Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090...

Pejabat Telekom Sandakan terbakar, talian telefon, Internet terjejas

SANDAKAN: Perkhidmatan talian internet, telefon dan mesin ATM bank di daerah ini terjejas akibat
kebakaran di bahagian pejabat dan komunikasi Telekom Malaysia Berhad di sini hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira jam 6.30 pagi itu, bahagian pejabat dan komunikasi yang terletak di tingkat dua
bangunan Telekom itu musnah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata tiga jentera
bersama-sama 15 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada
6.32 pagi.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

Dalam pada itu, sehingga jam 3 petang ini, perkhidmatan talian telefon, internet dan mesin ATM masih lagi
tidak berfungsi. - Bernama

Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

1 of 1 27/07/2009 15:46

You might also like