Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

http://perjanjian.

org

UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 163

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN
DI LUAR NEGERI 1976

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006

Adam Haida & Co


http://peguam.org
2 Undang-Undang Malaysia AKTA 163
http://perjanjian.org

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR


NEGERI 1976

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 6 Mac 1976

Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... 11 Mac 1976

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998


Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2001

Adam Haida & Co


http://peguam.org
Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 3
http://perjanjian.org
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 163

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN
DI LUAR NEGERI 1976

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. Tajuk ringkas
2. Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia
JADUAL

Adam Haida & Co


http://peguam.org
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 163
http://perjanjian.org

Adam Haida & Co


http://peguam.org
Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 5
http://perjanjian.org
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 163

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR


NEGERI 1976

Suatu Akta untuk menguruskan kesalahan tertentu di bawah undang-


undang bertulis yang dilakukan di mana-mana tempat di luar kawasan
Malaysia dan di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam
mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia atau selainnya
seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.

[1 Mei 1976, P.U. (B) 244/1976]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri


Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan-Kesalahan di


Luar Negeri 1976.

Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar


Malaysia

2. (1) (a) Apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan


mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual,
iaitu peruntukan yang berhubungan dengan mewujudkan, dan
hukuman bagi, kesalahan; atau
(b) apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
lain yang perlakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai
menyentuh keselamatan Persekutuan,
Adam Haida & Co
http://peguam.org
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 163
http://perjanjian.org
boleh, jika perbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana-mana
yang berkenaan, dilakukan—
(i) di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-
mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia;
(ii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin
tetap di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam
mana-mana kapal udara;
(iii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin
tetap di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia,

dihukum sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis


yang berkaitan seolah-olah perbuatan atau kesalahan itu telah
dilakukan di Malaysia.

(2) Bagi maksud Akta ini, “pemastautin tetap” mempunyai erti


yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda


atau menambah Jadual.

J ADUAL

[Subseksyen 2(1)]

No. Tajuk ringkas

Akta 88 Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta 15 Akta Hasutan 1948

Adam Haida & Co


http://peguam.org
Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 7
http://perjanjian.org
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 163

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR


NEGERI 1976

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa


yang meminda dari

— TIADA —

Adam Haida & Co


http://peguam.org
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 163
http://perjanjian.org
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 163

AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR


NEGERI 1976

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa


dari

— TIADA —

Adam Haida & Co


http://peguam.org

You might also like