Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tajuk 7 PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA 4 JAM

KERANGKA TAJUK

LANGKAH-LANGKAH PENGURURSAN

Proses Mengesan dan Diagnosis Kelemahan Perancangan


Menyaring Murid Pengajaran dan
Pembelajaran

ASPEK PENGURURSAN PROGRAM

Fleksibiliti / Luwes Akomodasi Advokasi

Aspek pengurusan program:-

1) Fleksibiliti / Luwes

 Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau
mudah berubah mengikut keadaan baru

 Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan kesesuaian.


 Tak terhad pada satu masa sahaja.

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat
fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar. Guru seperti ini
mempunuai ciri-ciri:

- Menimbulkan minat pelajar


- Sentiasa mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan praktikal
- Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa pertambahan ilmu pengetahuan
adalah penting
- Menarik dan menggembirakan
- Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini bahan-
bahan pengajaran

Antara aspek yang fleksibel adalah:

i) Masa :

Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia
memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah
mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan
belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa
yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah
dan boleh dimanfaatkan kepada pelajar.

ii) Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan
kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh
menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah :

- Bahan maujud dan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap


pelajaran.
- Bahan tersebut boleh mematang dan meluaskan pemikiran
- Merangsang pelajar untuk belajar
- Meningkatkan keyakinan diri
- Dapat menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran psikomotor
pelajar
- Memaksimukan penggunaan deria.
iii) Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan
pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah
lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang Berjaya
menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ‘ya’, bermakna anda pernah
menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan primer(makanan, minuman, keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan
sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau perhatian, token / simbolik – wang, gred,
bintang, aktiviti – permainan / aktiviti yang meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu
terdapat juga peneguhan positif – rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif
– penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih
tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.

iv) Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk
membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun
dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan
untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman
murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang
terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya
bersamaan seperti mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perda Sekiranya
guru terus memberikan tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah
murid, aspreasi tingkah laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan
bahawa kanak-kanak nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar.

2. Akomodasi

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan
menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain. Sebagai
contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah
pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal akademik IPPM
menyatakan, "Penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah
kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara
telah mendapati bahawa kemahiran dan keupayaan bahasa di antara pelajar pekak dan
pelajar biasa adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi.

Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau


pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras. Ia
berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam member respon kepada situasi
baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam
memberi respon baru keapada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan
skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut
pengajaran guru.

Aspek-aspek pengakomodasian:

- bahan bantu mengajar

- bahan belajar

- persekitaran pembelajaran

- cara penilaian

Jelaskan setiap aspek pengakomodasian berikut

 Pengakomodasian bahan mengajar mengunakan teknologi maklumat :

Contoh: i) menggunakan perisian komputer bukan menggunakan untuk menjawab soalan

matematik. Bukan lagi menggunakan pen dan kertas.

ii) Kanak-kanak akan ditambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada

sistem lain untuk mengenal pasti binatang

3. Advokasi

Sokongan atau untuk menyokong.

Aspek-aspek advokasi:

 Sokongan bahan belajar

 Sokongan bahan mengajar


 Sokongan persekitaran

 Sokongan luar

 Sokongan bahan belajar

Contohnya : sekiranya pelajar tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh
mengadvokasikan dengan meletakkan “grip” plastik atau getah pada pensel untuk
mengguatkan genggaman atau pensil tripod yang mudah pegang

Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan


secara terperinci berkaitan advokasi dan akomodasi kepada kanak-
kanak disleksia menerusi pelbagai sumber yang dirujuk
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Asmah Suboh. Zurihanmi Zakariya dan Fawziah


Rujukan Tambahan Yahaya (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan, PTS
Profesional, Kuala Lumpur

Ramlan Hamzah dan lily Mastura Harun(2005) Kemahiran Belajar


untuk kursus persediaan ijazah sarjana pendidikan, Kumpulan
Budiman, Kuala Lumpur

Dr. Hasan Hj. Mohd Ali((1996). Strategi belajar yang berkesan. Kuala
Lumpur

Tilly Mortimore(2007)Dyslexia and learning style. John Wiley & Sons


Ltd, England

Imran Jafar(2000) Dua belas langkah menuju daya ingatan lebih baik.
Golden Book Centre, Kuala Lumpur.

You might also like