Professional Documents
Culture Documents
Pembohongan Teori Evolusi
Pembohongan Teori Evolusi
Darwinisme, dalam erti kata lainnya teori evolusi, telah dikemukakan dengan tujuan untuk
menyangkal hakikat penciptaan, bukan saja tiada kebenaran malahan merupakan satu kekarutan
semata-mata. Teori ini yang mendakwa bahawa kehidupan bermula secara kebetulan daripada
benda mati, telah disangkal kesahihannya oleh bukti saintifik melalui ciptaan yang jelas pada alam
dan benda hidup yang lain. Dengan cara ini, sains telah mengesahkan hakikat bahawa Allah
mencipta alam semesta dan hidupan di dalamnya. Propaganda yang dipaparkan pada hari ini untuk
terus mempertahan teori evolusi adalah semata-mata berdasarkan penyimpangan fakta-fakta
saintifik, tafsiran berat sebelah, pembohongan dan penipuan yang bertopengkan sains.
Walau bagaimanapun, propaganda ini tetap tidak mampu menyembunyikan kebenaran. Fakta
bahawa teori ini merupakan penipuan terbesar sepanjang sejarah sains telah banyak kali ditekankan
dalam dunia saintifik sejak lebih 20-30 tahun. Kajian yang dilaksanakan khususnya selepas tahun
1980-an telah mendedahkan bahawa dakwaan Darwinisme langsung tidak berasas, sesuatu yang
telah dinyatakan oleh ramai saintis. Di Amerika terutamanya, kebanyakan saintis dari bidang
berlainan seperti biologi, biokimia dan paleontologi mengenal pasti kepalsuan Darwinisme dan
menerima hakikat penciptaan untuk menerangkan asal-usul kehidupan.
Kami telah mengkaji banyak perincian saintifik berkenaan keruntuhan teori evolusi dan bukti-
bukti penciptaan dalam kebanyakan kerja kami, dan masih tetap meneruskannya. Menyedari akan
peri pentingnya perkara ini, adalah amat bermanfaat untuk membincangkannya semula di sini.
Impak Lamarck
Jadi, bagaimanakah ‘variasi menguntungkan’ ini berlaku? Darwin cuba untuk menjawab
persoalan ini dari sudut pemahaman sains yang primitif pada masa itu. Menurut seorang ahli
biologi Perancis bernama Chevalier de Lamarck (1744-1829) yang hidup sebelum Darwin, makhluk
hidup mewariskan sifat yang mereka miliki kepada generasi seterusnya. Beliau menegaskan
bahawa sifat-sifat tersebut bertambah dari generasi ke generasi sehingga membentuk spesis baru.
Misalannya, beliau mendakwa bahawa zirafah berasal daripada kijang yang lehernya menjadi
panjang ketika berusaha mendapatkan makanan pada dahan yang tinggi lalu memindahkan sifat
ini kepada generasi seterusnya.
Darwin turut memberi contoh yang sama. Dalam bukunya The Origin of Species, beliau
berpendapat bahawa beruang masuk ke dalam laut untuk mencari makanan bertukar menjadi ikan
paus dengan peredaran masa.8
Walau bagaimanapun, hukum pewarisan ditemui oleh Gregor Mendel (1822-84) yang telah
disahkan oleh sains genetik abad ke-20, telah sepenuhnya memusnahkan mitos bahawa sifat yang
diperolehi boleh diperturunkan kepada generasi seterusnya. Maka, mekanisme pilihan semulajadi
evolusi langsung tidak bererti.
Formula Darwin
Selain daripada semua bukti teknikal yang telah dibincangkan setakat ini, mari kita selidik
sekali lagi apakah jenis ide tahyul milik evolusionis beserta contoh mudah yang dapat difahami
bahkan oleh kanak-kanak:
Teori evolusi bertegas bahawa kehidupan terbentuk secara kebetulan. Menurut mereka,
atom-atom yang mati dan tidak sedar bergabung serta menghasilkan sel lalu kemudiannya
membentuk jenis hidupan lain, termasuk manusia. Apabila kita mencantumkan elemen-elemen blok
kehidupan seperti karbon, fosforus, nitrogen dan kalium, hasil yang diperoleh hanyalah satu
timbunan. Apapun cara rawatan yang dilalui, longgokan atom ini tidak berupaya membentuk
walaupun hanya satu hidupan. Mari kita merumus “eksperimen” ini dan mengkaji untuk pihak
evolusionis tentang dakwaan mereka dengan nama “Formula Darwin”:
Biarkan evolusionis meletak banyak bahan yang terdapat dalam komposisi hidupan seperti
fosforus, nitrogen, oksigen, besi, dan magnesium ke dalam satu tong besar. Sebagai tambahan,
benarkan juga mereka mencampur bahan lain yang tidak wujud dalam keadaan normal yang
dirasakan perlu. Biarkan mereka menambah sejumlah asid amino dan protein sebanyak mana yang
dirasakan mencukupi – setiap satunya mempunyai kebarangkalian pembentukan sebanyak 10 -950.
Biarkan mereka mendedahkan campuran ini kepada haba dan lembapan sebanyak mana pun,
mengacaunya dengan apa juga perkakas yang dibangunkan dengan teknologi, tempatkan saintis-
saintis terkemuka di sisi tong untuk menunggu selama berbilion bahkan trillion tahun. Pendek kata,
mereka bebas menggunakan apa saja yang mereka rasakan perlu dalam pembentukan manusia.
Tidak kira apa yang dilakukan, mereka tidak akan pernah menghasilkan seorang manusia pun dari
tong tersebut, kata seorang profesor yang menyelidik struktur selnya di bawah mikroskop elektron.
Mereka tidak mampu mencipta zirafah, singa, lebah, burung kenari, kuda, dolfin, mawar, orkid,
teratai, anyelir, pisang, oren, epal, kurma, tomato, semangka, tembikai, ara, zaitun, anggur, rama-
rama pelbagai warna, atau bermilion lagi hidupan lain seumpamanya. Hakikatnya, mereka tidak
mampu menghasilkan walaupun satu sel daripadanya.
Secara ringkasnya, atom-atom yang tidak sedar tidak dapat membentuk sel secara bersama.
Mereka tidak mampu membuat keputusan baru dan membelah sel ini kepada dua, kemudian
membuat keputusan lain dan mencipta profesor yang mula-mula menghasilkan mikroskop elektron
lalu mengkaji struktur sel mereka sendiri. Materi adalah unsur yang tidak sedar dan timbunan yang
mati. Ia hanya wujud dengan keagungan ciptaan Ilahi.
Sebaliknya, teori evolusi adalah satu salah faham yang amat berlawanan dengan kewarasan.
Memikirkan hanya sedikit dakwaan evolusionis ini sudah cukup untuk mendedahkan kebenaran,
sepertimana ditunjukkan oleh contoh di atas.
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka:
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan
beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta
pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula
disediakan azab seksa yang amat besar.
(Surah al-Baqarah, ayat 6-7)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-
orang yang lalai.
(Surah al-A’raaf, ayat 179)
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat
naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala
kenyataan yang ada di sana); tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar
itu dengan) berkata: Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami
adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad).
(Surah al-Hijr, ayat 14-15)
Daya pukau sihir evolusi yang mengejutkan ini mencengkam seluruh masyarakat di dalam
kebingungan, menjauhkan mereka dari kebenaran bahkan kekal demikian untuk selama 150 tahun
amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sekiranya kepercayaan ini hanya melibatkan
segelintir orang yang mempercayai sandiwara tidak masuk akal dan dakwaan yang jelas tidak
wajar, maka ia adalah sesuatu yang dapat difahami. Namun, “sihir” adalah satu-satunya gambaran
yang dapat menjelaskan situasi di mana sebahagian besar manusia di seluruh dunia secara
bersama mempercayai bahawa atom-atom mati dan tidak bernyawa secara mendadak
berinteraksi membentuk alam semesta yang mempunyai suatu sistem organisasi tanpa cela,
sangat tersusun dan memiliki nilai kewarasan yang sangat kukuh. Atom-atom tersebut juga
dikatakan turut membentuk planet Bumi yang mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai untuk
sebuah kehidupan secara kebetulan, di samping turut mencipta jutaan makhluk-makhluk hidup
yang mempunyai sistem yang sangat kompleks.
Sebenarnya, Al-Quran mengaitkan peristiwa yang terjadi di antara Nabi Musa a.s dan Firaun
untuk menunjukkan bahawa segolongan orang yang menyokong fahaman ateis sebenarnya telah
mempengaruhi yang lain dengan menggunakan daya pukau sihir. Apabila Firaun diberitahu
tentang agama yang hak, dia menyuruh Nabi Musa a.s untuk bersemuka dengan ahli-ahli sihirnya.
Nabi Musa a.s menurut arahan Firaun itu, dan menyuruh ahli-ahli sihir itu untuk menunjukkan
kebolehan mereka terlebih dahulu. Ayat seterusnya berbunyi:
Seperti yang telah kita lihat, ahli-ahli sihir Firaun berupaya menipu semua yang hadir kecuali
Nabi Musa a.s dan mereka yang beriman. Walau bagaimanapun, kebenaran yang dimiliki oleh Nabi
Musa a.s berjaya menghancurkan sihir tersebut, dengan “menelan segala apa yang mereka
keluarkan” sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam ayat berikut:
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Campakkanlah tongkatmu! Maka tiba-tiba
tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka
sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
(Surah al-A’raaf, ayat 117-118)
Seperti yang dapat difahami melalui ayat-ayat di atas, orang-orang yang berada di situ
akhirnya menyedari pembohongan dan tipu daya sihir yang dihasilkan oleh tukang sihir Firaun
hanyalah sekadar ilusi. Dengan mengkiaskan pada situasi hari ini, mereka yang masih dicengkam
dengan pengaruh sihir yang serupa pasti akan berasa malu setelah menyedari akan kebenaran
yang hakiki dan di saat kuasa sihir tersebut dimusnahkan kecuali bagi mereka yang benar-benar
memahami bahawa dakwaan-dakwaan teori evolusi pada hakikatnya adalah sekadar
bertopengkan sains dan sekaligus berhenti dari terus mempertahankannya. Sebenarnya, Malcolm
Muggeridge, seorang penulis dan ahli falsafah British, juga seorang ateis yang menyokong evolusi
selama lebih kurang 60 tahun, akhirnya sedar dan menyuarakan kebimbangannya:
Saya sendiri yakin bahawa teori evolusi, terutamanya dalam perkara di mana ia telah
diaplikasikan, akan menjadi satu jenaka paling lucu di dalam buku-buku sejarah di masa
hadapan. Generasi akan datang pasti terkejut setelah mengetahui bagaimana satu hipotesis yang
tidak kukuh dan sangat meragukan dapat diterima dengan begitu mudah. 20
Masa depan sudah pun begitu hampir: Sebaliknya manusia akan menyedari bahawa
“kebetulan” bukanlah dewa, dan akan menyedari hakikatnya teori evolusi merupakan satu
penipuan terbesar dan sihir paling bahaya yang pernah wujud di dunia. Usaha menolak dan
membanteras kuasa sihir ini telah digerakkan secara konsisten untuk membuangnya dari fikiran
semua manusia di seluruh dunia. Mutakhir ini, timbul satu pertanyaan yang jelas dari mereka yang
telah menyedari hakikat sebenar teori evolusi: bagaimanakah ia mampu menyesatkan mereka
selama ini.
Sumber: www.harunyahya.com