Professional Documents
Culture Documents
LAWATAN KE Cameron Highlands
LAWATAN KE Cameron Highlands
LAWATAN KE Cameron Highlands
Tujuan
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan
sambil belajar ke Cameron Highlands oleh Unit Disiplin yang berkolaborasi dengan Pusat
Sumber Sekolah.
Asas Pertimbangan
Fikiran yang lapang datangnya dari pandangan, hati dan pengalaman yang dilalui. Semua
aspek perlu digabungkan bagi meluaskan fikiran. Kelapangan fikiran bukan sahaja diperlukan
oleh guru, ibu bapa tetapi amat perlu bagi murid. Banyak cara untuk mendapatkan kelapangan
ini antaranya adalah melalui lawatan sambil belajar bagi melihat dunia luar dari sekolah. Oleh
yang demikian, pihak sekolah melalui Unit Disiplin telah merancang untuk mengadakan lawatan
bagi memberi peluang kepada murid untuk membuka minda melihat dunia luar dari ibu kota.
Objektif
1. Memberi peluang kepada murid menimba pengalaman baru tentang persekitaran luar
sekolah.
2. Mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia.
3. Sebagai imbuhan kepada murid-murid (pengawas sekolah) yang banyak membantu
sekolah dan guru dalam melaksanakan agenda sekolah terutama tentang disiplin.
Sasaran
Pengawas-pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua-ketua kelas.
AHLI JAWATANKUASA LAWATAN
AJK Pelaksana
b) Pengangkutan
1. En. Asarudin
2. En. Mohd Shukri Mustafa
d) Disiplin
1. En. Mustakim Bin. Burhanuddin
* Semua guru pengiring
18.7.2010 (Ahad)
Pendapatan
JUMLAH RM7860.00
Perbelanjaan
1. Bas
- RM1700 X 2 buah RM3400.00
2. Makanan
- 84 X RM 25.00 RM2100.00
3. Penginapan
- RM15 X 84 RM1260.00
4. Dokumentasi RM 150.00
6. Tiket-tiket lawatan
- 84 X RM 10.00 RM 840.00
7. Kecemasan / Runcit RM 110.00
JUMLAH RM7860.00
Disediakan oleh,
_________________________
(MUSTAKIM BIN BURHANUDDIN)
Penyelaras Projek Lawatan,
Unit Disiplin,
SK. Kajang Utama.
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
UNIT DISIPLIN DAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
KE CAMERON HIGHLANDS
TARIKH :
17 dan 18 JULAI 2010
2 HARI 1 MALAM