Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SULIT 2 21/1

1 Rajah 1 merujuk kepada sumber sejarah.

 Buku
X  Majalah
 Ensaiklopedia

Rajah 1
X ialah sumber
A sekunder
B pertama
C primer
D lisan

2 Maklumat berikut berkaitan dengan peralatan tulang mawas.

 Ditemui di Sungai Raub, Pahang


 Digunakan untuk bercucuk tanam

Peralatan tersebut digunakan pada zaman


A Paleolitik
B Mesolitik
C Neolitik
D Logam

3 Jadual 1 menunjukkan antara lokasi penting kerajaan agraria.

Kerajaan Lokasi
Angkor Tonle Sap
Funan Oc-Eo
Jadual 1
Apakah fungsi Oc-Eo?
A Pusat perikanan
B Pusat keagamaan
C Pelabuhan utama
D Kawasan penanaman padi

4 Keadaan bentuk muka bumi semula jadi yang berbukit bukau telah memberikan
keistimewaan kepada Melaka.

Apakah keistimewaan tersebut?


A Keselamatan terjamin
B Muara sungai terlindung
C Bekalan air mudah diperolehi
D Menjadi tempat tumpuan pedagang

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3 21/1

5 Maklumat berikut menerangkan tindakan Parameswara semasa memerintah Melaka.

 Melantik pembesar
 Menyusun pentadbiran
 Menubuhkan angkatan laut

Mengapakah Parameswara bertindak sedemikian?


A Meluaskan wilayah
B Menjamin keamanan
C Mengukuhkan kekuasaan
D Memajukan perdagangan

6 Jadual 2 berkaitan dengan sistem perundangan di Tanah Melayu.

Undang-Undang Peranan
 Peraturan tatatertib berniaga
X  Peranan nakhoda dan anak kapal
 Hukuman bagi jenayah yang
melibatkan anak kapal
Jadual 2
Apakah X?
A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
B Undang-Undang Laut Melaka
C Hukum Kanun Melaka
D Undang-Undang Perak

7 Senarai di bawah menunjukkan negeri-negeri yang menerima agama


Islam dari Melaka pada kurun ke-15.
♦ Kalimantan ♦ Filipina ♦ Pulau Jawa
Bagaimanakah penyebaran agama tersebut dilakukan?
A Menerusi kegiatan penaklukan
B Melalui aktiviti perdagangan
C Peranan tentera upahan
D Pendakwahan ulama

8 Kata-kata di bawah mungkin diperkatakan oleh Alfonso de Albuquerque kepada Sultan


Melaka.
“Saya mewakili Portugis ingin menyampaikan hasrat kerajaan Portugis kepada tuanku.”

Apakah hasrat Portugis tersebut?


A Membina kubu
B Mendirikan gereja
C Meluaskan pelabuhan
D Memperbanyakkan gudang

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4 3 21/1

9 Rajah 2 merujuk kepada Perang Tiga Segi.

Portugis

Acheh Johor
Rajah 2
Apakah kesan peperangan tersebut?
A Pengaruh Portugis bertambah
B Perdagangan di Selat Melaka terjejas
C Perluasan wilayah di Kepulauan Melayu
D Perdagangan rempah dimonopoli oleh Acheh

10 Senarai menunjukkan kegemilangan kerajaan Johor pada kurun ke 17.

Kerajaan Johor
 Pusat perdagangan antarabangsa
 Pusat pengajian agama Islam
 X
Apakah X?
A Pangkalan tentera
B Kawasan pertanian
C Pusat persuratan Melayu
D Tempat penggubalan undang-undang

11 Kedah telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara luar seperti Siam
dan Burma.
Mengapakah Kedah bertindak demikian?
A Menamatkan perang saudara
B Memajukan perdagangan
C Mendapat pengiktirafan
D Menjamin keselamatan

12 Senarai berikut berkaitan dengan mata wang masyarakat Melayu tradisional.


 Kupang
 Duit tampang
Mata wang tersebut digunakan dalam kegiatan
A pertanian
B perindustrian
C perdagangan
D perlombongan

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 5 21/1

13 Dialog berikut mungkin berlaku semasa upacara diraja kerajaan Melayu.

Pembesar : Turunkan bendera kuning itu dan gantikan


dengan bendera putih
Pengawal : Baiklah Datuk.

Upacara tersebut ialah


A keberangkatan
B kemangkatan
C keputeraan
D keraian

14 Perayaan Hari Gawai diraikan oleh masyarakat Iban di Sarawak pada bulan Jun setiap
tahun.
Apakah tujuan perayaan tersebut diadakan?
A Sebagai tanda pemujaan
B Melahirkan rasa kesyukuran
C Menandakan bermulanya tahun baharu
D Menunjukkan permulaan mencari rezeki

15 Pelbagai etnik Sabah menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang dan jual
beli di
A pelabuhan
B pasar tamu
C rumah panjang
D pinggir kampung

16 Peta 1 menunjukkan usaha British membuka pelabuhan baharu pada awal kurun ke 19.

Peta 1
Mengapakah British berbuat demikian?
A Mengawal laluan Selat Melaka
B Mengukuhkan pertahanan
C Memonopoli hasil rempah
D Menyaingi Belanda

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 21/1

17 Ilustrasi 1 menunjukkan Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan


Temenggung Abdul Rahman pada Januari 1819.

Ilustrasi 1
Kesan perjanjian tersebut ialah

A perpecahan wilayah Johor


B pembahagian kawasan pengaruh
C British membuka penempatan baru
D Sultan Hussein ditabal menjadi sultan

18 Mengapakah British menjalankan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu pada


kurun ke 19?

A Menghalang kuasa asing


B Mengatasi kekurangan buruh
C Memerlukan kawasan pasaran
D Meningkatkan kegiatan perdagangan

19 Rajah 3 menunjukkan peristiwa yang berlaku di Selangor.

Raja Mahadi
Perang Klang
Raja Abdullah

Rajah 3

Perang tersebut dapat dikaitkan dengan

A sistem pewarisan takhta


B perluasan pengaruh politik
C penguasaan kawasan bijih timah
D penentangan terhadap penjajahan British

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
7
SULIT 21/1

20 Kata-kata di bawah adalah mengenai maklum balas Sultan Abdullah terhadap Perjanjian
Pangkor 1874.

“Walaupun perjanjian ini dapat menyelesaikan masalah di


Perak tetapi syaratnya merugikan beta dan pembesar”
Kerugian yang dimaksudkan ialah
A pelucutan jawatan pembesar
B pengecilan wilayah kekuasaan
C kehilangan kawasan pengaruh
D kehilangan hak memungut cukai

21 Ilustrasi 2 menunjukkan gambaran Perang Larut yang berlaku di Perak.

Ilustrasi 2

Apakah kesan peperangan tersebut?


A Kuasa pembesar tempatan ditambah
B Sistem perwarisan takhta diperkukuh
C British menguasai pentadbiran negeri
D Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk

22 Senarai berikut menunjukkan Negeri-negeri Melayu.

 Perlis
 Kedah
 Kelantan
 Terengganu

Mengapakah negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam selepas tahun
1909?
A Mempunyai angkatan tentera yang kuat
B Menjalin hubungan dengan barat
C Menghadapi masalah kewangan
D Menjadi negeri naungan British

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 21/1

23 Bagaimanakah Sultan Zainal Abidin III memelihara kedaulatan Terengganu selepas


menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1910?

A Menguatkan pertahanan
B Menggubal perlembagaan
C Meningkatkan kemajuan negeri
D Menjalin hubungan dengan kuasa lain

24 Senarai di bawah merupakan sumbangan tokoh pemodenan di Johor.

 Menjadi Timbalan Menteri yang pertama


 Mendapat gelaran Bapa Pendidikan Melayu Johor

Tokoh yang dimaksudkan ialah


A Sultan Abu Bakar
B Dato’ Jaafar bin Muhammad
C Dato’ Abdul Rahman bin Andak
D Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

25 Pangeran Indera Mahkota telah dilantik oleh Sultan Brunei pada tahun 1830-an
untuk mentadbir Sarawak.

Mengapakah sultan Brunei melantik beliau?


A Meluaskan pengaruh
B Menguasai hasil antimony
C Menghapuskan kegiatan lanun
D Menghapuskan pemberontakan

26 Jadual 3 menerangkan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa


pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.

Kaum Bidang pekerjaan


Melayu Pentadbiran
Iban Ketenteran
Cina Perdagangan
Jadual 3

Apakah kesan pelaksanaan tersebut?


A Meningkatkan taraf hidup
B Menjamin perpaduan rakyat
C Mengukuhkan kedudukan pemerintah
D Mempelbagaikan kemahiran penduduk

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
9
SULIT 21/1

27 Maklumat di bawah merujuk kepada pentadbiran Brooke di Sarawak.

Majlis Tertinggi Majlis Negeri Majlis Bahagian


Residen
Penolong Residen
Residen Bahagian Pertama Ketua kaum
Penolong Pegawai Daerah
Empat orang Datu Melayu bumiputera
Pegawai Anak Negeri
Ketua Kampung

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai pentadbiran tersebut?


A Menggaji penasihat dari negara lain
B Pentadbir mewakili golongan berpendidikan
C Melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran
D Mengutamakan penglibatan etnik terbesar dalam pentadbiran

28 Apakah tugas Ketua Anak Negeri dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) di Sabah?
A Menjaga kebajikan buruh
B Mentadbir jabatan kerajaan
C Menyelaras bidang pendidikan
D Mengurus hal masyarakat tempatan

29 Mahkamah berikut telah diwujudkan oleh Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

Mahkamah Anak Negeri

Apakah tujuan penubuhannya?


A Mengendali kes sivil
B Membicarakan kes jenayah
C Mengendalikan kes berkaitan adat
D Menggubal undang-undang negeri

30 Peta 2 menunjukkan pembinaan landasan kereta api di Sabah.

Peta 2
Apakah kesan pembinaan landasan tersebut?
A Pertambahan penduduk
B Pembukaan tanah pertanian
C Pengeluaran makanan meningkat
D Pengangkutan tradisional merosot

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 21/1

31 Senarai berikut ialah tanaman baru yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
pada abad ke-20.
 Teh
 Kopi
 Kelapa sawit

Apakah kepentingan tanaman tersebut?


A Mengukuhkan ekonomi British
B Memodenkan sektor pertanian
C Mengukuhkan pendapatan rakyat
D Mengurangkan kadar pengangguran

32 Jadual 4 menunjukkan cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu.

Buruh Cina Sistem Kontrak


Buruh India X
Jadual 4
Apakah X?
A Sistem Barter
B Sistem Kerah
C Sistem Kangcu
D Sistem Kangani

33 Antara berikut yang manakah ciri sistem pendidikan Tanah Melayu pada awal kurun ke
20?
I Guru yang terlatih
II Peperiksaan diseragamkan
III Kurikulum dari negara asal
IV Bahasa ibunda menjadi bahasa pengantar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Senarai berikut merujuk gelaran yang diberikan kepada Rentap.

 Penggoncang Dunia
 Raja Darat

Mengapakah beliau digelar demikian?


A Berkuasa mutlak
B Bergerak secara rahsia
C Bertindak tanpa batasan
D Berani menentang penjajah

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 11 21/1

35 Senarai di bawah berkaitan faktor-faktor penentangan Dol Said di Naning.

 Menentang bayaran cukai


 Menentang pelaksanaan undang-undang British
 X

Apakah X?
A Membantah perlucutan jawatan penghulu
B Mempertahankan kedaulatan daerah
C Menolak amalan buruh paksa
D Menjaga kesucian agama

36 Peta 3 merupakan kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang


merupakan rancangan ekonomi Jepun.

Peta 3
Apakah iktibar yang dapat diambil daripada rancangan tersebut?
A Bersama mempertahankan kedaulatan negara
B Bekerjasama untuk menghapuskan penjajah
C Berhati-hati terhadap propaganda luar
D Bersatu dalam semua tindakan

37 Keratan akhbar berikut menunjukkan ruangan khas dalam akhbar Fajar Asia.

Bagaimanakah program penggalakan budaya Jepun dilaksanakan?


A Menjalankan pertanian sara diri
B Menggunakan bahasa pengantar Jepun
C Mengeluarkan buku tentang budaya Jepun
D Menghapuskan pengaruh sekolah Inggeris

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 12 21/1

38 Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942-
1945.
Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?
A Melahirkan tenaga mahir
B Mengimport bahan makanan
C Memperkenalkan ekonomi kawalan
D Menghentikan perdagangan antarabangsa

39 Apakah tujuan Jepun menubuhkan kempetai?


A Memberikan latihan ketenteraan
B Menghapuskan tentera British
C Mengintip kegiatan anti Jepun
D Membantu menjaga keamanan

40 Rajah 4 menunjukkan struktur pentadbiran Malayan Union.

Gabenor Malayan Union

X Majlis Undangan Majlis Melayu

Rajah 4
Apakah X?
A Majlis Penasihat
B Majlis Eksekutif
C Majlis Tertinggi
D Majlis Pusat

41 Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kerana penjajahan mutlak
oleh British.
Cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah melalui

I perletakan jawatan
II taktik perang gerila
III penulisan di akhbar utama
IV pemulauan perlantikan gabenor
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 13 21/1

42 Pada Februari 1948, British mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


Mengapakah British berbuat demikian?
A Kelemahan pentadbiran British
B Pengaruh dari Parti Komunis Malaya
C Menjalankan dasar dekolonisasi PBB
D Menjaga kepentingan pelaburan British

43 Orang Melayu telah menggagalkan rancangan British untuk memperkenalkan Malayan


Union.

Apakah nilai yang menjadi pegangan orang Melayu sehingga tercapainya kejayaan
tersebut?

A Tabah dalam menghadapi cabaran


B Bersatu dalam organisasi
C Tolak ansur antara kaum
D Hormati hak kaum lain

44 Maklumat berikut merujuk kepada tindakan komunis semasa darurat.

 Membakar ladang getah


 Memusnahkan landasan kereta api

Tindakan komunis tersebut bertujuan untuk


A mengaut keuntungan
B memutuskan hubungan
C memusnahkan ekonomi
D menjalankan pembangunan

45 Maklumat berikut merujuk kepada pemindahan setinggan Cina ke kampung baru.

Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina telah


dipindahkan ke 400 buah kampung baru di Tanah Melayu

Mengapakah British bertindak demikian?


A Meneroka tanah pertanian
B Membanteras kegiatan penaklukan
C Melumpuhkan pergerakan Min Yuen
D Menyeragamkan pentadbiran imigran

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 14 21/1

46 Pada tahun 1950-an, kerajaan British telah melancarkan kempen “ Memenangi Hati dan
Fikiran Rakyat”.

Kempen tersebut telah berjaya


A memupuk kerjasama menentang komunis
B meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
C mewujudkan sistem pendidikan yang seragam
D menanam sikap tolak ansur melalui parti politik

47 Pernyataan berikut berkaitan dengan Parti Komunis Malaya .

Parti Komunis Malaya (PKM) gagal membentuk


negara republik komunis di Tanah Melayu

Punca kegagalan tersebut adalah


A bantuan kerajaan asing sukar diperolehi
B kerjasama rakyat dan kerajaan kukuh
C sumber kewangan dan senjata terhad
D corak perjuangan tidak sistematik

48 Jadual 5 menunjukkan parti yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar.

Tahun Parti Politik


1951 Independence Of Malaya Party (IMP)
1954 Parti Negara
Jadual 5

Apakah tujuan penubuhan parti-parti tersebut?


A Memajukan pendidikan masyarakat
B Menuntut pilihanraya diadakan
C Memupuk kerjasama kaum
D Meningkatkan taraf hidup

49 Pernyataan berikut merujuk kepada Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggotai oleh kaum


Melayu, Cina, India, Ceylon, Serani dan Eropah.

Apakah usaha yang dibuat oleh CLC untuk mencapai perpaduan kaum?
A Syarat kerakyatan dilonggarkan
B Persidangan antara kaum diadakan
C Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
D Perdagangan dengan negara luar dipertingkatkan

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
15
SULIT 21/1

50 Pada tahun 1951 sebuah agensi kerajaan telah ditubuhkan bagi memperbaiki taraf hidup
orang Melayu dan sebagai menghargai sikap tolak ansur orang Melayu terhadap
kelonggaran syarat kerakyatan terhadap golongan imigran.

Apakah agensi tersebut?


A Lembaga Pembangunan Penduduk
B Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
C Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu
D Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

51 Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, UMNO dan MCA saling
bekerjasama.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
I Menjamin masa depan yang cerah
II Membentuk pertubuhan yang mantap
III Menyokong pemberian hak kerakyatan
IV Mempunyai sumber kewangan yang kukuh
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

52 Rajah 5 menerangkan tugas sebuah suruhanjaya yang dibentuk pada bulan Mac 1956.

Merangka perlembagaan
Menjamin kedudukan raja-raja Melayu
X Mewujudkan rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Rajah 5
Siapakah yang mempengerusikan suruhanjaya tersebut?
A Lord Cobbold
B Sir Edward Gent
C Lord William Reid
D Sir Gerald Templer

53 Senarai berikut menunjukkan isu-isu yang rumit dan sensitif untuk diselesaikan sebelum
negara kita mencapai kemerdekaan.
 Kerakyatan
 Bahasa Kebangsaan
 Kedudukan agama Islam
Apakah nilai yang digunakan oleh pemimpin negara bagi menyelesaikan isu-isu
tersebut?
A Kejujuran
B Kegigihan
C Ketegasan
D Kebijaksanaan

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
16
SULIT 21/1

54 Gambar 1 menunjukkan dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

Gambar 1
Apakah kepentingan dokumen tersebut?
A Mengandungi syarat-syarat untuk menjadi pemimpin
B Menandakan negara bebas daripada penjajahan
C Sebagai panduan untuk mentadbir negara
D Menyatakan peraturan hidup warganegara

55 Jadual 6 menunjukkan tarikh penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British.

Tarikh Peristiwa
1 Julai 1946 British menguasai Sarawak
15 Julai 1946 British menguasai Sabah
Jadual 6

Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?


A Menyeragamkan sistem pentadbiran
B Membendung ancaman komunis
C Menjaga kepentingan ekonomi
D Memenuhi permintaan rakyat

56 Senarai berikut merupakan tindakan yang telah diambil oleh penduduk Sarawak
pada tahun 1946.

 Menghantar surat bantahan


 Mengadakan tunjuk perasaan
 Menampal poster dan membuat sepanduk

Tindakan-tindakan tersebut dapat dikaitkan dengan


A Penyerahan Sarawak kepada British
B Pengenalan notis Pekeliling No. 9
C Pembunuhan Sir Duncan Stewart
D Penghukuman Rosli Dhobi

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 17 21/1

57 Mengapakah Perlembagaan 1941 dianggap penting dalam sejarah negeri Sarawak?

A Menghapuskan sistem beraja mutlak


B Menyerahkan Sarawak kepada British
C Melibatkan penduduk dalam pentadbiran
D Menjanjikan Sarawak ke arah berkerajaan sendiri

58 Maklumat di bawah berkaitan dengan matlamat sosioekonomi penubuhan Malaysia.

 Menghapuskan sekatan cukai


 Menyatukan sumber
 X

X merujuk kepada
A meluaskan pasaran
B menyeimbangkan kaum
C menghapuskan kemiskinan
D memperkembangkan industri

59 A.M Azahari (Brunei) dan Soekarno (Indonesia) adalah tokoh negara luar yang
menentang penubuhan Malaysia.

Apakah tuduhan tokoh-tokoh tersebut terhadap penubuhan Malaysia?


A mengurangkan kuasa pembesar
B merupakan penjajahan baharu
C menggugat hak istimewa
D menguasai ekonomi

60 Senarai berikut menerangkan tindakan yang diambil oleh pemimpin negara kita pada
tahun 1960-an.

 Menubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan


 Mendapatkan bantuan dari negara Komanwel
 Membuat bantahan rasmi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Apakah yang menyebabkan Malaysia mengambil tindakan tersebut?


A Percerobohan Indonesia
B Pemberontakan A.M Azahari
C Tuntutan Filipina ke atas Sabah
D Ancaman Parti Komunis Malaya

KERTAS SOALAN TAMAT

21/1 @ Percubaan PMR 2010 PPWPP [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like