Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Aida Amiratul Fadzilah bt Mohd Aisha

81, Jalan Anggerik 1/3,

Bandar Amanjaya, 08000

Sungai Petani, Kedah.

Bahagian Pengambilan Pelajar,

Universiti Teknologi Mara (UiTM),

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. 18 September 2010.

Tuan,

Permohonan Kemasukan ke UiTM Bagi Lepasan Asasi ke Program Ijazah Sarjana Muda

Perkara di atas dirujuk. Saya, Aida Amiratul Fadzilah bt Mohd Aisha, no kad pengenalan
910512-85-5014 ingin memohon ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM bagi ambilan
Disember 2010. Saya pelajar lepasan Program Asasi Sains Kolej Universiti Insaniah (KUIN),
Alor Star bagi tahun 2009/2010.

2. Saya berhasrat ingin menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
di UiTM kerana program-program yang ditawarkan amat menarik perhatian saya. Selain itu,
kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliyah, perpustakaan,laman-laman siswa yang ada di
UiTM dapat memberi saya lebih keselesaan untuk belajar. Saya juga menerima apa sahaja
program Ijazah yang ditawarkan untuk saya berdasarkan keputusan peperiksaan asasi saya.

3. Bersama surat ini saya sertakan beberapa salinan berikut untuk rujukan pihak tuan:

1. Salinan kad pengenalan


2. Salinan sijil kelahiran
3. Salinan keputusan peperiksaan Asasi
4. Salinan sijil SPM
5. Salinan sijil-sijil berkenaan
6. Salinan keputusan MUET

Untuk memudahkan pihak tuan menghubungi saya, saya sertakan bersama no telefon bimbit
saya iaitu 013-4571484 dan 013-4231397.

4. Saya harap permohonan saya dapat diterima oleh pihak tuan. Besarlah harapan saya
untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah di UiTM.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(AIDA AMIRATUL FADZILAH BT MOHD AISHA)

910512-85-5014

You might also like