Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

LATAR BELAKANG

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PELAJARAN UNTUK
PERPADUAN
 ORDINAN PELAJARAN 1957
MENGISTIHARKAN…………

 BAHAWASANYA ….memenuhi keperluan negara


dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politik.
 BAHAWASANYA….murid-murid hendaklah dididik
mengikut kemahuan-kemahuan ibubapa mereka.
 Bahasa Kebangsaan addalah bahasa pengantar
utama
SISTEM PELAJARAN ZAMAN
BRITISH

S IS T E M P E L A J A R A N D I Z A M A N B R IT IS H

P E LA JA R A N R E N D A H
B E R B A G A I S U K A TA N P E LA JA R A N

SEKO LAH AG AM A S E K O L A H IN G G E R IS SEKO LAH M ELAYU S E K O L A H C IN A S E K O L A H T A M IL

A L -A Z H A R LO N D O N K E R JA C IN A IN D IA
PELAJARAN MENENGAH

P E LA JA R A N M E N E N G A H
P E LB A G A I S U K A TA N P E LA JA R A N

M AD R ASAH S E K . IN G G E R IS S E K . C IN A

A L -A Z H A R LO N D O N TAN AH BESAR
SEKOLAH PONDOK

CONTOH; SEKOLAH PONDOK POKOK SENA KEDAH


PONDOK BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PRAI
PONDOK TOK KENALI, KELANTAN
MADRASAH AL-MASYHOR, PULAU PINANG
MADRASAH EHYA AS-SHARIF, GUNUNG SEMANGGOL, BAGAN SERAI PERAK.

SEKOLAH VENAKULAR
(Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam perlaksanaan p& p di sekolah)

SEKOLAH INGGERIS

CONTOH; KING EDWARD VII TAIPING PERAK


CLIFFORD SCHOOL, KUALA LIPIS PAHANG

SEKOLAH MISSIONARY
CONTOH; ST. GEORGE, TAIPING PERAK
ST. ANNE, LABUAN
SEKOLAH CINA

CONTOH; SJK (C) HUA LIAN, TAIPING PERAK


SJK (C ) CHUNG HWA, KOTA BHARU

SEKOLAH TAMIL

CONTOH; SJK ( T) MANIKAVASAGAM, TG. MALIM

SEKOLAH MELAYU

CONTOH; SEKOLAH MELAYU GELUGOR PULAU PINANG


SEKOLAH MELAYU TELOK BELANGA SINGAPURA
SUASANA PELAJARAN SEBELUM PERANG DUNIA
KEDUA

ZAMAN INGGERIS ZAMAN JEPUN


-terhad kpd. Keperluan tenaga kerja dan ekonomi. -Sekolah Inggeris ditukar kepada sekolah Jepun
- menjadikan anak Melayu sebagai nelayan dan petani -Kiblat pendidikan kepada negara Jepun dengan menanam
yang lebih baik sedikit dari bapa merek konsep Asia Raya dan benci Inggeris
-Kurikulum terhad dan bukan alat perpaduan -Jurang pemisah antara kaum makin melebar

-MCKK untuk golongan bangsawan sahaja

-Sekolah pondok dan arab mendidik mereka menjadi


lebih cerdik
-Sekolah cina dan tamil dihad dan lewat ditubuhkan

PENYATUAN RAKYAT DAN CADANGAN -Penyata Fen Wu dan Barnes adalah dua penyata awal
PEMBAHARUAN SISTEM PENDIDIKAN -Barnes cadangkan hanya satu bentuk sekolah rendah

PERINGKAT AWAL sahaja yang diajar oleh pelbagai bangsa. Cina dan Tamil
dimansuhkan. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris sebagai
- kesan dari beberapa penyata, undang-undang bahasa pengantar.
-Fen Wu cadang penggunaan ketiga-tiga bahasa
oelajaran 1952 diperkenalkan iaitu konsep Sekolah
Nasional yang menggunakan Bahasa Melayu dan
Inggeris.
HAK MENTERI PELAJARAN
MENGIKUT AKTA PELAJARAN 1961

“Where at any time the minister is satisfied that a national type


primary school may suitable be converted into national primary
school,
he may by order direct that the school become a national
primary school”
ASAS-ASAS SOKONGAN LAIN UNTUK PERPADUAN
KO-KURIKULUM
Laporan J/K Kabinet 1979
- Aktiviti ko-kurikulum sukan dan olahraga adalah asas kepada matlamat perpaduan antara murid berbilang kaum dan
lapisan masyarakat.
- murid juga dikehendaki memilih satu pasukan berikut:
- Pasukan Anak Serigala, Pengakap, Pasukan Brownie dan Pandu Puteri
- Pasukan Pertolongan Cemas seperti PBSM dan St. John”s.
- Pasukan Kadet Tentera dan Kadet Polis

Sukan dan Pendidikan Jasmani


- Sukan dimestikan di sekolah
- MSSM menjadi penyelaras
- Senaman beramai-ramai di sekolah
- Permainan melibatkan penyertaan ramai
- Persekolahan dilanjutkan kepadda 11 dari 9 tahun dari penyeta Rahman Talib
- Peperiksaan masuk sekolah menengah dihapuskan
- Biasiswa dan buku teks kepada yang miskin
- DEB gariskan melalui pelajaran utk. Capai perpaduan
- Sekolah berasrama penuh dan Sains diujudkan
KESIMPULAN

Sistem pendidikan sekarang adalah kompromi termungkin dalam menyelesaikan tuntutan


dan tekanan yang bercanggah antara kaum. Ini adalah lanjutan dari Laporan
Cheesemen(1946), Barnes (1951) Fenn-Wu (1952) dan (1954), Woodhead (1955 untuk
Sabah) Razak (1956) Mclellan (1960 untuk sarawak) dan Rahman Talib (1960)

Penyata Razak dan Rahman Talib adalah piagam pelajaran Malaysia Merdeka yang
terpenting di mana di bawahnya terdapat satu sistem kebangsaan tunggal yang
mengandungi syarat ciri terwajib;
- Memenuhi keperluan negara
- Diterima ooleh rakyat amnya
- Murid-murid dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka
- Satu corak persekolahan menggunakan kurikulum dan peperiksaan sama.
- Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Pengantar
LAPORAN RAZAK (RAZAK REPORT – 1956)
Pilihanraya 1955 telah dimenangi oleh Parti Perikatan. Oleh itu untuk menunaikan janji pilihanraya
memberikan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk maka Kerajaan Perikatan telah
menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK

TUJUAN UTAMA

1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum.

3. Menyediakan kemudahan pelajaran yyang mencukupi.

4. Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

5. Merapatkan jurang antara kaum di Tanah Melayu

6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif

7. Untuk memenuhi keperluan negara merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.


SYOR-SYOR LAPORAN RAZAK

1. Menteri Pelajaran bertanggung jawab terhadap pelajaran menengah


dan latihan perguruan serta dasar pelajaran kebangsaan

2. Pihak berkuasa pelajaran tempatan bertanggungjawab bagi pelajaran


rendah dan pertukangan.

3. Menubuhkan jemaah nazir sekolah

4. Lembaga pengelola sekolah akan ditubuhkan bagi semua sekolah

5. Penubuhan dua jenis sekolah sahaja itiu sekolah rendah persendirian


atau yang menerima bantuan dan sekolah menengah persendirian atau
yang menerima bantuan.

6. Guru-guru akan dilatih dibawah rancangan yang sama


7. Sekolah rendah ditukar menjadi sekolah umum dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah jenis umum menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar. Sekolah rendah yang bukan umum akan terus diberi bantuan
oleh kerajaan dalam tempoh perolehan.

8. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah.

9. Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan akan diadakan. Pelajaran teknik


disusun semula dan dimajukan lagi.

10. Penubuhan satu jenis sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terbuka
kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama dan
satu kurikulum yang boleh dimasukkan pelajaran semua bahasa dan kebudayaan.

11. Peperiksaan sijil pelajaran rendah dan sijil ppelajaran Tanah Melayu akan
diambil oleh calon dari semua sekolah menengah.
12. Saiz sekolah dan bilik darjah dikawal dan satu penyelesaian
secara berhati-hati terhadap masalah kanak-kanak lebih umur di
sekolah.

13. Diadakan usaha bagi menggalakkan kemajuan bahasa


kebangsaan dan menambah pengetahuan mengenainya bagi semua
penduduk persekutuan.

14. Berusaha menjadikan semua sekolah berorientasikan Tanah


Melayu dan memperkenalkan sukatan pelajaran serta jadual waktu yang
sama bagi semua sekolah.
ANALISIS LAPORAN RAZAK

1. FALSAFAH DAN KANDUNGAN


1.1 Untuk menyatukan budak-budak dari semua bangsa di bawah sistem pelajaran kebangsaan
yang bahasa pengantarnya bahasa kebangsaan.

- Ke arah ppembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan

- Semua sekolah ke arah sukatan yang sama dan untuk peperiksaan yang sama, satu bahasa
digunakan.

- Sekolah rendah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan

- 3 jenis kursus dicadangkan di sekolah menengah iaitu akademik, vokasional dan teknikal

- Kandungan kurikulum dan jadual waktu sama bagi semua sekolah

1.2 pelajaran melalui bahasa kebangsaan untuk melahirkan anak muda bersemangat kebangsaan
dan memupuk persefahaman penduduk pelbagai kaum
1.3 Pendidikan menengah dibahagikan kepada menengah rendah, menengah atas dan
prauniiversiti

1.4 Dengan pengajaran bahas Inggeris di semua sekolah, peluang bagi pelajaran tinggi tterbuka
kepada semua kaum

1.5 Penubuhan pihak berkuasa pelajarran tempatan bertujuan menggalakkan lebih ramai individu
tempatan mengambil bahagian menggalakkan pelajaran rendah

1.6 Penubuhan Jemaah Nazir Bebas dapat memelihara mutu pelajaran

1.7 4 peperiksaan utama akan diduduki ooleh murid sekolah

- Peperiksaan kemasukan sekolah menengah Tanah Melayu - (pada akhir peringkat sekolah
dasar)
-- SRP – setelah 3 tahun di sekolah menengah

- SPM – setelah tamat dua tahun menengah

- STP – setelah menamatkan pendidikan prauniversiti dua tahun bagi melayakkan diri ke U
1.8 Apabila Bahasa Melayu diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah maka;

-- Tertubuhlan Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk latihan guru BM

- Tertubuhlah DBP bagi meningkatkan lagi perkembangan dan pengajian Bahasa Melayu

2. REAKSI LAPORAN RAZAK


2.1 Orang Melayu

- Tidak puas hatu dan syak wasangka kerana Laporan Razak tidak cukup berani dalam erti
kata sanggup menentang kedudukan Bahasa Inggeris di sekolah.

- UMNO Johor menentang Laporan Razak kerana beranggapan membahayakan Bangsa


Melayu.

- Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) menentang Laporan Razak


kerana berasa terhina apabila Laporan Razak ditulis dalam Bahasa Inggeris.
ORANG CINA DAN INDIA

Penentangan terhadap LR adalah berkaitan dengan bahasa pengantar di sekolah

- Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil menentang LR kerana takut dengan


terlaksananya laporan tersebut, kemajuan sekolah Tamil akan terencat.

-
Kesatuan Guru-Guru Sekolah Cina dan akhbar berbahasa Cina membuat
tentangan awal terhadap LR khususnya berhubung perenggan 12 yang
memperakukan bahawa objektif akhir dasar pelajaran kebangsaan (Bahasa
Melayu) sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.
PANDANGAN PARTI POLITIK

- PAS : Menentang LR kerana tiada jaminan dibuat bahawa Bahasa Melayu


akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam masa 10 tahun
negara mencapai kemerdekaan.

Keduanya, LR membenarkan bahasa lain dijadikan bahasa pengantar di


sekolah bermakna bahasa tersebut secara tidak langsung diiktiraf sebagai bahasa
rasmi negara.

Ketiganya, LR tidak memberikan apa-apa perakuan bahawa taraf Bahasa


Inggeris akan diturunkan.

- PPP : Mendesak bahasa pengantar di sekolah diberi dalam bahasa ibunda,


layanan yang sama kepada semua institusi pendidikan dan peluang pekerjaan yang sama
bagi semua murid dari sekolah yang diiktiraf.

- MCA : Menggesa supaya kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa


rasmi negara, memberi layanan yang sama kepada sekolah- sekolah Cina
IMPLIKASI LAPORAN RAZAK

1. BANTUAN YANG SAMA KEPADA SEMUA SEKOLAH


TANPA MENGIRA BAHASA PENGANTAR

2. PERKEMBANGAN PELAJARAN TEKNIK AKAN


MELAHIRKAN PEKERJA YANG MAHIR

3. PENGGUNAAN SUKATAN PELAJARAN YANG SAMA


BERTUJUAN MEWUJUDKAN STANDARD
PELAJARAN YANG SAMA
KESIMPULAN LAPORAN RAZAK

LAPORAN RAZAK MASIH MENGEKALKAN


JURANG PERSEKOLAHAN KERANA MASIH
TERDAPAT EMPAT ALIRAN BAHASA DI SEKOLAH
RENDAH. INI BERMAKNA IA MASIH
MENGEKALKAN STATUS –QUO BAHASA-
BAHASA LAIN DALAM SISTEM PENDIDIKAN
RENDAH DAN MERUPAKAN SATU CIRI YANG
DIWARISI DARI SISTEM PENJAJAHAN INGGERIS
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Berperanan mengkaji semula semua Laporan Razak yang diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri
Pelajaran ketika itu.

Syor-Syor (termaktub dalam akta pelajaran 1961)

1. Pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak bermula pada tahun 1962

2. Semua sekolah rendah bantuan akan ditukar menjadi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah
rendah jenis kebangsaan (SRJK)

3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun dengan mengadakan sekolah pelajaran
lanjutan. Ini membolehkan murid-murid menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi dengan
penekanan kepada pelajaran seni perusahaan.

4. Murid-murid dinaikakn darjah secara automatik dengan syarat diadakan peperiksaan sekurang-
kurangnya sekali sepenggal dan peperiksaan tahunan.

5. Bantuan separuh kepada sekolah menengah (yang tidak mematuhi) akan ditamatkan mulai
januari 1962. Sekolah swasta dibenarkan terus berfungsi dengan syarat yang ditetapkan.
6. Semua peperiksaan am di sekolah menengah akan diadakan dalam salah satu
bahasa rasmi sahaja.

7.Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan di tamatkan. Sistem Jemaah


Pengurus/Pengelola akan diteruskan.

8. Kenaikan pangkat guru-guru yang dibuat oleh Jemaah Pengurus hendaklah


dibuat oleh Menteri Pelajaran.

9. Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Negeri hendaklah ditubuhkan.

10. Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik hendaklah


didirikan.

11. Bilangan sekolah vokasional kampung yang menyediakan pelajaran vokesional


hendaklah ditambah dan dibuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan.
12. Bilangan guru terlatih yang mengajar mata pelajaran vokesional dan Bahasa Melayu
hendaklah ditambah

13. Pelajaran Agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan yang
mempunyai murid Islam tidak kurang 15 orang. Pendidikan akhlak juga hendaklah
ditingkatkan.

14. Belanja pengajaran di sekolah rendah ditanggung oleh kerajaan persekutuan


dan kerajaan negeri dan sekolah menengah bantuan perbelanjaan ditanggung oleh
kerajaan persekutuan.

15. Jemaah Nazir Persekutuan hendaklah diteruskan dan Jemaah Nazir Tempatan
dibentuk.

16. Kedudukan Bahasa Kebangsaan hendaklah diperkukuhkan dalam sistem


pelajaran negara.
KESAN PELAKSANAAN SYOR LAPORAN RAHMAN TALIB

1. Umur berhenti sekolah 15 tahun yang dicadangkan memberi ruang kepada pelajar lebih
bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjawat pekerjaan.

2. Pendidikan sekolah rendah percuma membolehkan setiap kanak-kanak berpeluang untuk


belajar di sekolah

3. Penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dapat memperkasakan


kedudukan bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama memelihara bahasa dan budaya
kaum ylain.

4. Sistem naik kelas secara automatik di sekolah rendah dan menengah menjamin pelajar tidak
tercicir daripada sistem persekolahan terlalu awal. Peperiksaan tahunan yang diadakan
adalah untuk menjamin mutu P & P.

5. Bantuan separuh kepada sekolah menengah yang tidak mematuhi peraturan adalah untuk
menjamin pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan.

6. Semua peperiksaan di sekolah menengah diadakan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris. Matlamatnya untuk mewujudkan perpaduan.
7. Penubuhan sekolah menengah pertukangan dan sekolah teknik
adalah untuk memenuhi kehendak murid yang berbeza dari segi
pencapaian akademik.

8. Penubuhan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan


pelajaran vokesional akan memberi peluang pelajaran bagi
penduduk luar bandar.

9. Bilangan guru terlatih bagi pelajaran vokesional dan Bahasa


Melayu akan menjamin mutu pelajaran vokesional dan bahasa
kebangsaan.

10. Pelajaran agama Islam dan Pendidikan Moral akan


memelihara akhlak dan moral murid-murid.

You might also like