Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Konsep Kes

Pada umumnya kes merangkumi pelbagai jenis:

a. Kes Intrinsik: Kajian bertujuan untuk memenuhi kehendak-kehendak intrinsik penyelidik.


b. Kes Instrumental: Kajian bertujuan untuk memahami sesuatu teori dengan lebih
mendalam
c. Kes Kolektif: Sama seperti kes instrumental yang boleh dikaitkan dengan kes-kes lain.
d. Kes Pengajaran: Kes untuk menjelaskan sesuatu permasalahan untuk dijadikan panduan
pengajaran-pembelajaran
e. Biografi: Kes tentang seseorang ditulis secara kronologis
f. Dokumentari televisyen: Kadang kala dikategorikan sebagai kes dengan cara yang
tersendiri.
g. Kes Legal: Digunakan sebagai rujukan untuk menjelaskan prinsip undang-undang.

Jenis-jenis Kes Pengajaran

Lee S. Shulman mengenalpasti 3 jenis kes pengajaran:

a. Prototype - Menghuraikan tentang prinsip-prinsip teori


b. Precedents - Sebagai panduan atau rujukan
c. Parables - Menghuraikan tentang norma-norma dan nilai-nilai

Kes Pengajaran

Menurut Judith H. Shulman dan Joel A. Colbert, kes adalah peristiwa atau rentetan peristiwa
yang dramatik, "candid" dan menarik tentang pengajaran pembelajaran. Ia boleh ditulis oleh guru
atau penyelidik dan menggambarkan sesuatu masalah atau delima yang sengaja diolah untuk
mencetuskan perbincangan.

Kes bukan sahaja cerita biasa malah fungsinya lebih luas daripada itu. Ia boleh menjadi wacana
untuk meluaskan pengetahuan.

Komponen-komponen Kes

a. Permasalahan: peristiwa khusus atau rentetan peristiwa


b. Konteks: latar belakang kes
c. Huraian Lanjut: huraian tentang peristiwa
d. Refleksi: analisis dan renungan kendiri
e. Reaksi: komen dan pandangan daripada pihak-pihak yang berkenaan

Permasalah, konteks dan refleksi boleh diharapkan menjadi vignette.

Apakah ia Vignette
Vignette menceritakan dengan lebih jelas perilaku sesuatu peristiwa, sebab dan akibatnya dan
pemikiran serta perasaan yang berterusan daripada mereka yang terlibat.

Ciri-ciri Kes Yang Baik

a. Memberi tumpuan kepada peristiwa atau rentetan peristiwa yang khusus


b. Masalah tertumpu kepada cabaran dan dilema
c. "Cerita" mempamerkan "cerita benar" sehingga boleh dihayati oleh pembaca.
d. Kes hendaklah "diolah" sepaya dapat merangsang penganalisisan dan perbincangan.
e. Kes adalah kompleks - terdapat satu cerita utama yang mengandungi beberapa masalah
lain
f. Kes mengandungi maklumat yang terperinci dan mencukupi; contohnya dialog
g. Hampir semua maklumat berkait dengan kes adalah padat, tepat dan relevan.

Tujuan Kes

a. Digunakan sebagai alat latihan dalam perkhidmatan pendidikan untuk meningkatkan mutu
profesionalisme pendidikan serta pentadbir melalui perbincangan terhadap peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
b. Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui proses
reflektif yang akan membawa celik akal tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran
hasil dari perbincangan kumpulan
c. Mengintegrasikan dapatan kejian dengan amalan profesional dan ini dapat merapatkan
jurang natara teori dan amalan dalam pendidikan.
d. Merancang penulisan tentang pengalaman dan isu-isu yang kurang dikurang diberikan
perhatian.
e. Membuat koleksi kes-kes yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pendidikan guru. Himpunan ini boleh dijadikan asas ke arah tindakan pada
masa akan datang.
f. Membentang dan meneliti prinsip-prinsip, teori-teori pendekatan-pendekatan dan
tindakan alternatif bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Fasa Pembelajaran Berasaskan Kes

Pembelajaran berasaskan kes boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama seperti penulisan,
penggunaan dan penyebaran.

Kes perlu ditulis sebelum ia dapat digunakan dalam proses pengajaran pembelajran di bilik
darjah. Dalam proses penulisan kes perkara utama yang perlu diambil kira ialah kes itu sendiri,
refleksi dan reaksi. Kes-kes yang sesuai digunakan dalam bilik darjah perlu ada masalah, di mana
pelaksanaan tidak sebagaimana yang dirancang dan adanya usaha bagi mebaiki keadaan. Sama ada
sesuatu kes itu ada refleksi dan reaksi atau tidak, tidak akan mencacatkan penggunaannya dalam
bilik darjah.

Setelah adanya kes yang ditulis, barulah boleh digunakan dalam pengajaran. Dalam fasa ini,
perkara utama yang perlu diambil perhatian dan rumusan. Semasa kes dibaca secara individu,
objektif pembelajaran yang dihajatkan perlu diberi fokus. Pembelajaran berasaskan kes ini akan
berakhir dengan rumusan. Di antara perkara utama dalam rumusan yang tidak boleh ditinggalkan
adalah apa yang dapat dan boleh dipelajari dari kes yang dibincangkan.

Bagi tujuan perkongsiaan pengalaman dan mempertingkatkan keberkesanan penggunaannya dalam


bilik darjah, idea pembelajaran berasaskan kes perlu disebarluas. Di antara langkah
penyebarannya termasuklah membukukan kes-kes tersebut dan menjalankan kajaian dan
penyelidikan. Dapatan dari kajian dan penyelidikan boleh dibentengkan dalam seminar dan
konferens.

Teknik Penulisan Kes

Terdapat 3 peringkat dalam penulisan kes: SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS

Sebelum Menulis

1. Perlu memikirkan perkara-perkara berikut:

Apakah cerita pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditulis?


Apakah cerita pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditulis?
Apakah kisah di bilik darjah yang benar-benar ingin disampaikan?
Apakah tujuan kes itu?
Apakah perbincangan yang ingin dicetuskan?
Siapakah sasaran cerita ini dan apakah jenis pengetahuan dan pengalaman yang  boleh
disumbangkan?
Dalam situasi manakah isu boleh digunakan?
Adakah penekanan kes kepada beberapa isu atau satu isu sahaja?

2. Mengenalpasti dan memilih bidang:

Kurikulum dan pengajaran


Interaksi dengan pelajar dan lain-lain.
Semasa Menulis

1. Memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Panjang kes antara 2 - 4 muka surat.


Seronok untuk dibaca dan mempunyai unsur dramatik
Jelas dan mudah dibaca
Boleh menggunakan nama samaran bagi melindungi pembaca segera menghayati istuasi yang
dicetuskan dan juga menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang berlaku selanjutnya.
Tidak terlalu memikirkan tentang kualiti penulisan pada daraf awal.
Selepas Menulis

1. Penulis perlu menyemak perkara-perkara berikut:

Apakah isu(2) dalam kes selaras dengan tujuan penulisan?


Apakah maklumat tambahan yang diperlukan?
Dari manakah maklumat tambahan yang diperlukan?
Siapakah yang perlu dilibatkan?
Adakah kes ini menjejaskan sesuatu masalah secara eksplisit atau adakah tujuan anda supaya
pembaca mengenalpasti masalah?
Adakah kes ini boleh digunakan tanpa bantuan kes atau bahan atau huraian atau reaksi lain?
Harus membaca, menyemak dan memurnikan daraf - jika perlu, minta pandangan atau bantuan
daripada orang lain.

Kegunaan Kes

a. Pengajaran

Sebagai rujukan (precedent) untuk menyelesai masalah.


Digunakan dalam pengajaran yang melibatkan moral dan etika.
Menggalakkan guru pelatih berfikir sebagai guru terlatih
Memberi keyakinan kepada guru pelatih menangani cabara

b. Penulisan

Sebagai model untuk menulis kes-kes lain

c. Penyelidikan

Sebagai bahan rujukan para penyelidikan pendidikan


Sebagai satu metodologi penulisan penyelidikan pendidikan

d. Pembacaan

Sebagai sumber bacaan dan rujukan tambahan.

Cara-cara Menggunakan Kes

a. Memilih kes yang sesuai

Memastikan isu(2) dalam kes adalah jelas dan mencukupi untuk mencetuskan perbincangan.

b. Mengedarkan kes

Diberikan sebelum pengajaran


Diberikan pada permulaan pengajaran

c. Menguruskan pelajar untuk perbincangan

secara kelas
secara kumpulan kecil
secara pasangan
secara individu

d. Mengemukakan soalan-soalan tugasan


Kenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih di dalam kes tersebut.
Cadangkan penyelesaikan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut
Apakah risiko-risiko yang mungkin dihadapi sekiranya penyelesaian tersebut diambil?
Apakah implikasi kes tersebut kepada anda?
Apakah strategi alterantif yang boleh dilaksanakan oleh pelatih tersebut?
Bandingkan kes tersebut dengan kes-kes lain yang pernah anda kaji?
Apalah prinsip-prinsip atau generalisasi-generalisasi yang anda diapati dari kes tersebut?
Kaitkan kes-kes ini dengan teori-teori yang telah anda pelajari?

e. Strategi Pelaksanaan

Membincangkan keseluruhan kes


Membincangkan kes - bahagian demi bahagian
Membincangkan kes berdasarkan pembacaan topik yang berkaitan
Forum
Sumbangsaran atau sei "buzz"

f. Rumusan

Kaitan teori dengan amalan


Merumuskan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan tugasan

You might also like