Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Novel Seteguh Karang

1. Buktikan nilai gigih yang ada pada watak


utama.
2. Huraikan pengajaran yang dapat anda
peroleh melalui novel tersebut.
3. Huraikan latar masyarakat sebagaimana yang
digambarkan dalam novel ini.
4. Huraikan persoalan-persoalan yang
diungkapkan dalam novel ini.
5. Buktikan ketabahan watak utama.
Berdasarkan novel Seteguh Karang yang saya kaji
watak utama iaitu Awanis ialah seorang gadis yang
gigih. Bukti kegigihan Awanis ialah dia gigih belajar
sehingga lulus dalam SPM yang telah
membolehkannya melanjutkan pelajaran ke ITM di
Arau, Perlis. Selain itu, Awanis juga gigih dalam
menjalani praktikumnya di Hulu Paka Terengganu
sehingga berjaya. Kegigihan Awanis juga terserlah
semasa dia dicabar menjatuhkan tandan kelapa
sawit oleh Encik Johari, walaupun memakan masa
yang agak lama tetapi Awanis berjaya menjatuhkan
tandan kelapa sawit tersebut.
Berdasarkan novel Seteguh Karang yang saya kaji,
banyak pengajaran yang dapat saya peroleh.
Antaranya ialah kita hendaklah gigih dalam
melakukan sesuatu pekerjaan jika ingin berjaya.
Berkat kegigihan Awanis, dia berjaya menjatuhkan
tandan kelapa sawit. Selain itu, melalui novel ini juga
mengajar kita agar tabah dan cekal menghadapi
cabaran. Awanis tetap tabah dan cekal walaupun
telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapanya.
Pengajaran yang lain ialah kita mesti berani
menghadapi cabaran jika ingin berjaya. Awanis
yang berani menyahut cabaran Encik Johari
menunggang motosikal tanpa brek dan menjatuhkan
tandan kelapa sawit tidak lagi dipandang rendah oleh
En. Johari.
Berdasarkan novel Seteguh Karang yang saya
kaji, latar masyarakat yang digambarkan dalam
novel ini ialah masyarakat yang penyayang.
Awanis sangat menyayangi Anita walaupun
Anita hanya anak angkat ibu bapanya.
Masyarakat yang tabah juga digambarkan
melalui watak Awanis yang tabah menghadapi
dugaan hidupan selepas kematian ibu bapanya
dalam tragedi kemalangan di jalan raya. Selain
itu, masyarakat yang rapuh pegangan
agamanya juga ditonjolkan melalui novel ini.
Kak May tidak dapat menerima hakikat
kematian kedua-dua ibu bapanya telah
bertindak untuk membunuh diri dengan
menelan pil tidur secara berlebihan.
Persoalan tentang kegigihan dan kecekalan
menghadapi cabaran dan dugaan.
Persoalan tentang kepercayaan karut dalam
kalangan masyarakat.
Persoalan tentang kerapuhan pegangan agama
Persoalan tentang sikap masyarakat yang
prejudis terhadap kaum wanita
Bukti ketabahan Awanis
Awanis tabah menghadapi kehilangan kedua-
dua ibu bapanya.
Awanis tabah menjalani latihan praktikumnya di
Hulu Paka Terengganu.
Awanis tabah menyesuaikan diri kehidupan di
rumah Kak Nor
Awanis tabah menghadapi karenah Kak May
yang bersikap pemurung.

You might also like