Kawasan Kajian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Negara Thailand

Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Taman Bahtera sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian ini
terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Tanjong Malim. Kawasan ini sedang
membangun dengan pesat dan didiami oleh ramai penduduk.
Taman Bahtera terletak di Daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor (Sila rujuk
Lampiran 1 dan 2). Ia juga merupakan satu kawasan yang berhampiran dengan
Ladang Kelapa Sawit, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Escot dan tempat
ibadat. Keluasan kawasan ini ialah kira-kira 0.05 kilometer persegi (km²). Kawasan
kajian ini pula terletak 4 kilometer dari SMK Methodist, Tanjong Malim dan
mempunyai berbagai-bagai kemudahan seperti kedai, pasaraya, hotel dan sebagainya
(sila rujuk peta lakar 1).

DAPATAN KAJIAN
JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI
(a)PERINDUSTRIAN
Kawasan kajian ini mempunyai dua perindustrian yang besar iaitu Kilang Etonic dan
Kilang U. B. Rubber Products Sdn. Bhd. Kilang Etonic merupakan pengeluar baju
lelaki dan juga seluar lelaki. Di Kilang U. B. Rubber Products pula merupakan
pengeluar getah pengikat, plastik dan bag plastik pelbagai penggunaan.

(b)PERTANIAN
Taman Bahtera juga mempunyai satu-satunya kegiatan pertanian. Ianya ialah ladang
kelapa sawit. Ladang ini terletak di belakang kawasan kajian. Keluasan ladang ini
ialah lebih daripada 5 hektar.
(c)PERKHIMATAN
Kawasan kajian ini mempunyai 3 kedai makan iaitu Zee Tomyam,Restoran Nasi
Kandar dan Restoran Juara Tomyam . Sebuah Kedai runcit Pasaraya Taman Bahtera.
Satu pusat servis tayar iaitu Pusat Servis Tayar Brigestone.Satu perhotelan iaitu
Hotel Sahara Inn. Dan juga sebuah Kedai Komputer.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN


(a)PELUANG PEKERJAAN
Di Taman Bahtera terdapat banyak peluang pekerjaan seperti pelayan kedai makan,
makenik kereta,pelayan hotel dan pelayan kedai. Berbanding dengan negara
Indonesia peluang pekerjaan di sana lebih banyak daripada di taman bahtera. Jenis
pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk Taman Bahtera dan peluang pekerjaan
(Sila rujuk jadual 1 dan graf 1) Saya bersyukur kerana disini juga terdapat peluang
pekerjaan.
Secara kesimpulannya, sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan
memainkan peranan penting dari segi pembangunan ekonomi Taman Bahtera.
Faktor keselesaan dan ketersampaian telah mempengaruhi penduduk kawasan kajian
menetap di Taman Bahtera selama-lamanya.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR


(a)PENCEMARAN
Tiga jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian, iaitu pencemaran udara,
pencemaran sampah dan bunyi. Udara tercemar akibat pengeluaran asap dari
kenderaan dan pembakaran secara terbuka. Pencemaran sampah pula akibat
pengunjung-pengunjung di kedai makan kerana mereka membuang sampah sarap di
merata tempat. Manakala pencemaran bunyi pula sentiasa terjadi disebabkan
kenderaan, penggunaan media eletronik, dan binatang peliharaan. Keadaan begini
memberi kesan yang tidak sihat kepada penduduk taman bahtera. Di antaranya ialah
kesukaran bernafas akibat asap tebal, bau yang tidak menyenangkan, penyakit paru-
paru, dan ketidaktenteraman. Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama
seperti yang berlaku di taman bahtera.

(b)ALAIRAN AIR LONGKANG TERSUMBAT


Sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat
sehinggalah ada yang terjatuh ke dalam longkang. Ini menyebabkan air longkang di
kawasan kajian selalunya tersumbat apabila hujan turun. Kesalahan itu harus
ditanggung oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Tanjong Malim yang kurang
memberi perhatian terhadap pembersihan longkan. Faktor-faktor tersebut
mendorong kepada pembiakan nyamuk dan bau busuk di taman ini. Sekiranya
masalah ini tidak diatasi, pada suatu masa nanti akan juga berlakunya banjir kilat
yang boleh membahayakan penduduk sewaktu hujan lebat. Berbanding dengan
Indonesia di sana penguatkuasaannya yang ketat membolehkan penduduk di
Indonesia sentiasa mengikut undang-undang negaranya.

(c)PENGURUSAN SAMPAH-SARAP
Kaedah yang sesuai dalam proses pembuangan sampah pula tidak digunakan oleh
penduduk di kawasan kajian. Ramai yang mengisi sampah di dalam karung plastik
dan menggantungkannya di atas pagar atau pun meletakannya di tepi jalan raya.
Perkara ini memberi dorongan kepada binatang peliharaan menyelongkarkan
sampah tersebut. Masalah ini bertambah serius apabila pihak Majlis Daerah tidak
mengutip sampah mengikut jadual. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, ia
akan menjadi tempat hinggapan lalat lalu menyebarkan penyakit taun. Berbanding
dengan negara Indonesia pihak berkuasa di sana menyediakan tong sampah untuk
setiap keluarga yang menghuni rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI


TERHADAP ALAM SEKITAR
(a) KEMPEN
Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Persatuan Pencinta Alam
Malaysia (MNS), Alam Flora Sdn. Bhd dan Kerajaan Kementerian Kesihatan perlu
mengadakan kempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar kepada kita. Mereka
juga perlu memberitahu kepada pengguna kenderaan supaya berkongsi kereta atau
pun menggunakan pengangkutan awam ke tempat yang mereka inigin pergi. Pihak
yang berkenaan juga perlu memberitahu kepada supaya penduduk selalu bergotong-
royong dari semasa dari semasa. Berbanding dengan negara Indonesia pihak yang
berkenaan di sana kerap kali membuat kempen di sana.

(b)KITAR SEMULA
Selain daripada itu, kitar semula juga membantu mengurangkan bahan-bahan
buangan. Selain daripada itu, bahan-bahan buangan juga boleh dikitar semula bagi
mengurangkan jumlah sampah yang tidak menyenangkan hati penduduk.
Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama seperti yang berlaku di taman
bahtera.

(c)PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pihak seperti Majlis Daerah perlulah mengguatkuasakan undang-undang supaya
mereka tidak membuang sampah merata-rata. Pihak berkuasa juga harus denda
kepada penduduk yang melanggar undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu
menyediakan tong sampah bagi mengatasi masalah ini. Berbanding dengan negara
Indonesia pihak berkuasa disana telah menguatkuasakan undang-undang ini dari
awal lagi.

RUMUSAN
Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan selaras
dengan objektif kajian. Melalui kajian ini saya telah mengenalpasti jenis ekonomi,
sumbangan kegiatan ekonomi, kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap
ekonomi di kawasan kajian saya, iaitu Taman Bahtera.

Taman Bahtera mempunyai dua kegiatan ekonomi yang terbesar iaitu pertanian dan
perkhimatan. Kegiatan pertanian terbahagi kepada satu iaitu Ladang kelapa
Sawit.Manakala kegiatan perkhimatan pula terbahagi kepada enam iaitu Kedai
Makan, Penghotelan, Kedai Runcit, Pusat Servis Tayar . Sumbangan kegiatan
ekonomi ialah peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk sekitar
Tanjong Malim dan kemudahan infrastuktur yang makin meningkat.

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah pencemaran udara
dan pencemaran bunyi sering berlaku. Keadaan begini memberi kesan yang tidak
sihat kepada penduduk taman bahtera. Aliran longkang yang tersumbat dan
pengurusan sampah-sarap yang kurang serius akan menyebabkan kejadian yang
kurang menyenangkan akan berlaku. Langkah-langkah mengurangkan kesan
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah mengadakan kempen kesedaran
kepada penduduk dan menguatkuasakan undang-undang.

Di samping itu, melalui kajian geografi ini, saya telah memperoleh banyak faedah. Di
antaranya ialah meninkatkan pengetahuan dari segi memperoleh kemahiran dan
teknik menyampaikan data. Selain itu, saya juga dapat meninkatkan idea untuk
menulis laporan. Akhirnya, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan kerja
kursus Geografi yang akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji
petempatan.

0 UL A S AN

Folio Kanada

di 11:01 Dicatat oleh Maya

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Geografi murid-
murid tingkatan 3 diberikan peluang mengerjakan kerja amali di kawasan kajian
Taman Greenwood . Tajuk ini menepati tema pembelajaran . Murid-murid tingkatan
3 Hikmah diberi tajuk kajian oleh guru mata pelajaran Geografi .
Saya dan kawan sekelas telah diberi tajuk Kepentingan Sistem Pengangkutan Di
Kawasan Kajian Dan Bandingkannya Dengan Negara Kanada . Kajian dijalankan di
Taman Greenwood Selangor . Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus
ini ialah 8 minggu . Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang
telah dijalankan .

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif yang gitentuka dalam melaksanakan kerja kursus
ini :

a) Kesan-kesan perkembangan pengangkutan .


b) Mengenal pasti bentuk muka bumi untuk pembinaan jalan raya .
c) Mengetahui kesan negatif .
d) Jenis sistem pengangkutan .
e) Faktor yang mempengaruhi .
f) Faktor dari segi darjah kertersampaian .
g) Mengetahui langkah-langkah penyelesaian .

KAWASAN KAJIAN
Guru mata pelajaran Geogafi Tingkatan 3 Hikmah sebagai kawasan kajian saya .
Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya,
iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu
memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya ini.
Taman Greenwood terletak di daerah Gombak . Taman ini terletak berhampiran
dengan Batu Caves . Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah
kira-kira 2 kilometer .
Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk
pergi ke tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang dituju . Pengangkutan yang boleh
digunakan di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus ,
dan teksi awam .
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
a)Pemerhatian :
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman
Greenwood dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .
b)Rujukan :
- Internet > Mendapat maklumat

HASIL KAJIAN
Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan , jenis sistem pengangkutan yang ada
di Taman Greenwood atau berdekatan dengan taman itu ialah jalan raya , terowong
SMART , LRT dan lebuhraya bertingkat .

Faktor yang mempengaruhi kemajuan teknologi ialah jaringan pengangkutan yang


banyak . Seperti kemudahan awam yang disediakan . Manakala dasar kerajaan pula ,
menurap jalan atau memperlebarkan jalan yang berlubang atau jalan yang sempit .
Selain itu factor keselesaan pengguna pula , mempunyai jalan raya yang selamat dan
cepat untuk pergi kesesuatu tempat .

Manakala dari segi kertersampaian pula , darjah kesampaian tinggi kerana bayak
pengangkutan awam yang terdapat di Taman Greenwood . Kebanyakan
pengangkutan awam memudahkan mobility penduduk di Taman Greenwood . Antara
faktor lain pula , perkembangan ekonomi yang bagus . Akhir sekali , peningkatan
taraf hidup penduduk membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam .
Kesan-kesan perkembangan pengangkutan pula , ialah mengurangkan kesan
pengangkutan jalan raya kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas . Selain
itu , kita perlu menjaga dan memelihara alam sekitar . Selain itu , kita perlu membuat
landskap yamg menarik seperti meletakkan bunga yang menarik di sepanjang jalan .
Manakala kesan negatif pula , seperti kesan flora dan fauna akan menyebabkan hutan
di tebang untuk membuat jalan raya . Selain itu , kenderaan yang banyak
menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku . Manakala , tanah runtuh kerana
membuat jalan di lereng bukit ketika hujan .
Akhir sekali , langkah-langkah penyelesaian seperti menggunakan alat catalytic iaitu
converter pada ekzos kenderaan yang mampu mengurangkan asap kereta . Selain
itu , kita perlu penghijauan bandar seperti menanam pokok yang berkualiti menjaga
alam sekitar . Cara yang terakhir , ialah mengadakan kempen untuk mengurangkan
menggunakan kenderaan mengelakkan daripada pencemaran udara dan bunyi.

0 UL A S AN

Folio Thailand

di 10:55 Dicatat oleh Maya

PENDAHULUAN
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada warga pendidik MRSM Pendang terutamanya pengetua yang telah banyak
berusaha menyediakan kelengkapan kepada pelajar-pelajarnya.
Tidak lupa juga kepada cikgu matapelajaran Geogerafi Cikgu Fadhilah yang telah
banyak berusaha memberi tunjuk ajar kepada saya.Yang keduanya saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saya Sarimah binti Abd Ghani dan
bapa saya Wan Razali bin Wan Abdullah kerana telah banyak memberi sokongan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Seterusnya kepada rakan-rakan saya yang
turut sama menolong saya menyiapkan tugasan ini terutamanya pelajar tingkatan
empat dan tingkatan tiga.

Akhir sekali kepada pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang baik
untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya. Tanpa kerjasama daripada
semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

Kawasan saya menjalankan kajian ialah kawasan Kota Sarang Semut. Kasawan ini
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Kasawan ini terletak lebih kurang tiga
kilometer dari ibu negeri Perlis. Kawasan kajian yang saya hendak bandingkan ialah
kawasan Bangkok di Thailand.

Tujuan saya memilih kawasan ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan
tumpuan penduduk. Disamping itu kawasan kajian saya ini merupakan kawasan
yang mempunyai tarikan pelancong yang tersendiri.

Tempoh kajian yang dijalan oleh mengambil masa selama satu bulan setengah. Saya
mula menjalankan kajian saya pada 11 April tepat jam 9 pagi dan berakhir pada 27
April 11, 2008 pada jam 3 petang.

Objektif kajian saya ialah :

1. Untuk mengakaji jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan saya dan negara


Thailand.

2. Untuk mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi kepada Negara.

3. Untuk mengkaji kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

4. Untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi


kepada alan sekitar.

Kawasan kajian saya ialah kawasan Bintong. Kawasan ini mempunyai kegiatan
okonomi pertanian dan perikanan ikan air tawar. Antara kegiatan yang dijalankan
ialah seperti sawah padi, penanaman buah-buahan dan menternak ikan air tawar.

Kawasan kajian ini terletak lebin kurang 3 kilometer ibu negeri Perlis.

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah
digunakan ialah :

1. Pemerhatian. Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya
untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut.

2. Temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di
kawasan Bintong bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting.

3. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta
penduduk-penduduk kampung berdekatan.

4. Rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan pada buku teks Geografi tingkatan
3,
contoh folio tingkatan tiga tahun lepas, internet, buku ilmiah dan sebagainya.

Jenis-jenis kegiatan ekonomi

Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi. Saya telah dapat
mengenal pasti beberapa jenis kegiatan okonomi di kawasan kajian saya. Antaranya
ialah :

Kawasan Bintong

1. Pertanian. Kegiatan ekonomi pertanian ini melibatkan aktiviti seperti


menanam padi, menanam buah-buahan seperti mangga, cili, sayur-sayuran dan
sebagainya.

2. Perikanan. Kegiatan ekonomi perikanan dikawasan ini ialah perikan ait tawar.
Antara ternakanya ialah ikan tilapia merah, keli, haruan, selat, kap merah dan
sebagainya.

3. Perkhidmatan. Kegiatan ekonomi perkidmatan dikwasan ini ialah seperti


pelancongan, pegangkutan dan perhubungan, kewangan dan perbankan, dan
pendidikan

Negara Thailand

1.Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian Kawasan Bintong

Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini adalah :

1.Peluang pekerjaan.
Ia telah menyediakan peluang pekerjaan yang benyak dalam
sektor pertanian seperti pesawah padi, pekebun, penternak ikan. Di samping itu ia
juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada sesiapa yang
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi seperti guru, pegawai bank, dan sebaginya.

2.Pendapatan.
Kawasan ini juga membantu dalam pendapatan Negara dalam ekonomi pertanian
seperti mengekspot padi, sayur-sayuran dan sebasgainya.

3.Kemudahan infranstuktur.
Kawasan ini dapat pelbagai keudahan infranstruktur seperti sekolah, universiti dan
banyak lagi.
Negara Thailand
Antara sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Negara ini adalah :
1 Peluang pekerjaan.
2. Pendapatan.

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar


Kawasan Bintong
Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap kawasan ini ialah :
1.Pencemaran.
Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladang-ladang, dan kebun-
kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya terbebas ke udara.
Disamping itu pebakaran jeramit padi menyebabkan pencemaran udara. Ini berlaku
apabila tiba musim menuai padi dijalankan.

2.Penipisan ozon.
Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran
saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan
sebagainya.

3.Kepupusan sumber.
Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan kawasan dalam sektor
perkhidmatan menyebabkan kepupusan sumber berlaku
terhadap Negara ini ialah:

1.Pencemaran.
Kegunaan racun perosak serangga yang banyak untuk pertanian menyebabkan
banyak sisa-sisa racun atau bahan kimia mengalir ke sungai. Pertambahan
kenderaan-kenderaan menyebabkan banyak asap di bebaskan ke udara terutamanya
asap hitam.

2.Pulau haba.
Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit
menyebabkan berlakunya pulau haba.

3.Kepupusan sumber.
Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan
menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

4.Hakisan tanah.
Penebangan pokok-pokok dikawasan tinggi menyebabkan hakisan tanh berlaku.

RUMUSAN
Setelah selesai melakukan kajian saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis
kegiatan ekonomi yang dijalankan seperti pertanian,perkhidmatan dan perikanan. Di
samping itu saya telah mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi seperti peluang
pekerjaan, pendapatan kepada negara, dan sebagainya. Saya juga telah mengenal
pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan
ozon, dan pencemaran. Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah
untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti
pengurangan penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa
dingin serta alat-alat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman
pembakaran secara terbuka.

0 UL A S AN

Folio Jepun

di 10:01 Dicatat oleh Maya

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia-nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat
menghantar pada waktu yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya kerana
tanpa mereka tidak lahirlah saya ke dunia ini dan mereka jugalah yang memberi
dorongan dan sokongan moral untuk saya teruskan kajian ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak sekolah, terutamanya guru geografi saya
iaitu Encik Zakaria bin Jusoh yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk
ajar kepada saya dalam usaha saya menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada responden-responden


Kampung Tanjung Batu Rakit yang sudi memberi kerjasama kepada saya terutama
berkaitan dengan pengumpulan data di kawasan kajian. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan saya yang berada di kelas 3 an-nur yang telah memberi
sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan.

1.0 PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah


Rendah (PMR), pelajar-pelajar tingkatan 3 diwajibkan menyiapkan Kajian Geografi
Tempatan. Saya Polan Bin Polan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Polan telah
menjalankan satu kajian yang diamanahkan oleh Encik Polan Bin Polan bertajuk
kepentingan sistem jaringan pengangkutan di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala
Terengganu, Terengganu dan dibandingkan dengan Negara Jepun.

Kampung Tanjung Batu Rakit menjadi pilihan saya untuk dikaji kerana kampung ini
merupakan kampung saya dan terdapat jaringan pengangkutan jalan raya yang
penting. Saya memilih Negara Jepun sebagai negara yang dibandingkan dengan
kawasan saya kerana Negara Jepun merupakan negara yang moden dan mempunyai
sistem pengangkutan yang cekap.

Saya mengambil masa kira-kira enam bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai
untuk menjalankan dan menyiapkan Kajian Geografi Tempatan. Melalui kajian ini
saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jaringan pengangkutan yang
ada di kawasan saya dan Negara Jepun. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat
membantu pelajar-pelajar lain yang ingin mempelajari tajuk ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

i. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di kawasan kajian.


ii. Mengkaji kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap
alam sekitar dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya.
iii. Menanam rasa kesyukuran terhadap Allah s.w.t. dengan rezeki-Nya, kerana
limpah kurnianya negara kita mempunyai jaringan sistem pengangkutan yang baik.
iv. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
di Malaysia.
v. Memahami kepentingan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Guru Geografi tingkatan 3 An-nur Encik Zakaria Bin Jusoh mengalakkan kami
memilih tempat kediaman masing-masing sebagai kawasan kajian. Hal ini kerana ia
lebih menjimatkan masa dan tenaga. Saya telah memilih Jepun dan Kampung
Tanjung Batu Rakit sebagai kawasan kajian.

Kampung Tanjung Batu Rakit


Kampung Tanjung Batu Rakit terletak berhampiran Pantai Batu Rakit. Jarak
kampung dengan Bandar Kuala Terengganu kira-kira 30 kilometer. Kampung ini
terletak diantara Kampung Mengabang Telipot dengan Kampung Padang Polis.
Terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Kampung Padang Polis dengan
Kampung Batu Rakit. Kampung ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik.
Bentuk muka bumi di kawasan kajian ialah 80% tanah pamah, 15% berpasir, dan 5%
lain-lain. Tanah pamah merupakan faktor utama jaringan pengangkutan di kawasan
kajian kerana jalan raya di kawasan ini dapat di bina dengan baik. Iklim di kawasan
kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun.

Negara Jepun
Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan
Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama jepun , dari utara ke selatan, adalah
Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang
terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu
daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan
(archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.

73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap
pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan
ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan
lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-
bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun.

Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik
(Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi
berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi
yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini
sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Great
Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan
geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan
tempat peranginan.

Iklim
Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas.
Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza
dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk
pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga
dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan
Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas.
Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido,
as a seasonal rain front or baiu zensen (梅雨前線) stays above Japan. Pada akhir
musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi
akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan
barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat.

Linimo (Landasan Tobu Kyuryo)


Keretapi Linimo menghampiri Banpaku Kinen Koen, ke arah stesen Fujigaoka
Sistem Urban Maglev yang pertama di dunia menggunakan kawalan automatik telah
beroperasi di Jepun pada Mac 2005. Ini melibatkan sembilan stesen perhentian di
atas landasan Tobu-kyuryo yang juga dikenali sebagai Linimo sejauh 8.9km.

Landasan ini mempunyai radius operasi sebanyak 75m dan kecerunan sebanyak 6%.
Keretapi yang menggunakan motor linear bermagnet ini mempunyai halaju maksima
100km/j. Laluan ini memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain
kawasan Ekspo 2005. Keretapi ini telah direkacipta oleh Chubu HSST Development
Corporation, yang merupakan organisasi yang menguruskan operasi landasan ujian
di Nagoya. Maglev jenis urban ini telah dipatenkan selepas HSST dibina dan
dipersembahkan dalam demonstrasi di Korea dan sementara Rotem (versi komersil
Korea) sedang di dalam pembinaan di Daejeon yang telah dijangkakan untuk
memulakan operasi pada April 2007.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian melalui kaedah-kaedah berikut yang saya rasa sesuai
untuk Kajian Geografi Tempatan kali ini. Antara kaedah tersebut ialah

Kaedah temubual
Saya telah memubual 20 orang responden untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang jaringan pengangkutan di kawasan kajian iaitu kawasan tempat tinggal saya.

Kaedah pemerhatian
Saya telah memerhati jenis jaringan pengangkutan yang ada di Kampung Batu Rakit.

Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan di dalam buku teks tingkatan 3 dan mengetahui dengan
lebih lanjut saya merujuk internet dan laman web yang berkenaan dengan kajian.

Kaedah soal selidik


Saya telah membuat soal selidik dengan membuat borang soal selidik yang dilengkapi
dengan pelbagai maklumat tentang jaringan pengangkutan yang ada di kawasan
kajian untuk diberikan kepada responden-responden.

Dapatan Kajian
JALAN RAYA
Jalan raya merupakan jaringan pengangkutan terpenting di kawasan kajian saya.
Hampir seluruh penduduk di kawasan kajian ini menggunakan jalan raya yang
disediakan untuk berhubung dengan kampung-kampung lain mahupun ke tempat
kerja. Melalui kajian saya, saya mendapati jalan raya di kawasan kajian agak sibuk
pada waktu pagi dan petang kerana pada waktu ini penduduk hendak pergi ke tempat
kerja. Jalan raya agak lengang pada pukul 9 pagi – 4 petang kerana waktu ini
merupakan waktu penduduk di sini berada ke tempat kerja.
LORONG JALAN KAKI
Melalui kajian yang telah dibuat, terdapat juga lorong jalan kaki ini di Kampung
Tanjung Batu Rakit. Lorong jalan kaki ini menghubungkan penduduk yang tinggal di
pinggir pantai dengan penduduk yang tinggal di pedalaman. Lorong jalan kaki ini
biasanya digunakan oleh penduduk yang bekerja sebagai nelayan.

JALAN AIR
Jalan air tidak digunakan secara meluas di kawasan kajian. Jenis pengangkutan ini
biasanya digunakan oleh penduduk yang tinggal berhampiran sungai. Sungai ini
membolehkan penduduk menghantar hasil kegiatan ke kampung sebelah untuk
dipasarkan disana.

FAKTOR MEMPENGARUHI JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN

BENTUK MUKA BUMI


Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Kampung Tanjung
Batu Rakit terletak di kawasan tanah pamah. Namun begitu, terdapat juga
sebahagian kawasan yang mempunyai bukit-bukit kecil tetapi bukit-bukit itu tidak
mempengaruhi jaringan pengangkutan di kawasan kajian saya.

PERKEMBANGAN EKONOMI
Pembinaan jaringan pengangkutan juga turut di pengaruhi oleh perkembangan
ekonomi. Kegiatan penduduk kampung yang mengusahakan tanaman getah dan
bekerja sebagai nelayan dapat memasarkan hasil kegiatan mereka dengan cepat
memandangkan jeringan pengangkutan yang baik di bina.

KEPERLUAN PENDUDUK
Keperluan penduduk semakin bertambah dan keadan ini mempengaruhi jeringan
pengangkutan di sini. Jalan-jalan diubahsuai dan diperbesar mengikut keprluan
penduduk tempatan. Hal ini memudahkan penduduk berurusan dan berkomunikasi.
KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dibuat jarigan pengakutan dikawasan saya mempunyai
banyak kepentingan. Antara kepetingan tersebut adalah:

PERKEMBANGAN EKONOMI
Salah satu faktor yang menjamin perkembangan ekonomi ialah jaringan pengakutan.
Jaringan pengakutan yang baik memudahkan para petani dan nelayan untuk
memasarkan hasil kegiatan mereka dipasaran. Sistem jaringan pengangkutan di
Jepun berjaya menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan sektor
pelancongan. Terowong Osakako Sakishima merupakan satu tarikan kerana
pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah di sana.

SOSIAL
Jika kita tinjau dari segi sosial jaringan pengankutan yang cekap membolehkan
penduduk berulang alik dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan
selesa. Jaringan pengakutan juga menaikan taraf hidup penduduk dikawasan kajian.
Salah satu kemajuan teknologi pengangkutan pengangkutan yang canggih di Jepun
kereta api Shinkansen, pengangkutan yang canggih ini dapat menghubungkan 7000
pulau yang menganjur sejauh 3000 KM dengan sistem lebuh raya dan perkhidmatan
udara serta laut yang cekap

TAHAP KETERSAMPAIAN
Tahap ketersampaian boleh didefinasikan sebagai keadaan sama ada kawasan itu
mudah atau sukar untuk dihubungi. Kampung Tanjung Batu Rakit merupakan
sebuah kawasan yang mudah untuk dihubungi kerana jalan melalui kampung ini
merupakan jalan utama ke Bandar Kuala Terengganu dengan Negara Jepun juga
mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan adanya jaringan pengangkutan
yang canggih. Saya telah membuat pemerhatian tentang bilangan kenderaan yang
melalui jalan ini dalam tempoh dua jam, dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi hari
Rabu bersamaan 15 Mei 2008.

Kesan – kesan perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar


di Kampung Tanjung Batu Rakit

KESAN POSITIF
Di kawasan Kampung Tanjung Batu Rakit dan kampung-kampung yang
menggunakan bas telah berjaya mengurangkan pencemaran udara

Di Jepun, terdapat juga perkhidmatan bas seperti yang dijalankan di Malaysia. Ini
membantu mengelakan penebangan hutan secara berlebih-lebihan hanya untuk
membina jalan raya. Ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan kesan pulau
haba. Saya berasa bangga kerana menetap di kawasan yang terdapat kemudahan
pengangkutan bas yang mesra alam.

Pengangkutan bas juga mewujudkan landskap yang menarik dan juga mengelakkan
kesesakkan jalan raya. Ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur luar negara untuk
melabur di negara kita. Hal yang demikian, akan meningkatkan hasil ekonomi di
negara kita.

KESAN NEGATIF
Manakala kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah
pencemaran udara.Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada
kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida.

Pertambahan bilangan kenderaan turut menyunbang kepada berlakunya kesesakan


lalu lintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu puncak. Keadaan ini sama
dengan fenomena yang berlaku di Negara Singapura kerana kedudukannya yang
amat padat.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Malaysia. Di lingkaran tengah banyak


berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau yang menyebabkan
penglihatan yang kurang jelas.

Langkah – langkah penyelesaian


PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Begitu juga
kerajaan Jepun telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan
sama. Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk
mengelakkan pencemaran udara. Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut
dapat mengurangkan tahap pencemaran udara dunia.

MENANAM POKOK-POKOK DI KAWASAN KAJIAN


Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap
gas karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Kita perlu menanam sebanyak pokok
yang mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara.
Usaha yang sama juga dilakukan oleh kerajaan Jepun yang menganjurkan program
“Green Earth” iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah pokok
di halaman rumah. Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi
mempunyai kawasan hijau walaupun pembangunannya pesat.

MENGURANGKAN KESESAKKAN JALAN RAYA


Malaysia telah menggalakan pengunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti LRT di
taman ini sebagai satu langkah pro-aktif mengurangkan kesesakan jalan raya.Jenis
pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Jepun yang dikenali sebagai
“MRT”. Saya berbangga kerana Malaysia mampu menyediakan pengangkutan
bertaraf dunia.

MENGGUNAKAN PENGGUNAAN NGV (Neutral Gas Vehicle)


Malaysia telah mengamalkan penggunaan NGV untuk semua teksi di Malaysia. NGV
tidak akan mencemarkan udara dan ia adalah mesra alam. Malah, harga NGV adalah
murah daripada harga petrol. Kegiatan yang sama telah dilakukan di negara
bandingan saya di Jepun atas alasan yang sama.

MEMANDU DENGAN CERMAT


Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan.
Kita harus mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan.
Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu dan membawa
kenderaan melebihi had laju.
Kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita. Kita perlu
beusaha untuk mengurangkan kesemua kesan negatif yang didapati di jaringan
sistem pengangkutan.

RUMUSAN
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tenteng jenis-jenis sistem pengangkutan,
faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sisitem pengangkutan di Kampung
Tanjung Batu Rakit. Disamping itu, mengenalpasti kepentingan serta kesan-kesan
perkembangan jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah-langkah
mengatasi masalah sistem pengangkutan.

Selepas menjalankan kajian ini, saya telah mengetahui secara lebih mendalam
terhadap kawasan kajian saya. Saya juga berasa bangga kerana menjadi seorang
rakyat Malaysia setelah menjalankan kajian ini. Melalui kajian ini saya merasa
bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan sistem
pengangkutan. Saya juga mengetahui jaringan pengangkutan di Jepun. Hal ini
merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

You might also like