Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KERTAS CADANGAN

Program Khas “Jom Tangani Stres”

Disediakan oleh:
Azila Azmi

BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
2008
JOM Tangani Stres 2008

2
JOM Tangani Stres 2008

[Year] KERTAS CADANGAN


PELAKSANAAN PROGRAM KHAS ”JOM” 2008

LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS JOM

Program Khas JOM telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bermula pada tahun
2005. Program ini dilaksanakan bagi menyokong Program Kempen Cara Hidup Sihat yang sedia
ada dan ianya masih memberi penekanan kepada 5 komponen utama iaitu Makan Secara Sihat,
Senaman dan Aktiviti Fizikal, Tidak Merokok, Pupuk Minda Sihat dan Jauhi Alkohol. Setiap tahun,
satu daripada lima komponen Kempen Cara Hidup Sihat akan dipilih sebagai fokus utama pada
tahun semasa. Sehingga tahun 2007, fokus utama Program Khas Jom adalah seperti berikut:-

2005 - ”JOM kayuh” yang memberi penekanan kepada senaman dan kecergasan fizikal
melalui aktiviti berbasikal.
2006 - ”JOM makan secara sihat” yang memberi penekanan kepada pemakanan yang
baik dan sihat untuk kesihatan.
2007 - ”JOM Tak Nak Merokok” yang memberi penekanan kepada bahaya merokok
dan kesan-kesan akibat merokok terhadap kesihatan.

KONSEP PROGRAM JOM


Program ini berbentuk temuseru (outreach) yang melibatkan komuniti secara langsung dengan
menggunakan konsep karnival di setiap pitstop di mana terdapat kumpulan sasar seperti
sekolah, tempat kerja, IPT, pusat penjagaan warga emas di seluruh Malaysia. Penglibatan
pemimpin dan NGO setempat adalah penting dalam menggerakkan aktiviti.

TEMA PROGRAM JOM 2008 – JOM TANGANI STRES


Fokus utama Program JOM 2008 akan tertumpu kepada aspek Kesihatan Mental dan ”Tagline”
yang dipilih bagi mewakili komponen ini adalah ”Jom Tangani Stres”. Pendedahan kepada situasi
yang memberi tekanan adalah faktor yang lazim dalam kehidupan manusia. Situasi ini mungkin
hanya gangguan dalam kehidupan harian atau akibat daripada kehidupan yang serba menekan

3
JOM Tangani Stres 2008

sehingga kepada kejadian di luar jangkaan seperti penyakit, kehilangan orang tersayang dan
bencana alam.

RASIONAL ’JOM TANGANI STRES’


Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif menunjukkan peningkatan yang ketara kebelakangan
ini. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, stres dilabel
sebagai ’Penyakit’ abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan
bahawa stres ialah Epidemik Dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan
bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama
di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan
penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Satu kajian di Amerika berkaitan stres
yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stres
mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap hipertensi, kerisauan melampau,
kemurungan atau obesiti. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996)
menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi
iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia
khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Sehubungan itu, Program ”Jom Tangani Stres” akan memberi penekanan yang utama dalam
menangani dan mengurus stres secara berkesan. Ini hanya dapat dilaksanakan melalui aktiviti
memupuk kemahiran menangani stres. Tumpuan akan diberikan kepada pembentukan beberapa
jenis kemahiran untuk mengurus stres seperti :
kemahiran berfikir dan bertindak secara positif
kemahiran komunikasi interpersonal
kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran

KUMPULAN SASAR

Kanak-kanak dan remaja


Dewasa
Warga emas

4
JOM Tangani Stres 2008

TUJUAN KEMPEN
Memperkasakan individu dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran agar mereka
dapat mengurus stres dengan lebih berkesan.

OBJEKTIF
Umum
Menggalakkan masyarakat Malaysia membudayakan cara hidup sihat.

Khusus
Kumpulan sasar dapat mengenal pasti ciri-ciri serta faktor-faktor penyebab stres.
Kumpulan sasar dapat mengenal pasti tahap stres diri sendiri.
Kumpulan sasar akan mempunyai kemahiran menangani stres.
kemahiran berfikir dan bertindak secara positif
kemahiran komunikasi interpersonal
kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran
Kumpulan sasar akan mempunyai kemampuan untuk mengurus stres.

STRATEGI
Program ini berbentuk temuseru (outreach) yang melibatkan komuniti secara langsung dengan
menggunakan konsep karnival di setiap pitstop di mana terdapat kumpulan sasar seperti
sekolah, tempat kerja, IPT, pusat penjagaan warga emas di seluruh Malaysia. Penglibatan
pemimpin dan NGO setempat adalah penting dalam menggerakkan aktiviti.
Strategi Promosi Kesihatan yang berkaitan di bawah akan digunakan untuk mempromosikan
mesej kepada kumpulan sasar
Perhubungan awam dan publisiti.
Mobilisasi pentadbiran dan sosial - Kolobarasi dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang relevan.
Memperkasakan tindakan modal insan – Latihan kepada Fasilitator dan ’echotraining’ -
anggota kesihatan dan kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti.
5
JOM Tangani Stres 2008

Pendidikan kesihatan.
Reorientasi perkhidmatan kesihatan.

CADANGAN AKTIVITI
Roadshow dalam bentuk karnival ”Jom Tangani Stres”
Bas pameran yang dihias dengan mesej berkaitan stres.
Pameran mengenai ”Jom tangani stres”.
Kumpulan sketsa komedi.
Tunjuk cara teknik relaksasi
Kuiz kesihatan
Perkhidmatan saringan kesihatan
Saringan minda sihat
Terapi Minda Sihat – aromaterapi, urut, muzik, pernafasan.
Kaunseling / Khidmat nasihat
Pertandingan – melukis, mewarna, puzzle
Aktiviti rekreasi – cth: poco-poco, line dancing, tai-chi, permainan tradisional.
Bengkel kemahiran berfokuskan kepada kumpulan sasaran utama. Cadangan tajuk
ialah seperti berikut:-
Kenali ciri-ciri dan faktor-faktor penyebab stres.
Kemahiran menangani masalah
Teknik-teknik mengendalikan stres.
kemahiran berfikir dan bertindak secara positif.
kemahiran komunikasi interpersonal
kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran

Pameran Kempen Cara Hidup Sihat – senaman dan kecergasan fizikal, makan secara sihat, jauhi
alkohol dan tidak merokok.
Pameran agensi lain atau syarikat swasta yang berkaitan.
Permainan dan hiburan yang bersesuaian.

Publisiti – radio (siaran jingles), iklan akhbar, slaid promo, crawlers, bunting, banner dan unit
bergerak pendidikan kesihatan.
6
JOM Tangani Stres 2008

Aktiviti yang melibatkan selebriti atau agensi bukan kerajaan yang berkaitan dengan
kesihatan mental. Contohnya menemubual selebriti tentang cara mereka menangani
stres di dalam rancangan tv realiti seperti AF, Melodi dll.
Seminar/forum awam.
Penggunaan ICT. Cth: Laman sewang, SMS
Mencetak mesej di bil-bil spt bil air, elektrik, telefon.
Aktiviti pendidikan kesihatan di pusat perkhidmatan (klinik kesihatan, hospital, pusat
khidmat PROSTAR dan PPKK).

KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak/Remaja
Dewasa
Wargaemas

SETTING UTAMA
Tempat tumpuan umum
Sekolah
Institusi penjagaan wargamas
Tempat kerja

CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM


(Rujuk Lampiran 1, 2,3,4 dan 5)

7
JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 1
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM JOM 2008

B Aktiviti Bul
il an
. Pe
rla
ks
an
aa
n
Ja Fe Ma A M Ju Jul Ogo Se O No Di
n b c pr ei n ai s pt kt v s
1 Penyediaan dan
. pembentangan
kertas cadangan

2 Bengkel
. perancangan
pelaksanaan dan
penyediaan
bahan
17-19 Mac, 2008
di Awana Porto
Malai, Langkawi.
3 Penyediaan
. bahan
pendidikan dan
publisiti.

4 Pengedaran
. bahan
pendidikan
kesihatan
5 Latihan fasilitator
. program
5 Publisiti program
. Jom

6 Pelancaran
. Program JOM di
WPKL pd 14 Jun,
2008

8
JOM Tangani Stres 2008

7 Perjalanan
. Roadshow dan
karnival di
negeri.

8 Penilaian
.
9 Sambutan Hari
. kesihatan Mental
Sedunia
Peringkat
Kebangsaan pd
10 Oktober, 2008
di Perak.

9 Oktober
(malam)
– forum
Perdana
Hal
Ehwal
Islam.
10 Oktober
Sambuta
n Hari
Kesihata
n mental
Sedunia.

1 Integrasi promosi
0 tangani stress
bersama
program
kesihatan yang
lain. (cth:
Konvension
Prostar dan
Doktor Muda,
Hari Jantung,
PPKK dll)

9
JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 2
CADANGAN PERLAKSANAAN ROADSHOW “JOM TANGANI STRES”
Bi Aktiviti Kumpulan Tarikh Setting
l. sasaran aktiviti
utama
1. Roadshow WPKL
Pelancaran Remaja 14 Jun, 2008 Cadangan setting:
Program JOM (Sabtu) SMK Permaisuri,
2008 Cheras*

Karnival Remaja SMK Convent Jln Peel,


Pudu

SMK Sri Hartamas, Jln


Duta

Taman Tasik
Permaisuri,
Cheras

Pusat Komuniti Pantai


Dalam
2. Roadshow Selangor Dewasa 21 Jun, 2008 Kajang

2. Roadshow Negeri Dewasa 28 Jun, 2008 Pusat Komuniti


Sembilan

3. Roadshow Melaka Wargamas 5 Julai, 2008 Rumah Seri Kenangan

10
JOM Tangani Stres 2008

4. Roadshow Johor Remaja 19 Julai, Sekolah


2008
Pusat membeli belah

6. Roadshow Terengganu Remaja 26 Julai, Sekolah


2008
Pusat membeli-belah

7. Roadshow Kelantan Wargamas 2 Ogos, 2008 Pondok Pengajian


Agama

Rumah Seri Kenangan

8. Roadshow Perlis Dewasa 9 Ogos, 2008 Taman Perumahan

9. Roadshow Kedah Wargamas 16 Ogos, Pondok Pengajian


2008 Agama

Pusat Komuniti

1 Roadshow Pulau Remaja 23 Ogos, Sekolah


0. Pinang 2008
Pusat membeli-belah

1 Roadshow Sabah Dewasa 24 Ogos, Kawasan tumpuan


1. 2008 awam

1 Roadshow WP Labuan Wargamas 17 Ogos, Kawasan Tumpuan


2. 2008 awam

1 Roadshow Sarawak Wargamas 24 Ogos, Rumah Seri Kenangan


2. 2008

11
JOM Tangani Stres 2008

1 Roadshow Perak Remaja Sekolah


3. Karnival kesihatan 10 Okt, 2008

Seminar sempena
Sambutan Hari
Kesihatan 10 Okt, 2008 Cadangan sekolah :
Mental Kolej Melayu , Kuala
Sedunia. Kangsar

Forum Perdana Hal Maktab Rendah Sains


Ehwal Islam Mara, Taiping

SMK Anderson, Ipoh


9 Okt, 2008

12
JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 3
CADANGAN PENGENDALIAN AKTIVITI NEGERI SEMASA KARNIVAL

TARIKH MASA AKTIVITI


Sebelum -Akan Hebahan awam radio tempatan
Karnival ditentukan
oleh pihak Hebahan awam melalui Unit Bergerak Pendidikan Kesihatan
negeri- ke kawasan-kawasan tumpuan awam, kampung dan
kawasan perumahan.

Publisiti melalui poster promosi, banner dan bunting di


tempat-tempat strategik yang telah dikenalpasti
contohnya: - plaza tol.

Persiapan tempat

Pemasangan khemah / booth pameran

Pemasangan pameran

Penyediaan pentas dan hiasan

PA system, wiring dan electrical appliances

Hari 8.00 pagi – 5 Pameran kesihatan KCHS


Karnival petang
(sepanjang Pameran Kesihatan “Jom Tangani Stres”
karnival
berlangsung) Pameran Agensi Lain, pihak swasta atau penaja.

Perkhidmatan Saringan Kesihatan

Perkhidmatan saringan Minda Sihat

Khidmat nasihat dan kaunseling

Kuiz kesihatan

Permainan kesihatan

13
JOM Tangani Stres 2008

8.00 pagi – Senam seni bersama KEKWA


9.00 pagi
9.00 pagi-11.00 Majlis perasmian / majlis penutup
pagi
Gimik perasmian / penutup

Sketsa

Persembahan hiburan
1.00 pagi –
1.00ptg
Bengkel kemahiran kesihatan mental 1
1.00 ptg – 2.00 Rehat
ptg
Bengkel kemahiran kesihatan mental 2
2.30 ptg – 3.30
ptg Bengkel kemahiran kesihatan mental 3

4.00 ptg – 5.00


ptg

14
JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 4

CADANGAN MAJLIS PERASMIAN

8.00 pagi Kedatangan peserta.

8.45 pagi Ketibaan dif-dif kehormat

Ketibaan perasmi

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan aluan
Oleh:

Ucapan perasmian
Oleh:

Persembahan Gimik perasmian

Persembahan Sketsa

Persembahan hiburan

Bengkel 1 bermula/Sidang Media

15
JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 5

CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pengarah JKN

Setiausaha : KPP Unit Promosi Kesihatan


: KPP Unit NCD

Jawatankuasa Pelancaran / Perasmian

Jawatankuasa Jemputan & Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Keselamatan dan Lalulintas

Jawatankuasa Kecemasan dan Perubatan

Jawatankuasa Jamuan

Jawatankuasa Publisiti,Dokumentasi dan Media

Jawatankuasa Bengkel

Jawatankuasa Logistik

Jawatankuasa Lawatan dan Kerja Amal

Jawatankuasa Senaman

16
JOM Tangani Stres 2008

Jawatankuasa Hadiah, Cenderamata dan Sijil

17

You might also like