Air Pollution

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

1.

0 Pengenalan

Sejumlah 22 stesen Rangkaian Pemonitoran Pencemaran Udara terletak di Semenanjung


Malaysia dan Malaysia Timur. Bermula dengan hanya 2 stesen pada 1976, rangkaian ini
telah berkembang tahun demi tahun. Kebanyakan stesen-stesen ini didirikan di kawasan
sama dengan stesen klimatologi supaya pemerhatian kedua-dua parameter meteorologi dan
pencemaran udara boleh dibuat serentak dan berterusan. Dengan ini memastikan set data
yang komprehensif mengandungi kedua-dua data kualiti udara dan meteorologi boleh
didapati bagi tujuan penilaian sebarang episod pencemaran udara.

Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara, malah kedua-
duanya juga boleh boleh memberikan kesan yang sama ke atas persekitaran fizikal dan
manusia. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih daripada
bahan cemar seperti gas- gas, bahan berbau , habuk, zarah, debu dan sebagainya di dalam
atmosfera yang mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan
akhirnya boleh memberikan kesan negatif samada kepada manusia, tumbuhan , binatang
serta persekitaran.

Bahan pencemar udara ini boleh diklasifikasikan secara umumnya kepada tujuh kumpulan
utama seperti berikut:
a. Zarah
b. Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur-unsur sulphur
c. Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur-unsur nitrogen
d. Sebatian-sebatian organic
e. Karbon monoksida dan karbon dioksida
f. Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur-unsur halogen
g. Sebatian-sebatian berradioktif

Jerebu ditakrifkan sebagai partikel- partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang
tinggi. Partikel terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang
stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu
kawasan . Partikel- partikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari, lantas
menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas. Proses penyerakan
dan penyerapan cahaya matahari oleh partikulat- partikulat teramapai ini dinamakan sebagai
serakan Mie dan ia boleh mengurangkan jarak penglihatan.

1
2.0 Indeks pencemaran udara (IPU)

IPU (indeks pencemar udara) adalah satu sistem yang direka untuk memaklumkan kepada
orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya ke atas kesihatan manusia dengan
cara yang paling mudah. Ia juga satu sistem untuk mengukur kepekatan pencemaran udara
yang ditukarkan kepada satu nombor yang mempunyai skala o hingga 500. Berdasarkan
sistem nombor ini IPU dikategorikan kepada 5 tahap iaitu baik, tidak sihat, sangat tidak sihat
dan berbahaya. Terdapat 5 jenis bahan pencemar yang diukur dalam menentukan ipu iaitu
karbon monoksida, sulphur dioksida, nitrus oksida, ozon dan partikel terampai.

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh “The Malysian Air Quality Index (MAQI) atau
dikenali sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) .Skala bacaan dalam indeks ini akan
mewakili kategori kualiti udara atau tahap pencemaran udara yang dicerap dan diukur di
sesuatu tempat mengikut tempoh masa tertentu. Jadual di bawah menunjukkan skala indeks
IPU dan status kualiti udara yang diterima pakai di Malaysia.

Skala Indeks IPU Status kualiti udara


1- 50 Baik
51- 100 Sederhana
101- 200 Tidak sihat
201- 300 Sangat tidak sihat
301- 500 Berbahaya
Lebih daripada 501 Darurat boleh diisytiharkan

Jadual Skala Indeks pencemaran udara dan status kualiti yang diguna di Malaysia

Tahap kualiti udara dan kesan kesihatan kepada manusia. Tahap kualiti udara baik ( IPU
kurang 50), menunjukkan tiada masalah kesihatan. Tahap kualiti sederhana (IPU 51- 100),
kesan terhadap kesihatan minimum. Tahap kualiti udara tidak sihat (IPU 101- 200),
menunjukkan gangguan ringan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan
tertentu seperti asma dan alahan. Tahap kualiti udara yang sangat tidak sihat (IPU 201-
300), menunjukkan gejala pada orang berpenyakit paru- paru dan jantung adalah
sederhana. Tahap kualiti udara membahayakan (IPU 301- 400), pesakit paru- paru dan
jantung akan dapat serangan dan gejala dengan mudah dan toleransi senaman akan

2
menurun walaupun pada orang- orang sihat. Tahap kualiti udara membahayakan dengan
IPU melebihi bacaan 400, risiko ancaman nyawa pada mereka yang berpenyakit, kanak-
kanak dan orang tua.

2.1 Pengukuran kualiti udara

Bahagian Kajian Alam Sekitar di Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia menjalankan


pemantauan kualiti udara di seluruh negara dan menilai data-data yang dikumpul dari
rangkaiannya. Data dari rangkaian ini digunakan untuk mendokumentasikan arah aliran
jangka-panjang dan mengesan perubahan signifikan dalam kepekatan udara untuk memberi
amaran awal bencana alam sekitar.

Parameter-parameter yang diukurkan oleh Bahagian Kajian Alam Sekitar adalah:

 karbon monoksida, sulphur dioksida, nitrus oksida, ozon dan partikel terampai
 Keasidan Air Hujan.
 Aerosol
 Ozon Atmosfera.
 Gas-gas Reaktif (sulphur dioksida, nitrus oksida)

I. Sulfur dioksida

Pencemaran oleh sulfur oksida terutama disebabkan oleh dua komponen sulfur bentuk gas
yang tidak berwarna, iaitu sulphur dioksida (SO2) dan Sulfur trioksida (SO3), dan keduanya
disebut sulfur oksida (Sox).Sulfur dioksida mempunyai ciri-ciri bau yang tajam dan tidak
mudah terbakar diudara, sedangkan sulfur trioksida merupakan komponen yang tidak
reaktif. Pembakaran bahan-bahan yang mengandungi Sulfur akan menghasilkan kedua-dua
bentuk sulfur oksida, tetapi jumlah relative masing-masing tidak dipengaruhi oleh jumlah
oksigen yang sedia. Di udara SO2 selalu terbentuk dalam jumlah yang besar. Jumlah SO3
yang terbentuk bervariasi dari 1 hingga 10% daripada jumlah keseluruhan Sox.

Mekanisme pembentukan SOx dapat dituliskan dalam dua tahap reaksi sebagai berikut :

S + O2 < ——— > SO2

2 SO2 + O2 < ——— > 2 SO3

3
SO3 di udara dalam bentuk gas hanya mungkin ada jika kepekatan wap air sangat rendah.
Jika kepekatan wap air sangat rendah. Jika wap air terdapat dalam jumlah cukup, SO3 dan
wap air akan bergabung membentuk droplet asid sulfurik (H2SO4) dengan reaksi sebagai
berikut:

SO SO2 + H2O2 ———— > H2SO4

bahan pencemar oksida sulfur. Terdapat dua jenis Oksida sulfur iaitu sulfur dioksida dan
sulfur trioksida. Gas ini sebahagian besarnya dihasilkan ke atmosfera daripada pembakaran
bahan api fosil kerana bahan ini mengandungi sulfur. Sulfur dioksida ialah gas yang tidak
berwarna, tidak mudah terbakar, tidak meletup dan mempunyai bau yang melemaskan serta
larut di dalam air membentuk asid sulfurus manakala sulfur trioksida melarut di dalam air
membentuk asid sulfurik. kedua-dua asid ini agak tinggi diudara terutama dikawasan
bandar.

II. Oksida nitrogen

Oksida nitrogen ialah merupakan jenis bahan pencemar penyumbang utama pencemaran
udara terutama di kawasan bandar yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor. Terdapat dua
jenis oksida nitrogen iaitu nitrik oksida dan nitrogen dioksida. Nitrik oksida ialah sejenis gas
lengai dan kurang toksid pada paras lazim. Namun begitu, gas ini mempunyai sifat seperti
karbon monoksida yang mudah memasuki hemoglobin sehingga mengurangkan kandungan
oksigen di dalam darah. Nitrik dioksida juga mudah dioksidakan menjadi nitrogen dioksida
yang lebih berbahaya. Nitrogen dioksida ini mudah larut didalam air membentuk asid nitrik
dan jika gas ini wujud di atmosfera dan melarut didalam air hujan dan kemudian akan
membentuk hujan asid.

4
III. Karbon monoksida

Bahan pencemar lain ialah karbon monoksida. Karbon monoksida ialah sejenis gas yang
tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa. Gas ini dihasilkan daripada pembakaran tidak
lengkap bahan hidrokarbon. Antara punca utama gas ini ialah kenderaan dan
kilang.Hidrokarbon juga merupakan bahan pencemar yang menyumbang pencemaran
udara.

IV. Aerosol

Aerosol atau jumlah zarah terampai (TSP) adalah zarah ampaian dalam udara dengan
diameter kurang dari 100 mikrometer (m). TSP dengan diameter aerodinamik 10 mikrometer
atau kurang digelar zarah PM10 dan ia boleh menjejaskan kesihatan.

V. Pm 10

Partikulat terampai ini adalah zarah-zarah pepejal yang amat halus dan ringan sifatnya,
bersaiz kurang daripada 10 mikrometer serta boleh terapung dalam udara dalam tempoh
yang lama. Dari sudut sains alam sekitar, partikulat terampai ini dikenali sebagai PM10.
Partikulat terampai ini dikatakan menjadi penyumbang penting kepada permasalahan jerebu
kerana tiga factor . Pertama, ia adalah kumpulan zarah majoriti dari segi jumlah berat zarah
di dalam udara berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain. Kedua ia mengambil masa
yang lama untuk enap serta ketiga ia dapat menembusi sistem penapisan pernafasan
manusia sekaligus memberikan kesan yang serius terhadap kesihatan.

VI. Ozon

Ozon adalah gas yang sangat reaktif, dalam kuantiti yang sedikit di atmosfera. Kepekatan
min boleh berubah dari sedikit hingga ratusan bahagian per billion (ppb) bergantung pada
lokasi dan altitud. Di paras permukaan, ozon dianggap bahan pencemar sekunder yang
menyebabkan episod-episod oksidan seperti jerebu dan asbut (smog). Di stratosfera,
lapisan ozon mengurangkan kemudaratan radiasi ultra-lembayung yang menghampiri
permukaan bumi. Secara global, ozon adalah gas rumah hijau yang menyumbang kepada
pemanasan global.

5
VII. Keasidan Air Hujan

Pengukuran tetap dan bermetodologi komposisi kimia air hujan melalui rangkaian stesen
dalam tempoh masa yang panjang memberi petunjuk kualiti udara termasuk arah aliran
keasidan dalam negara serta mengenalpasti kawasan yang sedang menghadapi
peningkatan amaun komponen basahan pemendapan berasid. Pengukuran tersebut akan
menyumbang ke arah penentuan spesies keasidan bagi fluks pemendapan basah dan
kering di tapak pengukuran yang mana akan menghala kepada pemahaman yang
mendalam terhadapa isu-isu pengasidan atmosfera di rantau ini

VIII. Gas- gas reaktif

Pensampelan pasif (passive sampler), pak penapis bertingkat (filter pack) atau alat
penganalisa gas automatik boleh digunakan untuk mengukur kepekatan gas berasid seperti
sulfur dioksida, nitrogen oksida serta gas-gas lain seperti ammonia yang menyumbangkan
kepada proses pengasidan. Pak-pak penapis mudah dikendalikan dan boleh diguna dengan
meluas samada di tapak pemonitoran bandar dan hutan terpencil. Walaubagaimanapun,
penyediaan awal untuk penuras perlu dilakukan serta operasinya memerlukan sumber
kuasa letrik.

Pensampelan pasif tidak mahal dan tidak memerlukan penggunaan kuasa letrik. Kedua-dua
kaedah memerlukan kemudahan makmal untuk menjalankan penganalisaan kimia.
Disebaliknya, alat-alat penganalisaan aktif menunjukkan data yang selanjar, nilai masa
nyata, kepekatan gas tetapi lebih sukar untuk diselenggarakan.

2.2 Kaedah pengukuran kualiti udara

6
2.2.1 Pengukuran Ozon

Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:

i. Satelit

Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa
peralatan “Total Ozone Mapping Spectrometer” (TOMS) telah merevolusikan pemantauan
ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan
setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik
dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan
sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

ii. Spektrofotometer Dobson

Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan
mengukur jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh
dunia untuk mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan
membanding jumlah sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas kuat
dengan ozon manakala yang satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran secara
langsung berhubungkait dengan jumlah ozon.

iii. Ozon sonde

7
Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada belon
yang berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km. Udara
dimasukkan ke dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas dengan ozon,
menghasilkan arus eletrik yang mana berkadar dengan jumlah ozon. Isyarat dari sel
ditukarkan kepada kod dan dihantar melalui radio kepada penerima stesen. Dari pelepasan
belon sehingga kegagalan, lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini menyediakan taburan
menegak ozon.

Instrumen pengukur ozon secara langsung dengan menggunakan sifat optis dan kimia
sering dipasang pada pesawat terbang untuk mengukur distribusi ozon di troposfir dan
stratosfir bawah. Pesawat terbang tertentu (high altitute aircraft) dapat terbang cukup tinggi
sehingga dapat mencapai lapisan ozon di stratosfir dan dapat mencapai tempat terjauh di
sekitar kutub. Pengukuran ozon juga dilakukan dengan menggunakan pesawat komersial.

iv. Ozon Permukaan

Dalam stratosfera, ozon dihasilkan oleh tindakan sinaran UV di atas molekul-molekul


oksigen. Ketinggian maksimumnya adalah di antara altitud 18 dan 23 km . Ozon menyerap
sebahagian besar biologi sinaran UV suria berbahaya. Ahli-ahli sains pernah memperakui
kehilangan ozon stratosfera  sejak awak tahun1970  kebanyakannya adalah kerana manusia
menghasilkan klorofluorokarbon (CFCs) dan halon gas di atmosfera. Penurunan ozon
adalah paling dramatik pada musim bunga di Antartik dan mengakibatkan penipisan bagi
lapisan ozon kutub yang biasanya dikenali sebagai 'lubang ozon'. 

Ozon permukaan memainkan peranan utama dalam fizikal, kimia dan proses-proses radiatif
dalam troposfera. Ia telah menjadi ketara bahawa ozon permukaan mempengaruhi
pembentukan kabut fotokimia  dan iritasi mata dengan kesan samada pada biota dan

8
kesihatan manusia. Pengukuran ozon permukaan adalah penting untuk latar belakang
global.

Di Tanah Rata, ozon permukaan diukur secara berterusan menggunakan Monitor Lab
ML9811 Ozone Analyzer. Ozon menunjukkan penyerapan yang kuat dalam spektrum
ultraungu pada 254 nm. Alat ini mengeksploitasi ciri penyerapan untuk mengukur
konsentrasi ozon dengan tepat. Ia terdiri daripada satu lampu wap raksa, satu sel
penyerapan dan satu fotodiod, yang bertindak sebagai pengesan. 

2.2.2 Pengukuran sulphur dioksida

Nitrogen Oksida dan sebatian organik meruap (VOCs) adalah petanda penting untuk ozon
dan oksidan lain dalam troposfera. Namun, tidak terdapat kaedah yang boleh diterima pakai
untuk pengukuran konsentrasi yang sangat rendah bagi nitrogen oksida yang wujud di
dalam atmosfera memandangkan pertukaran yang amat cepat diantara campuran mereka.
Sejak aktiviti antropogenik membentuk satu sumber yang besar bagi nitrogen oksida,
pengukuran di lokasi-lokasi terpencil adalah perlu untuk memantau sebarang perubahan
dalam kepekatannya.

i. Monitor Lab ML9850 Sulphur Dioxide Analyzer

Di Tanah Rata, konsentrasi sulfur dioksida telah diukur secara berterusan dengan
menggunakan Monitor Lab ML9850 Sulphur Dioxide Analyzer. Alat tersebut terdiri daripada
discharge lamp, optical band-pass filter dan photomultiplier tube. Operasi alat ini adalah
berdasarkan kepada prinsip classical fluoresant spectroscopy. Sulfur dioksida menunjukkan

9
kadar spektrum penyerapan ultra ungu yang kuat iaitu di antara 200 dan 240 nm.
Penyerapan foton pada keputusan jarak gelombang di dalam foton flourescence adalah
dalam jarak gelombang di antara 300 hingga 400 nm. Jumlah flourescence yang telah
dipancarkan adalah berkadar terus dengan konsentrasi SO2.

ii. passive sampler

Dua lagi kaedah yang juga digunakan untuk mengukur konsentrasi bergas di Tanah Rata,
dinamakan passive sampler dan filterpack. Passive sampler adalah kecil dan ringan serta
tidak memerlukan bekalan elektrik. Sampler tersebut terdiri daripada sink untuk gas-gas
tertentu. Contohnya, dalam bekas sulfur dioksida, filter tersebut telah diletakkan 4%
pottasium karbonat dan 2% ethelene glycol dalam air. Jisim akan bergerak ke arah filter
secara berkadar terus kepada konsentrasi zarah dan dimensi di dalam sampler tersebut.
Setelah didedahkan selama seminggu, passive sampler tersebut akan dihantar ke makmal
kimia dimana ia akan dianalisis.

10
iii. Filterpack

Filterpack pula terdiri daripada penapis bertingkat untuk menjalankan persampelan


beberapa jenis gas pada masa yang sama. Udara akan masuk menerusi pek tersebut pada
satu kadar dengan menggunakan pam udara tekanan rendah untuk tempoh seminggu.
Penapis tersebut kemudiannya akan dianalisa dengan menggunakan prosedur yang sama
seperti passive sampler.

iv. SKC Nitrous Oxide Pasif Sampler

The SKC Nitrous Oxide Pasif Sampler adalah alat pengukur kecil yang memberikan
pengukuran yang tepat dan boleh dipercayai untuk nitrus oksida pada julat 50-450 ppm
(12,75-890 ppm/jam julat dos). Para pengukur membungkus sebagai rumah sampel kosong
bahawa pengguna mengisikannya dengan sorben Penapis Molekul 5A yang disediakan
dalam botol kaca dengan topi berlapis PTFE. Kaedah bungkusan mengekalkan latar
belakang sorben rendah. Sampel terma desorbed dan dianalisis dengan kromatografi gas
dengan pengesan penangkap electron.

Ini menjelaskan penggunaan sampler pasif untuk mengesan dan pengumpulan nitrogen
dioksida, NO2, di udara ambien. Alat ini didasarkan pada membran PTFE mikroporous yang
membolehkan sampel udara untuk menyebar melalui dan kemudian bertindak balas dengan
reagen penyelesaian menyerap. Nilai absorbansi reagen ini setanding dengan kepekatan
NO2 dalam udara ambien. Ini telah berjaya dilaksanakan untuk menentukan kepekatan NO2
di berbagai halaman sampling. sampler mudah, ringan, dan murah. Percubaan yang cocok
untuk mahasiswa dalam kimia analisis dan kajian persekitaran.

11
2.2.3 Keasidan Air Hujan

Pengukuran tetap dan bermetodologi komposisi kimia air hujan melalui rangkaian stesen
dalam tempoh masa yang panjang memberi petunjuk kualiti udara termasuk arah aliran
keasidan dalam negara serta mengenalpasti kawasan yang sedang menghadapi
peningkatan amaun komponen basahan pemendapan berasid. Pengukuran tersebut akan
menyumbang ke arah penentuan spesies keasidan bagi fluks pemendapan basah dan
kering di tapak pengukuran yang mana akan menghala kepada pemahaman yang
mendalam terhadapa isu-isu pengasidan atmosfera di rantau ini.

Biasanya keasidan air hujan dilaporkan sebagai pH. pH adalah pengukuran kepekatan ion
hydrogen dalam cecair dan mempunyai skala di antara 0 - 14. Air hujan dari tapak yang
bersih dan terpencil sedikit berasid dengan pH yang berubah antara 5.2 ke 6.0 disebabkan
kehadiran asid semulajadi yang terlarut; oleh itu hujan dikatakan berasid jika pH kurang dari
5.2. Memandangkan jumlah air hujan berubah-ubah, kesemua nilai pH adalah volume
weighted.

Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia menggunakan sama ada Automatic Wet and Dry Fallout
Collector atau Wet-Only Sampler untuk mengumpul air hujan di rangkaian ini. Sampel-
sampel air hujan dikumpul dalam seminggu dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk
analisa kimia terhadap anion dan kation prinsipal. Sejenis biosid, thymol digunakan untuk
mencegah penguraian biologi.

12
pH Tahunan

Menunjukkan peta pH air hujan bagi tahun 2002. Amnya, negeri-negeri di bahagian baratan
dan selatan Semenanjung Malaysia menerima hujan dengan kepekatan keasidan yang
tinggi manakala bahagian-bahagian lain Semenanjung menerima hujan dengan pH antara
4.4 dan 5.2. Kawasan-kawasan yang mengalami tahap keasidan yang tinggi adalah sekitar
Lembah Klang dan selatan Johor. Secara kebetulan, ini adalah kawasan-kawasan
pembangunan dan perindustrian yang pesat dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Variasi pH Bulanan

Menunjukkan pH bulanan. Dari urutan peta-peta tersebut, secara amnya hujan dari
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia lebih berasid berbanding kawasan pantai
timur Semenanjung Malaysia dan keasidan air hujannya adalah tinggi semasa bulan Mac
hingga Oktober. Pada bulan-bulan ini, bahagian utara baratan Semenanjung Malaysia
menerima air hujan dengan pH antara 4.4 - 4.8 manakala bahagian tengah dan selatan
menerima air hujan dengan pH kurang dari 4.4. Pada amnya, pH air hujan di Malaysia Timur
adalah antara 4.8 - 5.6.

2.3 PENGGGUNAAN MESIN HVAS-PM10

(High Volume Air Sampling)

2.3.1 Pengenalan Mesin HVAS-PM10

Udara merupakan satu elemen yang sangat penting kepada manusia, haiwan
mahupun tumbuhan dalam menjalani kehidupan harian. Udara dapat membekalkan oksigen
kepada manusia, di mana penting untuk tubuh manusia. Sebanyak 99% udara yang disedut
oleh manusia adalah gas nitrogen dan oksigen.

Oleh itu, untuk memperolehi kehidupan yang selesa dan sempurna, keadaan udara
sekeliling haruslah sentiasa elok dari sebarang aspek. Tetapi aktiviti manusia seperti
pembakaran terbuka, penerokaan hutan, penggunaan kenderaan bermotor yang tinggi dan
lain-lain kesan dari pembangunan telah melepaskan bahan-bahan berbahaya ke udara dan

13
menyebabkan masalah jelebu, kesan rumah hijau, lubang dilapisan ozon dan sebagainya.
World Health Organisation ( WHO) menganggar lebih kurang 500,000 orang mati setiap
tahun akibat pendedahan kepada kepekatan bahan pencemar yang tinggi.

Masalah pencemaran udara sebenarnya sudah wujud berabad lamanya, antara


bahan cemar terawal yang dikenalpasti di atmosfera adalah asap, debu, jelaga dari letupan
gunung berapi, pasir-pasir halus dan debu dari kejadian ribut dan sebaginya. Sekarang
masalah pencemaran udara kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia dan juga
bergantung kepada pembangunan industri.

Pencemaran udara yang berpunca dari kenderaan bermotor sekarang merupakan


satu lagi isu penting berikutan pertambahan bilangan kenderaan dan jarak perjalanan yang
dilalui oleh setiap kenderaan setiap tahun. Sejak 1960an, kadar pertambahan bilangan
kenderaan bermotor di dunia meningkat lebih cepat berbanding dengan pertambahan
populasi penduduk dunia. Sekarang terdapat 600 juta kereta untuk 6 billion penduduk
dengan penghasilan kereta sebanyak 45 juta setiap tahun. Pada tahun 2020, dianggarkan
terdapat 1 billion kereta di seluruh dunia. Indeks pencemaran udara (IPU) adalah sejenis
ukuran yang digunakan untuk mengukur kualiti udara, semakin banyak zarah-zarah ini
berkumpul maka semakin tinggi bacaan IPU. Berikut adalah Jadual 1.0 yang merupakan
bacaan IPU:

IPU Keadaan

0-50 Baik

51-100 Sederhana

101-200 Tidak Sihat

201-300 Sangat Tidak Sihat

>300 Berbahaya.

Jadual 1.0 Bacaan IPU

14
Pengambilan sampel udara dengan menggunakan mesin HVAS-PM10 merupakan
satu teknik untuk menentukan jumlah jisim zarah terampai dalam atmosfera untuk tempoh
tertentu. Di Amerika Syarikat, teknik persampelan udara menggunakan mesin HVAS-PM10
telah dibangunkan pada tahun 1940-an.

Sebenarnya, permulaan penggunaan mesin ini diubahsuai untuk kerja pembersihan


di rumah dengan saiz garis pusat penapis sepanjang 100mm. Sejak, tahun 1950-an
pengubahsuaian telah dibuat dengan menggunakan penapis bersaiz 200 mm x 250 mm. Ini
bertujuan untuk mempermudah kerja persampelan diambil dalam masa 24 jam.
Penggunaan dan pengendalian mesin ini bertujuan untuk menyediakan satu maklumat dan
data berkaitan zarah udara yang mampu menembusi ke dalam sistem tubuh badan
manusia.

2.3.2 Laluan Udara Masuk Aliran Mesin HVAS-PM10

Untuk mempermudah lagi bagaimana cara laluan udara memasuki mesin HVAS-
PM10, gambarajah 1.1.a menunjukkan :

Rajah 1.1.a Laluan udara dalam mesin HVAS-PM10

15
 Saluran masuk bercondong bagi persampelan udara adalah diperbuat daripada
kaca gentian yang akan beransur-ansur berubah dalam aliran geometri. Ini bagi
memastikan terdapat satu cerun tekanan yang rata berkeupayaan untuk
menghindari dari rintangan aliran dan bunyi.
 Cerun tersebut juga membolehkan kadar aliran yang sama rata melalui keratan
rentas seluruh turas.
Gambarajah 1.1.b menunjukkan mesin HVAS-PM10 yang terdapat di Stesen Meteorologi
G.A.W Cameron Highlands

Rajah 1.1.b Mesin HVAS-PM10 yang terdapat di Stesen Meteorologi G.A.W


Cameron Highlands.

2.3.3 Kaedah Penggunaan Persampelan Udara

 Membuat pemasangan dan penyelenggaraan motor.


 Kertas turas perlulah ditimbangkan terlebih dahulu untuk mendapatkan berat
kertas turas sebelum ujian TSP dilakukan dan catatkan bacaan tersebut.
 Kertas turas diletakkan di atas lubang pada ruang penapis dan seterusnya
penutup lubang pada ruang penapis dipastikan dalam keadaan baik dan tidak
terdapat ruang udara memasuki melalui tepi penutup lubang.

16
 Gambarajah 1.2.a menunjukkan kertas turas diletakkan di atas lubang pada
ruang penapis

Rajah 1.2.a Perletakan kertas


turas

 Mesin akan di ‘setting’ sebelum mesin tersebut bergerak dan menyedut debu-
debu terampai. Gambarajah 1.2.b menunjukkan corong-corong udara yang
akan masuk menembusi kertas turas. Corong-corong ini terdapat atas
permukaan kertas turas.

Rajah 1.2.b Corong-corong laluan udara


 Laraskan kelajuan enjin pada tahap tertentu dan catatkan bacaan tersebut
seperti gambarajah 1.2.c.

17
Rajah 1.2.c Suis yang terdapat pada mesin HVAS-PM10

 Selepas penutup ditutup, mesin HVAS-PM10 ditutup dan ditetapkan hari dan
masa tertentu pada masa yang sama tetapi hari yang selepas berlalu tempoh
24 jam.
 Selepas tempoh 24 jam tamat, mesin HVAS-PM10 secara ‘automatik’ akan
berhenti pada masa yang ditetapkan.
 Bacaan data akan diambil untuk mengukur berapa banyak kuantiti debu
terampai pada kertas turas.
 Kertas turas akan ditimbang untuk diambil bacaan dan tujuan pengiraan sama
ada kualiti udara berada pada piawaian yang ditetapkan atau tidak.

3.0 Kawalan Pencemaran Udara

Kawalan Bahan Pencemar Zarahan

3.1 Bahan pencemar zarahan terdiri daripada:

i. Habuk
Zarah pepejal yang:
a) terperangkap bersama gas secara terus (arang batu)
b) Serpihan daripada bahan induk (kayu)
c) Bahan terperangkap yang digunakan dalam operasi mekanikal
ii. Wasap

18
Zarah pepejal lazimnya oksida logam yang terbentuk melalui
pemejalwapan,penyulingan atau proses-proses tindakbalas kimia.
Saiznya diantara 0.03-0.3µm.

iii. Kabus
Terhasil melalui penyejatan wap. Contohnya pembentukan kabus asid
sulfurik
iv. Asap
zarah pepejal yang terbentuk daripada pembakaran tidak lengkap bahan
berkarbon.

v. Semburan
Zarahan cecair yang terhasil daripada pengatoman cecair induk.

3.1.1 Alat-alat Kawalan Bahan Pencemar Zarahan

i. Kebuk Enapan Graviti

- Merupakan teknik perawatan yang terawal


- Sesuai digunakan untuk partikel yang bersaiz besar ( melebihi 60µm)
- Elemen yang terdapat pada kebuk enapan graviti:

a) Kebuk
digunakan mengawal kelajuan gas di mana kelajuan gas yang
baik mestilah kurang daripada 0.5 ms-1 untuk membenarkan
pepejal terampai keluar daripada gas yang membawanya. Partikel
yang terasing akan dikumpulkan di bawah kebuk dan biasanya
akan dibersihkan secara manual untuk membuang kekotoran.
b) Rod, Curtain, Baffle dan wayar
digunakan untuk mengurangkan gangguan dan memastikan aliran
yang seragam.

19
- Kebaikan:

a) Kos yang murah


b) Pembinaan yang mudah dan kos penyelenggaraan yang murah
c) Partikel yang kering memudahkan pelupusan
d) Pembinaan kebuk boleh dilakukan dengan mengunakan banyak
jenis bahan
e) Pengehad bagi tekanan dan suhu bergantung kepada keadaan
semulajadi.

- Keburukan:

a) Ruang yang besar diperlukan


b) Hanya partikel yang besar sahaja boleh diasingkan

ii. Pengumpul Siklon

- Berlaku daripada tekanan kepada zarahan yang menghasilkan


gerakan berputar dan ia melanggar dinding dan menyebabkan
pengasingan zarahan
- Proses yang berlaku adalah:

Pengumpul Siklon

20
a) Gas yang mengandungi zarahan memasuki bahagian atas siklon
b) Gerakan gas yang berputar menyebabkan gas tersebut melanggar
dinding siklon
c) Pelanggaran ini menyebabkan zarahan akan diasingkan dan
dikumpulkan di bahagian bawah siklon.
d) Gas yang bersih akan dikeluarkan di permukaan terbuka di atas
siklon manakala zarahan terkumpul di bawah siklon.

- Siklon biasanya beroperasi pada suhu 10000C dan pada tekanan 500atm
- Cara perawatan ini sesuai untuk partikel yang lebih besar daripada 10 µm
dan keefisienannya adalah sehingga 85%
- Kebaikan:

a) Kos pemasangan murah dan kurang tenaga digunakan


b) Sistem pembinaan dan operasi sangat mudah
c) Penyelenggaraan mudah
d) Zarahan dapat dibersihkan dengan lebih kerap
e) Bahan yang digunakan tahan suhu dan tekanan

- Keburukan

a) Tenaga yang tinggi diperlukan untuk mendapat keefisienan yang


tinggi
b) Pengurangan keefisienan jika kepekatan zarahan adalah rendah.

iii. Penapis

- Menggunakan pengumpul fabrik atau beg fabrik.


- Zarahan akan memasuki sistem penapis dan terkumpul di sana.
- Keefisienan adalah 99% selagi tiada lubang yang terjadi pada beg.
- Kos bergantung kepada:

a) Suhu
b) Jenis Fabrik

21
mestilah yang sesuai dengan proses yang akan berlaku. Fabrik
mestilah tahan pada suhu 200 F

c) Cara pembersihan
d) Ciri-ciri zarahan

- Beg mesti di selia selalu untuk memaksimumkan keefisienan


- Faktor yang mengurangkan keefisienan adalah kelembapan di mana
kehadiran air boleh menyebabkan zarahan tidak terperangkap.
- Kebaikan:

a) Keefisienan yang tinggi


b) Sesuai untuk pelbagai jenis zarahan
c) Boleh beroperasi dengan pelbagai aliran gas

- Keburukan:

a) Memerlukan ruang yang besar


b) Fabrik mudah rosak akibat daripada suhu, gas yang menghakis
dan partikel yang tajam
c) Berpotensi untuk meletup

iv. Pengahar basah

- Proses dimana zarahan bergabung dengan titisan air.


- 4 mekanisme untuk menyingkirkan pengahar :

a) Pengangkutan (transport)
diangkut di dalam titisan air yang besarnya lebih 10 hinnga 1000
kali lebih besar dari zarahan

b) Collision
partikel mestilah bergabung dengan titisan air

c) Adhesion
tekanan daripada permukaan

22
d) Pengewapan
penyingkiran zarahan dripada fasa gas

- Effektif untuk partikel yang bersaiz 5-10 µm dalam diameter


- Untuk saiz yang lebih kecil, lebih tenaga diperlukan
- Jenis-jenis pengahar basah :

a) Spray Tower
b) Venturi Scrubber
c) Cyclone scrubber
d) Packed Scrubber
e) Mechanical Scrubber

- Kebaikan :

a) Kos lebih rendah


b) Pengumpulan par
c) ikel yang lebih efisien
d) Sesuai digunakan untuk peralatan walaupun bersuhu tinggi.
e) Boleh menyingkir gas dan partikel

- Keburukan:

a) Penggunaan tenaga eletrik yang tinggi


b) Kos penyelengaraan yang tinggi kerana hakisan senang berlaku.
c) Penuras basah akan perlu diganti

23
v. Pemendak Eletrostatik

- Komponen Pemendakan elektrostatik:

a) Punca voltan yang tinggi


b) Elektrod untuk mengumpul dan menyingkirkan pepejal terampai.
c) Kompenen keluar dan masuk untuk gas
d) Alat untuk mengumpul bahan
e) Penutup elektrod

- Melalui proses ini partikel akan dipisahkan dengan mengecas gas di


dalam satu kawasan eletrostatik di mana pepejal terampai akan
bertindakbalas dengan pengumpul elektrod.
- Ia sesuai digunakan untuk mengumpul partikel bersaiz 5 µm di
mana keefisenannya adalah sebanyak 100%
- Dengan menggunakan volt sebesar 40000-70000 volt , elektron
tidak bercas yang melaluinya akan menolak kerana wayar pada set
elektostatik adalah negetif, oleh yang demikian elektron ini akan
bergabung dengan gas yang dialirkan membentuk ion yang bercas
negatif.
- Dengan itu gas yang mempunyai pepejal terampai akan menolak
dan berkumpul di plat eletrostatik yang bercas positif
- Memerlukan penyelengaraan terutamanya elektrod di mana satu
elektrod digunakan untuk mengeluarkan elektrod dan satu elektrod
untuk pengumpulan.
- Kebaikan:

a) Boleh mengion gas pencemar


b) Mencas zarahan-zarahan ke plat
c) Plat boleh dipindahkan dan mudah diselenggara

3.2 Kawalan Bahan Pencemar Gas

24
3.2.1 Kriteria untuk memilih teknik pengawalan bahan pencemar gas

i. Kebolehbakar
ii. Ketermelarutan dalam air
iii. pH berasid atau tidak
iv. Kepekatan gas (tinggi atau rendah)
v. Kebarangkalian untuk diguna semula.

3.2.2 Kaedah kawalan bahan pencemar gas

i. Kaedah penjerapan

a) Takrifan
Penjerap akan memisahkan bahan pencemar di mana bahan
pencemar akan termendap dipermukaan karbon dan gas yang keluar
akan menjadi bersih

b) Contoh Penjerap
Bahan penjerap Karbon iaitu karbon teraktif terhasil oleh bahan-bahan
seperti kayu,tempurung kelapa atau stok petroleum. Karbon
digunakan kerana ia dapat menyerap pada takat rendah dan berat
pelarut yang tinggi serta boleh menyerap bahan pencemar dalam
bentuk wap.

25
ii. Kaedah penyerapan
merupakan proses fizikal di mana bahan pencemar gas akan menukar
fasa dan melarut dalam fasa cecair.

3.3 Alat-alat Kawalan Bahan Pencemar Zarahan

i. Melalui kaedah penjerapan

a) Penjerap Dasar Tetap (Fix Bed Adsober.)


- digunakan untuk mengawal secara berterusan bagi gas VOC
- Penjerap ini boleh mengawal VOC walaupun kepekatannya
rendah. Ini adalah kerana VOC mempunyai kadar ketoksikan yang
tinggi.
- Fixed-bed adsorbers boleh beroperasi secara mod berterusan
dan sementara.
- Untuk mod sementara di mana penjerap akan menyingkirkan
VOC untuk masa tertentu di mana VOC telah dilepaskan.
- Contohnya adalah untuk punca yang boleh diberhentikan (kilang),
apabila operasi diberhentikan dan gas VOC tidak dilepaskan lagi,
fixed-bed unit akan berhenti menjerap dan karbon yang berada di
dalam unit yang mempunyai VOC akan dikeluarkan.
- Untuk penjerapan berterusan, ia boleh dilakukan dengan
memasang dua penjerap karbon di mana penjerap karbon akan
berfungsi secara berganti-ganti.
- Kitaran yang berlaku di dalam fixed bed unit adalah:

o Karbon akan dipanaskan dengan menggunakan steam


yang diletakkan berhampiran laluan gas.
o Pengeringan bahan penjerap (karbon) dilakukan
menggunakan udara mampat atau kipas.
o Penyejukkan bahan penjerap kemudian dilakukkan
untuk memantau suhu dengan menggunakan kipas.

- Proses ini berlaku selama 1 hingga 1 ½ jam sebelum bahan


pencemar gas dimasukkan

26
- Contoh proses pembersihan gas VOC menggunakan Fix Bed Unit:

o Fixed Bed Unit yang ditunjukkan di atas menggunakan


dua unit bahan penjerap karbon.
o VOC gas masuk ke dalam unit dan kemudian bergerak
ke laluan A dan melalui bahan penjerap karbon (Vessel
01) dan keluar melalui laluan B.
o Semasa melalui Vessel 01 penjerapan berlaku.
o Pada masa yang sama Vessel 02 menjalani kitaran
seperti yang dinyatakan di atas.
o Gas yang keluar melalui akan keluar melalui cerobong.
o Setelah selesai proses yang berlaku di Vessel 01, ia
akan di tutup dan gas akan di alirkan ke vessel 02 pula.
o Jika terdapat wap-wap VOC yang terbebas,ia akan
dialirkan ke condenser ia akan dicampurkan dengan air
dan kemudian dipisahkan di decanter di mana VOC
yang terkondensasi akan di simpan dan air yang
bercampur dengan VOC akan dihantar ke tapak
rawatan.

27
b) Penjerap Bergerak (Moved Bed Unit)

- Berbeza dengan Fixed Bed Unit, bahan penjerap yang digunakan


ialah karbon dan zeolite.
- Ia juga digunakan untuk mengawal gas VOC tetapi pada masa
yang sama dapat mengawal sulfur dioksida dan oksida nitrogen
dengan menggunakan zeolite.
- Contoh proses pembersihan gas menggunakan Moved Bed Unit:
o Gas bahan pencemar memasuki unit dan dialirkan
terus ke penjerap karbon/zeolite.
o Gas yang dapat menjerap terus akan keluar sebagai
gas bersih manakala gas yang belum dapat
dibersihkan akan dialirkan kepada 2 bahagian
samaada ke Microwave carbon generator (VOC gas
sahaja) atau Microwave zeolite generator (gas lain SO 2
dan NOx)
o Gas seterusnya akan mengalami pengoksidaan dan
pembersihan gas dengan menggunakan Acid Gas
Removal Bed sebelum dilepaskan.

28
c) Penjerap Bendalir

- Penjerap ini mampu mengawal bahan pencemar tanpa


menggunakan teknik perawatan yang lain.
- Gas yang memasuki unit dan dialirkan bersama bendalir dan
memjerap di permukaan bahan penjerap
- Bahan penjerap yang digunakan ialah batu kapur dan dolomite.
- Lebih daripada 95 % daripada bahan pencemar terutama bahan
pencemar sulfur dapat dijerap

ii. Melalui kaedah penyerapan

a) Menara Sembur (Spray Tower)


- Menara Sembur boleh digunakan untuk bahan pencemar gas dan
partikel.
- Ia tidak berapa efektif untuk menyerap gas tetapi sesuai
digunakan untuk bahan pencemar yang mempunyai penyerapan
yang tinggi.
- Spray tower mengandungi silinder di mana gas yang mengalir di
dalamnya akan bertindakbalas dengan nozzle spray yang
mengeluarkan semburan air.
- Bahan pencemar akan menyerap di dalam titisan air.

29
- Bahan pencemar organik biasanya akan diserap oleh air dan
penambahan beberapa jenis bahan kimia( reagent).
b) Pemeluwapan
- Proses di mana kondesasi gas berlaku apabila terdapatnya
penyejukan dan pemanasan dalam proses aliran gas di mana gas
akan bertukar menjadi wap.

4.0 Rujukan

group2pollution.blogspot.com/2007/10/pengukuran-kualiti-udara-jabatan.html

http://skcinternational.com/products/product_page_2.asp

30

You might also like