Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Program Pembangunan Francais / Franchise Development Programme

1. Apa itu francais?


2. Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?
3. Apakah kebaikan perniagaan francais?
4. Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?
5. Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan
bagi memohon menjadi francais?
6. Bagaimana dengan premis perniagaan, perlu cari sendiri atau disediakan?
7. Apakah syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor?
8. Adakah saya perlu berdaftar dengan Bahagian Francais sebelum
memulakan perniagaan francais?
9. Apakah jenis perniagaan francais yang paling popular?
10.Sekiranya saya ada pertikaian berhubung dengan perniagaan francais,
kepada siapakah saya harus merujuk?

1. Apa itu francais

Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana


sebuah syarikat induk memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan
kepada seseorang individu atau syarikat untuk menjalankan perniagaan
mengikut tatacara yang ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan pada
lokasi yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau
perkhidmatan yang sedia wujud.

Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik


produk dan pelabur. Di mana pemilik produk akan menyediakan produk dan
sistem perniagaan. Manakala pelabur akan menyediakan modal dalam
bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan.

2. Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?

Definisi perniagaan francais mengikut tafsiran di bawah Akta Francais 1998


adalah sesebuah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

a) Pengendalian perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan


b) Dalam tempoh yang ditetapkan
c) Hak menggunakan cap / rahsia dagangan dsbnya
d) Mengenakan kawalan berterusan
e) Tanggungjawab memberi bantuan
f) Bayaran / apa-apa bentuk balasan
g) Perniagaan secara berasingan

3. Apakah kebaikan perniagaan francais?


Francaisi:
- Risiko perniagaan yang lebih rendah
- Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
- Faedah ekonomi bidangan
- Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
- Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi Kerajaan
dan institusi kewangan

Francaisor:
- Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri
- Faedah ekonomi bidangan
- Pengkongsian risiko
- Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
- Mendapat maklumbalas perniagaan yang luas
- Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

4. Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?


Cara menjadi francaisi adalah seperti berikut:
i. Kenalpasti terlebih dahulu produk francais yang sesuai dengan
kemampuan dan minat.
ii. Dapatkan maklumat terkini terbaru mengenai produk yang dipilih daripada
francaisor.
iii. Mengadakan kajian untuk mengenalpasti:
a. Kesesuaian lokasi
b. Kesesuaian pasaran
c. Modal perniagaan
d. Pakej francais yang ditawarkan
e. Tahap sokongan francaisor menerusi francaisi sedia ada
iv. Memohon kepada francaisor untuk menjadi francaisi.
v. Keputusan permohonan daripada francaisor.
iv. Jika terpilih, memulakan perniagaan berdasarkan garis panduan
francaisor.

5. Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan


bagi memohon menjadi francais?

Keperluan Rancangan Perniagaan (RP) bergantung kepada keperluan


francaisor. Namun begitu, RP perlu untuk memohon pinjaman dari agensi
pembiayaan.

6. Bagaimana dengan premis perniagaan, perlu cari sendiri atau disediakan?

Premis perlu cari sendiri oleh francaisi. Pihak francaisor akan membantu dari
segi panduan pemilihan lokasi dan akan menilai kesesuaian lokasi sebelum
perniagaan francais dimulakan. Kementerian pula membantu dari segi
mendapatkan premis di bawah bidang kuasa Kementerian. Sebagai contoh,
premis MARA, PKEN dan PKKM.Persediaan Menjadi Francaisor

7. Apakah syarat-syarat penyertaan sebagai francaisor?Syarat-syarat


penyertaan sebagai francaisor adalah seperti berikut:

i. Produk yang hendak difrancaiskan telah kukuh dan diterima ramai


ii. Terdapat buku panduan atau manual operasi yang terperinci dan lengkap
iii. Program latihan yang lengkap dan berterusan
iv. Sistem perakaunan yang seragam
v. Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi
vi. Menyediakan khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk
dan perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam
vii. Mempunyai perancangan perniagaan yang menyeluruh

8. Adakah saya perlu berdaftar dengan Bahagian Francais sebelum


memulakan perniagaan francais?

Hanya mereka yang mempunyai produk untuk difrancaiskan sahaja


(francaisor) diwajibkan berdaftar di bawah Akta Francais 1998.

9. Apakah jenis perniagaan francais yang paling popular?

Jenis perniagaan yang paling popular ialah bidang makanan.

10. Sekiranya saya ada pertikaian berhubung dengan perniagaan francais,


kepada siapakah saya harus merujuk?

Tuan boleh rujuk kepada Unit Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais. Tuan
terlebih dahulu mengisi Borang Aduan yang boleh didapati di Unit
Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais untuk diambil tindakan yang
sewajarnya.

Sumber:

http://www.mecd.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=7
05&Itemid=197

You might also like