Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 32

BMM 3103

TAKSONOMI BLOOM
DAN DOMAIN KRATHWOL
NAMA AHLI KUMPULAN:
MOHD RIDZUAN BIN MOHD JAAFAR
SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN
WAN NOR AZILAH BINTI WAN A RAHMAN
WAN ROHAYU BINTI WAN SEMAIL

KELAS:
P 6B

NAMA PENSYARAH:
ENCIK SUHEMI BIN ABDUL
TAKSONOMI DAN DOMAIN
• Taksonomi ialah kajian tentang prinsip,
peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaaan sifat organisma itu,[Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) ] .

• Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah


satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan.
• Ia berkaitan dengan objektif-objektif
pendidikan yang melibatkan bidang-bidang
seperti pengetahuan (kognitif), kesikapan
(afektif) dan psikomotor.
• Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
• Domain Kognitif - melibatkan perkembangan
pemikiran pelajar.
• Domain Afektif - melibatkan perkembangan
sikap dan nilai pelajar.
• Domain psikomotor- melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif
• Domain kognitif membincangkan
pengingatan semula atau pengecaman
pengetahuan dan perkembangan kebolehan
intelek dan kemahiran.
• Objektif kognitif berubah-ubah daripada
mengingati kembali dengan mudah bahan-
bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada
menggabung serta mensintesiskan idea dan
bahan baru dengan cara yang asli dan
kreatif.
• Domain yang membincangkan
pengetahuan seperti mengenal fakta-
fakta,perangkaan, teori-teori dan
kefahaman.
• Merupakan domain yang utama berkaitan
dengan kebanyakkan perkembangan
pengujian masa kini.
TAKSONOMI BLOOM
• Menitikberatkan aspek kognitif atau
pengetahuan.

• Bercorak hierarki
(tahap rendah ke tahap tinggi).

• Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji


tahap berfikir pelajar.
Aras – aras Kemahiran
(SILA RUJUK JADUAL 1)
DOMAIN AFEKTIF
DOMAIN KRATHWOHL
• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
• Merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap.
• Guru harus berkebolehan menggunakan
unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik.
• Pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.
• Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah
antara penyelidik yang julungkali
menggunakan terminologi ‘afektif’
(affective) dalam memperkenalkan satu lagi
domain penting dalam hidup manusia.
• Ia digunakan sebagai satu lagi objektif
pengajaran di samping aras-aras yang
terdapat dalam domain kognitif yang telah
diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan
pada tahun 1956.
• Krathwohl mengkategorikan domain afektif
sebagai terdiri daripada;
a)penerimaan (receiving),
b)tindak-balas (responding),
c) menilai (valuing),
d) menyelaraskan sistem nilai (organisasi)
(organizing a value set),
dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem
nilai yang
e) Perwatakan sesuati nilai yang
kompleks(characterizing by value complex).
Aras Bidang Afektif
Aras Tinggi Perwatakan

organisasi

Menilai

Gerak Balas

Aras rendah Penerimaan


PENERIMAAN (RECEIVING)
• Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk
memberi perhatian.
• Tindakan pelajar mencerminkan satu
kesedaran atau perhatian terhadap
rangsangan dan peristiwa atau persekitaran
yang berhubung dengan domain afektif.
• Konteks pengajaran menekankan kepada
kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
• Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan
objek atau peristiwa jika berlaku semasa
kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu
pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan
menarik.
• (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih –
pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-
bahagian komponen dan kemudian memilih
satu daripda aspek tertentu dan terus
memberi perhatian
GERAK BALAS (RESPONDING)
• Melibatkan diri secara aktif terhadap
sesuatu dan mendapat kepuasan
daripadanya.
• Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela
untuk membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.
MENILAI (VALUING)
• Pada peringkat ini perlakuan adalah
didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
• Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
(ORGANIZING A VALUE SET)
• Membawa maksud membentuk sesuatu sistem
nilai.
• Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan
maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
• Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan
dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
PERWATAKAN
(CHARACTERIZING BY VALUE COMPLEX)

• Apabila seseorang itu sudah tiba pada


peringkat ini, dia akan bertindak secara
konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang
telah dimurnikan.
• Nilai-nilai itu akan bertindak sebagai
penyamarataan bagi mengawal sebahagian
daripada perlakuan individu itu.
• Artikel mengenai Domain Krathwol
dilampirkan.
DOMAIN PSIKOMOTOR
Tujuan psikomotor
• 1. meniru (immitation)
• Murid dapat meniru perilaku yang dilihat
• 2. manipulasi
• Berbeza dengan peniruan kerana arahan yang
diberikan bukan dalam bentuk visual tetapi
dalam bentuk verbal atau tulisan. Murid dapat
menjalankan aktiviti berdasarkan arahan yang
diberi.
• 3. ketetapan gerakan
• Murid dapat mengaplikasi sesuatu perbuatan
tanpa contoh visual atau bertulis dengan
lancar dan tepat.
• 4. artikulasi
• Murid dapat membuat rangkaian gerakan
yang tepat dan pantas.
• 5. naturalisasi
• Murid dapat melakukan pergerakan secara
spontan dan automatik tanpa berfikir tentang
cara dan urutannya.
• Adalah lebih kepada bidang kemahiran atau
kebolehan seperti menjahit, pertukangan,
pertanian dan lain-lain.
• Dalam pengajaran bahasa ia melibatkan
kebolehan pelajar-pelajar iaitu kebolehan otak
yang menerima dan memproses bahasa yang
dipelajari dan seterusnya berkaitan dengan
alat-alat artikulasi yang melahirkan perkataan-
perkataan itu.
BIBLIOGRAFI
• Kamarudin Hj Husin , Pedagogi Bahasa,
Longman Malaysia Sdn Bhd, 1988.
• http://www.slideshare.net/haidah/taksonomi-
bloom-dan-domain-krathwohl

You might also like