Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

UNIVERSITI

BRUNEI DARUSSALAM

PA2233 :
PERGERAKAN KREATIF

TUGASAN 3 :
PERSEDIAAN MENGAJAR
KESELAMATAN JALAN RAYA
Oleh

Awg. Sukardi bin Kaderi (08B1022)


Awg. Ariesfaradillah bin Yakup (08B1012)
Awg. Md. Faizal bin Haji Zaini (08B1019)
Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani)
Semester 4 / Tahun 2

16 Mac 2010
Tarikh : 16 Mac 2010
Masa : 30 minit.
Bilangan Pelajar : 30 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5
Tajuk Pengajaran : Keselamatan Jalan Raya

Pengetahuan Sedia Ada :


Pelajar menggunakan jalan raya setiap hari untuk ke sekolah dan selalu
diingatkan oleh ibu bapa mereka supaya berhati-hati semasa menggunakan
jalan raya. Pelajar juga pernah terdedah kepada iklan-iklan tentang keselamatan
jalan raya di kaca televisyen dan di dalam akhbar/majalah.

Objektif Pengajaran :
Objektif yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah :

Dominan
Objektif Pengajaran
Pembelajaran
1. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda di jalan raya
dan mengetahui maksud setiap tanda tersebut.
2. murid-murid dapat mengetahui apakah peraturan-peraturan
Dominan
yang patut dipatuhi semasa di jalan raya.
kognitif
3. murid-murid dapat mengetahui apakah kesalahan-
kesalahan yang tidak patut dilakukan semasa di jalan raya.

1. murid-murid boleh menggunakan peraturan keselamatan


jalan raya yang dipelajari itu dalam situasi sebenar.
Dominan
2. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda jalan raya
psikomotor
yang dilihat di persekitarannya dan melakukan tindak balas
yang sesuai dengan tanda jalan raya itu
Dominan 1. murid-murid sedar akan tanggungjawab mematuhi
afektif peraturan jalan raya.
2. Murid-murid akan mengubah sikap yang negatif dan

2
tingkah laku yang tidak sepatutnya dilakukan semasa
menggunakan jalan raya.

Isi Pelajaran :
Tanda-tanda jalan raya :

Tempat menunggu bas

Berhenti dan beri laluan

Kenderaan di larang masuk

Kawasan larangan berbasikal

Larangan pejalan kaki

Dilarang membelok ke kanan

3
Peraturan jalan raya yang mesti dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan. Apabila menggunakan jalan raya juga,
kita mestilah berhati-hati dan sentiasa berdisplin. Antara contoh peraturan jalan
raya ialah :
1. Pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
2. Menggunakan tempat lintasan jalan raya yang dikawal oleh pegawai
lalulintas atau Polis Trafik.
3. Berjalan kaki di sebelah tepi kanan jalan raya yang bertentangan dengan
arah kenderaan bergerak.
4. Menggunakan lorong pejalan kaki sekiranya anda berjalan.
5. Menunggu bas di tempat khas yang disediakan.
6. Menggunakan jejantas ketika menyeberangi jaan raya yang sibuk.

Kita selalu membaca berita atau melihat kemalangan jalan raya berlaku setiap
hari sama ada melalui akhbar atau televisyen. Ini adalah akibat kecuaian atau
sikap yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Oleh itu, kita mestilah mematuhi
segala peraturan jalan raya kerana sekiranya kita tidak mematuhi peraturan jalan
raya, ia boleh mengakibatkan kemalangan. Contoh-contoh kesalahan yang perlu
dielakkan ialah :
1. Memboncengkan orang lain di atas basikal anda.
2. Melintas jalan raya ketika lampu isyarat berwarna merah.
3. Menunggang basikal secara bersaing-saing.
4. Bermain atau bergurau di tepi jalan raya.
5. Berbual-bual ketika hendak melintas jalan raya.
6. Berjalan bersaing-saing ketika di jalan raya.
7. Melintas di antara kereta yang diletak.

Nilai-nilai murni :
1. Menanam sikap berhati-hati ketika di jalan raya.
2. Berdisplin ketika menggunakan jalan raya.
3. Bertanggungjawab untuk menjag keselamatan diri dan orang ramai

4
4. Rasa sayang kepada diri dengan menjaga keselamatan diri ketika di jalan
raya.
5. Menanam perasaan hormat-menghormati pengguna jalan raya yang lain

Alat Bantu Mengajar :


1. Powerpoint Tanda-Tanda Jalan Raya dan Video Kemalangan.
2. Lagu MP3 – Chow Kit Road (Sudirman).
3. Lirik Lagu Chow Kit Road.
4. LCD Projector.
5. Laptop.
6. Layar putih.

Bahan rujukan :
1. Idris Mohamad, Shamsudin Mohd Shariff dan Jamaluddin Ahmad. (2003)
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langkah Keselamatan :
1. Memastikan semua aktiviti dilakukan diawasi.
2. Memastikan alat bantu mengajar seperti LCD, laptop dan MP3
dikendalikan dengan baik dan berfungsi.
3. Memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana
yang kondusif dan menyeronokkan.
4. Memastikan interaksi murid terkawal.

Induksi Set ( 5 minit) :


Guru menayangkan video tentang kemalangan jalan raya serta menanyakan
kepada murid-murid bagaimana mereka datang ke sekolah. Setelah itu, guru
mengaitkan jenis-jenis kenderaan dengan keselamatan jalan raya yang perlu
dipatuhi. Walaupun menaiki jenis kenderaan yang berbeza, murid-murid masih
lagi mengikuti peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

5
Langkah Penyampaian:

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian


Menerangkan tentang maksud  Guru menayangkan
setiap tanda jalan tanda-tanda jalan
raya.Contohnya : raya menggunakan
1. Tempat menunggu bas slaid power point.
 Guru menjelaskan
maksud setiap tanda
jalan raya kepada
PERKEMBANGAN
murid-murid.
1
 Guru sekali lagi
(10 minit)
menunjukkan
2. Berhenti dan beri laluan gambar tanda jalan
raya kepada murid
dan meminta murid-
murid menjelaskan
maksud tanda jalan
raya dengan tepat.
Peraturan-peraturan jalan raya  Guru memberitahu
yang perlu dipatuhi oleh setiap tentang peraturan
pengguna jalan raya. jalan raya yang mesti
PERKEMBANGAN Contohnya : dipatuhi oleh murid-
2 1. pandang kanan dan kiri murid semasa di
(10 minit) sebelum melintas jalan jalan raya.
raya
2. Menggunakan tempat
lintasan jalan raya yang
dikawal oleh pegawai
lalulintas dan lain-lain.
Menerangkan tentang  Guru menerangkan
kesalahan-kesalahan jalan raya kesalahan jalan

6
yang perlu dielakkan. raya yang perlu
PERKEMBANGAN Contohnya : dielakkan.
3 1. Melintas jalan raya ketika  Guru bertanya
(10 minit) lampu isyarat berwarna kepada murid-
merah murid apakah lagi
2. Menunggang basikal kesalahan-
secara bersaing-saing. kesalahan jalan
raya yang biasanya
dilakukan oleh
pengguna jalan
raya.
Memberikan gerak kerja Fokus kepada main
berkenaan dengan keselamatan peranan – setiap
jalan raya iaitu: murid membuat
gerak kerja yang
KEMUNCAK Gerak Kerja 1 : diarahkan oleh
(15 minit) Menjadi Polis Trafik. guru.

Gerak Kerja 2 :
Pemandu Kereta / Pejalan
Kaki / Pembonceng Motosikal /
Pembonceng Basikal yang
mengikut peraturan lalulintas
dan memandu / membonceng /
berjalan dengan selamat.

Gerak Kerja 3 :
Pemandu Kereta / Pejalan
Kaki / Pembonceng Motosikal /
Pembonceng Basikal yang tidak
mengikut peraturan lalulintas

7
dan tidak memandu /
membonceng / berjalan dengan
selamat.

Mari bernyanyi lagu : Murid-murid berdiri


dan ikut menyanyi
CHOW KIT ROAD dan boleh membuat
pergerakan bebas
PENUTUP
seperti memandu
(5 minit)
kereta, melintas
jalan raya, menjadi
polis trafik dan
sebagainya.

Kesimpulan :
Guru menjelas semula apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid
juga diminta supaya menerangkan semula apa yang mereka fahami dan dapati
daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Penilaian :
Murid-murid dapat mengetahui dan memahami apakah peraturan semasa
menggunakan jalan raya. Murid-murid juga dapat mengenal pasti apakah
kesalahan-kesalahan yang sepatutnya dielakkan ketika di jalan raya yang boleh
mengakibatkan kemalangan atau perkara yang tidak diingani berlaku. Murid-
murid juga dapat mengetahui apakah kesan buruk sekiranya tidak mematuhi
peraturan jalan raya.

Ulasan diri :

8
DISEDIAKAN OLEH :

AWG. SUKARDI BIN KADERI (08B1022)


AWG. ARIESFARADILLAH BIN YAKUP (08B1012)
AWG. MD. FAIZAL BIN HAJI ZAINI (08B1019)
B. ED IN PRIMARY EDUCATION (PENDIDIKAN JASMANI)
SEMESTER 4 / TAHUN 2
SULTAN HASSANAL BOLKIAH INSTITUTE OF EDUCATION
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

MAC 2010

You might also like