Bagaimana Kita Sebagai Ahli PAS Boleh Menjayakan PAS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

AHLI PAS WAJIB BACA TULISAN INI!

Bagaimana Kita Sebagai Ahli PAS Boleh Menjayakan PAS?

BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya adalah


bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah persatuan
itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya
sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga persatuan
supaya persatuan itu aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.

PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu
sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan
sanggup menerima untuk menunaikan Amanah yang termaktub di dalam
Perlembagaan PAS itu iaitu semasa kita menandatangani di dalam Borang
Permohonan menjadi ahli PAS dulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan
bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin
PAS sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS
bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah
menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang perlu
dijaga dan dipelihara olehnya, iaitu menghidup-aktifkan Amanah itu..

Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya
(menunaikannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda: "Seberat-berat agama ialah
memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak
menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-
Bazaar.]. Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai
ahli PAS walau pun kita hanya sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, iaitu
setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu.

Tugas / Kerja yang diberi

Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli
biasa saja, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah
apabila kita menurunkan tandatangan tatkala mengisi borang memohon menjadi
PAS itu dulu. Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita
masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna perkataan "suka-rela"
itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba
hendak mengelak; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan
perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah. Hal ini perlu
difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada
memegang apa-apa jawatan. Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga
adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan
khususnya bagi apa-apa kerja yang kita diminta dan/atau diarah oleh mana-mana
ahli Jawatankuasa dan/atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS.

Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau
membuat sesuatu kerja, bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita
kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu dan kita juga kena "jawab",
kerana jika tidak di dunia ini pun kita kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan
kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi.
1
Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba
yang tidak diduga, yang kita memang boleh mengelak tetapi dengan syarat kita
hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas
dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili
diri kita untuk hadir dan/atau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu
menggantikan diri kita apabila kita diperlukan hadir dan/atau menjalankan tugas dan
tanggungjawab itu.

Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita
tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta
bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira
sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang
mengarah atau yang meminta kita melaksanakan kerja/tugas itu. Kecuaian atau
bersikap take for granted saja dengan membuat andaian bahawa tiada apa-apa
masalah yang akan boleh timbul atau boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang
cuai atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah
merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara
Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan
jenayah.

Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita
dikehendaki membantu bagi menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh
tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak
yang memberi tugas itu kepada kita.. Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak
memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka
masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah baru pula kepada pihak lain iaitu
masalah yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ia menjadi wujud setelah kita yang
telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak
selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain pula yang
terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan/atau
sikap take for granted kita itu tadi.

Kemahiran mengvisualisasi

Dalam hal berpersatuan, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada kita sedang ada
memegang jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa), kita mestilah
mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif
kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang
diberikan dan/atau yang diminta kita melaksanakannya itu. Maksud proaktif ialah
bahawa walaupun kita melihat ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena
hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu
dengan dibawa berbincang atau melaksanakan syura bagi memikirkannya agar
segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan
boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang
akan merasa kecewa akibat kerana kecuaian kita dan/atau kerana sikap tak for
granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan/atau take for granted, iaitu
bersikap suka lepas tangan. Dalam mngendalikan apa-apa juga tugas serta
tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia
hanya menyusahkan saja memanglah semua perkara adalah susah. Jika tidak
susah bukanlah perjuangan namanya!

2
Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau/dan diminta memberikan
bantuan atau kerjasama yang kita kena buat dalam berpersatuan, kita kena
melihatnya bak kata orang iaitu dapat melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja
yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu. Malah semua hal mengenainya;
apakah yang mungkin berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin verlaku selepas
Z juga, kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu
bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang
akandihadapi. Kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah
pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan
kita kena siap-sediakan dari awal lagi segala aspek termasuk siapa-siapakah
orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan
yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat
hadir kerana kita sendiri ada banyak kerja.

Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu angkatan ummah.
Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan
terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja. Ada ramai mereka, maka
mereka itulah kita ajak secara bermotivasi turut sama berjuang supaya tugas yang
kita diamanahkan itu sudah pun kita sedia siapkan ada orangnya yang akan
mewakili diri kita supaya sahabat kita itu mengambil alih supaya hadir menepati
masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain
menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau
aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa dibatalkan saja atau ditangguhkan,
atau menjadi lewat untuk dimulakan.

Menangguh-nangguh

Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan
memberikan pertolongan dalam hal urusan berpersatuan. Ini amat pelek, pada hal
dirinya adalah ahli kepada persatuan itu, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna
dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya
perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara
suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berintegrasi dan
lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang
diminta atau juga yang tidak diminta oleh mana-mana pihak dalam parti. Dan
janganlah menjadi ahli persatuan yang pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya
menjadi pemerhati saja.

Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-
apa jawatan kita adalah juga turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan
tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat
berpuluh-puluh jenia bantuan yang kita boleh berikan. Dalam hal ini, maksud sebuah
al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu:Rasulullah s.a.w.
bersabda:: "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-
menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim]… Orang yang
sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang
mengenepikan saja maksud al-hadis ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,
yang maksudnya:

3
"Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong
menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu
bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan
merasakan kesakitan." (Hadis riwayat Muslim).

Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS
ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-
menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk dapat
berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya maka untuk apakah
kita jadi ahli PAS?

Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah
dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanah seagai seorang yang kena
“setia” dan kena “usaha”; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan
tanggungjawab kerana jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya.
Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, membolot dan
memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, dia sendiri akan kelemasan dan
akhirnya hamper kesemua kerja tidak dapat dilaksanakan. Inilah puncanya kenapa
seseorang Setiausaha itu tidak disayangi kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi
kepada orang lain bagi melaksanakan kerja.

Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup
beraktiviti. Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah memerikan
kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang
layak dan tahu melaksanakannya supaya dapat membantunya; seperti menaipkan
segala apa jua yang perlu diatipkan, serta melantik ahli biasa mewakili dirinya bagi
meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli
biasa di kawasannya dan memintah ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti
mingguan dan sepanjang bulan yang patut diadakan. Jika Setiausaha tidak
mengdeligasikan kerja-kerjanya. biasanya beliau adalah seorang yang selalu
menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal
sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah kerana
beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu.

Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang


permohonan untuk menjadi ahli PAS dulu, dan permohonan kita itu secara rasminya
telah diterima dan direstui bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS,
ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh
Setiausaha dan juga oleh para pemimpin kita juga, statusnya adalah rasmi, bukan
boleh kita buat main-main. Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah
atau diminta pertolongan oleh Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-
mana ahli Jawatankuasa, kita mesti anggap bukannya lagi kita boleh kata kerja
adalah suka-rela; yang selalu dianggap sesetengah orang sebagai hendak dibuat
kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap
besarnnya.

Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak mengdeligasikan banyak kerja tertentu
kepada orang lain tetapi diabaikan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh
Setiausaha itu adalah tidak memelihara dan tidak menjaga amanah. Ahli-ahli biasa
satau sesiapa jua pun yang telah dierikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah
maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya.
4
Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di
dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan
menjadi ahli itu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam
borang permohonan menjadi ahli dulu) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya
mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan
juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta mana-mana ahli Jawatankuasa
sebagai arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah
yang diberi.

Komited tanpa disuruh-arah

Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli
hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri
kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa
sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi
memikirkan apakah peranan masing-masing; iaitu bagi yang menyandang jawatan
sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS.

Bagi setiap ahli biasa di akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya
30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS
adakan, iaitu yang diri anda sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan
mengemukakan cadangan bertulis kepada Jawatankuasa atau Lujnah PAS
Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan
para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakan syura, sekurang-
urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPasisasikan minda semua jiran
agar menjadi ahli PAS, atau setidak-tidaknya mereka akan menyokong perjuangan
PAS. Justeru setiap ahli perlu memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang
dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran
sekampung datau setaman agar mereka semua dapat membacanya.

Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak
ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang
masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa atau time
management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal
menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS. Janganlah
menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana
perjuangan kita adalah bernawaitu Lillahirobbil'alamiin. Malahan kursus seperti itu
juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga mereka yang bukan
ahli PAS menghadirinya.

Penglibatan diri

Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS
sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Jawatankuasa
berkenaan terlebih dahulu). Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti
yang anda sendiri ingin dilaksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk
menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Jawatankuasa atau Lujnah
memberikan kelulusan. Janganlah tunggu pihak atau Lujnah yang kena rancang,
kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat
diadakan. Inilah caranya pada masa yang sama kita memajukan PAS iaitu diri kita
sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja kena menjanakanya. Jangan tunggu
5
pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita
di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah turut sama memberikan idea dan
melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS
adalah sebuah parti politik yang sentiada bergerak, hidup dan efektif.

Sebagai ahli PAS biasa, kita jangan tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti
atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak
Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan.
Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk
melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa ada-ada saja aktiviti atau
programnya sepanjang masa di markaz khasnaya da di mana-mana jua amnya.

Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi
ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti
tugas atau kerjasama, sama ada besar mahu pun kecil kerja itu, walau pun kita
hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun, kita
tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei. Apabila kita menolak
tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan
menolak itu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya,
ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah
ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima Perlembagaan tersebut
sebagai undang-undang kita.

Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kita Allah Kurniakan kepada kita
masa, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh
peruntukan 1 jam saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita
ada masa 100 jam. Kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak
melakukannya, memanglah kita tidak akan berhadapan dengan sentiada saja tidak
mempunyai cukup masa.

Perlembagaan PAS

Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi tidak
faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya
apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya
dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini:

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat


dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup
lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan


kedaulatan negara.

6
Fasal 6: Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah


Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun
amalan.

(2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta


menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta
memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan
keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan
pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan


rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan
politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-


pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan
memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup
lslam

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memper-baiki


susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan
ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan
rakyat seluruhnya.

(5) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-


persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan
tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan
sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara


yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan
bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-


nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini


tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap
seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian
antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta


badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan
menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam
kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat
manusia.

7
(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas
Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua
tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

[Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN

(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.].

Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap seorang ahli PAS kena usahakan bagi
merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah Amanah yang termaktub di
dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan
oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha?

Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara
lisan daripada mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah PAS, malahan daripada
sahabat kita sendiri di kalangan ahli, itu semua adalah uasaha-usaha yang kita kena
ambil tindakan menjayakannya. Bagi mereka yang berjawatan dalam parti kita
kenalah fahamkan bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu,
bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan mereka itu adalah
datangnya daripada si peribadi ahli Jawatankuasa atau Lujnah berkenaan tetapi ia
adalah datangnya daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam
Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita patuhi samada secara individu
sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan mematuhinya.

Arahan, perintah dan ajakan tersebut yang sebenarnya juga adalah perintah yang
datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantikan
mereka dan memberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa atau Lujnah itu mandat
supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak
berusaha dan mengusahannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah
sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup
segan mati tak mahu itu.

Apabila kita enggan mematuhi perintah atau permintaan drpd. mana-mana ahli
Jawatnkuasa atau ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintahnya
dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang
terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.

Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah? Perintah, prinsip dan
pengajarannya memang ada terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu:

" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci
di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada
Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh Setiausaha dan mana-mana ahli
Jawatankuasa atau Lujnah kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah
diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah. Bersikap
sambil lewa, selalu mentakan tak ada masa, cuai terhadap arahan dan/atau
permintaan supaya bekerjasama dan mengabaikannya juga adalah merupakan
menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum
8
syara', maka kita kenalah patuhi. Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada
perintah, arahan atau permintaan pemimpin mestilah dipatuhi dengan bernawaitu,
iaitu: Lillahirobbil'alamiin. Hanya dengan cepat-cepat bernawaitu begitu saja
barulah datangnya keihlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja utuk parti.

Merajuk bila ditegur atau dikritik

Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun
terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu?

Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau memprotes secara
senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang
yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah
seorang yang sahsiahnya sedang mengindap sindrom inferiority complex. Ini adalah
kerana ia terbabas dari landasan kebenaran bahawa iaitu ia seharusnya bersyukur
ke hadrat Allah SWT., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang itu mahu
menegur dan mengkritik dirinya itu yang sebenarnya adalah merupakan satu
mekanisme yang boleh membantu dirinya itu dapat secara percuma bagi ia sendiri
sedar dan boleh mengetahui di mana adanya kelemahan atau kekurangan pada
dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), yang ia sendiri
tidak pun pernah menyedarinya.

Adalah amat silap apabila kita ditegur atau dikritik lalu kita pula terus melatah atau
melenting dan anggap orang yang menegur atau mengkritik kita itu tadi adalah
sebagai musuh di hati kita sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik kita itu
ia sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita. Di sebaliknya kita jangan lupa
bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia mendiamkan saja, biarkan
saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan
saja begitu, padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu
menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau
mengkritik itu, padahnya ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis. Cuba kita
fahami maksud al-hadis ini:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah


kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah
akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya
tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.]

Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah
melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana
maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia
tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan
kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah.
Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak
boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas
atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang
berkaiatan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga
adalah merupakan satu kemungkaran.

9
Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah
menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah
dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam
maksud al-hadis itu. Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh
termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah
kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Daud tadi.. Ini adalah kerana:

" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci
di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada
Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah
yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 itu, namun prinsip yang
terkandung dalam Ayat 38 itu ialah adanya terdapat mengenai konsep perintah,
yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan apa jua perintah oleh
pihak yang berkuasa yang kita terima dalam kehidupan kita ini bahawa selama
mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya.

Siapakah pihak yang berkuasa itu? Pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan
juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau
Lujnah dalam parti PAS. Dalam perkataan Jawatankuasa itu adanya perkataan
kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu adalah
pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. .

Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana
yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup, serta agar setiap markaz menjadi boleh
berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) seperti visi, misi serta juga
sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS
kita itu.

10

You might also like