Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dato' Onn lahir pada tahun 1895.

Dato' Onn sejak kecil dipelihara


oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke
England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn
menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah
menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi
Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan
di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu
menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana
Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn
sebagai president yang pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, Datuk Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di
bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi
hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum.
Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai
president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26
Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain
iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti
tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan
Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal
mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.

Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya,
beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan
raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962. Namun, tidak siapa pun yang
dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah
tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau
ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO
menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan
seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.

You might also like