Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

HUKUM PEREMPUAN HAID MENGAJI

Pendahuluan.

Sebagai seorang penghafaz al-Quran, memerlukan kita selalu membaca dan mengulang-ulang
bacaan al-Quran dan tiada istilah cuti dari membaca al-Quran dalam kamus hidup seorang
penghafaz al-Quran. Bagi pelajar banin,mungkin tiada sebarang halangan dalam masalah ini,
namun bagi pelajar banat, untuk tidak bercuti dalam menghafaz al-Quran amat sukar
dilakukan. Ini kerana mereka mempunyai hari-hari tertentu yang diistilahkan sebagai
mamnu’, dan mereka diharamkan membaca al-Quran. Kesukaran lebih terasa bagi pelajar
banat yang mempunyai tempoh kedatangan haid yang lama. Persoalan yang ingin dilontarkan
di sini ialah sejauh mana pengharaman perempuan yang kedatangan haid membaca al-Quran
menurut syarak? Adakah para ulama’ bersepakat ke atas pengharamannya?

Perbahasan para ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama:

Jumhur ulama’ berpendapat haram perempuan yang kedatangan haid membaca al-
Quran. Berdasarkan hadis berikut:

Ali bin Abi Talib r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w sentiasa mengajar kami membaca al-Quran setiap waktu dan ketika
kecuali ketika bejunub”.1])

Menurut ibn. Umar, Nabi s.a.w bersabda:

“Wanita haid atau orang yang bejunub tidak boleh membaca al-Quran walaupun sedikit”.2

Berdasarkan hadis yang pertama, para ulama berpandapat haram orang yang berjunub
membaca al-Quran, dan hukum perempuan yang kedatangan haid membaca al-Quran
diqiyaskan dengan hukum orang yang berjunub. Maka perempuan yang kedatangan haid
haram membaca al-Quran. Ini juga merupakan pendapat muktamad dalam mazhab syafie.
Hadis yang kedua pula secara jelas melarang perempuan haid membaca al-Quran. Hadis ini
menguatkan pengharaman perempuan yang kedatangan haid membaca al-Quran. Sepertimana
yang dinukilkan dalam kitab Fiqh Manhaji bahawa haram perempuan berhaid membaca al-
Quran berdalilkan dengan hadis Ibn. Umar tadi.3

Pendapat Kedua.
1
Hadis riwayat al-Tirmizi[146]

2
Hadis riwayat al-Tirmizi[131]

3
Rujuk Dr. Mustafa al-khin, Dr. Mustafa Bugho dan Ali Sharbaji, Fiqh Manhaji ala mazhab al-imam al-syafie,
jld. 1, m/s:76 dan m/s:79, Darul al-kalam.
Golongan ulama’ yang lain pula berpendapat bahawa perempuan yang kedatangan haid
dibenarkan membaca al-Quran. Antara ulama’ yang berpendapat seperti ini ialah Imam
Bukhari, Daud al-Zahiri, Ibn Hazm, Ibn Taimiyah dan lain-lain. Berkata imam Bukhari:
‘menurut Ibrahim Nakhi’e tak ada halangan perempuan haid membaca al-Quran’.4

Ulama yang dalam golongan ini terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang
menyamakan wanita haid dengan orang yang junub dan segolongan lagi membezakannya.5
Namun yang menjadi fokus kita ialah ulama’ golongan ini sepakat membolehkan perempuan
yang kedatangan haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya Majmu’
Fatawa ketika membicarakan tentang hukum membaca al-Quran, beliau mengatakan hal itu
tidak diperbolehkan bagi seorang yang berjunub dan diperbolehkan bagi perempuan yang
haid, baik secara mutlak atau disaat seseorang yang takut melupakan hafalannya. Dan beliau
menambah lagi,ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad dan lainnya. Menurut beliau
tidak terdapat larangan yang secara pasti mengharamkan perempuan membaca al-Quran,
walhal telah diketahui secara maklum bahawa kaum perempuan pada zaman Rasulullah s.a.w
juga mengalami haid dan beliau tidak melarang mereka dari membaca al-Quran. Oleh itu
dapat difahami bahawa perempuan yang haid mendapat keringanan untuk melakukan apa
yang tidak diperbolehkah bagi orang yang junub.6

Secara ringkasnya dari perbahasan para ulama, pendapat ulama yang mengharamkan
perempuan yang haid membaca al-Quran merupakan pendapat kebanyakan para ulama’
berdasarkan hadis-hadis tertentu. Namun hadis yang digunakan oleh ulama’ yang
mengharamkan perempuan yang haid membaca al-Quran dipertikaikan darjat kesahihannya
oleh ulama’ yang berpendapat sebaliknya. Jadi ulama’ yang tidak menerima hadis yang
melarang perempuan yang haid membaca al-Quran mengembalikan hukum perempuan yang
haid membaca al-Quran kepada hukum yang asal iaitu harus kerana tiada dalil yang jelas
melarangnya.

Kesimpulan.

Setelah meneliti hujah daripada kedua-dua belah pihak, dapatlah disimpulkan disini
bahawa pengharaman perempuan yang haid membaca al-Quran merupakan perkara yang
diperselisihkan oleh para ulama’ disebabkan tiada dalil yang jelas mengharamkannya. Oleh
4
Rujuk al- Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani,Fathul Bari, jld. 1, ms 407.

5
Rujuk Ibn Rusyd, Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid, jld. 1, ms 542, Darul al-Kutub al-ilmiah, Beirut,
Lebanon.

6
Rujuk buku Fatwa-fatwa Populer Ali Thantawi, terjemahan oleh Tim Penerjemah Intermedia, ms 204-205, Era
Intermedia, Karangasem, solo, 1998.
itu berdasarkan situasi para siswi yang menghafaz al-Quran seperti di Darul Quran ini,
mereka mungkin boleh mengambil pendapat yang lebih ringan dan terbuka dalam masalah ini.
Seperti kata Syeikh Ali Tanthawi “seorang perempuan disaat haid, sedang ia perlu membaca
al-Quran, maka ia boleh membacanya sesuai dengan kadar keperluannya dan tidak
melebihinya. Jika ia bukan seorang guru atau siswi, maka cukup baginya membaca zikir
yang halal baginya seperti tahlil, tasbih, takbir, tahmid dan selawat untuk Nabi s.a.w . ia
tidak boleh membaca dan menyentuh al-Quran hingga keadaannya suci. Inilah pendapat
yang lebih berhati-hati”7

7
Ibid, m.s 205.

You might also like