Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS PENERANGAN
(EDV 1012-SEM1-IS1)

TAJUK KEMAHIRAN DAN PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR


TAHAP – TAHAP 1

No. DAN TAJUK MODUL TOPIC 1 – FOUNDATION

No. DAN TAJUK


SEM1 – MATERIALS AND CONSTRUCTION 1
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF PRESTASI INTRODUCTION TO BUILDING MATERIALS AND THEIR


AKHIRAN / TERMINAL APPLICATION BY SKETCHING AND SYMBOLS FOR
PERFORMANCE DETAILS DRAWING SUCH AS FOUNDATION, FLOOR, WALL
OBJECTIVE & PARTITION, CEILING, ROOF, DOOR & WINDOWS, DRAIN,
CULVERT & DRAINAGE, MANHOLE & SEPTIC TANK. SO
THAT MATERIALS ARE BASED ON TERMS OF
PROPERTIES, GENERAL USES, THEIR APPLICATION AND
PERFORMANCE STANDARD.

1
ISI KANDUNGAN

SEM1-GEOMETRICAL DRAWING

 TOPIC 1 – Introduction of Foundation


1.1 Introduction and defination.
1.2 Function.
1.3 Categories.
1.4 Types of foundation.
1.5 Materials used and method.
1.6 Piling and type.

2
No. & TAJUK
PENGALAMAN SEM1-MATERIALS AND CONSTRUCTION 1
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK


TOPIC 1 – Introduction To Foundation
TUGASAN

Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

TAJUK : PENGENALAN KEPADA ASAS BANGUNAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan tentang kepentingan asas (foundation) di dalam struktur sesebuah
bangunan supaya pelajar dapat memahami sedikit teori dan cara praktikal dalam pembinaan asas bangunan.

PENERANGAN :

1.1 PENGENALAN

Asas (foundation) adalah bahagian yang terpenting di dalam struktur sesebuah bangunan.Ia merupakan
komponen bangunan yang terletak paling bawah dan biasanya tidak kelihatan kerana terletak di bawah aras
bumi manakala penapak ialah asas buatan yang diadakan atau dibina kemudian di atas asas asli.
Kegagalan asas akan menyebabkan pemendapan bangunan dan akan menjejaskan struktur lain serta
perkhidmatan dalam sperti paip, kabel dan lain-lain. Adalah penting bagi pihak kontraktor memahami sedikit
teori dan cara praktikal dalam pembinaan asas bangunan.

1.2 DEFINASI ASAS BANGUNAN

Asas bangunan ialah penapak atau asas buatan yang merupakan bahagian yang paling penting bagi
sesebuah bangunan dan merupakan bahagian paling bawah terletak di atas tanah yang menanggungnya.

1.3 FUNGSI ASAS BANGUNAN

Asas untuk sesuatu bangunan mestilah memenuhi beberapa syarat atau keperluan untuk
menentukan ia dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna. Terdapat beberapa fungsi utama
asas bangunan iaitu:

1) Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah lebih luas.
2) Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat pergerakan atau hakisan.
3) Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
4) Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat graviti; inilaj sebabnya asas bangunan
dibina ke dalam tanah.

Muka 2 drp 5

3
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5
1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKABENTUK DAN SAIZ ASAS BANGUNAN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi rekabentuk dan saiz asas bangunan iaitu:

1) Faktor Keadaan Fizikal Tanah – tahap keupayaan tanggung beban


2) Faktor Beban - Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggung.
3) Faktor Ekonomi – Perbandingan kos diantara jenis-jenis asas yang digunakan.

1.5 KATEGORI ASAS BANGUNAN

Terdapat 2 kategori utama iaitu :

1) Asas Cetek ( Shallow Foundation )


2) Asas Dalam ( Deep Foundation )

1) Asas Cetek ( Shallow Foundation )

Gambar foto 1.1: Asas Cetek

Asas yang kedalamannya dikira dari bahagian aras tanah siap kurang dari 3 meter (3m) dan dengan
kedalaman minima 1.5 meter (5kaki) mengikut piawaian JKR. Tugasnya ialah mengagihkan beban
kepada tanah tapak secara melebar dan berdekatan dengan permukaan.

Terdapat 4 contoh asas cetek, iaitu :

a) Asas pad( pad footing )


b) Asas jalur (strip footing )
c) Asas rakit (raft footing )
d) Asas berkembar( combined footing )
Muka 3 drp 5

4
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5
2) Asas Dalam ( Deep Foundation )

Gambar foto 1.2: Asas Dalam

Asas yang dibina lebih daripada 3m dari atas tanah. Tugasnya ialah mengagihkan beban kepada tanah
bawah yang jauh dari permukaan tanah.

Beban dari atas akan ditahan oleh asas ini dengan dua cara iaitu :

i himpitan tanah ke atas cerucuk


ii bahagian hujung sebelah bawah cerucuk berada di atas satu lapisan bumi yang keras.

Contoh asas dalam iaitu :

a) Asas Cerucuk.

Muka 4 drp 5

1.6 JENIS-JENIS ASAS BANGUNAN


5
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Jenis-jenis asas adalah terdiri daripada gabungan dua kategori asas iaitu asas cetek dan asas dalam. Oleh
itu, terdapat beberapa jenis asas dan kegunaannya yang lazim digunakan iaitu:

1) Asas Hampar(Spread footing )


2) Asas Jalur (Strip footing )
3) Asas Alas Tiang ( Pad footing)
4) Asas Rakit (Raft footing)
5) Asas Bertangga / bertingkat (Combined footing )
6) Asas Cerucuk (Pile foundation )

1.6.1 ASAS HAMPAR (SPREAD FOOTING )

Gambar foto 1.3 : Asas Hampar

Rajah 1.3: Konsep Binaan Asas Hampar

1) Digunakan secara meluas kerana kelebihanya dari segi ekonomi.


2) Pembinaan asas ini sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggungan yang
sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan ringan.
3) Asas ini dibina sekurang-kurangnya 600mm di bawah aras tanah ( bagi tanah liat) dengan
lebarnya 3 kali tebal tembok atau 2 kali tebal tembok + 300mm untuk tembok yang mempunyai
penapak atau unjuran. Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok.
Muka 5 drp 5

1.6.2 ASAS JALUR (STRIP FOOTING )


6
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.3 : Asas Jalur

Rajah 1.4: Konsep Binaan Asas Jalur

1) Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran
dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain yang sedia ada.

1.6.3 ASAS ALAS TIANG ( PAD FOOTING)

7
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.3 : Asas Alas Tiang

Rajah 1.4: Konsep Binaan Asas Alas Tiang

1) Asas ini juga dikenali sebagai asas pad. Dalam pembinaan ringan yang berangka,asas ini sesuai
digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya.
2) Di dalam tiang konkrit perlu diadakan tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk
memastikan kestabilannya.
3) Asas ini terletak di atas lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi
ataupun di atas cerucuk jika tanahnya jenis tanah gambut.
4) Lebar asas pad yang perlu adalah bergantung kepada beban yang ditanggung oleh tiang dan
juga sifat tanah bawah, sementara tebalnya mestilah tidak kurang daripada 150mm.

1.6.4 ASAS RAKIT (RAFT FOOTING)

8
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.3 : Asas Rakit

Rajah 1.4: Konsep Binaan Asas Rakit

1) Apabila sesebuah bangunan yang didirikan di atas tanah yang berkeupayaan tanggungannya
rendah maka beberapa langkah boleh diambil.
2) Salah satu langkah yang diamalkan ialah dengan mengeluarkan tanah yang lembut dari
keseluruh tapak dan kemudian membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai
asas.
3) Asas ini juga sesuai digunakan untuk bangunan besar dan berat terutamanya bangunan yang
mempunyai tingkat bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan.

1.6.5 ASAS BERTINGKAT(STEPPED FOOTING )

9
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.3 : Asas Bertingkat

Rajah 1.4: Konsep Binaan Asas Bertingkat

1) Asas ini dibuat berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping
mengawal kos pembinaan bangunan.
2) Pembinaan perlu mematuhi beberapa peraturan antaranya ialah :
a) Setiap anak tangga hendaklah seragam.
b) Naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter.
c) Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga paling bawah untuk mencegah asas
ini daripada tergelincir.

1.6.6 ASAS CERUCUK (PILE FOUNDATION )

10
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.3 : Asas Cerucuk

Rajah 1.4: Konsep Binaan Asas Cerucuk

1) Asas cerucuk digunakan apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan
tanggungnya tidak mencukupi.
2) Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain, biasanya asas alas tiang ataupun rakit.
3) Cerucuk boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :

a) Cerucuk Tanggung.

Rajah 1.5: Pemindahan Beban Cerucuk Tanggung

- Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan
batu yang berupaya menanggung bebannya.

11
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5
- Cerucuk-cerucuk ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk
menanggung semua beban bangunan.
- Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya.
Jarak di antara cerucuk berdasar kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.

b) Cerucuk Geseran.

Rajah 1.: Pemindahan Beban Cerucuk Geseran

- Cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran di antara tanah dan permukaan cerucuk.
- Bahan yang digunakan untuk cerucuk ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar
dan jarak di antara cerucuk hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan
cerucuk.

1.7 JENIS-JENIS CERUCUK DAN KEGUNAANNYA

Jenis - jenis cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian tanah,keadaan muka bumi dan
12
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5
struktur bangunan itu sendiri. Antara jenis-jenis cerucuk yang biasa digunakan ialah:

1) Cerucuk Bakau (Bakau Pile)


2) Cerucuk Kayu Berubat (Treated Timber pile)
3) Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Piles)
4) Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Pile)
5) Cerucuk Keluli H ( Steel H-Pile)
6) Cerucuk Mikro (Micro Pile)
7) Cerucuk Tergerek (Bored Piles)

1.7.1 CERUCUK BAKAU (BAKAU PILE)

Gambar foto 1.4 : Cerucuk Bakau

1) Digunakan pada masa dahulu.


2) Bersaiz diameter : 75mm dan 100mm.
3) Keupayaan galas 5kN – 10kN (0.5 tan – 1 tan).
4) Beban maksima 10 kN (1 tan).
5) Jarak minima adalah 300mm.
6) Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.
7) Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.
8) Selalu digunakan untuk kawasan yang berair suatu ketika dahulu.
 

1.7.2 CERUCUK KAYU BERUBAT (TREATED TIMBER PILE)

1) Digunakan apabila cerucuk bakau tidak sesuai digunakan.


2) Untuk pembinaan kos rendah.
3) Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.
4) Hanya satu sambungan yang dibenarkan.
5) Digunakan sebagai cerucuk tanggung hujung atau cerucuk geseran.
6) Saiz biasa : 125mmx125mm dan 150mmx150mm
7) Beban galas maksima diantara 120kN hingga 150kN  (12 tan – 15 tan)
8) Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.

1.7.3 CERUCUK KONKRIT TETULANG (RC PILES)

13
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.5 : Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Pile).

1) Digunakan apabila cerucuk bakau dan cerucuk kayu berubat tidak sesuai digunakan.
2) Ianya merupakan cerucuk yang komersial digunakan pada kebanyakan tapak.
3) Tidak sesuai di tempat-tempat berikut:
- Kawasan batu kapur – Kuala Lumpur, Ipoh, Perlis dan Gua Musang.
- Kawasan tanah lembut dan mempunyai banyak lapisan pasir.
4) Saiz diantara 150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm.
5) Panjang bagi setiap batang adalah 6m @ 20’.
6) Maksima beban galas struktur adalah sehingga 1450 kN (145 tan).
7) Terbahagi kepada :
- Kelas 1 : Konkrit Gred 40 untuk tanah yang keras.
- Kelas 2 : Konkrit Gred 25 untuk tanah yang lembut.

1.7.4 CERUCUK KONKRIT TERPINTAL (SPUN PILE)

Gambar foto 1.6 : CERUCUK KONKRIT TERPINTAL (SPUN PILE)

1) Sesuai digunakan untuk semua keadaan tapak.


2) Gred konkrit yang lebih tinggi (Gred 60 hingga 80).
3) Saiz diameter diantara 250mm hingga 1000mm.
4) Beban galas struktur yang lebih tinggi iaitu diantara 400 kN hingga 4000kN.
5) Kualitinya lebih baik daripada cerucuk konkrit tetulang.
6) Luas keratan yang kurang  dan permukaan kekuatan ricih yang rendah (weak in shear strength).
 

1.7.5 CERUCUK KELULI-H ( STEEL H-PILE)

14
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5

Gambar foto 1.7 : CERUCUK KELULI-H ( STEEL H-PILE)

1) Terdiri dari keluli berbentuk huruf ‘H’ bentuk bulat sepeprti cerucuk paip dan cerucuk kepingan.
2) Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan pada bahagian atasnya
bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat mencapai tahap kedalaman yang
dikehendaki.
3) Sesuai sekali digunakan pada kawasan yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang
digunakan kerana haga yang mahal.
4) Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

1.8

Muka 3 drp 9 Muka 4 drp 9 Muka 8 drp 9 Muka 5 drp 9

Muka 7 drp 9
SOALAN :
Muka 5 drp 5
Muka 9 drp 9
5
1. Nyatakan tiga (3) fungsi garisan terlindung?.

a) _________________________________________________________________.Muka 6 drp 9

15
Code No. : EDV-1012-SEM1-IS1 Muka 1 drp 5
b) _________________________________________________________________.

c) _________________________________________________________________.

2. Senaraikan tiga (3) perkara penting yang perlu diketahui mengenai setiap garisan adalah seperti yang
berikut:.

a) _________________________________________________________________.

b) _________________________________________________________________.

c) _________________________________________________________________.

3. Apakah jenis gred pensel yang sesusi digunakan untul melukis garisan unjuran?

_______________________________________________________________________.

_______________________________________________________________________.

RUJUKAN :

1. Hamzah a.Bakar dan Abdul Rahim Abdul Rahman. Lukisan Teknik 1 (KJM 101) ; Universiti Teknologi
Mara, Shah Alam

2. Mohd Ramzan Mainal, Badri Abdul Ghani dan Yahya Samian, Lukisan Kejuruteraan Asas.

3. Mohd Fadzil Daud dan Khairul Anwar Hanafiah ,Panduan Asas Lukisan Kejuruteraan.

16

You might also like