Istilah Simpan Kira

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Istilah Simpan Kira

Simpan Kira
Proses merekodkan urusniaga secara sistematik
Akaun
Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku
Sistem Catatan Bergu
Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang sama, satu dimasukkan dalam ruang
debit dan satu lagi dalam ruang kredit akaun kedua
Urusniaga
Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan
Format Akaun
Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan
Aset
Semua harta bagi perniagaan
Liabiliti
Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain
Ekuiti Pemilik
Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan
Modal
Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
Ambilan
Pengambilan wang tunai daripada perniagaan
Hasil
Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan
Belanja
Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan
Baki Lebihan daripada akaun.
Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya diletakkan di akhir bulan.
Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan diawal bulan.

Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik

1. Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga (butir), dan berapa amaunnya (jumlah)
2. Mempunyai rekod yang sistematik
3. Disimpan dengan selamat

Tujuan Menyimpan Rekod

1. Sebagai bukti berlaku urusniaga


2. Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga yang telah dijalankan
3. Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan perniagaan
4. Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh perniagaan
5. Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan

Jenis-Jenis Akaun

Akaun Tunai - Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai


Akaun Bank - Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit
Buku Tunai - Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu
Akaun Ambilan - Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan
Akaun Modal - Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan

Akaun Aset - Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan. Akaun aset termasuklah

• Akaun premis
• Akaun kenderaan
Akaun lekapan dan lengkapan
Akaun Alat pejabat
Akaun perabot
Akaun Hasil Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan
Akaun Penghutang Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan
Akaun Pemiutang Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaan
Format Akaun
Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.
Akaun dibahagikan kepada dua ruang
Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan ruang Kredit (Kt).
rajah 1: Format Akaun
Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:
Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku
Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku
Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku catatan pertama agar mudah dikesan
Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga yang dinyatakan
Rajah 2 : Lajur-lajur dalam akaun
Sistem Catatan Bergu
Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod urusniaga dalam dua akaun
prinsip catatan bergu ialah
Suatu urusniaga dicatatkan dua kali
Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan
Tarikh dan jumlah mestilah sama Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah
almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai.
Akaun Utama Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama
Rajah 3: Akaun Utama
Akaun Kedua urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula
Rajah 4: Akaun Bergu/Kedua
Buku Tunai
Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank dalam satu buku
Format Buku Tunai
Rajah 5: Format buku tunai
Mengimbang dan menutup akaun
Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu seperti suku tahun,setengah tahun atau
diakhir tahun
Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan
baki b/b
Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke dalam kunci kira-kira
Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b Rumusan Akaun Bergu Akaun Tunai dan
Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama
Rajah 6: Akaun Bergu
Rumusan Jenis-Jenis Akaun
Rajah 7: Jenis-jenis Akaun
Rajah 8: Pembahagian jenis-jenis akaun
Peringatan:
Akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendaklah diimbang dan mempunyai baki h/b dan
baki b/b
Akaun Ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Kunci Kira-kira
Akaun Aset (A. Tunai, A. Bank, A. Perabot, A. Kenderaan, A. Premis & A. Lekapan) hendaklan diimbang dan
mempunyai baki h/b dan b/b
Akaun Jualan hendahlah ditutup dengan jumlah dipindahkan ke Akaun Perdagangan
Akaun hasil yang lain (A. Komisen, Akaun Dividen, A. Faedah diterima & A. Sewa diterima) hendalah ditutup
dengan membawa jumlah ke Akaun Untung Rugi
Akaun Belian hendaklah dipindahkan jumlahnya ke Akaun Perdagangan
Alaun Belanja yang lain (A. Sewa, A. Insuran, A. Iklan, A. Kadar Bayaran & A. Belanja Am) hendaklah ditutup
dengan memindahkan jumlah ke Akaun Untung Rugi
Hak Cipta © 2007. Muhammad KhairiSMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

You might also like