Zakat

You might also like

Download as ppt
Download as ppt
You are on page 1of 29

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DARI

PERSPEKTIF ISLAM
GGGC 6333

Radin Siti Aishah Binti Radin A Rahman


Minggu 9 Fakulti Pendidikan, UKM
PENGERTIAN DAN KONSEP
 Pengertian zakat:
Bahasa bermakna
berkembang/bertambah/kesuburan/kesucian/ keberkatan
dan suci daripada kekotoran.
Istilah pula ialah hak yang wajib dikeluarkan daripada
harta tertentu untuk diberikan kepada pihak-pihak
tertentu.
(Syed Mohd Gazali et. al., 2005)

Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud


“Ambillah daripada harta mereka sadaqah (zakat) untuk membersihkan dan
menyucikan mereka dengannya”.
(Surah At-Taubah :103)
Definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha’:

 Mazhab Syafi‘e, zakat didefinisikan sebagai kadar


yang ditentukan daripada beberapa jenis harta, yang
wajib dikeluarkan kepada golongan manusia tertentu
apabila cukup syarat tertentu (Mustafa Said al-Khinn
(1996).

 Mazhab Maliki mendefinisikan zakat sebagai


mengeluarkan sebahagian yang khusus daripada harta
yang khusus yang telah mencapai had kuantiti yang
mewajibkan zakat kepada orang yang berhak
menerimanya (mustahiq) dengan syarat pemilikan itu
penuh dan mencapai hawl (setahun), bukan bertambah
barang dan bukan pertanian (Yusuf al-Qaradawi
(1977).
 Mazhab Hanafi pula mendefinisikan zakat sebagai
menjadikan sebahagian harta yang khusus daripada
harta yang khusus sebagai milik orang yang khusus,
yang ditentukan oleh syarak kerana Allah SWT
(Wahbah al-Zuhayli, 1989).

 Hanabilah pula mendefinisikan zakat sebagai hak


wajib yang ada pada harta tertentu pada waktu yang
tertentu pula atau hak yang wajib dikeluarkan daripada
harta yang khusus untuk kelompok yang khusus juga.
Maksud kelompok yang khusus ialah lapan kelompok
yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran
(‘Abd Rahman al-Jaziri).
Falsafah dan Tujuan Zakat
 Rezeki yang Allah S.W.T berikan tidak sama. Oleh
itu, 2 jenis bantuan oleh mereka yang dilebihkan
rezeki (kaya) – wajib (zakat) dan sunat (sedekah,
hadiah, hibah dan jaizah).
 Manusia sebagai pemegang amanah akan harta di
dunia. Kesemua harta di dunia adalah milik Allah
S.W.T. Konsep pemegang amanah terdapat dalam
terma Istikhlaf.
 Tujuan: agih kekayaan masyarakat agar tiada ahli
yang miskin/kepapaan/hidup melarat.
 Hukum: wajib ke atas setiap muslim yang telah
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. – Rukun
Islam ketiga.
 Syarat wajib: Islam, Merdeka, Sempurna Milik,
Cukup Nisab, dan Cukup Haul (12 Bulan/1 Tahun).
 Syarat sah:   Niat dan memberi milik (Al-Tamlik)  -
diberi kepada orang yang berhak
 Jenis Zakat: Zakat fitrah dan zakat harta.
 Prinsip zakat?
keadilan, keyakinan, produktiviti, sempurna,
kemudahan, kebebasan.
Asnaf Zakat
 Asnaf ialah jenis atau golongan yang berhak menerima zakat iaitu
golongan yang ditentukan oleh Allah yang layak menerima zakat
dan sedekah.
 Terjemahan Surah At-Taubah ayat 60, Allah (S.W.T) berfirman:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang


faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan
orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba
yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan
untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah At-Taubah: 60)


Kategori Asnaf berdasarkan perspektif
Syariah
 Allah telah menetapkan bahawa terdapat lapan
golongan orang yang layak menerima zakat
sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran:

Fakir, Miskin, Amil, Mualaf


Hamba, Gharimin, Fisabilillah
Ibnu Sabil
1. FAKIR
Orang yang tidak mempunyai harta dan tidak ada mata
pencarian. Walaupun mereka mempunyai mata
pencarian tetapi tidak dapat memenuhi separuh
daripada keperluan asas maka mereka berhak
menerima sebahagian daripada zakat harta atau zakat
fitrah.

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah


kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-
hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan
binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan yang demikian
makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah
makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah al-Hajj : 28)
2. MISKIN
Orang yang mempunyai harta atau mata pencarian tetapi
hanya mampu menampung keperluan semasa sahaja dan ia
masih tidak dapat memenuhi keinginannya sendiri atau ahli
keluarganya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang


akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah:
Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka
berikanlah kepada:kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-
anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang
terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu
buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”
(Surah al-Baqarah : 215)
3. AMIL

Setiap golongan yang terlibat dengan pengurusan


zakat, sama ada sebagai pegawai pengurusan atau
kakitangan sokongan pada setiap peringkatnya.
Mereka ini berhak memperoleh peruntukan tertentu
daripada hasil pungutan zakat sebagai gaji dan sara
hidup mereka atau dalam bentuk lain yang
munasabah.
4. MUALAF

Orang yang baru memeluk Islam, iaitu orang yang


dijinakkan hatinya supaya tetap teguh menyintai Islam.
Iman orang yang baru memeluk Islam adalah masih
lemah. Golongan ini perlu diberi perhatian, diberi kasih
sayang dan tunjuk ajar. Golongan ini mendapat
keistimewaan di sisi Allah dengan ditetapkan
sebahagian zakat dan sedekah. Ini adalah sebagai
penghargaan dan hadiah kerana mereka memilih jalan
yang baik dan sejahtera. Pemberian zakat atau sedekah
boleh melunakkan dan menjinakkan hati mualaf.
5. HAMBA

Mengikut jumhur fuqaha’ cara menggunakan


wang zakat untuk memerdekakan hamba ialah
dengan membantu hamba mukatab untuk
mengumpulkan wang yang mencukupi bagi
menebus dirinya berasaskan persetujuan berkenaan
dengan pihak tuannya. Menurut Islam, usaha
membebaskan hamba sangat digalakkan dan salah
satu daripada caranya ialah dengan memberi
peluang kepada mereka untuk menebus diri sendiri.
Firman Allah (S.W.T) berhubung gesaan demikian:

“Dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak


membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan
jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan
perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat
yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian);
dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan
kepada kamu.”
(Surah al-Nur: 33)
6. ORANG YANG BERHUTANG
(GHARIMIN)

 Orang yang menanggung hutang ialah seorang yang


kurang mampu yang berhutang untuk keperluan
ketaatan kepada Allah atau untuk segala hal yang harus.
 Namun begitu, jika ia berhutang untuk perbuatan
maksiat, maka tidak boleh diberi zakat kepadanya
kecuali setelah bertaubat.
 Begitu juga apabila orang yang berhutang itu adalah
orang kaya maka tidak boleh diberikan zakat kepadanya
kecuali sekiranya hutang tersebut adalah bertujuan
untuk mendamaikan pihak yang bermusuhan.
7. FISABILILLAH
 Berhijad di jalan Allah dalam apa saja bentuk atau
cara (perjuangan mencapai keredaan Allah).
 Mazhab Hanafi berpendapat bahawa bahagian
berkenaan juga boleh diberikan kepada para pelajar
yang menuntut ilmu.
 Imam Fakhr al-Razi, bahawa zakat boleh
dibelanjakan untuk tujuan kebaikan seperti
menyempurnakan jenazah (miskin), pembinaan
masjid dan rumah anak yatim.
8. IBN SABIL
 Berdasarkan ayat al-Quran, ibn sabil telah disebut beberapa
kali sebagai pihak yang perlu mendapat hak yang sewajarnya
dalam masyarakat. Antaranya firman Allah:

“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang


musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau
membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.”
(Surah Al-Isra’: 26)
 Penekanan terhadap orang musafir atau ibn sabil ini berkaitan
dengan ajaran Islam yang menggalakkan perjalanan dari
suatu tempat ke suatu tempat yang lain (diharuskan).
PENGURUSAN ZAKAT DI
MALAYSIA
Sejarah Pengurusan Zakat di Malaysia
A- Era Pre-Kolonial/Kolonial
 Pengurusan zakat belum ditadbir secara formal dan pada
ketika itu pembayar zakat akan membayar zakat kepada ustaz
atau guru agama (bertindak sebagai amil) dan mereka akan
mengagihkannya kepada asnaf yang layak.
 Ketika zaman kolonial, pengurusan zakat diletakkan di bawah
kuasa Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Di setiap
kampung, kutipan zakat dilakukan oleh imam kampung dan
akan diserahkan kutipan tersebut kepada kerajaan sebagai
sumber kewangan pentadbiran Islam.
B- Sebelum Tahun 1990an
 Dikendalikan oleh Baitulmal.
 Pungutan zakat tidak mencerminkan potensi sebenar
kerana :
a. Penumpuan hanya zakat fitrah dan padi
b. Zakat harta dan zakat perniagaan tidak diberi
perhatian
c. Pengagihan zakat terus kepada asnaf secara sendiri
d. Penerangan terperinci kepada masyarakat tidak
berlaku
e. Pengambilan kakitangan tidak dapat dilakukan
f. Tiada pengkhususan kerja bagi pegawai zakat
C – Era Tahun 1990
 Sebuah Institusi Khas ditubuhkan untuk mengurus kutipan
zakat secara korporat dan profesional.
 Konsep pengkorporatan pengurusan institusi zakat
berdasarkan ciri-ciri :

a. Memungut dan mengagihkan zakat secara korporat


b. Membina kaunter untuk memungut zakat
c. Menggunakan sistem ICT
d. Mengurangkan birokrasi untuk mempercepatkan
penyampaian
e. Menjaga kebajikan kakitangan
f. Pengambilan kakitangan yang profesional dapat
dilakukan
D – Era Tahun 2000…
 Pengurusan zakat bersepadu. Kelebihan:
i. Perbenjaan pentadbiran di<
ii.Prasarana kaunter
iii.Sumber manusia – optimum
iv.Imej bersepadu dan seimbang
v. Keyakinan masyarakat

 Pengagihan?
 Usahawan asnaf.
ZAKAT DALAM
PERNIAGAAN
 Kewajipan zakat perniagaan, firman Allah S.W.T.
bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah)
sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian
dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah
kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan
atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak
sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada
kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

(Surah Al_Baqarah: 267)


Perkaitan hadis dari Nabi Muhammad S.A.W.
bermaksud:

“Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing
ada zakatnya dan pada pakaian yang disediakan untuk jualan ada
zakatnya.”
(Riwayat Al-Hakim)

“Adapun kemudian dari itu, maka sesungguhnya, Rasulullah S.A.W.


menyuruh kami mengeluarkan zakat dari harta benda yang kami
sediakan untuk dijual”
(Riwayat Abu Daud)
Syarat wajib zakat perniagaan
Tambahan syarat:
i. Harta yang halal.
ii. Harta yang produktif.
iii. Sumber harta perniganaa adalah melalui cara
pembelian/tukaran.
iv. Harta tidak dimaksudkan untuk kegunaan sendiri.
v. Jangan dalam masa haul itu, seluruh harta bertukar
menjadi wang yang kurang daripda nisab.
vi. Penilaian aset barangan perniagaan.
vii. Zakat untuk binatang ternakan.
viii.Zakat ke atas tanaman dan keluaran hortikultur.
ix. Zakat ke atas modal dan perkembangan.
Isu dan cabaran
 Kurang kepercayaan dan ketelusan
 Keberkesanan agihan
 Sikap terhadap kewajipan zakat
 Tiada rebet cukai- kurang penyertaan syarikat
membayar zakat
 Pertindihan maklumat/data tidak dikemaskini
Perbezaan zakat dan cukai

ZAKAT CUKAI
Konsep Zakat - penyucian jiwa dan harta Konsep cukai - tekanan. Dikenakan oleh
(Yusuf Qardhawi). Tanggungjawab pemerintah kepada rakyat
agama/Ibadat
Tidak bayar zakat berdosa Tidak bayar cukai dikenakan denda oleh
pemerintah
Bayar zakat tertakluk kepada Muslim yang Semua rakyat yang layak kena bayar cukai
layak sahaja
Zakat dikutip oleh kerajaan Islam sahaja Cukai boleh dikutip oleh sesiapa sahaja yang
memerintah negara
Sumber zakat adalah dari sumber halal sahaja Sumber cukai adalah semua sumber yang
diperolehi
Kadar zakat adalah tetap iaitu 20 miskal/85gm. Kadar cukai boleh berubah mengikut kadar
Yang berubah hanyalah nilai wang sahaja. yang ditetapkan oleh kerajaan pada setiap
tahun
Pengagihan zakat tertakluk kepada 8 golongan Pengagihan cukai adalah untuk membiayai
asnaf sahaja. Pentafsiran asnaf sahaja yang semua aktiviti pemerintah untuk keperluan
berubah mengikut keperluan semasa. Dr Yusuf rakyat.
Qardhawi mentafsirkan peruntukan ’fisabilillah”
merujuk kepada jihad, misalnya bagi aktiviti
pendidikan, cth: Bina sekolah.
Kesimpulan
 Pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus
yang mempunyai ilmu-ilmu lain seperti pengurusan,
keusahawanan, teknologi dan sebagainya. zakat merupakan
suatu liabiliti keagamaan yang perlu ditunaikan tanpa
sebarang kompromi

 Ini akhirnya akan meningkatkan tahap profesionalisme


pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan pembayar zakat
dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam sistem
kewangan Islam yang akhirnya dapat meningkatkan lagi
pengagihan kepada asnaf dalam membasmi kemiskinan
masyarakat Islam amnya dan menguatkan lagi jaminan sosial
dalam masyarakat Islam.
TERIMA KASIH..&
SELAMAT MAJU JAYA

You might also like