Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tanda bacaan:

Tanda titik (.), tanda soal (?), dan tanda seru (!) sama
konsepnya iaitu untuk menutup ayat, selepas tanda ini
mesti guna huruf besar.

Tanda bacaan lain digunakan dalam penulisan hanya


untuk jeda/berhenti seketika dan selepasnya tidak boleh
digunakan huruf besar.

( ) parentheses/kurungan [bulat]/round bracket


(parentesis)
[ ] bracket/kurungan siku
{ } braces/curly bracket/kurungan dakap

( ) sentiasa saiz kecil, tidak boleh dipanjangkan ke


bawah tetapi bracket dan braces boleh
dipanjangkan ke bawah merangkumi beberapa
baris

boleh dipanjangkan ke bawah

([ ]) / (((([ ])))) nested parentheses


dibenarkan dalam penulisan
contoh:
Kita daripada pelbagai kaum di Malaysia (Cina, Melayu,
India, suku kaum di Sabah (Kadazandusun Dusun
[Liwan, Tindal, Pahu, Lotud, Labuk, Kimaragang,
Tobilung, Sagama, Tombonuo, Tambunan, Tatana],
Kadazan [Papar, Penampang], Tagahas, Tangara,
Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, dan Bagahak),
Bajau (Iranun, Bajau, Suluk, Ubian, Binadan), Murut,
Paitan, Bongi, Idahan, Melayu Brunei, dan suku kaum
lain) dan suku kaum di Sarawak (Iban, Melayu Sarawak,
Melanau, Bidayuh, Orang Ulu (Kayan, Kenyah, Kajang,
Kejaman, Punan, Ukit, Penan, Lun [Bawang, Dayeh],
Murut, Berawan, Kerabit), Bisaya dan Kedayan))
haruslah hidup dalam suasana aman.

[( )] tidak dibenarkan dalam penulisan kreatif dan


ilmiah (tetapi dibenarkan dalam penulisan
bidang kimia/fizik/matematik/statistik/sains)

! tanda seru – diletakkan pada akhir ayat seru,


bukannya selepas kata seru

, koma – diletakkan selepas kata seru


dalam ayat seru

contoh ayat: Wah, cantiknya baju Aminah!

, koma – diletakkan dalam pengikat kata bagi ayat


cakap ajuk/dialog untuk menutup ayat sebelum
diletakkan penutup pengikat kata

"Ahmad, tolong ambilkan saya beg itu," kata Ali.

, digunakan sebelum perkataan dan apabila ada tiga


atau lebih perkara/keluarga yang sama
(berpandukan American Psychological
Association (APA) Publication Manual, Modern
Language Association (MLA) Publication Manual
says no comma before the word 'and'

; digunakan untuk memisahkan dua kumpulan


barang/perkara yang berbeza

Saya pergi ke pasar membeli ikan tenggiri, cencaru,


kembung, dan pari.

Saya pergi ke pasar membeli ikan tenggiri, cencaru, dan


kembung; tiga helai baju, seluar, dan kain pelekat; dan
tiga buah kapal terbang mainan.

Saya membeli daging ayam, lembu, dan kambing.


Bandingkan dengan ayat:
Saya membeli daging ayam, lembu; dan kambing.

Saya nampak burung nuri, cak, tiung, dan hantu di atas


pokok. (semuanya jenis burung)

Saya nampak burung nuri, cak, tiung; dan


hantu di atas pokok. (tiga jenis burung dan HANTU)

“ ” dua pengikat kata, digunakan untuk


menulis dialog, memetik quotation secara
verbatim/as is (diengsotkan di kiri, dipisahkan
dengan satu baris [single spacing] sahaja,
biasanya fon yang lebih kecil digunakan)

‘ ’ satu pengikat kata, digunakan untuk


memetik istilah, citation, frasa ataupun klausa
(duduknya di dalam perenggan apabila dipetik
terus di dalam penulisan kita), ataupun petikan
ini duduknya di dalam satu petikan quotation
lain

: colon/titik bertindih (ada penyenaraian) -


jika yang mengikutinya ialah ayat
yang lengkap ataupun nama khas
gunakan huruf besar bagi permulaan
ayat itu (diakhiri dengan titik), tetapi bagi frasa
ataupun klausa, gunakan huruf kecil sahaja
contoh:
Pilih ayat-ayat yang betul tatabahasanya:
a. Ahmad dan Aminah bersaudara.
b. Kassim dan Naidu tinggal berjiran.
c. Faridah dan Kasmah adalah adik-
beradik.
d. Anak Pak Abu adalah Razali dan Ahmad.

Pilih kumpulan yang mengandungi alat tulis:


a. buku, pen, dan pensel,
b. gunting, kapur, dan pembaris,
c. pen, pemadam, dan kertas, dan
d. krayon, kertas A4, dan pisau.

Jika penyeneraian dibuat secara linear (dalam


baris) selepas colon ditulis : a) ... b) ... c)
tetapi secara menegak selepas : boleh ditulis
1. atau a. atau i.
2. b. ii.
3. c. iii.
:- amalan sesat, selalu digunakan oleh penjawat
jawatan awam di Malaysia, guna hanya :

- (en) sempang/hyphen (pendek) untuk


menyambung, for spelling purposes
(menyambung perkataan/to join words contoh:
ke-50-an, insya-Allah, hamba-Mu)

-- (em) − sengkang/dash (lebih panjang) untuk


memisahkan isi ayat
contoh:
Bank di Malaysia berhasrat untuk membantu
peniaga-peniaga kecil – keuntungan masih
menjadi keutamaan mereka – yang sedang
menghadapi krisis ekonomi sekarang.

… (tiga titik sahaja dibenarkan)


elipsis yang bermaksud menggantikan
sebahagian daripada satu ayat yang
ditinggalkan/tidak mahu dipetik
keseluruhannya, penggunaannya terhad
pada bahagian ayat yang tidak hendak
dilengkapkan, dalam penulisan ilmiah ia tidak
boleh diletakkan pada permulaan ayat kecuali
setelah ditulis beberapa perkataan/frasa/klausa
sebagai permulaan
contoh:
"... secara berleluasa." (salah dalam penulisan
ilmiah/ekspositori tetapi dalam penulisan
kreatif boleh diterima)
"Penebangan pokok ... secara berleluasa."
(betul)
(boleh juga diletakkan empat titik yang melambangkan noktah
(untuk ayat pertama yang ditinggalkan) dan tiga titik berikut
itu ialah elipsis yang memberi makna bahawa ada lebih
daripada satu ayat yang ditinggalkan)

"Pemuda-pemudi di kampung itu .... pelbagai


bantuan diberikan untuk menggalakkan
mereka berdikari." (betul) - lebih daripada
satu ayat ditinggalkan

... di dalam ruang tepi surat rasmi setentang dengan


kata-kata "Bersama-sama ..." bagi membantu
pembaca surat rasmi bahawa ada dokumen/lampiran
bersama-sama surat itu (tiga titik)

.... di dalam surat rasmi bagi membawa maksud bahawa


dokumen/lampiran yang diterima itu dipulangkan
semula kepada penulis asal surat itu (empat titik)

/ slash (palang) - pada umumnya ini membawa maksud


atau tetapi dalam matematik ia bermaksud per
(daripada) 7/10 bermaksud tujuh daripada 10

b/p sepatutnya b.p.


u/p sepatutnya u.p.
s/k sepatutnya s.k.

dalam penulisan ekspositori nombor 1 - 9 mesti dieja tetapi


nombor 10 ke atas ditulis nombor, tidak perlu memasukkan
ejaan nombor itu di dalam kurungan seperti 15 (lima belas)/20
(dua puluh), ataupun lima (5), dua (2)
YB
YBhg.
YA
YAA
YAB
ms

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


'Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami'
'Bahasa Jiwa Bangsa'
'Cintailah Bahasa Kita'
(paling banyak hanya dua sahaja tetapi yang utama mestilah
yang pertama di atas, gunakan huruf besar dan diletakkan di
dalam dua pengikat kata tetapi cogan yang kedua, gunakan
'title case' di dalam satu pengikat kata sahaja)

Untuk menggunakan tanda bacaan yang betul


sila rujuk pada publication manual dari luar negara
Modern Language Association (MLA) , American
Psychological Association (APA), Turabian, Chicago,
Harvard dll. ataupun yang diterbitkan di Malaysia seperti
Gaya Dewan ataupun keluaran universiti tempatan.

baca melalui internet


google.com (cari di bawah tajuk ‘punctuation marks’)
ataupun dalam Armchair Grammarian, ataupun melalui
APA Style Crib Sheet

RDSSA/ssa/2008

You might also like