Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN MINGGU SPBT

PERINGKAT SEK.MEN.KEB.DATO’ SHEIKH AHMAD

Tarikh : 19 Julai 2010 - 23 julai 2010


Masa : 7.40 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Pada 19 Julai 2010, Minggu SPBT telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Pn.

Mageswari a/p Hari Krishnan (PK Akademik). Antara pengisian pelancaran adalah ikrar

pelajar, pengedaran borang denda kepada guru dan penerangan perjalanan minggu SPBT.

Guru – guru mata pelajaran telah bekerjasama menjayakan minggu SPBT dengan

memastikan pelajar membalut buku, menulis nama dan membawa buku teks. Selepas sesi

Pengajaran dan pembelajaran, ahli kelab dan guru SPBT telah menjalankan operasi

merampas buku yang ditinggalkan oleh pelajar. Selain daripada rampasan buku, kuiz pelajar

dan guru juga turut diadakan.

Pihak SPBT telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pada 2 Ogos 2010

ditapak perhimpunan. Pn.Hjh Norhayati Binti Awang selaku Penolong kanan Hal Ehwal

Murid telah sudi menyampaikan cenderahati kepada para pemenang bagi kuiz kategori

pelajar dan guru. Hanya 7 Kelas sahaja yang tidak meninggalkan buku teks. Oleh itu, sebagai

tanda penghargaan kelas – kelas tersebut telah diberikan hamper iaitu tingkatan 1A, 1B,

2AG1, 3AG1, 4 Sains, 5 Prinsip Akaun dan 5 Sains


Kesimpulannya, Minggu SPBT telah dapat dijalankan dengan jayanya. Namun begitu,

bagi kelas yang lemah mereka kurang kesedaran betapa pentingnya penjagaan dan

penggunaan buku teks semasa sesi P&P . Oleh itu, guru mata pelajaran perlulah menggesa

pelajar yang terlibat mengambil semula buku teks yang telah dirampas.

Laporan disediakan oleh :

..............................................

(HAWARIAH BINTI HAJI ISMAIL)

PENYELARAS SPBT,

SMK.DATO’ SHEIKH AHMAD.

You might also like