Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

THURSDAY, MAY 10, 2007

Cabaran ICT di sekolah pendidikan khas


PROGRAM pembestarian sekolah yang menjadi salah satu pengisian utama Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP), ditakrif sebagai proses berterusan ke arah membudayakan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan bagi mempertingkat
kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
serta kompetensi guru. Agenda nasional ini tidak meminggirkan pelajar berkeperluan khas
mencakupi kategori masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan murid pemulihan
khas. Wartawan Berita Minggu, Syuhada Choo Abdullah, menemubual Setiausaha Parlimen
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantapan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran,
Komala Devi, mengenai usaha itu.

APAKAH program ICT yang akan dilaksanakan khusus di sekolah pendidikan khas dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Ketika ini, ada 32 sekolah pendidikan khas di seluruh negara, meliputi 28 sekolah rendah dan
empat menengah, di samping 1,118 program pendidikan khas integrasi (72 masalah
pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1,020 masalah pembelajaran) membabitkan sejumlah
25,106 pelajar.

Dalam RMK-9, RM15 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ICT untuk pendidikan khas.
Program berkenaan ialah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri
dan penggunaan ICT di kelas prasekolah pendidikan khas.

Bagi program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) sudah
melaksanakan projek rintis dalam RMK-8 pada 2002 membabitkan empat sekolah, iaitu masing-
masing dua sekolah rendah dan menengah pendidikan khas. Sekolah berkenaan ialah Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah
(masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran,
penglihatan dan pembelajaran).

Apakah perancangan untuk memperluas pelaksanaan projek rintis itu.

Dalam RMK-9, JPK merancang memperluaskan program Pembestarian Sekolah Pendidikan


Khas kepada 28 sekolah. Inisiatif ini akan menggunakan lima model dilengkapi kemudahan ICT,
perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian
LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber.

Model terbabit ialah Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga sekolah, Model Makmal Masalah
Pendengaran (14 sekolah), Model Kelas Masalah Penglihatan (dua sekolah), Model Kelas
Masalah Pendengaran (10 sekolah) dan Model Makmal Sekolah Pendidikan Khas Baru (dua
sekolah).

Bagaimana dengan peralatan dan perisian ICT khusus yang dibekalkan ke sekolah
pendidikan khas di bawah program pembestarian ini.

Secara umum, peralatan ICT dibekalkan itu sama seperti diperoleh sekolah aliran perdana.
Bagaimanapun bagi sekolah pendidikan khas (masalah penglihatan), ada peralatan dan perisian
khusus untuk kegunaan pelajar terbabit. Peralatan itu ialah Smartview CCTV untuk
membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan
braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan),
Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer
elektronik bersuara tanpa skrin).

Perisian khusus dibekalkan untuk masalah pendengaran pula ialah Duxbury bagi menterjemah
teks kepada braille, Zoomtext (membesarkan saiz teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian
Screen Reader.

Apakah pula peranan Pusat Pembelajaran Kendiri.

Pusat Pembelajaran Kendiri akan dibina di asrama sekolah pendidikan khas bagi membolehkan
pelajar membuat capaian kepada sumber pendidikan luar melalui internet, di samping
melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, pusat ini juga bertujuan
mempertingkat ‘contact-hours’ pelajar dengan komputer.

Sebanyak 13 sekolah terbabit dalam program ini, iaitu 11 sekolah pendidikan khas sedia ada dan
dua SMPK vokasional baru yang akan dibina dalam RMK-9. Dari segi peralatan dan perkakasan,
setiap Pusat Pembelajaran Kendiri akan dibekalkan lima komputer, Screen Reader Software,
Text Magnifier Software, suis, sebuah pencetak laser A4, sebuah Inkjet Color Printer A4 serta
Rangkaian LAN.

Sejauh manakah inisiatif ICT membantu pembabitan pelajar berkeperluan khas dalam
pelaksanaan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam konteks pelaksanaan PPSMI, JPK memastikan peralatan ICT dibekalkan ke sekolah
pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi. Demikian juga dalam Fasa V PPSMI
Program Pemulihan Khas, kemudahan ICT diperuntukkan.

Malah, pelajar serta guru PPSMI yang bermasalah penglihatan turut dibekalkan peralatan khas
bagi memudahkan proses P&P. Peralatan berkenaan ialah Embosser sebanyak 66 unit, Thermal
Form (33), Braille Note (10), Braillone (1,320), Perisian Duxbury (60), Perisian JAWS (60) dan
Perisian Zoom Text (60).

Bagaimana dengan program penggunaan ICT di prasekolah pendidikan khas.

Setiap kelas prasekolah pendidikan khas sudah dibekalkan masing-masing sebuah komputer dan
juga pencetak, di samping perisian, bagi membantu guru memberi pendedahan ICT kepada
murid berkeperluan khas dari seawal usia empat sehingga enam tahun. Bukan itu saja dengan
kerjasama Bahagian Sekolah, 30 kelas prasekolah dalam Program Pendidikan Khas Integrasi
sudah menerima sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain
itu, 31 kelas prasekolah dalam program sama juga dibekalkan dua komputer dan sebuah
pencetak di bawah peruntukan Kementerian Pelajaran.

Apakah perkembangan pelaksanaan projek ICT di sekolah murid Orang Asli dan Penan.

Agenda untuk menyamaratakan medan persaingan dalam bidang ICT turut membabitkan sekolah
murid Orang Asli dan Penan. Sehubungan itu, lima sehingga tujuh sekolah yang berdekatan dari
segi fizikalnya serta memiliki ciri sama akan dikelompokkan bagi penggunaan ICT dengan tujuan
perkongsian P&P, perkongsian data dan meningkatkan pencapaian dengan cara berkongsi
maklumat antara satu sama lain.

JPK akan menjalankan ‘proof of concept’ sidang video atau telesidang pada masa terdekat di
tujuh sekolah rendah sekitar daerah Pekan, Pahang yang dikategorikan sebagai satu kelompok.
Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Chini yang mempunyai 100 peratus murid
Orang Asli, SK Permatang Kledang (100 peratus murid Orang Asli), SK Runchang (100 peratus
murid Orang Asli), SK Kincir (majoriti murid Orang Asli), SK Kota Perdana (majoriti murid Orang
Asli) dan SK Bandar 2, Paloh Hinai (Sekolah Model Khas Komprehensif K9).

Secara keseluruhan, apakah isu dan cabaran dihadapi JPK untuk melaksanakan program
ICT dalam pendidikan khas.

Berhubung perkara ini, guru perlu dilatih serta diberi kemahiran untuk mengajar berkeperluan
khas dengan menggunakan ICT. Selain peralatan ICT biasa, guru pendidikan khas juga perlu
mahir mengendalikan peralatan dan perisian khusus. Seterusnya, perisian yang terdapat di
pasaran untuk P&P pendidikan khas amat terhad dan ada kala kurang sesuai bagi pelajar
berkeperluan khas, terutama kategori masalah pembelajaran. Walaupun ada peralatan dan
perisian luar negara yang boleh diguna pakai untuk pelajar berkeperluan khas di Malaysia,
kosnya sangat tinggi. Berikutan itu, kekurangan kepakaran untuk membina perisian sesuai bagi
pelajar terbabit juga adalah satu cabaran.

Sementara itu, kepelbagaian kecacatan pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan
juga perisian khusus secara individu. Ini adalah suatu yang sukar untuk dipenuhi kerana
kekangan sumber kewangan dan manusia. Bagi pengkelompokan sekolah murid Orang Asli dan
Penan, lokasi sekolah terbabit adalah di pedalaman dan sukar mendapat akses penuh kepada
jaringan rangkaian, internet serta kemudahan lain seperti telefon dan satelit. Peralatan ICT di
sekolah murid Orang Asli juga tidak sesuai untuk menjalankan sidang video ataupun telesidang.

Bagaimanakah isu dan cabaran ini dapat diatasi.

Kepakaran perlu diwujudkan dan kerjasama daripada pihak lain harus dipertingkat untuk
membantu JPK. Kerjasama pintar serta jalinan kolaborasi perlu diwujudkan dengan institusi luar,
termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang mahir dalam
menghasilkan perisian sesuai untuk pelajar berkeperluan khas. Di samping itu, JPK juga perlu
menjalankan kajian impak ICT terhadap pencapaian pelajar berkeperluan khas, baik di sekolah
pendidikan khas mahupun dalam program pendidikan khas integrasi.

Berita Harian
http://jqa1004.blogspot.com/2007/05/cabaran-ict-di-sekolah-pendidikan-khas.html
PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH - Cabaran ICT
Jumaat, 05 Mac 2010 04:45 | Written by Administrator | | |

Indeks Artikel

PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


pengenalan
Definisi
Latar Belakang Pendidikan
Kaedah
Peranan ICT
Aplikasi Teknologi Maklumat
ICT Sebagai Alat Komunikasi
Cabaran
Kesimpulan
Semua muka surat
Page 9 of 10

CABARAN ICT

1. Propaganda dan Globalisasi

Propaganda boleh disalurkan melalui semua bahan ICT. Situasi ini boleh menimbulkan
unsur ‘bias’ di dalam argument (van der Leeuw-Roord,J.. 1998). Keadaan ini begitu jelas
dengan meningkatnya unsur globalisasi dalam kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang
merentasi sempadan negara masing-masing. Dengan meningkatnya perspektif global,
maka keperluan untuk menilai dan membuat interpretasi masa lalu amat penting misalnya
keupayaan guru sejarah menjelaskan bagaimana masyarakat lain melihat dan menilai
sejarah negara kita. Menurut Professor Stephen Heppell, ”guru-guru perlu membantu
generasi muda dalam memberi panduan dan ilham ... dan membantu pelajar, belajar
dengan menggunakan komputer dan mengelakkan mereka daripada belajar tentang
komputer” (van der Leeuw-Roord, J. 1998).

1. Keupayaan Mengakses Maklumat

Keupayaan akses komputer bergantung kepada penyediaan infrastruktur. Keupayaan


infrastruktur di antara kawasan bandar dan luar di Malaysia sangat berbeza. Malah
kelengkapan infrastruktur di antara Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak juga
sangat berbeza. Infrastruktur ICT memerlukan sistem telekomunikasi yang baik. Dengan
keupayaan akses yang berbebeza maka keupayaan kawasan bandar jauh meninggalkan
kawasan luar bandar dalam mengakses maklumat. Perbekalan peralatan Ict ke kawasan
luar bandar kadang-kadang terlepas pandang untuk mengambil kira keupayaan bekalan
elektrik yang stabil. Keadaan ini sangat merugikan apabila alat yang dibekalkan mudah
rosak akibat kemudahan infrastruktur yang kurang.

Kalau adapun penyediaan bahan dan peralatan menggunakan alat ICT ia hanya tertumpu
kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains melalui program PPSMI.
Keperluan pendidikan Sejarah dengan menggunakan ICT terus dipinggirkan oleh pihak
pemerintah dan guru. Ini membawa implikasi bahawa sistem pendidikan kita belum
bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Pelajar membaca bahan dari internet setiap hari
tetapi kita masih belum menyediakan panduan dan latihan khusus kepada guru-guru bagi
memanipulasi aspek ICT sebagai kaedah yang sistematik.

Kelemahan sistem internet mungkin boleh dikurangkan dengan pembekalan bahan P&P
melalui cakera CDROM. Walau bagaimanapun dengan kekangan bekalan elektrik,
komputer dan internet, guru tiada pilihan melainkan mengajar dengan menggunakan
CDROM kepada 35-45 orang pelajar. Justeru ini tidak memberikan kemahiran kepada
pelajar tetapi ia kembali kepada kaedah berpusatkan guru, hanya ditambah sedikit
kemudahan ICT dalam P&P.

1. Kekurangan Perisian (Software) dan Courseware Berbahasa Melayu

Pembinaan bangsa dalam sesebuah negara memerlukan penggunaan bahasa ibuanda


dalam meningkatkan rasa bangga terhadap sejarah bangsa dan negara. Aspek ini
merupakan halangan terbesar disebabkan kita kekurangan Software dan Courseware
dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris, Perancis, dan
Sepanyol. Aspek asas kita boleh lihat dalam software Word atau Text, iaitu amat kurang
didapati software ini di dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini merupakan masalah kepada
pelajar yang lemah pengetahuan bahasa Inggeris yang kebanyakannya tinggal di luar
bandar.

Sebelum sesuatu software atau courseware boleh digunakan guru harus membuat
penilaian kesesuaian terhadap CDROM atau DVDROM tersebut. Keadaan ini membazir
masa dan tenaga (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Ini menyebabkan kebanyakan
guru kurang bermotivasi untuk menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan ke dalam
CDROM. Aspek penting yang jelas, sangat kurang ataupun hampir tidak ada bahan-
bahan sejarah ataupun sumber pelbagai media daripada Jabatan Muzium dan Arkib di
dokumentasikan dalam bentuk CDROM ataupun DVDROM di negara kita. Kolaborasi di
antara pihak Muzium, Jabatan Arkib Negara dan guru sangat penting sebab akan
menguntung kesemua pihak (Min Fui Chee 2006).

1. Isu Latihan Guru Sejarah

Kebanyakan guru sejarah memiliki pengetahuan ICT pada tahap minimum sahaja
malah sebahagian mereka kurang mahir menggunakannya dalam pengajaran sejarah (van
der Leeuw-Roord, J. 1998). Malah bagi guru yang veteran langsung tidak mahu
mendekati dunia ICT disebabkan ”fobia” kepada teknologi baru. Sesetengah negara
menyediakan kursus khas bagi membolehkan guru-guru memiliki kemahiran ICT.
Berdasarkan pengalaman di negara kita latihan yang diberikan kepada guru sejarah tidak
menyeluruh, maksudnya kursus yang dianjurkan bermusim. Kalau ada kursus dan latihan
ianya terhad kepada guru PPSMI sahaja. Penyediaan makmal komputer, Pusat Akses dan
program PPSMI lebih kepada penyediaan hardware tetapi lemah dari sudut latihan dan
kemahiran.

Latihan tidak hanya berlaku untuk P&P di dalam kelas tetapi juga penting untuk guru
mengetahui kemahiran menggunakan Muzium sebagai bahan P&P. Di negara kita dan
sebahagian besar negara luar, jarang sekali penubuhan Muzium adalah untuk memberi
sokongan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Levesque, S.2006). Kalau
guru dan pelajar gagal menjadikan muzium sebagai sumber bahan P&P maka jadilah
bangunan dan isi muzium sebagai tinggalan sejarah yang dilupakan oleh generasi muda.
Amat rugi muzium dibiarkan tanpa digunakan untuk P&P sekolah, sedangkan banyak
aspek pembelajaran yang boleh dimanfaatkan.

1. Persamaan Peluang Mengakses Bahan

Berdasarkan kajian di Finland di dapati perempuan lebih banyak mengunakan ICT


berbanding lelaki. Penggunaan ICT di kalangan lelaki lebih bertumpu kepada internet dan
pemainan (games), manakala perempuan lebih banyak menggunakannya untuk menulis
E-Mail bagi berkomunikasi. Kajian ini menunjukkan kebanyakan perempuan
menggunakan ICT untuk perkara yang bermanfaat berbanding lelaki.

Dari aspek lain kebanyakan guru yang mengajar di pusat bandar adalah guru veteran.
Guru yang berumur kebiasaannya kurang inisiatif dan idea untuk mendekati idea baru
dalam P&P sejarah. Sebab itu latihan dalam perkhidmatan sangat diperlukan bagi
meningkatkan kemahiran.

Sesetengah bahan yang terdapat di Muzium dan Arkib tidak membenarkan pelajar
sekolah untuk di akses. Justeru wajar bahan sejarah seperti ini di dokumentasi dalam
bentuk CDROM atau DVDROM yang akan membantu pemeliharaan bahan dan dalam
masa yang sama menambah koleksi sekolah dan Muzium.

1. Isu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Bagi sebahagian guru halangan utama dalam penggunaan ICT dalam mata pelajaran
sejarah ialah isu P&P. Kebanyakan negara memperuntukan masa pengajaran yang sedikit
sedangkan syllabus yang perlu dihabiskan terlalu banyak. Walaupun seringkali
diingatkan bahawa P&P tidak terlalu mengejar syllabus tetapi sistem pendidikan di
Malaysia adalah 100% berasaskan peperiksaan. Justeru, kebanyakan guru mengambil
jalan singkat dengan mengetepikan kaedah pengajaran berasaskan ICT dan menggunakan
kaedah Khutbah sahaja.

Kekangan lain dalam penggunaan ICT ialah keperluan mengaplikasikan kaedah


pengajaran baru dalam P&P. ICT memerlukan penglibatan kerja kumpulan, pembelajaran
aktif dan pembelajaran yang dipandu oleh guru. Pada sudut lain sebahagian guru takut
hilang kawalan terhadap pelajar mereka disebabkan pelajar memperoleh maklumat
melalui internet. Perubahan peranan guru pada era digital merupakan satu cabaran dalam
penggunaan ICT.

Di samping itu kekangan masa dalam merancang pembelajaran menggunakan ICT,


kesukaran mendapat kemudahan komputer dan tekanan untuk menghabiskan kurikulum
pengajaran dilihat sebagai antara punca mengapa guru kurang menekankan ICT dalam
P&P (Haydn, T. 2006)

Mengikut Rabinowitch (2001), “...do not teach teachers how to how to use technology.
Instead use techonolgy to teach teachers. Then they in turn will use it to teach their
students.”

<< Prev - Next >>

Last Updated (Selasa, 31 Og 2010 01:44)

Kesimpulan

Satu dasar yang jelas amat diperlukan bagi mempastikan ICT dalam P&P betul-betul
memberi kesan yang baik untuk guru dan pelajar. Penekanan yang keterlaluan dalam
mencapai matlamat (objektif) tanpa mengambil kira kemampuan guru dikhuatiri akan
merugikan dalam jangka masa yang panjang. Kita wajar menyediakankan satu kerangka
atau modul pengajaran sejarah berasaskan ICT yang praktikal dan bukannya hanya pada
teori sahaja. Mungkin pengalaman dalam kajian kes di England oleh Haydn T. (2006)
amat mustahak untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan implementasi ICT dalam
P&P sejarah. Noss dan Pachler (1999) menyatakan,

The vision of connecitivity is one of delivery... Theres is no mention of the


computer of as a potential source of empowerment either for the student
or for the teacher ... It might be better to have as the short term goal the
serious engagement of teachers with the substantive ways in which the the
computer might afford students the exploration of deep and hitherto
inaccessible conceptual knowledge.

Akses kepada komputer masih merupakan masalah besar untuk guru-guru sejarah
walaupun bilangan komputer di sekolah meningkat dengan drastik berbanding lima tahun
yang lalu. Bahkan jalan penyelesaian seperti kata Noss dan Pachler (1999) ialah
menggunakan ICT hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, manakala aktiviti
melalui ICT tidak memakan masa yang panjang.
Penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan kepada aspek pedagogi dan bukannya
teknologi (Hillis, P. 2002). Pelajar harus digalakkan membuat perbincangan, berdebat
dan berfikir secara kritikal dalam menilai sumber utama atau sekunder dalam
menyelesaikan permasalahan sejarah daripada hipotesis dan dapatan kajian. ICT
sewajarnya memberi sokongan kepada guru dan pelajar dalam membina kemahiran aras
tinggi ini (Hayden, T 2003). Kita tidak seharusnya memandang rendah aspek pedagogi
dalam memasukkan ICT dalam P&P sejarah, disebabkan kecederungan pembuat dasar
merendah-rendah proses P&P yang kompleks dan mengangkat martabat ICT melebihi
unsur P&P itu sendiri.

Guru juga wajar diberikan latihan cara mengintegrasi ICT dalam P&P sejarah. Aspek
latihan tidak wajar diketepikan begitu sahaja bagi mengelakkan pembekalan peralatan
canggih menjadi projek “gajah putih”. Selain itu, badan-badan kerajaan yang lain seperti
pihak Muzium dan Jabatan Arkib harus digalakkan memindahkan bahan-bahan sumber
primer ke dalam bentuk CDROM agar mudah untuk digunakan sebagai bahan P&P di
sekolah dan Universiti.

Senarai Rujukan

Briley, R .2008. Incorporating films into a history classroom: a teaching note, dlm
Teaching History: A Journal of Methods. Spring

http://findarticles.com/p/articles/mi_hb302/is_1_33/ai_n29427185/?tag=content;col1

[20 Mac 2009]

H. Doreen Tan .2004. 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19,
2004. Baltimore.

http://www.aare.edu.au/05pap/tan05410.pdf [25 Mac 2009]

Herbert Crijns. 1997. Informations Technology, Does IT Enhance History Teaching.


Questannaire for EUROCLIO annual Conference in Helsinki Findland March 11-15
1997. History Teaching and Information and Communications Technology. Bulletin
Nr.10, - Summer 1998. 27:31.

Hillis, P. 2002. Using ICT to enhance the teaching and learning of history in Scottish
schools.(Information and Communications Technology).History Computer Review.

http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-9128042_ITM [20 Mac


2009]

Noss, R. dan Pachler, N. 1999. The Challenge of New Technologies: Doing Old Things
in a New Way or Doing New Things? , dalam P. Martimore (Pnyt), Understanding
Pedagogy and Its Impact on Learning. London. Paul Chapman Publishing: 195-211
Haydn, T. 2006. Subject discpline dimensions of ict and learning: History a Case Study.
East Anglia. University of East Anglia.

Haydn, T. & Counsell, C. 2003. History, ICT and Learning in the Secondary School.
London. RoutledgeFalmer.

http://books.google.com.my/books?id=UOoZtcRV-
YwC&printsec=copyright&dq=History,
+ICT+and+Learning+in+the+Secondary+School.pdf#PPP1,M1 [26 Mac 2009]

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan


Empat. 1992 dan 2002. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Intel Education Initiative-Bringing change through ICT in Fazaia School System. 2007.

Isahak Haron & Koh Boh Boon.1992. Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala
Lumpur, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Levesque, S. 2006. Integrating Museum Education and School History: Illustrations from
the RCR Museum and London Museum of Archaeology. . International Journal of
Historical Learning, Teaching and Research. Vol.6 Jan 2006.

http://centres.exeter.ac.uk/historyresource/journal11/journalcontents.htm [30 Mac


2009]

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2003. Laporan Prestasi Peperiksaan Sijil Peperiksaan


Malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Min Fui Chee. 2006. Training Teachers for the Effective Use of Museum. International
Journal of Historical Learning, Teaching and Research. Vol.6 Jan 2006.
http://centres.exeter.ac.uk/historyresource/journal11/journalcontents.htm [30 Mac
2009]

Paquin, M. dan Barfurth, M. 2007. Websites and Virtual History Museums: Educational
Strategies use by Francophone Teacher in Canada. International Journal of Instructional
Media, vol.34(2) 2007.

McKenzie, Brian. 2005. Simulations, sources, and the history survey course: making the
Internet matter. Emporia. Teaching History: A Journal of Methods.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Putra Jaya. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diakses pada 31 Mac 2009.
http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/modul_ssk.html#
Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah. 2005. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 20,
21-41.

van der Leeuw-Roord, J. 1998. History and Teaching Information Technology-Will IT Enhance History
Teaching?. March 9-15. Conference Report at Hanasaari/Hanaholmen the Swedish-Finnish Cultural Centre,
Espoo, Filand.
http://www.euroclio.eu/download/bulletin/Bulletin_10_98_%20History_Teaching_and_Information_and_
Communications_Technology.pdf  [29 Mac 2009]

Shaharudin Md Salleh, Zaidatun Tasir dan Baharuddin Aris. 2007. Simulasi Menerusi
Web : Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran WWWS. 1st International Malaysian
Educational Technology Convention. 2nd - 5th November 2007. Skudai. 336:345

http://www.mpkk.org/index.php?
option=com_content&view=article&id=3%3Apenggunaan-ict-di-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran-sejarah&catid=34%3Aakademik&Itemid=3&limitstart=9

You might also like