Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Objektif :

i. Untuk melihat morfologi sel darah.


ii. Untuk mengenalpasti jenis darah.

Pengenalan.

Darah ialah cecair bendalir badan yang khas untuk membawa nutrient, oksigen dan
garam mineral yang penting kepada sel badan dan ia juga membawa keluar bahan kumur
keluar dari badan. Dalam darah terdiri daripada sel darah merah yang termendap dalam cecair
yang dinamakan plasma darah. Plasma, yang terdiri daripada 55% cecair darah,
kebanyakannya air (90% dari jumlah isipadu) dan mengandungi protein terlarut, glukosa, ion
mineral, hormon, karbon dioksida (plasma menjadi medium utama untuk pengangkutan bahan
kumuh) platlet, dan sel darah merah. Sel darah yang hadir dalam terutamanya sel darah merah
(juga dipanggil sebagai RBC atau eritrosit) dan sel darah putih, termasuklah leuksit dan
platlet. Sel yang paling banyak dalam darah ialah sel darah merah. Sel darah merah ini
mengandungi hemoglobin, dimana ia membantu pengangkutan oksigen dengan berpadu
dengan oksigen.

Bagi mengkaji darah, ahli mikrobiologi biasanya menggunakan dua teknik , iaitu
teknik lumuran darah tebal dan nipis. Teknik lumuran darah tebal digunakan untuk mengkaji
masalah hematologikal (disoder darah biasanya untuk melihat jika ada kehadiran parasit) dan
lumuran darah nipis digunakan untuk mengkaji morfologi sel monoksit leuksit serta
mengenalpasti jenis darah.

Teknik pewarnaan Giemsa digunakan dalam lumuran darah nipis dan tebal ini bagi
mewarnakan kromosom sel. Pewarna Giemsa boleh membezakan sel patogenik dengan sel
manusia. Ia membezakan dengan mewarnakan sel manusia kepada warna ungu, manakala
bakteria patogenik warna pink.

1
PROSEDUR TEKNIK LUMURAN DARAH TEBAL DAN NIPIS.

Radas dan bahan.

i. Mikroskop
ii. Alkohol swab 70%
iii. Lancet.
iv. Slide mikroskop.
v. Pewarna Giemsa
vi. Air buffer
vii. Metanol 100%

1. Penyediaan lumuran darah lapisan nipis.

i. Darah dapat diperolehi dari jari ke-3 atau ke-4 (dewasa/kanak-kanak) dan kaki
(bayi berumur 6 bulan). Tempat tertentu ini perlu dibersihkan terlebih dahulu
dengan kain kapas yang dibasahi dengan metanol dan dibiarkan kering.
Kemudiannya, cucuk tempat itu dengan menggunakan lancet. Lapkan titisan
darah pertama dengan menggunakan kapas bersih.
ii. Setitik dari darah yang telah terinfeksi datangnya dari kawasan yang dicucuk
kemudiannya diletakkan di hujung tepi slide bersih.
iii. Sentuh titisan darah dengan slide lain supaya ia tersebar bersama sehingga ke
hujung sentuhan antara 2 slide.
iv. Tolakkan slide dengan sedikit perlahan bersama dengan permukaan melintang
slide sehingga jauh dihujung.
v. Biarkan lumuran untuk mengering pada suhu bilik (25°C).

2. Penyediaan lumuran darah lapisan tebal

i. Ikuti langkah 1-2 seperti diatas. Titisan darah diletakkan 3 kali lebih banyak
ditengah-tengah slide.
ii. Bucu slide yang baru diletakkan atas titisan dengan gerakan membulat, darah
disebarkan untuk meliputi 1-2 cm diameter.
iii. Lumuran darah dibiarkan kering pada suhu bilik.

2
a) Lumuran darah nipis.

i. Penyediaan pewarnaan Giemsa :


Kadar campuran – 40 titisan pewarna Giemsa
20 ml buffer air pH 7.2
Campurkan campuran itu kedalam balang pewarna
ii. Letakkan pada lumuran kering 2-3 titis metanol ( 100%) untuk ½ - 1 minit.
Letakkan slide kedalam balang pewarna. Slide diletak sebelah menyebelah.
iii. Biarkan slide diwarnakan selama 35 minit.
iv. Slide dibasuh dengan perlahan dalam aliran air paip selama 3-4 saat dan
kemudiannya dibiarkan mengering.
v. Slide dikeringkan menggunakan pengering rambut (tidak terlalu panas).
vi. Setitis minyak immersion diletakkan atas lumuran (gunakan kanta objektif
100x).

b) Lumuran darah tebal

i. Kepekatan campuran pewarna yang digunakan sama dengan yang digunakan


dalam lumuran darah nipis.
ii. Slide lumuran darah dibasuh dengan perlahan dengan menggunakan air paip
(ini untuk menghemolisis sel darah merah, parasit akan kekal pada slide0
iii. Ikuti langkah iii-v sama seperti dalam lumuran darah nipis.
iv. Selepas slide dikeringkan, slide diperhatikan dengan 40x, dan 100x kanta
objektif.

3
4
5
Keputusan Pemerhatian.

Lumuran darah nipis:

40x pembesaran 100x pembesaran

Lumuran darah tebal:

40x pembesaran 100x pembesaran

Jenis Leukocytes( sel darah putih) yang didapati dalam darah ialah Neutrophil,
Eosinophil, dan Monocytes.
6
Morfologi Leukocytes (WBC) - antibodi

7
Perbincangan...

1. Apakah fungsi sel darah putih?

Sel darah putih merupakan sel sistem immunisasi yang terlibat dalam mempertahan
badan dari terinfeksi dan dari benda asing.

2. Apakah kepentingan pelumuran darah tebal dan nipis?

Pelumuran darah tebal dan nipis biasanya dilakukan untuk menyiasat masalah
hematologi (kelainan darah) dan, kadang-kadang, untuk mencari parasit dalam darah
seperti malaria dan filaria.

3. Nyatakan fungsi Giemsa, methanol dan buffer.

Giemsa digunakan untuk mempelajari pematuhan bakteria patogen pada sel manusia.
Ini berbeza-beza noda sel manusia dan bakteria ungu dan pink masing-masing. Hal ini
boleh digunakan untuk diagnosis histopatologi malaria dan dan parasit protozoa
darahMethanol digunakan untuk melekatkan darah pada slide. Larutan Buffer
digunakan sebagai sarana untuk menjaga pH dalam pelbagai aplikasi kimia.

8
SISTEM PENGKELASAN DARAH ABO.

Radas dan bahan.

i. Lancet
ii. Alkohol swab.
iii. Darah.
iv. Antigen A, B, AB dan D

Prosedur.

i. Lapkan bahagian jari yang hendak dicucuk dengan lancet dengan menggunakan
alkohol swab.
ii. Cucuk hujung jari tersebut menggunakan lancet.
iii. Titiskan beberapa titik antigen A, B, AB dan D.
iv. Pemerhatian dicatatkan.

9
Menurut sistem ejaan darah ABO, terdapat empat jenis yang berbeza darah, iaitu A, B,
AB atau O (null)

Darah kumpulan A.

Jika darah kamu dalam kumpulan A, kamu mempunyai antigen A pada permukaan sel darah
dan antibodi B dalam plasma darah.

Darah kumpulan B.

Jika darah kamu dalam kumpulan B, kamu mempunyai antigen B pada permukaan sel darah
merah dan antibodi A dalam plasma darah.

Darah kumpulan AB.

Jika darah kamu dalam kumpulan AB, kamu mempunyai kedua-dua antigen A dan B pada
permukaan sel darah merah dan tiada antibodi A atau B dalam plasma darah.

Darah kumpulan O.

Jika darah kamu tergolong dalam kumpulan O, kamu mempunyai sama ada antigen A atau b
pada permukaan sel darah merah dan mempunyai kedua-dua antibodi A dan B dalam plasma
darah.

10
Kumpulan Antigen Antibodi Boleh Boleh
darah menderma menerima
kepada darah daripada
AB A dan B Tiada AB AB, A, B, dan O
A A B A dan B A dan O
B B A B dan AB B dan O
O Tiada A dan B AB, A, B, dan O O

Antigen A Antigen B Antigen AB Antigen D

Antigen A Antigen B Antigen AB Antigen D Jenis darah

Kes 1 Bergumpal Tidak Bergumpal Bergumpal A+


Bergumpal

11
Perbincangan.

1. Bagaimanakah antiserum dapat menunjukan gumpalan?

Antiserum dapat menunjukan gumpalan melalui ketidakserasian darah.Contohnya,


darah kumpulan A mempunyai antigen A dan antibodi B.Jika terdapat ke hadiran
antigen A, maka darah akan menggumpal.

2. Kepentingan jenis darah?

Kepentingan jenis darah ialah supaya tidak berlaku sebarang kecelakaan semasa
proses transfusi darah berlaku dan membuatkan proses pendermaan darah lebih
mudah.

3. Terangkan penyakit rhesus pada bayi yang baru lahir?

Apabila darah ibu rhesus(+) dan bayi pula rhesus(-),ia akanbertindak balas terhadap
darah bayi yg berrhesus (+)Darah ibu menganggap darah si bayi sebagai benda asing
yang harus dilawan. Seterusnya ini akan menyebabkan tubuh si ibu menghasilkan
antirhesus / antibodi. Lewat plasenta juga, antirhesus ini akan melakukan serangan
balik ke dalam peredaran darah si bayi. Sel-sel darah merah si bayi akan
dihancurkan.Perbezaan rhesus antara calon bayi dengan ibu ini akan menimbulkan
masalah. Lewat plasenta, rhesus darah janin akan masuk ke peredaran darah si
ibu.Dalam aliran darah, antibodi antirhesus bertemu dengan sel darah merah rhesus
positif yang biasa dan menyelimuti sehingga pecah. Sel darah merah yang pecah
melepaskan zat yang bernama bilirubin, yang terkumpul di dalam darah bayi dan
sebahagian dikeluarkan ke poket ketuban bersama urine bayi.Jika sel darah merah
yang hancur sedikit, si bayi akan lahir dengan anemia dan penuh dengan tompokan
bilirubin dalam darahnya. Tompokan bilirubin ini sangat berbahaya kepada si bayi
yang boleh menyebabkan kematiannya.

12
Kesimpulan.

Setelah menjalani latihan praktikal ini, saya dapat memahami serba sedikit tentang
teknik pewarnaan darah, serta bagaimana hendak mengenalpasti parasit dalam darah. Saya
juga dapat mempelajari bagaimanakah bentuk morfologi sel darah putih dan sel darah merah.
Melalui eksperimen ini, saya telah dapat mengenalpasti jenis antigen darah dan jenis darah
selain daripada mengenali rhesus negatif dan positif darah. Diharapkan agar saya dapat
mengaplikasikan pengetahuan baru ini dalam bidang kerjaya saya nanti..

13
Rujukan :

i. http://en.wikipedia.org/wiki/Blood_film
ii. http://www.answers.com/topic/giemsa-stain
iii. http://en.wikipedia.org/wiki/White_blood_cell
iv. http://en.wikipedia.org/wiki/Bloodstain_pattern_analysis
v. Microbiology thirteenth edition, by James D. Kettering.

14

You might also like