• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) Il1cnjelaskan perkell1bangan kanak-
kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak Jan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran . • Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu : 1. Mikrosistem Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik. Rakan-rakan, jiran dan guru. 2. Mesosistem Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi lingkah laku individu di sekolah Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran 3. Eksosistem Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak alan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. 4. Makrosistem Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan am alan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran clan pekerjaan-pekerjaan yang penting. 5. Kronosistem Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan kanak- kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.