Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kaedah kajian

Semasa menjalankan kajian saya telah menggunakan beberapa


kaedah dalam proses maklumat. Antaranya ialah melalui kaedah
temu bual. Saya telah mengadakan bebrapa sesi temu bual pada
22 rumah yang terpilih. Semasa sesi temu bual dijalankan, saya
telah mengemukakan beberapa soalan yan dikemukakan boleh
dilihat dalam Lampiran A.

Selain temu bual, saya juga telah menjalankan pemerhatian


di sekitar kawasan Taman Pokok Sena. Di sana, saya telah
mendapat gambaran tentang komposisi penduduk mengikut
kaum dan jantina lebih mendalam. Saya juga telah mengambil
beberapa gambar foto mengenai kawasan Taman Pokok Sena
untuk dipaparkan ke dalam folio bagi menyempurnakan dan
memperjelas lagi kajian ini. Di samping itu, saya menggunakan
kaedah rujukan dan pembacaan. Saya juga telah berjumpa
dengan pengerusi Rukun Tetangga Taman Poko Sena, En Nordin .
Perkara-perkara ini sangat membantu saya dalam menyiapkan
kajian ini.

Hasil Kajian

Jadual 1 menunjukkan komposisi penduduk di Taman Pokok Sena


Kepala Batas. Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada
pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India. Didapati jumlah
penduduk di Taman Pokok Sena (berdasarkan 21 buah rumah
terpilih) ialah 125 orang. Bilangan kaum Melayu ialah seramai 88
orang, iaitu 70.4% daripada jumlah penduduk. Bilangan kaum
Cina ialah 22 orang atau 17.6% daripada jumlah penduduk.
Bilangan kaum India pula ialah 15 orang yakni 12% daripada
jumlah penduduk.
Jadual & Graf 1 Komposisi penduduk Di Taman Pokok Sena

Berdasarkan Graf 1, di dapati penduduk di Taman Pokok Sena terdiri daripada tiga
kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Lebih separuh daripada jumlah penduduk
terdiri daripada kaum Melayu. Kaum yang kedua besar ialah Cina, diikuti oleh kaum
India. Secara keseluruhan, bilangan wanita lebih ramai daripada bilangan lelaki,
khususnya di kaun Melayu dan India. Bilangan perempuan Melayu melebihi bilangan
lelaki seramai 16 orang. Bagi kaum India pula, bilangan perempuan melebihi
bilangan lelaki seramai 3 orang. Bilaangan lelaki Cina dan binangan perepuan Cina
pula adalah sama.

You might also like