KGT

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Kajian Geografi Tempatan 2010

Nama calon: Kau Hau Jian

Tingkatan: 2W

Nombor kad pengenalan: 960913-56-5363

Nama dan alamat sekolah:

Tajuk kerja kursus: Proses Pembandaran di

Kawasan Sekolah Methodist Wesley, Sentul,

KL

Guru penilai: Puan Salina Sulaiman


TAJUK

PROSES PEMBANDARAN DI
KAWASAN SEKOLAH METHODIST
WESLEY, SENTUL, KL
Senarai kandungan

Tajuk Muka surat

Tajuk Kajian

Senarai Kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, iaitu Puan

Salina.

Beliau telah banyak membimbing saya semasa saya menghasilkan folio Kajian

Geografi Tempatan ini.

Selain itu, saya amat menghargai sokongan dan ibu bapa saya, iaitu Bong Tau

Moi dan Kau Yong Ming semasa sedang membuat Kajian Geografi Tempatan. Mereka

telah membantu saya untuk membuat folio ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan saya yang

telah banyak memberi bantuan kepada saya, iaitu Wei Hao, Christopher Chung dan

Yao Wei. Mereka telah menjawab dan berbincang dengan saya tentang masalah yang

timbul dengan Kajian Geografi Tempatan ini.


Pendahuluan
Saya, Kau Hau Jian, murid kelas 2W, telah memilih tajuk “Proses

Pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley, Sentul, Kuala Lumpur” untuk

Kajian Geografi Tempatan pada tahun 2010.

Saya memilih Sekolah Methodist Wesley, Sentul sebagai lokasi kajian kerana

Sentul merupakan kawasan yang padat dan ini akan memudahkan saya untuk

menjalankan kajian Geografi Tempatan. Selain itu, kawasan kajian ini juga amat dekat

dengan kawasan sekolah saya dan saya amat senang untuk membuat kajian di sini.

Saya telah membuat kajian ini selama enam minggu yang bermula dari tarikh 17

Ogos hingga 20 September.


Objektif Kajian
Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi

objektif berikut:

 Mengetahui konsep pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley, Sentul,

Kuala Lumpur.

 Mengenal pasti ciri-ciri pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley,

Sentul, Kuala Lumpur.

 Mengaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran di kawasan Sekolah

Methodist Wesley,Sentul, Kuala Lumpur.

 Mengetahui kesan pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley,Sentul,

Kuala Lumpur.

 Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembandaran di

kawasan Sekolah Methodist Wesley,Sentul, Kuala Lumpur.

 Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kita haruslah menghargai pembandaran

di kawasan Sekolah Methodist Wesley,Sentul, Kuala Lumpur


Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya adalah dalam lingkungan 3km di sekitar Sekolah

Methodist Wesley, Sentul, Kuala Lumpur. Daerah Sentul terletak ke utara Bandar Raya

Kuala Lumpur. Dari aspek fizikal kawasan bentuk muka bumi di Sentul ialah tanah

pamah beralun dengan purata ketinggian kira-kira 130 m dari aras laut. Kira-kira 1km

dari sekolah saya terdapat cawangan Sungai Gombak. Kawasan Sentul yang terletak di

kawasan tanah pamah yang rata dan subur.

Kawasan Sentul yang terletak di utara Wilayah Persekutuan di kelilingi oleh

daerah Gombak di sebelah utara, Hulu Langat di sebelah timur dan daerah Petaling di

sebelah baratnya.

Jarak mutlak Bandar Raya Kuala Lumpur ke kawasan kajian saya adalah kira-

kira 4km dan memerlukan perjalanan 20 minit dengan kenderaan. Manakala dengan

menggunakan perkhidmatan LRT STAR hanya memerlukan selama 10 minit untuk ke

pusat bandar di Masjid Jamek.

Dari aspek sejarah Sentul merupakan kawasan yang terletak berhampiran

perlombongan bijih timah. Pihak British pada zaman penjajahan telah membina

landasan kereta api untuk pengangkutan bijih timah ke pelabuhan dan kini sistem

pengangkutan semakin berkembang fungsinya dan menyumbang kepada pembangunan.


Peta Daerah
Peta Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Selepas memilih tajuk “Proses pambandaran di kawasan Sekolah Methodist

Wesley, Sentul, Kuala Lumpur”, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk

mendapatkan maklumat untuk kajian ini.

1. Pemerhatian

Saya telah memerhatikan sistem pembandaran di Sentul dan kepadatan pendudukan di

Sentul semasa menjalankan projek ini.

2. Soal selidik

Saya telah menemu bual dengan 20 orang responden di sekitar bandar Sentul . Saya

telah bertanya tentang masalah yang ditimbul di kawasan tersebut and langkah yang

boleh dilakukan untuk meyelesaikan.

3. Rujukan
Saya telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan 2 penerbitan Percetakan Saufi pada

muka surat 136 hingga muka surat 154 dan buku-buku di perpustakaan sekolah dan

perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Dapatan Kajian
8.1 Konsep Pembandaran

Proses pembandaran ialah proses perkembangan yang melibatkan perubahan

kawasan luar bandar menjadi bandar. Proses pembandaran melibatkan saiz penduduk,

kegiatan ekonomi, kemudahan sosial dan infrastruktur, cara hidup dan perluasan

sempadan bandar.

Pembandaran telah bermula sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan

semakin pesat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Proses pembandaran yang berterusan menyebabkan bertambahnya bandar-bandar

yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10000 orang dan lebih. Contohnya

Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu

8.2 Ciri-ciri pembandaran

Ekonomi penduduk turut berubah daripada kegiatan berasaskan pertanian kepada

kegiatan perindustrian, perdagangan, perkhidmatan, dan aktiviti yang berkaitan dengan


sesebuah bandar. Penduduk juga mengalami perubahan dan pemodenan dalam cara

hidup.

Melalui proses pembandaran, jumlah penduduk di kawasan bandar semakin

meningkat. Selain itu, apabila penduduk bertumpu di sesuatu kawasan, kepadatan

penduduknya turut meningkat seperti kawasan Sentul.

Sentul adalah contoh kawasan petempatan yang telah mengalami proses

pembandaran. Kawasan dahulunya ialah tanah luas untuk penanaman. Kini, kawasan

tersebut menjadi bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

8.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran

 Peluang pekerjaan

 Dasar kerajaan

 Migrasi penduduk

Antara faktor utama yang mempengaruhi pembandaran ialah peluang pekerjaan.

Peluang pekerjaan di bandar telah menarikkan banyak pekerja untuk mengerja di sana

kerana kadar upah yang tinggi dan pekerjaan yang lebih banyak. Penduduk luar bandar

akan berpindah ke bandar dan ini akan menyebabkan migrasi penduduk berlaku.

Selain itu, faktor kedua adalah pembukaan pusat pendidikan dan sekolah awam di

kawasan Sentul seperti Sekolah Methodist Wesley telah menggalakkan perkembangan

dan pembangunan sector industri. Pembukaan pusat pendidikan juga telah menggalakkan

lebih banyak orang tinggal di kawasan Sentul.

Di samping itu, faktor mempengaruhi pembandaran adalah migrasi penduduk.

Pertambahan penduduk di Bandar seperti kawasan Sentul telah menyebabkan


pengumpulan hasil bijih timah ditukarkan dan dimajukan sebagai kawasan perumahan,

persekolahan dan perindustrian.

Semasa menjalani projek tersebut, saya telah mempelajari supaya bersatu padu.

Saya juga belajar supaya mencintai alam sekitar.

8.4 Kesan pembandaran di kawasan kajian

Pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley telah mempunyai beberapa

kesan positif serta kesan negatif. Antara kesan-kesan positif yang utama ialah kemudahan

asas dan infrastruktur yang lengkap dan baik. Kawasan Sekolah Methodist Wesley,

Sentul telah mempunyai sistem perhubungan LRT yang sangat memudahkan kerana

murid-murid dari sekolah boleh balik ke rumah dengan menaikinya. Antara contoh-

contoh stesyen LRT ialah Sentul, Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Chan Sow Lin,

Bandaraya, Sri Petaling dan sebagainya.

Kesan positif yang selain itu ialah bertambah peluang pekerjaan. Kawasan Sentul

telah menjadi semakin moden dan ini telah memberikan banyak peluang pekerjaan

kepada orang.

Walaupun pembandaran kawasan Sentul mempunyai kesan positif, tetapi kawasan

tersebut juga mempunyai kesan-kesan negatif. Kesan negatif yang utama ialah
pencemaran udara. Kawasan Sentul mempunyai banyak kenderaan. Oleh itu, asap yang

dikeluarkan oleh kenderaan telah menyebabkan pencemaran udara berlaku.

Di samping itu, satu daripada kesan-kesan negatif adalah kesesakan lalu lintas.

Antara faktor berlakukan kesesakan lalu lintas adalah kerana kawasan Sentul telah

mempunyai terlalu banyak kenderaan. Selain itu, mereka juga tidak mengikut peraturan-

peraturan jalan raya. Jalan raya juga terlalu sempit ataupun kecil.

Kesan negatif yang ketiga ialah pencemaran bunyi. Penduduk kawasan Sentul

banyak menggunakan kenderaan bersendirian. Oleh itu, jumlah kereta telah bertambah

dan telah menyebabkan pencemaran bunyi.

Kiat harus menghargai alam sekitar kita supaya dapat mengekalkan keseimbangan

ekosistem bumi kita.


8.5 Langkah-langkah mengatasi masalah pembandaran

Masalah pembadaran merupakan perkara yang serius. Oleh itu, kita tidak boleh

meringankan hati. Untuk mengatasikan masalah pembandaran yang dihadapi, terdapat

beberapa langkah yang boleh dilaksanakan.

Untuk mengatasikan masalah pencemaran udara, kereta kini perlulah

menggunakan alat ‘catalytic converter’. Ini dapat membantu mengurangkan masalah

pencemaran udara kerana jumlah asap yang dikeluarkan akan dikurangkan.

Selain itu, untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, pihak kerajaan

perlulah melebarkan jalan raya supaya kereta dapat bergerak dengan lebih cepat kerana

mempunyai jalan raya yang lebih lebar. Pihak kerajaan juga perlulah menguatkuasakan

undang-undang peraturan jalan raya supaya rakyat-rakyat akan mengikutikannya.

Di samping itu, kita haruslah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam

seperti bas awam, LRT dan sebagainya. Kita boleh berkongsi kereta jika pergi ke
destinasi yang sama. Dengan cara tersebut, kita dapat mengurangkan masalah

pencemaran bunyi.

Semasa sedang menjalankan projek ini, saya telah mempelajari supaya kita

mestilah bertanggungjawab kerana bumi kita akan dicemar jika kita tidak

menjagakannya.

Rumusan
Semasa menjalan Kajian Geografi Tempatan ini, saya mempunyai tiga objektif

kajian utama, iaitu mengetahui konsep pembandaran, mengenal pasti ciri penempatan dan

mengetahui kesan pembandaran. Saya amat bersyukur kerana berjaya mencapai objektif

tersebut.

Saya dapati bahawa peluang pekerjaan merupakan faktor yang utama yang

mempengaruhi pembandaran. Selain itu, penggunaan alat ‘calalytic converter’ pada

kenderaan telah digunakan bagi mengatasikan masalah pencemaran udara.

Berdasarkan kajian, saya dapat memerhati bahawa kebanyakan rakan-rakan saya

tinggal berhampiran dengan kawasan Sentul kerana kesenangan untuk datang ke sekolah
pada setiap hari. Namun, saya bersyukur kerana saya hidup di bandar Sentul yang

mempunyai banyak kemudahan ini.

Lampiran
Rujukan
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Penerbitan Percetakan Saufi

Muka Surat 136 – 154

Merujuk perkara yang diperlukan untuk KGT

2. Google Earth

Mencari peta daerah Sentul.


3. Orang Sumber

Nama: Low Yong Kang

Alamat: 14, Jalan Bukit Idaman 3/1, Casa Mila, 68100 Batu Caves, Selangor

Umur: 15

Memberi bantuan tentang pembandaran di kawasan Sekolah Methodist Wesley,

Sentul, Kuala Lumpur.

You might also like