Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

DEFINISI BAHASA

•Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,


mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi
•Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik
Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa
sebagai sistem isyarat
•Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut
psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat
rumit
•John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut
linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal
berstruktur dan urutan-urutan bunyi
•Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu
lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan
anggota masyarakat untuk berkomunikasi
SIFAT BAHASA (manusia)
•bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan
artikulator-artikulator lain
•setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam
bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa
atau sintaksis yang dikatakan bersistem
•tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti
perkataan, frasa, klausa dan ayat
•setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur
dan pendengar
•bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi
antara penutur
•bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang
mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara
linear
•bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh
dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang
dapat membentuk beribu-ribu perkataan
•dengan penyingkiran masa dan tempat,
manusia boleh menggunakan bahasanya untuk
bercakap tentang sesuatu perkara atau
peristiwa yang berlaku pada masa yang sama,
sebelum atau selepasnya
•wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai
contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan
konsonan
•bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya
dan kebudayaan
Fungsi Bahasa
• Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa
sempadan
• Pernyataan perasaan – ekspresi dan
luahan
• Pernyataan fikiran – neurologi
Penyerapan Bahasa
• Penjajahan – contoh penjajahan Inggeris di Australia dan New
Zwaland
• Perpindahan atau Migrasi Penutur – contoh ialah mencari pekerjaan
(ada peluang) dan peperangan
• Perdagangan – orang Arab dan China yang berdagang di Melaka
• Penyebaran Agama – orang Arab yang datang ke Melaka
menyebarkan Islam menerusi sistem kepercayaan dan budaya
• Perkahwinan – pekerja asing berkahwin dengan wanita tempatan
• Perkembangan ICT – globalisasi atau dunia tanpa sempadan
• Difusi - peranan media massa
Aspek Bahasa
• Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi
bahasa – fonem, ejaan
• Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara
pembinaan perkataan – morfem bebas seperti
rumah adalah terkecil atau morfem terikat
seperti berumah
• Sintaksis ialah bidang yang mengkaji binaan
ayat – susunan kata, frasa dan klausa untuk
dijadikan ayat
Ilmu Makna
• Semantik ialah bidang yang mengkaji
makna – makna sebenar
• Pragmatik ialah komponen dalam
semantik yang mengkaji makna secara
lebih luas
Ilmu Bahasa
• Sosiolinguistik ialah disiplin ilmu yang
mengkaji bahasa sebagai yang digunakan
dalam masyarakat
• Psikolinguistik ialah disiplin ilmu yang
mengkaji aspek-aspek yang berkaitan
dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan
akal budi manusia
Perancangan Bahasa
• Perancangan bahasa bermaksud usaha-
usaha yang dijalankan untuk memupuk
bahasa ke arah taraf yang lebih maju.
• Badan perancang bahasa ialah DBP
(1956).
• Proses perancangan bahasa menerusi
tiga peringkat, iaitu dasar (susun strategi
dan adakan kegiatan perancangan
bahasa), pelaksanaan dan penilaian.
• DASAR – kumpul data dan susun strategi
untuk melancarkan kegiatan perancangan
bahasa
• PELAKSANAAN – pengekodan dan
pemupukan
• PENILAIAN – tinjau kembali kesan aktiviti
perancangan untuk perancangan
seterusnya dan membaiki kelemahan
Pengekodan
i. Pengekodan ialah proses menghasilkan satu variasi bahasa
standard yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa,
ejaan, makna dan sebutan.
ii. Pengekodan berhubung dengan aspek ejaan, perkamusan dan
tatabahasa.
- ejaan (sistem ejaan menerusi MABBIM)
- perkamusan seperti Kamus Dewan; usaha sekarang ialah
menghasilkan kamus ilmiah
iii.Tatabahasa adalah dengan pembentukan perkataan dan istilah
baharu, pinjam morfem asing dan penambahbaikan struktur pasif
iv.Pemupukan bererti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha
untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling
terjemah dengan beberapa bahasa moden lain seperti pemupukan
istilah teknikal
Masa Hadapan Bahasa
• hadapi saingan sengit daripada bahasa-
bahasa lain
• bahasa global
• bahasa ilmu
• kedaulatan

You might also like