Satu Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

"Satu Malaysia" dan Hakikat Bahasa Kebangsaan

Pendahuluan
Sudah menjadi kelaziman bahawa setiap orang Perdana Menteri yang menaiki puncak
kekuasaan akan mengeluarkan satu gagasan yang baru untuk dijadikan panduan atau
hala tuju kepada rakyat. Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad
memperkenalkan ‘Wawasan 2020’, Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi
dengan slogan ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dan ‘Islam Hadhari’, Dato’ Seri
Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 pula telah mewujudkan
gagasan ‘Satu Malaysia’ sebaik-baik sahaja beliau memegang teraju kepimpinan
negara. Dalam ucapannya beliau menyebut:

“Konsep ‘Satu Malaysia’ perlu dibina berasaskan kerangka Perlembagaan Malaysia


yang menjamin hak kuasa Persekutuan dan kuasa negeri, memelihara kedaulatan
Raja-raja Melayu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai tonggak negara, keistimewaan hak orang Melayu terpelihara dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tidak boleh sama sekali
dipertikaikan.”

Sejak Perdana Menteri mengemukakan gagasan ‘Satu Malaysia’, banyak pentafsiran


dan ulasan tentangnya telah dibuat. Antaranya, semua rakyat Malaysia perlu
menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam
satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama
dan budaya wajar dihindari bagi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran
terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama. Sekiranya setiap rakyat
Malaysia menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum dari pelbagai tradisi, maka gagasan “Satu Malaysia” untuk
menyatukan rakyat negara ini perlu mengambil kira pengertian perpaduan dalam
konsepnya yang sebenar.

Dato’ Seri Najib, seperti yang dilaporkan oleh media, sengaja tidak memberikan
penjelasan secara terperinci tentang gagasan tersebut dengan tujuan untuk
menyuburkan perbincangan awam dalam kalangan rakyat. Beliau sebenarnya
berhasrat untuk memberikan ruang kepada rakyat agar mengemukakan pandangan
masing-masing.

Apabila berbicara tentang gagasan “Satu Malaysia”, intipatinya tentu sekali


berhubung kait dengan perpaduan, keharmonian dan perkongsian hidup seluruh rakyat
Malaysia. Perpaduan antara pelbagai suku kaum dan bangsa di Malaysia menjadi teras
keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Setiap warga Malaysia perlu
menanamkan rasa cinta dan kasih terhadap negara ini, di samping bersedia berkongsi
nikmat serta kejayaan yang telah dan bakal ditempa. Hal ini dikatakan demikian
kerana di bumi inilah segala yang pahit, manis, suka dan duka dikongsi bersama.

Berbicara tentang gagasan “Satu Malaysia”, kita juga mesti memperkatakan satu lagi
frasa yang relevan dengan gagasan tersebut, iaitu “Satu Bahasa”. Dalam kepelbagaian
suku bangsa, budaya dan agama yang terdapat di Malaysia, bahasa merupakan satu-
satunya wadah penyatu yang dapat merapatkan kepelbagaian dan segala perbezaan
yang wujud. Bahasa dalam konteks perbincangan ini sudah tentulah bahasa rasmi
negara, iaitu bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan
Malaysia.

Kedudukan Bahasa Melayu


Seperti yang sentiasa diulang-ulang, peranan dan keupayaan bahasa Melayu merentas
dan memenuhi cabaran zaman memang tidak boleh dipertikaikan. Keupayaaan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan, bahasa penyatu, bahasa perpaduan dan bahasa
ilmu telah terbukti sejak kemerdekaan Malaysia tahun 1957. Bahasa Melayu sering
kali diuji oleh pelbagai pihak, yang akhirnya menuntut perjuangan daripada setiap
pencinta untuk berganding bahu bagi mempertahankannya. Maka tidak syak lagi
bahawa gagasan “Satu Malaysia” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri mestilah
menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada teras utamanya. Gagasan “Satu
Malaysia” yang menghasratkan interaksi yang baik dan berkesan dalam kalangan
rakyat Malaysia, tidak boleh tidak meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa perhubungan antara kaum di Malaysia dan bahasa komunikasi antara rakyat
Malaysia dengan rakyat dari luar negara yang tinggal di Malaysia.

Bahasa Melayu juga terbukti berjaya menjadi alat penyatuan setiap kaum, bangsa dan
wilayah di Malaysia. Komponen penyatuan ini amat penting dalam gagasan “Satu
Malaysia”. Gagasan tersebut hanya dapat dicapai dan menjadi kenyataan jika seluruh
warga Malaysia berjaya disatukan menerusi satu wadah yang boleh diterima oleh
semua kaum. Perjalanan untuk mencapai hasrat seperti yang diinginkan oleh gagasan
“Satu Malaysia” menjadi mudah dan kurang berliku kerana peranan besar yang
berupaya dimainkan oleh bahasa Melayu.

Salah satu usaha asas dan dasar yang mesti dilakukan untuk merealisasikan gagasan
“Satu Malaysia” adalah dengan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan Malaysia. Hakikatnya, selepas 52 tahun negara
merdeka, dan pelbagai program telah dilaksanakan untuk membangunkan negara,
rakyat Malaysia masih belum menerima bahasa Melayu sebagai bahasa dalam sistem
pendidikan dan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam menyampaikan maklumat
dan ilmu, yang telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sewajarnya semua
rakyat Malaysia pada semua peringkat menggunakan dan memperkasakan bahasa
kebangsaan dalam semua upacara rasmi negara. Hal ini demikian kerana dengan
berbuat demikian mereka merealisasikan hasrat yang terkandung dalam perlembagaan
negara.

Semangat dan hasrat yang termaktub dalam Perkara 152 adalah untuk menyatukan
warga negara Malaysia sebagaimana yang dihasratkan dalam gagasan “Satu
Malaysia”. Malah, bahasa Melayu telah terbukti sebagai alat penyatuan dan
pembinaan budaya bangsa umat di rantau ini dan menjadi ‘lingua franca’ sejak
berkurun lamanya di rantau ini, walaupun rantau ini dihuni oleh umat yang pelbagai
kaum, agama dan budaya. Mereka bersatu dalam pelbagai budaya dan fahaman agama
dengan menggunakan bahasa yang sama, yakni bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar sesama mereka. Sepatutnya bahasa Melayu tidak dipertikaikan kedudukan
dan peranannya, malah usaha perlu dimantapkan untuk memperkukuh bahasa tersebut
dalam arus globalisasi dan ledakan sains dan teknologi demi membangunkan
keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama. Dalam usaha mewujudkan
bangsa Malaysia yang mampu berfikir dan bertindak dalam satu nada dan matlamat
tersebut, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diabaikan.
Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Keputusan kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik disambut baik oleh golongan yang
sekian lama memperjuangkannya. Oleh hal yang demikian, kedudukan bahasa
Melayu diletakkan kembali pada tempatnya yang hak. Keputusan kerajaan tersebut
juga bermakna bahawa semua mata pelajaran , kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris
akan diajar menggunakan bahasa Melayu. Dasar terbaru ini akan memperkukuhkan
dan memantapkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dengan keputusan kerajaan itu juga, bahasa Melayu berpotensi untuk terus
berkembang sebagai bahasa ilmu terbuka luas, asalkan semua pihak mengambil
langkah yang konkrit untuk merealisasikannya. Bahasa Melayu terbukti mempunyai
peluang untuk diangkat dan dijadikan bahasa ilmu dan bahasa kemajuan negara.
Adalah tidak adil jiga sesetengah pihak yang beranggapan bahawa bahasa Inggeris
sahaja yang mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan negara.

Dengan langkah yang konkrit, termasuk memastikan bahawa bahasa Melayu kembali
menjadi bahasa pengantar di universiti, dalam pengajaran dan pembelajaran kursus
tertentu di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, hinggalah ke peringkat PhD.
Penulisan tesis dan ilmu dalam bahasa Melayu akan mengangkat status bahasa
tersebut. Kita juga mengharapkan lebih banyak ilmuwan, pakar dan profesional dalam
pelbagai bidang yang menguasai ilmu dalam bahasa Melayu akan dilahirkan.
Golongan ini mampu menguasai dan berupaya mengungkapkan bahasa Melayu secara
lisan dan tulisan. Perkara ini sebenarnya sudahpun terbukti hampir 30 tahun yang lalu.
Malah, mereka yang terdidik dalam bahasa Melayu masih mampu melanjutkan
pelajaran ke luar negara hingga ada yang meraih keputusan yang cemerlang. Ada
yang menjadi pakar dan profesional dalam bidang masing-masing. Dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu, pelajar dan
ilmuwan di negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan pelajar dan
ilmuwan dari negara lain.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi


Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan juga tidak terlepas
daripada peranan untuk mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan di bawah gagasan
”Satu Malaysia”. Visi kementerian ini adalah untuk menjadi peneraju utama gagasan
”Satu Malaysia” yang berteraskan Rukun Negara bagi mewujudkan sebuah negara
bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan. Misi kementerian ini
pula antaranya, termasuklah meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan dan
keharmonian rakyat berteraskan Rukun Negara melalui khidmat dan aktiviti
penerangan, komunikasi dan kebudayaan; membangunkan, menyemarakkan dan
merakyatkan seni budaya dan warisan menerusi penerangan dan komunikasi;
membangunkan dan memperkasa industri komunikasi negara, dan menjana ekonomi
negara melalui industri kreatif.

Dari aspek penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Kementerian Penerangan,


Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Dr.
Rais Yatim dapat memartabatkan penggunaan bahasa, khususnya bahasa kebangsaan
dalam media cetak dan media elektronik yang dari dahulu hingga kini masalah
pencemaran bahasa tidak pernah selesai. Masalah pencemaran bahasa termasuklah
penggunaan bahasa yang kacau seperti bahasa rojak, bahasa yang tidak baik, betul dan
tepat dari aspek hukum bahasa. Begitu juga dengan kandungan maklumat dalam
media cetak dan media elektronik pada hari ini yang sarat dengan unsur hedonisme.

Dr. Rais Yatim telah bertindak dan mengambil beberapa langkah proaktif dan berani
untuk memartabatkan dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan
negara ini melalui media elektronik kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia
(RTM). Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Mengarahkan semua kandungan atau program yang disiarkan oleh RTM di TV 1
dan TV 2 mesti menggunakan bahasa Melayu dengan baik, tepat dan betul. Dalam hal
ini, Dr. Rais menegaskan, ”Kalau program itu dalam bahasa Melayu, gunakan bahasa
Melayu dengan betul. Namun, jika perlu menggunakan bahasa Inggeris, gunakanlah
bahasa Inggeris dengan sempurna. Saya tidak suka ada program yang menggunakan
bahasa campur-aduk, walau sepatahpun.”
Selain itu, Dr. Rais juga menitikberatkan soal penggunaan bahasa Melayu yang betul
dalam setiap rancangan televisyen yang akan dibekalkan kepada TV1 dan TV2.
Beliau akan memastikan penggunaan bahasa Melayu dalam kedua-dua siaran akan
membantu mengangkat martabat bahasa kebangsaan serta menyatupadukan rakyat
berbilang kaum di Malaysia.
2. Semua penyampai radio RTM juga diwajibkan menggunakan bahasa Melayu
dengan baik, tepat dan betul.
3. Penerbit-penerbit TV juga diarahkan agar menggunakan bahasa Melayu yang baik,
betul dan tepat, (tidak menggunakan bahasa rojak) dalam skrip drama.

Datuk Seri Dr. Rais ialah seorang yang amat mencintai bahasa Melayu. Hal ini
terbukti melalui ucapan beliau sama ada di media elektronik ataupun di khalayak
ramai yang menggunakan bahasa Melayu yang bermutu tinggi, walaupun beliau juga
mempunyai latarbelakang pendidikan bahasa Inggeris. Oleh hal demikian, pemilihan
beliau untuk menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan
Kebudayaan adalah langkah yang tepat memandangkan bidang penyiaran,
komunikasi, kesenian dan kebudayaan mempunyai hubungkait antara satu sama lain.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan


Tidak dinafikan bahawa peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan
penyatuan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama di negara kita ada
kejayaaannya. Setiap kaum sudah tentu mahu mempertahankan agama, budaya dan
tradisi masing-masing. Bahasalah alat yang paling berkesan untun merealisasikan
proses penyatuan tersebut. Bahasa Melayu telah diterima dengan baik oleh setiap
orang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Proses penyatuan
menjadi mudah dan cepat apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan.

Anak-anak muda Malaysia semenjak di bangku sekolah telah diajar dan didedahkan
dengan mata pelajaran bahasa Melayu. Perjalanan untuk mencapai hasrat seperti yang
diinginkan oleh gagasan ”Satu Malaysia” menjadi mudah dan kurang berliku kerana
peranan besar yang berupaya dimainkan oleh bahasa Melayu. Bahasa Melayu terbukti
berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia di bawah satu bumbung, iaitu bumbung
pendidikan. Sistem pendidikan negara kita telah memupuk rasa cinta seluruh negara
terhadap bahasa Melayu.

Namun begitu, sepanjang tempoh 52 tahun, bahasa Melayu terpaksa menempuh


pelbagai halangan dan ujian yang cukup getir bagi menjadi sebuah bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara. Fungsi bahasa Melayu sebagai lambang jati diri negara
tergugat dengan pelbagai halangan terutamanya masalah sikap masyarakat negara ini
yang sering memandang rendah terhadap kemampuan bahasa Melayu. Dalam situasi
negara Malaysia yang berbilang kaum, bahasa Melayu seharusnya berfungsi sebagai
lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya.
Melalui penerapan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan dalam diri setiap individu
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa Melayu, selain berfungsi sebagai
bahasa pemersatu, juga seharusnya berfungsi sebagai lambang jati diri nasional yang
dapat mengekang kemasukan unsur asing, terutamanya ketika gelombang globalisasi
dan ledakan teknologi maklumat melanda dunia termasuk negara kita.

Oleh itu budaya berbahasa perlu dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa ini
melalui bahasa yang satu. Penerapan nilai-nilai murni melalui pembudayaan bahasa
dalam diri rakyat Malaysia bukana sahaja dapat melahirkan masyarakat yang
berperibadi unggul dan mempunyai nilai-nilai moral yang terpuji, tetapi secara tidak
langsung juga dapat membangkitkan semangat kebangsaan yang tinggi, rasa megah
serta cinta akan bangsa, bahasa dan negara. Kesedaran untuk memiliki bahasa yang
satu, iaitu bahasa Melayu, dan rasa cinta akan bahasa yang satu itu perlu sentiasa
disuburkan dalam jiwa rakyat Malaysia kerana bahasa ialah jiwa sesebuah bangsa
tanpa mempunyai prasangka terhadap bangsa yang memiliki bahasa tersebut.
Sekiranya bahasa tersebut mati, maka maruah dan nilai bangsa tersebut juga akan
musnah seperti yang terjadi kepada bangsa Hawaii yang kehilangan bahasanya
sendiri. Walau bagaaiamanapun, hal ini sudah tentu tidak dapat dilaksanakan tanpa
sokongan setiap individu yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. Sesebuah negara
akan menjadi kuat kerana bangsanya, dan sesebuah bangsa akan menjadi kuat kerana
bahasanya. Buktinya, bangsa Jepun dan China menjadi gergasi ekonomi yang kuat
dan maju tanpa mengetepikan budaya dan bahasa sendiri.

Sungguhpun kita sudah berusaha sedaya upaya, selepas lebih daripada 52 tahun
menganjurkan kempen dan gerakan untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, matlamat kita belum tercapai
sepenuhnya, baik dari segi penggunaan mahupun kualitinya. Kepincangan fungsi
bahasa Melayu itu berpunca daripada persaingannya dengan bahasa Inggeris yang
dianggap sebagai bahasa yang penting bagi kemajuan negara bangsa Malaysia dalam
dunia globalisasi moden kini.

Faktor sikap rakyat, krisis jati diri, latarbelakang pendidikan dwialiran dan matlamat
komuniti bahasa yang berbeza-beza juga turut menyumbang kepada upaya
memperkasakan bahasa kebangsaan. Faktor penyebab ini menjadi bertambah
kompleks apabila dilihat dari sudut politik, ekonomi, kesejahteraan, keselamatan dan
keadilan dalam masyarakat, serta kedudukan dan peranan Malaysia dalam dunia
globalisasi dan komunikasi moden.

Oleh sebab itu, perancangan dan pelaksanaan kempen atau gerakan bahasa
kebangsaan memerlukan transformasi dengan strategi alternatif. Untuk itu, usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu hendaklah ditangani dengan konteks terkini,
iaitu falsafah pembangunan negara dan pengurusan kerajaan yang memperkenalkan
gagasan “Satu Malaysia” untuk memperteguh atau memperkasakan perpaduan
nasional, iaitu “perpaduan dalam kepelbagaian”, dalam negara bangsa Malaysia.
Maka matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu hendaklah disesuaikan atau
diadunkan dengan fungsi untuk memperteguh dan memperkasakan perpaduan
nasional itu. Dalam “Satu Malaysia”, kerajaan kita sedang melaksanakan pelbagai
usaha ke arah merealisasikan hasrat perpaduan nasional melalui transformasi dan
reformasi dalam semua perkara, termasuklah dalam penentuan hala tuju dan sasaran,
perancangan program, pembangunan dan penggunaan sumber, serta strategi dan
pendekatan pelaksanaan, dengan berpegang kepada prinsip “rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan”.

Penutup
Bagi menjayakan gagasan ”Satu Malaysia”, ilmu merupakan satu keperluan yang
tidak boleh dipinggirkan sama sekali. Hanya warga yang berilmu dalam pelbagai
bidang sahaja yang mampu menterjemahkan sebuah gagasan menjadi kenyataan.
Hakikatnya, penguasaan dalam segala disiplin ilmu lebih mudah diperoleh menerusi
bahasa ibunda masing-masing. Hal ini bermakna peranan bahasa Melayu sangat
penting untuk menjayakan gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita.

”Satu Malaysia” dan ”Satu Bahasa” mempunyai perkaitan yang sangat erat dan tidak
boleh dipisahkan. Bahasa merupakan sebahagian daripada wadah yang mampu
mencorakkan sesebuah negara pada masa depan. Bangsa yang hebat dalam mana-
mana tamadun dan peradaban tidak pernah meminggirkan bahasa sebagai wadah
terpenting yang mampu melahirkan manusia yang berakal budi dan berbudi pekerti
tinggi.

You might also like