Hudaibiah
Perjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah
dengan kaum Quraisy Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan
kebijaksanaan baginda. Tiada siapa dapat  menyangka (termasuk Saidina Umar
sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap kontroversi itu telah memberikan
penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.
 
Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul
Quraisy iaitu Khalid al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk
Islam, umat Islam bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua
tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa pertumpahan darah dua tahun
kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan kebijaksanaannya dalam selok-
belok percaturan politik Tanah Arab.
 
Mengadakan Hubungan Diplomatik
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda
membuktikan kualitinya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda
mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa
daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Farsi, Byzantine,
Ghassan, Hirah dan sebagainya.
 
[12] Sebagai Perancang Ekonomi
Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan
dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja
teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada
kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
 
[13]Sebagai Pemimpin Ketenteraan
Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang
mulia.
Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti:
(a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b)
tidak memusnahkan harta benda.
Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan
juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai
kegemilangan.
Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera
yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti
mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif
peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.
 

Demikian antara tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang


dijawatkan. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-
Qur’an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka
dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang
beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang
ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai
lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah
sekadar membawa al-Qur’an sahaja umpama seorang posmen yang membawa
surat dari pengirim kepada penerima.  

You might also like