Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KUMPULAN SIMPANAN WANG PEKERJA (KWSP)

1.1 Pengenalan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya KWSP merupakan sebuah
institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan
kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP
juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi
tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP
bagi pihak pekerja mereka. Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam.
Setakat Jun 2010, KWSP mempunyai seramai 12.55 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih
mencarum adalah seramai 5.91 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 463,554.
Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri
daripada caruman pekerja dan caruman majikan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar
caruman semasa adalah 20% daripada gaji pekerja dimana 8% adalah caruman pekerja yang
dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan.
KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen,
KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi
mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun.
Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang
dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

1
Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari
setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman
bulanan yang diterima.

2
ORDINAN KUMPULAN SIMPANAN WANG PEKERJA 1951

2.1 PENGENALAN

Ordinan ini dibentuk untuk memastikan KWSP mencapai ojektifnya untuk memberi
jaminan faedah masa tua kepada pekerja-pekerja. Ordinan KWSP telah menetapkan syarat di
mana caruman di dalam KWSP boleh dikeluarkan apabila pekerja tersebut telah mencapai usia
55 tahun, iaitu umur persaraan bagi pekerja-pekerja Kerajaan. Selain daripada itu, pekerja-
pekerja juga dibenarkan mengeluarkan 1/3 daripada caruman mereka apabila meningkat umur
50 tahun.

Syarat-syarat pengeluaran wang yang ditetapkan oleh KWSP adalah berpatutan dengan
objektif penubuhannya, iaitu untuk menjamin masa tua para pekerja.

3
SEKSYEN 24. PENUBUHAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

3.1 KUMPULAN WANG

Maksud Akta ini maka adalah menubuhkan suatu badan kumpulan wang yang
dipanggil "Kumpulan Wang Simpanan Pekerja", yang memerlukan para pekerja untuk
membayar;

(a) segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;

(b) wang yang diperolehi dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau
perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(c) wang yang diperolehi atau berbangkit daripada apa-apa harta,


pelaburan, gadai-janji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau
terletakhak pada Lembaga; dan

(d) segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara
menjadi kena dibayar kepada atau terletakhak pada Lembaga berkenaan dengan
apaapa perkara yang bersampingan dengan kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya.

Untuk mengeluarkan caruman KWSP, para pekerja hendaklah menepati syarat-


syarat yang telah dibuat oleh KWSP, iaitu;

(a) menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibuat di bawah


Akta ini;

(b) pelaburan di bawah Akta ini;

(c) memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan


pekhidmat Lembaga;

(d) membayar, apa-apa belanja yang dilakukan dengan sahnya oleh


Lembaga termasuklah apa-apa fee ukur atau fee guaman dan kos atau apa-
apa fee lain dan kos di bawah seksyen 14, dan saraan pegawai dan pekhidmat

4
yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga termasuklah elaun persaraan,
pencen atau ganjaran;

(e) membayar apa-apa belanja lain, kos atau perbelanjaan yang dilakukan
dengan sepatutnya atau diterima oleh Lembaga dalam melaksanakan kuasa-
kuasanya dan melaksanakan tugas-tugasnya;

(f) membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini jika
ada, dan faedah yang kena dibayar ke atasnya; dan

(g) pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan-


peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.

5
ORDINAN KUMPULAN SIMPANAN WANG PEKERJA (KWSP) 1951

4.1 ORANG-ORANG YANG BUKAN PEKERJA

Orang-orang yang bukan bekerja didefinisikan sebagai orang yang tidak layak
mendapat caruman KWSP. Jenis orang-orang yang bukan pekerja adalah kesemua
orang asli nomad melainkan jika disyorkan sebaliknya oleh Ketua Pengarah Jabatan
Orang Asli. Selain daripada itu, terdapat beberapa syarat yang lain yang meletakkan
orang-orang tersebut untuk dilabel kan sebagai orang yang bukan pekerja. Antaranya
ialah;

 Mana-mana individu yang ditahan di dalam mana-mana penjara, Sekolah Henry


Gurney, sekolah-sekolah yang diluluskan, tempat tahanan, hospital mental, pusat
pemulihan yang mempunyai maksud yang sama dengan Akta Pergantungan
Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] atau penempatan pesakit
kusta
 Mana-mana individu yang diambil bekerja dan negara domisilnya terletak di luar
Malaysia dan menyertai suatu kumpulan wang simpanan atau skim-skim lain
yang seumpamanya yang ditubuhkan atau ditadbirkan di luar Malaysia selaras
dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatannya.
 Mana-mana individu yang merupakan Anggota Pentadbiran sebagaimana yang
ditakrifkan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Manakala orang-orang yang menerima gaji tempatan sebagaimana yang


ditakrifkan di dalam Seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, kecuali apabila diambil
bekerja:

o oleh mana-mana pertubuhan yang berdaftar atau yang dikehendaki berdaftar di


bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berhubung
dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan
koperasi;
o dalam mana-mana perniagaan yang berdaftar atau berlesen atau dikehendaki
berdaftar atau berlesen di bawah undang-undang yang berkaitan. Undang-

6
undang tersebut termasuk Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [akta 197],
Ordinan Perlesenan Perdagangan bagi Negeri Sabah [Sabah Cap. 144], Ordinan
Perlesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Bagi Negeri Sarawak
[Sarawak Cap. 33] atau Ordinan Nama-nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak
[Sarawak Cap. 64]; atau
o oleh mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis.

Orang-orang yang dinyatakan di atas adalah orang-orang yang layak menerima


caruman KWSP. Orang-orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan di atas, selain
daripada mereka yang dikecualikan di bawah perenggan (2) yang tidak, berhubung
dengan mana-mana pekerjaan mereka ketika itu, memberikan kepada Lembaga dan
majikan mereka satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niat mereka
untuk menjadi ahli KWSP.

7
KESIMPULAN

Ordinan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1951 dibentuk untuk memastikan para
majikan berlaku adil kepada para pekerjanya dan untuk memastikan para pekerja mempunyai
masa depan yang terjamin, khususnya pada hari tua . Dengan adanya potongan daripada
gaji dari bulanan, ini memudahkan para majikan dan pekerja untuk berurusan dengan
pihak KWSP.

You might also like