Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

FOLIO SEJARAH

PERMAINAN
TRADISIONAL…

TAJUK:
CONGKAK

PEKARA MUKA SURAT


PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

ASSALAMUALAIKUM…..

SAYA BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA SAYA DAPAT MENYIAPKAN KERJA


KURSUS

DENGAN JAYANYA.SAYA JUGA LEBIH MEMAHAMI DAN MENGENALI TENTANG


PERMAINAN

TRADISIONAL IAITU CONGKAK.SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI


PENGHARGAAN
DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN HJH HATIJAH GAN BINTI
ABDULLAH,PENGETUA

SMK PAYA BESAR,KUANTAN,KERANA MEMBERI KEBENARAN DAN SOKONGAN


UNTUK

MENJALANKAN KAJIAN INI.SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA


KASIH KEPADA

EN.FADZIL BIN MUHAMAD,GURU SEJARAH 3 CEKAL KERANA TELAH MEMBERI


KAMI TUNJUK

AJAR DAN PANDUAN.TIDAK DILUPAKAN JUGA UCAPAN TERIMA KASIH SAYA


TUJUKAN
KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA IAITU AHMAD FOUDZI BIN JOHARI DAN AZIZAH
BINTI MAD ARIS

TELAH MEMBERI DORONGAN DAN SOKONGAN SEPANJANG KAJIAN


DIJALANKAN.SELAIN

ITU,SAYA TUJUKAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN SAYA


NURUL

HIDAYAH BINTI MUHAMMAD IBRAHIM KERANA KERJASAMA BELIAU DALAM


MENGUMPULKAN

MAKLUMAT YANG INOVATIF.

OBJEKTIF KAJIAN INI IALAH:


Objektif kajian ini ialah:

 Memupuk minat masyarakat untuk cuba memartabatkan permainan


tradisional tempatan yang jelas berpontesi untuk dimajukan.
 Mengimbas kembali sejarah permainan tradisional yang diminati pada
zaman dahulu.

 Memberi interpretasi terhadap motif dan reka bentuk papan congkak


yang kaya dengan nilai estetika.

INTERNET(HTTP://MALAYSIANA.PNM.MY)
#Saya telah melayari beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat
tentang permainan

tradisional iaitu congkak.

BUKU ILMIAH
#Saya telah merujuk buku ilmiah yang bertajuk Variasi Seni Dan Budaya
Permainan Rakyat.

LAWATAN KE TEMPAT PAMERAN


#Saya telah melawat ke pameran yang mengisahkan tentang permainan
tradisional dan

Mendapat banyak maklumat tentang asal- usul permainan congkak.


MAJALAH
#Saya telah merujuk sebuah majalah yang bertajuk Siswa dan mendapat
infomasi tentang

congkak.

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional ialah sejenis permainan yang dimainkan pada zaman
dahulu kala. Salah

satu daripada permainan tradisional tersebut ialah congkak.

CONGKAK
PENGENALAN
Congkak merupakan antara permainan taradisional yang cukup popular pada
suatu ketika

dahulu, permainan ini bukan sahaja dimainkan di desa-desa tetapi juga di


kota-kota. Umumnya,

congkak merupakan sejenis permainan masa lapang rakyat Malaysia dan


biasanya dimainkan di

dalam rumah. Ada juga sesetengah orang yang menyebut nama permainan
ini sebagai

`jongkak`.

Tidak hanya di negara ini, permainan congkak turut dimainkan oleh


masyarakat di beberapa
buah negeri di benua Asia dan Afrika. Oleh itu, congkak bolehlah dikatakan
permainan yang

bersifat universal serta mampu menarik orang ramai untuk memainkannya.


Terutama di

kalangan kaum wanita.

Depercayai permainan congkak telah wujud sejak 200 tahun yang lalu di
alam melayu. Congkak

menjadi pilihan untuk dimainkan oleh golongan wanita khususnya kerana


congkak tidak

memerlukan banyak pergerakan fizikal berbanding permainan rakyat yang


lain. Permainan

congkak sangat digemari oleh gadis dan tidak terkecuali wanita-wanita


berusia.

. PERLATAN CONGKAK

PAPAN CONGKAK

Permainan congkak hanya memerlukan dua jenis peralatan sahaja iaitu


papan congkak dan

buah congkak. Sebelum adanya papan congkak, mereka yang ingin bermain
congkak akan

mengorek tanah untuk membuat lubang congkak.

Kini, papan congkak boleh didapati dengan mudah dan biasanya diperbuat
daripada kayu yang

agak keras dan bermutu. Jika diperhatikan, ukuran biasa papan congkak
ialah kira-kira 120 cm.
Kebiasaanya, papan congkak adalah tebal dan dibentuk seperti sebuah
perahu kecil. Papan

congkak yang sudah siap akan dihiasi pula. Papan congkak berkenaan akan
diukir, diwarna dan

dikilatkan untuk mencantikkannya.

Bahagian atas papan congkak akan dibuat dua barisan lubang yang sama
besar dan banyak.

Lubang-lubang itu dinamakan `Kampung Congkak;’. Jumlah yang terdapat


pada papan congkak

ada kalanya 7,10,14 dan sebagainya. Lubang-lubang ini akan diisi dengan
buah congkak.

Pada hujung kedua-dua barisan lubang pula akan dibuat dua lubang yang
lebih besar. Lubang

besar ini adalah untuk mengisi buah congkak yang banyak. Justeru, kedua-
dua lubang besar

ini dinamakan sebagai `Rumah Congkak’

BUAH CONGKAK

Sebenarnya berbagai-bagai benda atau objek boleh dijdikan buah congkak


terutamanya guli.

Namun sebelum adanya guli, kulit kerang, biji getah, batu-batu kecil, biji
saga dan sebagainya

sering dijadikan buah congkak.


Benda-benda ini mudah diperoleh di sekeliling rumah. Buah congkak akan
diisi ke dalam

lubang-lubang congkak. Jumlah yang perlu diisi bergantung kepada jumlah


lubang yang

terdapat dalam satu baris. Sebagai contoh, jika lubang congkaknya tujuh,
maka tujuh biji buah

congkak perlu diisi ke dalam setiap lubang dan begitulah sebaliknya.

CARA BERMAIN

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,


dimulakan dengan kedua-

dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan


memasukkan buah satu

demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan

kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong

di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya


buah itu jatuh atau

mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan

kampungnya iaitu mangaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung


tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya


mati. Sekiranya buah

terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan


dengan

mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.


Sekiranya buah terakhir

jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan

boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap permainan mengisi semula


kampung dengan buah

congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buahnya diangap terbakar.
Kampung ini tidak

boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya sehingga pihak

lawan mengaku kalah.


SETELAH SAYA JALANKAN KAJIAN INI SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG
PERMAINAN

TRADISIONAL IAITU CONGKAK.SAYA LEBIH MENGETAHUI TENTANG ASAL-USUL


PERMAINAN

CONGKAK.BUKAN ITU SAHAJA,SAYA JUGA DAPAT MENGETAHUI CARA-CARA


PERMAINAN

CONGKAK.SAYA JUGA MENGENAL DAN MENGETAHUI CARA PEMBUATAN


CONGKAK DAN

BERBAGAI JENIS CONGKAK.

PERMAINAN CONGKAK BANYAK MEMBERI KESAN TERHADAP MASYARAKAT


MELAYU.

PERMAINAN CONGKAK DIMAINKAN SEJAK ZAMAN NENEK


MOYANG,DISEBABKAN ITU

KITA PERLU SENTIASA MENGHARGAI DAN MENGIKUTI SEPERTI ZAMAN NENEK


MOYANG

KITA DAHULU KALA.

BANGSA MELAYU MEMANG DIKENALI DENGAN PERMINAN CONGKAK.OLEH


IYU,CONGKAK

ADALAH SESUATU SIMBOLIK KEPADA PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT


MELAYU.

UNTUK MENUNJUKKAN CONGKAK ADALAH PERMAINAN MASYARAKAT MELAYU


IALAH

DI BELAKANG SEKEPING DUIT SYILING RM0.10.

PERMAINAN CONGKAK JUGA DAPAT DIKENALI DISEKITAR LUAR NEGARA.OLEH


ITU CONGKAK

TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA MALAYSIA DALAM PERMAINAN


TRADISIONAL.
INTERNET

(HTTP:/MALAYSIANA.PN.M

BUKU ILMIAH

SEJATI BOOKS

#1115, LEVEL II, BLOK A,

DAMANSARA,INTAN,

NO 1, JALAN SS20/27,

47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MAJALAH

MAJALAH DALAM KELAS SEJAK TAHUN 1988

DEWAN SISWA

MAJALAH RASMI HARI GURU KEBANGSAAN MEI 2007

PAMERAN
PAMERAN DUNIA CONGKAK

28 JUN – 28 JULAI 2003

DEWAN TENGAH,

MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR


INTERNET

(HTTP:/MALAYSIANA.PN.M

BUKU ILMIAH

SEJATI BOOKS

#1115, LEVEL II, BLOK A,

DAMANSARA,INTAN,

NO 1, JALAN SS20/27,

47400 PETALING JAYA, SELANGOR

MAJALAH
MAJALAH DALAM KELAS SEJAK TAHUN 1988

DEWAN SISWA

MAJALAH RASMI HARI GURU KEBANGSAAN MEI 2007

PAMERAN

PAMERAN DUNIA CONGKAK

28 JUN – 28 JULAI 2003

DEWAN TENGAH,

MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR

You might also like