Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Anak Malaysia cipta alat khas pesakit otak

Oleh Wan Faizal Ismayatim

Neurojaf berfungsi untuk memastikan cecair dalam otak sentiasa normal

REKAAN alat dalam perubatan setanding negara Barat dan digunakan secara meluas
seluruh dunia pastinya menjadi kebanggaan, sekali gus membuktikan anak Malaysia
mampu menghasilkan inovasi yang memberikan harapan untuk hidup kepada manusia
sejagat.

Prof Dr Jafri Malin Abdullah, 45, adalah anak tempatan yang mencipta nama di peringkat
dunia berikutan kejayaan mencipta alat khas bagi pesakit otak dipanggil Neurojaf 5th
Ventricular Set (Neurojaf) yang dipasarkan secara meluas seluruh dunia.

Ketua Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Kubang Kerian itu menghasilkan rekaan Neurojaf yang diinovasi daripada alat External
Ventricular Drainage (EVD) keluaran Amerika Syarikat dan Eropah yang setiap satu
berharga RM5,000.

Alat mengandungi tiub diperbuat daripada silikon dan plastik PVC itu bertindak sebagai
saluran kelima sistem air otak yang berfungsi mengeluarkan cecair bagi memastikan
kandungan air otak sentiasa normal.

Berbeza dengan EVD keluaran Barat, Neurojaf mengandungi tiub saluran yang lebih
panjang bagi memastikan ia tidak tertanggal apabila
dipasang di kepala, mempunyai lubang lebih besar
bagi mengelakkan tersumbat dan tahan lebih lama.

Perbezaan paling ketara antara alat rekaan Dr Jafri


Malin itu dengan EVD ialah harganya yang jauh lebih
murah iaitu RM100 di Malaysia sejak mula
dipasarkan lebih 10 tahun lalu.

Hasil kejayaan rekaan itu, pasti ramai beranggapan Dr


Jafri Malin kini sudah bergelar jutawan berikutan
kejayaan yang mendapat pelbagai pengiktirafan
peringkat dunia itu.

Namun, sebenarnya beliau tidak memperoleh sebarang


habuan daripada penghasilan Neurojaf yang
dibangunkan sebuah syarikat berpangkalan di India,
Surgiwear kerana menganggap Neurojaf adalah jihad
dalam perubatan untuk membantu pesakit otak,
khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang ini, berkata, sejak dari mula mereka Neurojaf, beliau
tidak mahu ia dipatenkan kerana mahu harganya dijual dengan murah dan boleh
digunakan segenap lapisan masyarakat.

"Saya mendapat idea mereka Neurojaf sebaik menamatkan pengajian di Belgium pada
1995. Pada masa itu, saya bertekad mencipta alat untuk pesakit otak selepas melihat
seorang petani menangis kerana tidak mampu membeli alat dari Barat untuk anaknya
dengan harga RM5,000.

"Ekoran peristiwa itu, saya terfikir kenapa kita terlalu bergantung kepada hasil dari
negara Barat. Saya lakarkan alat itu pada sehelai kertas dan cuba mengetengahkannya di
beberapa syarikat di negara ini.

"Malangnya, tiada satu pun syarikat berminat atas alasan alat ini tidak mampu memberi
pulangan lumayan. Lantas, saya mencari alternatif lain dan akhirnya melalui rakan-rakan,
ia dibangunkan syarikat di India," katanya.
Dr Jafri Malin berkata, tempurung kepala manusia terdiri daripada beberapa komponen
iaitu cecair otak, sel otak dan saluran darah.

Katanya, otak individu menjadi bengkak atau lebam disebabkan luka dan pengaliran
cecair yang tersumbat pula berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan, angin
ahmar yang teruk atau barah.

Beliau menerangkan, kegagalan air otak mengalir dengan normal akibat masalah itu
menyebabkan otak mengembang dan sel otak membengkak dan air yang bertakung itu
akan menekan sel otak dan menghancurkannya.

"Otak manusia mempunyai empat ventrical yang berfungsi menghasil, mengalir dan
meresapkan air otak. Fungsinya seperti sistem perparitan dalam otak. Apabila tersumbat
disebabkan masalah tertentu, air yang terkumpul itu akan merosakkan sel otak.

"Atas sebab itu, Neorojaf berperanan sebagai sistem saliran kelima yang bertindak
memintas saluran tersumbat secara sementara bagi mengeluarkan air takungan itu
sehingga pesakit kembali normal," katanya.

Bagi mengeluarkan takungan air itu, kepala pesakit terpaksa ditebuk untuk membuka
ruang kira-kira lima milimeter (mm) sebelum tiub pada Neurojaf dimasukkan ke dalam
ruang berkenaan dan membawa keluar cecair dalam otak.

"Melalui alat ini, kita tidak perlu menyedut air itu keluar kerana ia akan keluar dengan
sendirinya melalui tiub Neurojaf disebabkan tekanan dalam otak yang terlalu tinggi.

"Air yang dikeluarkan kemudian disukat bagi mengetahui jumlahnya sebelum dibuang.
Proses mengeluarkan air itu dilakukan secara berterusan sehingga keadaan otak pesakit
kembali normal," katanya.

Dr Jafri Malin yang pernah menerima Anugerah Saintis Muda Negara 2000, berkata
berbanding EVD keluaran Barat, Neurojaf lebih tahan lama kerana lubang saluran pada
tiubnya lebih besar dan panjang serta mesra pesakit, jururawat dan doktor.

"Kebanyakan EVD keluaran Barat dicipta jurutera, bukan doktor. Saya panjangkan
tiubnya supaya tidak mudah tercabut ketika pembedahan. Kalau tercabut, kita perlu
masuk semula ke dewan bedah dan menggantikan alat itu yang tentunya menyebabkan
kos rawatan meningkat.

"Selain itu, jika tiub saluran bagi mengeluarkan air otak itu direka dengan kecil, ia mudah
tersumbat dan menyusahkan pesakit yang kurang berkemampuan kerana terpaksa
beberapa kali menukar alat terbabit," katanya.

Beliau turut bercadang melakukan inovasi lanjut terhadap Neurojaf bagi memastikan ia
lebih tahan lama dan dapat digunakan secara meluas dalam perubatan, bukan saja semata-
mata terhadap pesakit otak.
"Ketika ini, Neurojaf perlu ditukar setiap tujuh hari kerana dikhuatiri dijangkiti kuman
sedangkan tiada alat khusus bagi mengenalpasti ia benar-benar dijangkiti kuman.

"Saya mahu mereka alat yang mampu memberitahu doktor bahawa alat itu dijangkiti
kuman selepas digunakan dalam tempoh tertentu, misalnya 14 hari dan jika berhasil,
sudah tentu akan mengurangkan lagi kos," katanya.

Beliau merancang mereka satu alat bagi mengawal kelajuan pengeluaran air otak ke perut
manusia menggunakan tiub yang dimasukkan ke bawah kulit pesakit bertujuan
memastikan pengaliran air dilakukan dengan sempurna.

"Ada banyak kes air otak tidak mengalir sempurna hingga kita terpaksa masukkan tiub
bawah kulit pesakit. Masalahnya, jika pesakit itu berdiri, air akan mengalir laju dan
hilang entah ke mana dalam sistem badan.

"Sebab itu, saya mahu mencipta satu injap yang menjadi perantara dengan tiub bagi
membolehkan kadar pengeluaran air dikawal," katanya.

PROFIL: Prof Dr Jafri Malin

Profesor dan Ketua Jabatan Neurosains, Pusat Sains Perubatan, Universiti Sains
Malaysia (USM)

Berusia 45 tahun

Berasal dari di Kuantan, Pahang

Isteri, Dr Siti Fatimah Abdul Rahman, 44, dan dikurniakan enam anak

Kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (USM) 1986, Ijazah Kepakaran dalam


Pembedahan Saraf, Universiti Ghent, Belgium (1994) dan Doktor Falsafah (Sains
Bioperubatan), Universiti Ghent, Belgium (1995)

Anugerah

Felo Terhormat Royal Collage of Surgeons (Edinburgh) 2003/2004

Felo World Federation of Neurological Societies 2002


Felo American College of Surgeons 2001

Anugerah Saintis Muda Negara 1999, 2000

Felo Doktor Alumni USM 2000

Pingat Gangsa Ekspo Sains dan Teknologi 2003 bagi Neurojaf.

FAKTA: Neurojaf
Diperbuat daripada silikon dan plastik PVC

Lubang pada tiub sebesar 2.1 milimeter

Tiub dimasukkan melalui lubang yang ditebuk pada kepala pesakit

Berperanan sebagai sistem saluran kelima air otak

Berharga RM100 setiap set

SURGERI MERAWAT PENYAKIT PARKINSON


RANGSANGAN Otak Dalaman (DBS) ialah sejenis prosedur pembedahan yang digunakan untuk
merawat gejala Penyakit Parkinson (PP), terutamanya diskinesia atau pergerakan anggota
secara tidak terkawal yang menjejaskan keupayaan penghidapnya.

Pembedahan ini merupakan pilihan rawatan yang berdaya maju dan selamat dengan tahap
kejayaan yang tinggi yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan dengan ketara.

Pesakit yang menjalani DBS telah melaporkan peningkatan daya pergerakan antara 60
hingga 90 peratus dan mengalami gejala PP yang jauh berkurangan di samping pengambilan
ubat pada dos lebih rendah.

Walaupun lebih 30 pesakit PP telah menjalani ROD di Malaysia sejak 2004 dengan kadar
kejayaan yang tinggi, kesedaran tentang prosedur perubatan dan pilihan rawatan ini masih
rendah.

Menurut Dr. Chew Nee Kong, Pakar Neurologi di Pusat Perubatan Pantai Cheras, tahap
kesedaran yang agak rendah menyebabkan penghidap PP tidak mempertimbangkan pilihan
rawatan ini sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Namun begitu Dr. Chew memberi amaran bahawa bukan semua pesakit PP menjadi calon
yang sesuai dan mereka yang mahu mendapatkan rawatan perlu dinilai dengan teliti sebelum
menjalani pembedahan otak seperti ini.

Pesakit yang telah menghidap PP selama lebih sepuluh tahun biasanya calon paling sesuai
untuk menjalani DBS, terutamanya apabila penularan penyakit telah sampai ke satu tahap yang
menyebabkan kehilangan upaya fizikal serius dan mengehadkan kegiatan harian dengan ketara
(seperti bekerja, berjalan, memandu, menjalankan kegiatan asas dan lain-lain), walaupun
selepas mengambil beberapa jenis ubat dalam dos yang tinggi pada masa yang sama.

Kajian mendapati bahawa pesakit PP mula menunjukkan toleransi atau tindak balas
berkurangan terhadap ubat selepas mengambilnya untuk jangka panjang (kira-kira lima tahun),
dan ini akan menjejaskan lagi kualiti kehidupan.

“Walaupun DBS mampu menangani gejala diskinesia, meningkatkan kualiti kehidupan serta
mengurangkan dos ubat, prosedur ini bukan penawar PP.
“Manfaat DBS biasanya berkekalan sehingga tujuh tahun selepas pembedahan, namun ia
tidak menyembuhkan PP atau menghentikan kehilangan berperingkat sel otak,” kata Dr. Chew di
satu perjumpaan para pesakit PP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Risiko kerumitan adalah kurang daripada satu peratus dan langkah mengurangkan risiko
bergantung sepenuhnya kepada pengalaman pakar bedah. Kesan sampingan DBS termasuk
kejang otot, melihat kelipan cahaya dan rasa kebas.

Prosedur surgeri DBS

DBS menggunakan sejenis peranti perubatan berbateri yang dinamakan perangsang neuro
(penjana denyutan terbenam) – sama seperti perentak jantung dan lebih kurang sebesar jam
randik – untuk memancarkan rangsangan elektrik ke kawasan otak sasaran yang mengawal
pergerakan, dan menghalang isyarat saraf yang menyebabkan badan terketar-ketar dan gejala
PP.

Sebelum prosedur, seorang pakar bedah neurologi menggunakan pengimejan resonans


magnetik (MRI) dan imbasan tomografi berkompter (CT)) untuk mengenal pasti dan mencari
sasaran tepat di dalam otak yang menghasilkan isyarat saraf elektrik dan menyebabkan gejala
PP.

Pakar bedah juga mungkin menggunakan rakaman mikroelektrod, yang merangkumi wayar
kecil yang memantau kegiatan sel saraf di kawasan sasaran untuk mengenal pasti secara khusus
kawasan tepat di dalam otak yang akan dirangsangkan.

Pada amnya, sasarannya ialah talamus, nukleus subtalamus dan globus palidus. Semasa
pembedahan, pesakit diberikan anestesia (bius) setempat dan tetap sedar sepanjang prosedur.

Sistem DBS merangkumi tiga komponen : dedawai, wayar pemanjangan dan perangsang
neuro.

Sejalur dedawai yang juga dikenali sebagai elekrod dalam bentuk wayar nipis bertebat,
dimasukkan ke dalam bukaan kecil pada tengkorak dan dibenamkan dalam otak. Hujung elektrod
kemudian ditempatkan di dalam kawasan sasaran otak.

Wayar pemanjangan ialah wayar bertebat yang dilalukan di bawah kulit kepala, leher dan
bahu, untuk menyambungkan dedawai kepada perangsang neuro.

Perangsang neuro tersebut (pek bateri) ialah komponen ketiga dan biasanya dibenamkan di
bawah kulit berhampiran tulang selangka atau di bahagian bawah dada.

Apabila sistem sudah dipasang, denyutan elektrik dipancarkan dari perangsang neuro
melalui wayar pemanjangan dan dedawai ke otak.

Denyutan ini mengganggu dan menghalang isyarat elekrik yang menyebabkan gejala PP.
Selepas pembedahan selesai, perangsang neuro ini ditentu ukur untuk mencapai keberkesanan
maksimum.

Pek bateri tahan antara tiga hingga lima tahun dan perlu digantikan. Penggantian
memerlukan prosedur pembedahan kecil.
Membuat keputusan muktamad untuk menjalani pembedahan otak

Implan DBS pertama bagi tremor (gigil) Parkinson dan tremor asas telah dijalankan pada
1987 manakala kelulusan bagi DBS untuk digunakan dalam rawatan PP lanjutan telah diperoleh
di Eropah pada 1998 dan di Jepun pada 1999.

Kelulusan undang-undang bagi prosedur ini telah diperoleh di Amerika Syarikat pada 2002.

Sementara itu, DBS telah mencatatkan kejayaan di seluruh dunia sejak diperkenalkan
(2002), dan di Malaysia dua tahun kemudian. Manfaat yang dilihat dari segi tahap pemulihan
pesakit adalah berbeza-beza secara perbandingannya.

Dr. Chew berkata, maklum balas daripada pesakit di Malaysia menunjukkan kadar
peningkatan 60 hingga 90 peratus, khususnya bagi diskinesia.

Pesakit juga melaporkan kualiti kehidupan yang jauh lebih baik dan pengambilan ubat dalam
dos harian lebih rendah.

“Namun jangkaan pesakit hendaklah realistik, secara khususnya, mereka tidak harus
mengharapkan pemulihan seratus peratus. Selain itu kosnya juga agak mahal, iaitu RM80,000
dan ke atas, serta memerlukan penyenggaraan jangka panjang.

“Risikonya adalah amat rendah dan manfaat yang diperolehi, terutamanya menerusi
peningkatan kualiti kehidupan yang ketara harus dipertimbangkan.

“Saya menasihati pesakit agar cuba mendapatkan rawatan menggunakan ubat yang sedia
ada dan menjalani pembedahan selepas lebih kurang sepuluh tahun apabila ubat tidak lagi
berkesan dan hanya memberikan sedikit atau tiada langsung manfaat lanjutan,” tambahnya.

Hamzah tidak lagi terketar-ketar

Apabila Hamzah Abdul Rahman, seorang kerani berusia 51 tahun, disahkan menghidap PP
pada 1993, beliau sedar bahawa beliau akan mengalami ketaran anggota dan sedikit kehilangan
upaya tetapi tidaklah sehingga langsung tidak boleh berjalan kaki, melakukan tugas mudah
seperti memakai baju mahupun duduk di atas kerusi.

Anggota Hamzah di bahagian kiri seperti ‘mempunyai nyawanya sendiri’ dan keadaan ini
amat menghampakan lelaki yang pemalu dan bersuara lembut ini.

“Saya seolah-olah menari semasa berjalan kaki dan tak boleh duduk diam. Saya melonjak
dari kerusi akibat ketaran yang dialami. Saya sungguh malu apabila masalah saya dilihat oleh
orang ramai dan mula menyendiri dan enggan keluar rumah.

“Keadaan menjadi bertambah buruk apabila saya tidak boleh melakukan perkara mudah
seperti makan, menyalin pakaian atau menulis beberapa patah perkataan, apatah lagi hendak
mengarang beberapa ayat. Saya bergantung sepenuhnya kepada isteri dan keluarga untuk
segala keperluan.

“Nasib baik saya berjaya menjalani pembedahan DBS pada Oktober 2004. Kini ketaran
badan telah berkurangan dan saya pulih 60 – 70 peratus. Saya boleh pergi kerja, berjalan kaki
beberapa kilometer untuk bersenam dan paling penting saya kini boleh berdikari semula. Saya
tidak sabar untuk kembali memandu ke tempat kerja,” kata Hamzah dengan gembira semasa
berkongsi pengalamannya bersama para pesakit PP lain.

Hamzah yang telah dibedah di Pusat Perubatan Universiti Malaya amat menghargai bantuan
majikan yang menaja kos pembedahan dan berharap dapat hidup seperti biasa.

Tambahnya, beliau juga telah mengurangkan dos ubat dan kini dapat menjalani kehidupan
harian dengan lebih baik. “Saya kini boleh pergi membeli-belah dengan keluarga dan bertandang
ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.”

Apabila ditanya mengenai pembedahan, Hamzah berkata, “Memandangkan saya antara


pesakit paling awal, saya berserah sahaja kepada Tuhan dan kepakaran pakar bedah.

‘‘Prosedur tersebut memang sedikit menakutkan, tetapi apalah yang hendak dibimbangkan
sangat pembedahan otak kecil ini berbanding kebebasan yang diperoleh selepas pembedahan.”

You might also like