Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PROPOSAL

CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM


PINTAR ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH JOHOR BAHRU

:DISEDIAKAN OLEH

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM PERINGKAT


DAERAH, MAJLIS PERMUAFAKATAN FASILITATOR
SCHOOLNET DAERAH JOHOR BAHRU
PROPOSAL
CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM PINTAR ICT DI SEKOLAH-
SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

1.0 PENDAHULUAN

Dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat


membangun dan kesan daripada momentum globalisasi yang kian rancak, maka
usaha menggalakkan ICT kepada warga sekolah adalah sangat penting. Ia
adalah perlu bagi mewujudkan suatu komuniti yang pintar ICT.

Program ini adalah anjuran Fasilitator Schoolnet Johor Bahru bertujuan


untuk meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di
kalangan murid, guru dan komuniti.

Salah satu program yang dilaksanakan kerajaan adalah Projek


Pembestarian Sekolah di mana ianya bertujuan untuk membentuk suatu komuniti
Malaysia yang celik ICT. Pembestarian Sekolah adalah mekanisma penting
dalam menggandakan lagi gerakan pembangunan ekonomi negara. Aspirasi
kerajaan dalam melengkapkan warganegara Malaysia dengan kemahiran ICT
turut didukung dengan pelbagai usaha penyediaan pengetahuan dan kemahiran
ICT di kalangan pelajar atau generasi muda melalui projek SchoolNet,
MySchoolNet, penyediaan makmal komputer di sekolah-sekolah, pengenalan
kepada mata pelajaran ICT dan banyak lagi.

Keperluan ICT dalam pendidikan dilihat semakin meluas apabila Pelan


Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dilancarkan.  Salah satu
daripada isu utama PIPP ialah pembangunan modal insan yang melibatkan
pendidikan ICT sehingga ke kawasan luar bandar.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Malaysia telah berusaha dalam


menyediakan negara ke arah pembentukan masyarakat berteknologi.

2
Berdasarkan perkembangan pesat ini, ICT telah terbukti sebagai suatu jentera
yang begitu penting kepada pembangunan ekonomi. ICT perlu bagi melahirkan
suatu negara bangsa yang berteknologi tinggi dan merupakan elemen penting
dalam membangun modal insan di negara ini.

2.0 OBJEKTIF

Program ini dijalankan bertujuan untuk :-

2.1 Meningkatkan pengetahuan teknologi makumat dan komunikasi (ICT)


dikalangan murid dan guru.
2.2 Memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan ICT
kepada pembangunan ekonomi negara.
2.3 Menguji tahap pengetahuan ICT dan mempertingkatkan lagi maklumat
sedia ada melalui sumber terkini.
2.4 Melatih warga sekolah menggunakan segala kemudahan perkakasan
dan perisian ICT yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) secara optimum.
2.5 Mengeratkan hubungan guru dan murid melalui program anjuran
Fasilitator Schoolnet.

3.0 RASIONAL

Program ini akan dilaksanakan selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah


Rendah (UPSR) bagi sekolah kebangsaan dan selepas Penilaian Menengah
Rendah (PMR) bagi sekolah menengah. Sasaran program ditujukan untuk tahun
6 bagi sekolah rendah dan tingkatan 3 bagi sekolah menengah bagi mengisi
aktiviti terluang mereka selepas mengharungi ujian. Walaubagaimanapun
penyertaan daripada warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat dialu-
alukan bagi memeriahkan program. Secara keseluruhannya, program ini
bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta penggunaan ICT selaras
dengan matlamat kerajaan supaya kemudahan ICT dapat digunakan seoptimum
yang mungkin.

3
4.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Setelah diadakan perbincangan, semua ahli jawatankuasa program telah


bersetuju mengadakan program berkaitan ICT antaranya adalah seperti berikut :-

SASARAN PERUNTUKAN
BIL PROGRAM / AKTIVITI
PESERTA MASA

1. Pertandingan Kuiz ICT Murid 1 hari


-

2. Permainan ICT
- Treasure Hunt ICT
- Dam Ular Gergasi Murid 1 hari
- Padan Kabel
- Fast Typing

Murid / 2 jam / kursus


3. Kursus ICT Guru
1) Panduan Menggunakan Windows Movie
Maker (Asas & Pertengahan)
2) Asas Menaip Dalam Microsoft Word
3) Panduan menggunakan Microsoft Word &
Mail Merge (Asas & Pertengahan)
4) Panduan Asas menggunakan Microsoft
Paint.
5) Panduan Mengulangkaji Pelajaran
Menggunakan Portal Zoom-A
6) Pengenalan Kepada Internet & Email
7) Panduan Menggunakan Microsoft Excel
(Asas & Pertengahan)
8) Panduan Menggunakan Microsoft
PowerPoint (Asas & Pertengahan)
9) Pengurusan & Pemantapan Laman Web –
Joomla
10) Pengenalan Kepada Perkakasan & Perisian

4
4.Komputer
11) Panduan Mencari Maklumat menggunakan
laman web enjin pencari.
12) Penyelenggaraan Komputer
13) Panduan menggunakan EduWebTV untuk
Tujuan P&P.
14) Pengaplikasian ICT dalam Pengajaran &
Pembelajaran.
15) Panduan menyediakan soalan dalam portal
Zoom-A
16) Celik ICT

4. Pameran dan Jualan


- Hari Kantin
Warga
- Telco
Sekolah, Semasa
- Insuran
Ibu Bapa Program (3.1,
- TM
dan 3.2, 3.3)
- Biskut
Komuniti dijalankan.
- Aiskrim
Penduduk
- Kentucky Fried Chicken
- Kedai Komputer

5. Cabutan Bertuah
Jadual 1

4.1 Pertandingan Kuiz ICT

4.2 Permainan ICT

a) Treasure Hunt ICT

Peserta Treasure Hunt ICT akan dibahagikan kepada beberapa


kumpulan dan disediakan beberapa checkpoint sehingga ke garisan

5
penamat. Setiap kumpulan perlu melepasi checkpoint tersebut yang
mana setiap checkpoint mempunyai tugasan tersendiri yang perlu
dilaksanakan oleh setiap kumpulan sehingga ke garisan penamat.

b) Dam Ular Gergasi

Menggunakan dam gergasi di mana peserta perlu membaling dadu


gergasi untuk bergerak dan dikehendaki menjawab soalan jika ingin
bergerak ke soalan seterusnya.

c) Padan Kabel

Peserta akan diberikan sebuah Unit Pemprosesan Komputer (CPU) dan


perkakasan komputer secara berasingan. Peserta perlu mencari padanan
yang sesuai bagi setiap perkakasan komputer ke CPU. Peserta terawal
yang berjaya menyiapkan padanan menang.

d) Fast Typing

Peserta akan diberikan sebuah karangan yang dipancarkan melalui LCD


dan peserta perlu menaip semula karangan tersebut di komputer. Peserta
yang berjaya menyiapkan karangan tersebut akan dinilai melalui tempoh
masa yang digunakan serta kesilapan menaip yang dilakukan.

4.3 Kursus ICT

a) Panduan Menggunakan Windows Movie Maker (Asas & Pertengahan)

Windows Movie Maker merupakan perisian untuk membuat klip video


yang disediakan di setiap perisian Windows.

b) Asas Menaip Dalam Microsoft Word

6
Microsoft Word merupakan salah satu perisian di dalam Microsoft Office
dan merupakan perisian yang paling popular dan amat berguna samada
untuk pelajar mahupun pekerja. Perkara asas yang perlu ada untuk
menggunakan perisian ini adalah kemahiran menaip.

c) Panduan menggunakan Microsoft Word & Mail Merge


(Asas & Pertengahan)

Microsoft Word mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada menaip.


Terdapat carta, jadual, bentuk yang boleh digunakan di Microsoft Word.
Mail Merge pula merupakan satu cara untuk memudahkan sesuatu
penaipan dokumen sama yang berulang melalui gabungan antara
Microsoft Word dan Microsoft Excel

d) Panduan Asas menggunakan Microsoft Paint.

Microsoft Paint adalah perisian asas dalam lukisan dan mewarna.


Pengguna boleh menggunakan Microsoft Paint bagi tujuan mengubah
gambar serta teks atau melukis secara asas.

e) Panduan Mengulangkaji Pelajaran Menggunakan Portal Zoom-A

Portal Zoom-A adalah satu portal interaktif untuk murid sekolah rendah
pada semua tahap yang menyediakan pelbagai bahan pengajaran
berguna serta contoh-contoh soalan UPSR terdahulu.

f) Pengenalan Kepada Internet & Email

Internet telah menjadi antara sumber utama orang ramai yang mudah
diakses dan berita disalur dengan kadar yang pantas. Pelbagai bahan
boleh diperoleh dari internet. E-mel pula merupakan salah satu aplikasi
melalui internet dalam memaklumkan sesuatu perkara, menyampaikan
dokumen dan lain-lain kepada kenalan tanpa mengira sempadan.

7
g) Panduan Menggunakan Microsoft Excel (Asas & Pertengahan)

Microsoft Excel merupakan salah satu aplikasi Microsoft Office. Microsoft


Excel berguna di dalam pembinaan dokumen berformat atau yang
memerlukan pengiraan.

h) Panduan Menggunakan Microsoft PowerPoint (Asas & Pertengahan)

Microsoft PowerPoint juga salah satu aplikasi di dalam Microsoft Office.


Microsoft PowerPoint berguna dalam membina persembahan bergrafik
bagi membantu pembentangan dalam pembelajaran dan juga dalam
kerja.

i) Pengurusan & Pemantapan Laman Web – Joomla

Aplikasi Joomla merupakan aplikasi pembinaan laman web yang lebih


mudah dengan pelbagai kemudahan disediakan.

j) Pengenalan Kepada Perkakasan & Perisian Komputer

Peserta akan didedahkan dengan perkakasan dan perisian komputer


supaya lebih ramai yang mengetahui serta dapat membezakan antara
perkakasan dan perisian komputer.

k) Panduan Mencari Maklumat menggunakan laman web enjin pencari.

Internet merupakan sumber utama pelbagai bahan masa kini tetapi ianya
kurang bermakna jika tidak digunakan dengan betul. Di sini, panduan
mencari maklumat yang betul akan ditunjukkan.

l) Penyelenggaraan Komputer

8
Kursus ini lebih kepada penjagaan komputer supaya komputer sentiasa
dapat digunakan dengan lancer. Penjagaan komputer ini akan
membabitkan cara melaksanakan penyelenggaraan seperti scandisk,
defragment, scan antivirus dan macam-macam lagi.

m) Panduan menggunakan EduWebTV untuk Tujuan P&P.

EduWebTV dibangunkan oleh kerajaan khas untuk sector pendidikan.


Pelbagai kegunaan dan berita pendidikan terdapat di Edu WebTV.

n) **********Pengaplikasian ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran.

o) Panduan menyediakan soalan dalam portal Zoom-A

Zoom-A mempunyai pelbagai manfaat dan kemudahan. Antaranya


adalah guru boleh menggunakan Zoom-A sebagai medium untuk
menyediakan soalan untuk murid-muridnya dan dapat menjimatkan masa
kerana proses penandaan boleh dilakukan secara automatic dengan
lebih cekap.

p) **********Celik ICT

Bagi sekolah yang berminat menyertai program / aktiviti ini, mereka akan
dikenakan yuran pengurusan sebanyak RM100 untuk sehari (RM100/sehari) dan
program ini digalakkan berlangsung selama dua hari.

Sekiranya pihak sekolah memilih untuk program sehari, pihak sekolah


wajib memilih 2 program daripada 3 program yang disediakan (sila lihat jadual 1).
Kandungan program untuk dua hari pula adalah semua program yang disediakan

9
dan perasmian pembukaan program oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM) Wilayah Selatan.

5.0 CADANGAN SEKOLAH YANG TERLIBAT

10
********** *********
BIL NAMA SEKOLAH NAMA NAMA FS TARIKH

GURU BESAR CADANGAN

(JBA1008)
Noreen
1. SK (P) Bandar
Binti Osman
Tinggi

JBA1024 Mohamad Hidzir


2.
SK Kg Maju Jaya bin Ahmad

JBA1035
3. Norriza
SK Kg Pasir binti Riduan
JBA1076
Mohd Sani
4. SK Taman Damai
bin Ab Salan
Jaya

JBA1112 Siti Khadijah


5. SK Taman Desa binti Mohd
Skudai Sanusi

JBA1126
Puan Zainab Ruhailah
6. SK Taman Mutiara
Binti Hj Abu Bakar binti Abdullah
Rini 2

JBB1008
Norhalila
7. SK (P) Sultan
binti Samsol
Ibrahim

JBB1009
Hailman
8. SK (P) Jalan
bin Samin
Yahya Awal

JBD8002
Suguna
9. SJK (T) Taman
a/p Damodaran
Tun Aminah

JBD1022
Puvaneswary
10. SJK (T) Ladang
a/p Silvarajoo
Rini

11
6.0 PENUTUP

Majlis Permuafakatan Fasilitator Schoolnet daerah Johor Bahru berharap


program / aktiviti ini merupakan sumber pengetahuan berguna kepada warga
sekolah dan dapat mendidik mereka mengenali ICT. Kami juga mengalu-alukan
sumbangan ikhlas sama ada berbentuk material atau wang dari badan kerajaan
atau swasta.

Sekian, terima kasih.

" MEMBANGUN MODAL INSAN MELALUI ICT "

" BERSATU DAN BERBAKTI "

Disediakan oleh,

__________________________
RUHAILAH BINTI ABDULLAH
Pengarah Program,
Jawatankuasa Perlaksanaan Program Peringkat Daerah,
Majlis Permuafakatan Fasilitator Schoolnet Daerah Johor Bahru (MPFSJB).

Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________________ ________________________________
MOHD SANI BIN AB SALAN GURU BESAR / PENGETUA
Presiden, Guru Besar / Pengetua
Majlis Permuafakatan Fasilitator SK----------------------------------------
Schoolnet Daerah Johor Bahru
(MPFSJB).

12
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

********** Hari Pertama (Pertandingan Kuiz ICT)

8.00pagi - 8.30pagi : Pendaftaran


8.30pagi - 9.00pagi : Pengumpulan peserta
9.00pagi - 11.00pagi : Kuiz

*********Hari Kedua (Permainan ICT)

8.00pagi - 8.30pagi : Pendaftaran


8.30pagi - 9.00pagi : Pengumpulan Peserta
9.00pagi -

Hari Ketiga (Kursus ICT)

8.00pagi - 8.30pagi : Pendaftaran


8.30pagi - 10.30pagi : Kursus Pertama
10.30pagi - 11.00pagi : Rehat
11.00pagi - 12.00pagi : Kursus Kedua

13
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA

BIL AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH

JBA1008
1. Noreen Binti Osman
SK (P) Bandar Tinggi

JBA1024
2. Mohamad Hidzir bin Ahmad
SK Kg Maju Jaya

JBA1035
3. Norriza binti Riduan SK Kg Pasir

JBA1076
4. Mohd Sani bin Ab Salan
SK Taman Damai Jaya

JBA1112
5. Siti Khadijah binti Mohd Sanusi
SK Taman Desa Skudai

JBA1126
6. Ruhailah binti Abdullah
SK Taman Mutiara Rini 2

JBB1008
7. Norhalila binti Samsol
SK (P) Sultan Ibrahim

JBB1009
8. Hailman bin Samin
SK (P) Jalan Yahya Awal

JBD8002
9. Suguna a/p Damodaran
SJK (T) Taman Tun Aminah

JBD1022
10. Puvaneswary a/p Silvarajoo
SJK (T) Ladang Rini

JEA1062
11. Shahrulnurhidayah binti Mohammad Din
SMK Taman Selesa Jaya

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERUNTUKAN
14
ANGGARAN
BIL PROGRAM / AKTIVITI PERALATAN PERUNTUKAN
(RM)
Kertas A4 200.00
3.1 PERTANDINGAN KUIZ ICT Pensel 50.00
- Pen 50.00
Pensel Warna 100.00
Peralatan Komputer Komputer
Sijil, Hadiah 2000.00

3.2 PERMAINAN ICT Kertas Mahjong 50.00


- Treasure Hunt ICT Kertas A4 200.00
- Dam Ular Gergasi Suratkhabar Terpakai 50.00
- Padan Kabel Kad Manila 50.00
- Fast Typing Pensel 50.00
Pen 50.00
Pemadam 20.00
Printed Dam, Kotak Dadu
Peralatan Komputer Komputer
Sijil, Hadiah 2000.00

3.3 KURSUS ICT


1) Panduan Menggunakan Makmal Komputer
Windows Movie Maker (Asas Kertas A4 500.00
& Pertengahan)
2) Asas Menaip Dalam
Microsoft Word
3) Panduan menggunakan
Microsoft Word & Mail Merge
(Asas & Pertengahan)
4) Panduan Asas
menggunakan Microsoft
Paint.
5) Panduan Mengulangkaji
Pelajaran Menggunakan

15
Portal Zoom-A
6) Pengenalan Kepada Internet
& Email
7) Panduan Menggunakan
Microsoft Excel (Asas &
Pertengahan)
8) Panduan Menggunakan
Microsoft PowerPoint (Asas
& Pertengahan)
9) Pengurusan & Pemantapan
Laman Web – Joomla
10) Pengenalan Kepada
Perkakasan & Perisian
Komputer
11) Panduan Mencari Maklumat
menggunakan laman web
enjin pencari.
12) Penyelenggaraan Komputer
13) Panduan menggunakan
EduWebTV untuk Tujuan
P&P.
14) Pengaplikasian ICT dalam
Pengajaran & Pembelajaran.
15) Panduan menyediakan
soalan dalam portal Zoom-A
16) Celik ICT

3.4 PAMERAN DAN JUALAN


- Hari Kantin Tapak Booth
- Telco
- Insuran
- TM
- Biskut
- Aiskrim
- Kentucky Fried Chicken
- Kedai Komputer

16
3.5 CABUTAN BERTUAH Hadiah 2000.00

LAMPIRAN D

Pengesahan Penerimaan / Penolakan Program PINTAR ICT

Saya _____________________________________ merupakan Guru Besar /

Pengetua, di Sekolah _________________________________________

menerima / menolak Program PINTAR ICT ini diadakan di sekolah ini atas
17
alasan

________________________________________________________________

_____ . Saya mencadangkan supaya program ini diadakan pada

_________________ sehingga ________________ .

18

You might also like