Professional Documents
Culture Documents
MASALAHSALAHLAKU
MASALAHSALAHLAKU
MASALAHSALAHLAKU
JUVANA
Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah tingkah laku?
Masalah tingkah laku merujuk kepada tingkah laku individu yang mendatangkan masalah
kepada keluarga dan masyarakat.
Masalah tingkah laku boleh membawa kepada kecelaruan tingkah laku apabila ia melibatkan
gangguan terhadap hak asasi manusia.
Salah laku juvana merujuk kepada salah laku yang dilakukan oleh remaja yang bertindak
menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka.
Masalah tingkah laku dan salah laku juvana merupakan terma yang memberi maksud yang
sama, iaitu kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia.
Remaja lelaki didapati lebih kerap melakukan salah laku berbanding remaja perempuan.
Menjadi kebiasaan remaja yang mempunyai masalah salah laku untuk mengalami gangguan
seperti:
• Kurang tumpuan
• Gelisah
• Murung
• Penyalahgunaan dadah
• Masalah pembelajaran
Faktor yang menyumbang kepada salah laku juvana di kalangan remaja adalah:
Tidak ada bukti bagi mengaitkan fakta keturunan kepada salah laku juvana.
Kesan
Apakah akibat sekiranya remaja melakukan salah laku juvana?
Mengapa remaja yang tidak mempunyai masalah salah laku juvana boleh dilabel
sebagai remaja bermasalah?
Penting untuk diingatkan bahawa masalah tingkah laku juga boleh dikaitkan dengan
kurangnya kemahiran seperti:
• Kemahiran berkomunikasi
• Pembelajaran
• Menyelesaikan mas
• Sosial
Mereka biasanya diberi tanggapan sebagai salah laku juvana berdasar ke atas kelakuan
mereka. Oleh itu, janganlah senang memberi label kepada seseorang. Biarkan golongan
profesional sahaja yang memberi definisi berkaitan masalah tingkah laku, setelah penilaian
yang komprehensif dilakukan.
Rawatan
Apakah objektif rawatan bagi masalah ini?
• Mengenal pasti dan mengurangkan ciri-ciri individu yang menyumbang kepada salah
laku juvana
• Mengenal pasti dan mengurangkan faktor keluarga dalam menyumbangkan kepada
salah laku juvana
• Meningkatkan tanggungjawab untuk lebih berdisiplin, mengamalkan tingkah laku
yang bersesuaian dan pro-sosial
• Kurangkan sikap bermusuhan dan impulsif
• Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial
• Menggalakkan sikap yang positif terhadap keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
• Latihan keibubapaan di dalam pengurusan remaja
Pencegahan
Sifat keibubapaan yang positif
Sokongan sosial
Pembangunan kerohanian
Kumpulan sokongan
• Guru
• Ibu bapa
• Kaunselor
• Pakar Psikologi
• Pakar Psikiatri
• Pakar Kanak-kanak (Pakar Kanak-kanak dan Remaja)
• Pendakwah
Rujukan
American Psychiatric Association (2000). Diagnostic and Statistical Manual for Mental
Disorders 4th Edition.