Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

http://etopsresources.webs.

com/apps/blog/

Intipati Bajet 2010

 comments
(0)

 Posted by etopsresources on October 23, 2009 at


6:37 AM

 
Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan
Rakyat hari ini. 
 Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
 Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5
peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

 penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

 pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

 TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan
pengagihan elektrik pada 2010.

 Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin
bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat
berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.
 Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

 Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan
pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan
pendapatan eksport kepada 100 peratus.

 Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur
lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

 Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun
sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

 Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

 Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah


MITI

 Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi
antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

 Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk


Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

 Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran


dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani

 Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu
bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

 Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim
latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran
benih ikan dan ikan hiasan.

 Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti
makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung
layang-layang

 Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan
rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

 Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009,
dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

 Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan
nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

 Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek
jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan,
RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta
RM276 juta untuk projek lapangan terbang

 Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS.
Akan diselaraskan oleh SME Corp.

 Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah
PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

 Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan
dalam tempoh empat hari

 Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta
kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta
untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

 Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan
mesra alam sekitar

 Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi
pelopor kepada pembangunan bandar lain

 Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan
syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti
mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat
pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim
ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

 Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009
hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal
tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

 Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24
Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.

 Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada
pertengahan 2010

 Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat
perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

 Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

 Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan


membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan
meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011
 Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan
dan kewangan korporat

 Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran
saham menyediakan opsyen e-pembayaran

 Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam,
dilanjutkan hingga 2015

 Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

 Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

You might also like