Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2 Seni tradisi dalam masyarakat moden, dilema masa hadapan.

Silat

- Tidak dapat dipastikan sehingga kini akan jumlah sebenar seni silat melayu yang terdapat didalam
Malaysia sehingga kini.
- Antara silat-silat yang biasa didengari atau didaftarkan adalah seperti Seni Gayung Fatani, gayung
tujuh, gayung lima, cekak sendeng, cekak serentak, gayung hitam, gayung serimau hitam,
gayung helang merah, gayung harimau, gayung maarifat, gayung lincah, gayung asli, cekak
ustaz hanafi dan banyak lagi.
- Asal usul seni silat ini sehingga kini sukar dipastikan kerana masyarakat melayu yang suatu
ketika dahulu tidak mempunyai sistem tulisan menyebabkan sukar untuk mengenalpasti bukti
yang jelas mengenai asal-usul dan pengasas kesenian melayu ini. Apa yang ada hanyalah
sumber lisan daripada guru-guru tua dan disampaikan kepada generasi-generasi selepasnya.
Ini kerana sebahagian guru terlalu merahsiakan ilmu persilatannya termasuk sejarahnya dan
sebahagian guru pula terlalu menokok tambah mengenai ilmu persilatannya sehingga wujud
kekeliruan dan kecelaruan fakta yang tidak munasabah
- Sehingga kini, seni silat ini tidak begitu diminati oleh generasi muda yang telah terpengaruh
dengan arus perubahan yang berlaku didunia dan juga saingan dengan seni-seni
mempertahankan diri yang lain.

Seni silat hari ini

- seni silat pada hari ini telah banyak berubah mengikut keadaan supaya ianya dapat
disesuaikan oleh masyarakat pada hari ini.
- Seni silat yang banyak mengandungi unsur-unsur seni berlawan ini telah diubahsuai dan
digunakan sebagai pertunjukan seperti didalam majlis-majlis keraian, perkahwinan dan
banyak lagi.
- Wujud banyak lagi seni mempetahankan diri yang telah menjadi saingan kepada seni Melayu
ini seperti Taekwondo, judo dan banyak lagi.
Dilema masa hadapan

- Cabaran globalisasi saingan bahan-bahan elektronik seperti Xbox yg membuat generasi kini
tdak berminat untuk mempeljari seni Melayu ini.
- Saingan dengan seni mempertahankan diri yg lain seperti taekwondo, judo, karate dan
sebgainya. Seni2 luar ini mempunyai publisiti kerana ianya sudah dikenali didalam filem2
dan sebagainya.
-

You might also like