Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

JENAYAH SEKS

DEFINASI

Jenayah

Jenayah merupakan satu perbuatan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang

kerajaan sesuatu temapat. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang

boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain.

Seksualiti

Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi,

pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki, identity seksual dan

orientasi seksual. Ia juga berkaitan

dengan peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan

keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan

reproduktif yang menyeluruh

Jenayah Seks

Jenayah yang dilakukan oleh individu atau kumpulan terhadap individu atau

sekumpulan biar perempuan atau lelaki dengan tujuan untuk memnuhi nafsu seks

penjenayah tersebut. Jenayah seks adalah kesalahan yang dilakukan dengan niat

jahat untuk memaksa mangsa melakukan persetubuhan secara paksa atau dengan

ugutan. Gangguan seks, pencabulan, inses, penggunaan kata-kata lucah untuk

melakukan hubungan seks juga tergolong dalam jenyah seks selai dari rogol.
Rogol & Inses

Dari segi undang-undang, rogol didefinisikan sebagai aktiviti memasukkan zakar ke

dalam faraj tanpa kerelaan gadis/wanita tesebut. Rogol dan inses merupakan dua

jenis jenayah seksual yang serius dan kadarnya semakin meningkat sejak

kebelakangan ini. Kajian-kajian terdahulu mendapati kesan jenayah ini terhadap

mangsanya adalah besar sehingga boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.

Mangsa rogol atau inses ini akan mengalami trauma, menjadi takut dan malu kepada

keadaan sekeliling. Rogol merupakan jenayah serius yang dilakukan sama ada

terhadap seorang kanak-kanak mahupun orang dewasa. Melihat implikasinya yang

serius terhadap mangsa, keluarga dan negara, maka pihak penggubal undang-

undang di Malaysia telah memperuntukkan hukuman yang berat bagi kesalahan ini.

Kesalahan inses diperuntukkan di bawah seksyen 376A dan seksyen 376B Kanun

Keseksaan.30 Kedua-dua seksyen ini telah dibawa masuk ke dalam Kanun

Keseksaan pada tahun 2001.31 Seksyen 376A Kanun Keseksaan memperuntukkan

bahawa Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki

atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain atau seorang

perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan

perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama,

adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk

berkahwin dengan orang itu. Oleh yang demikian, apa yang menjadi asas kepada

jenayah inses ini ialah apabila berlakunya hubungan seksual sama ada secara
kerelaan ataupun sebaliknya yang mana pihak-pihak yang terlibat mempunyai

hubungan yang dilarang untuk berkahwin. Seksyen ini juga membenarkan kedua-dua

pihak sama ada lelaki ataupun perempuan didakwa dan dihukum berdasarkan kepada

kesalahan ini. Namun begitu, Kanun Keseksaan tidak mendefinisikan hubungan yang

dilarang untuk berkahwin ini.

Kes rogol yang menggemparkan Negara…………..

Kejadian malang yang menimpa adik Nurin Jazlin Jasimin sememangnya amat

menyedihkan. Kes ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat

mengenai keselamatan kanak-kanak. Pelbagai cadangan telah diutarakan untuk

mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan memfokuskan kepada pendidikan

seperti mengadakan lebih banyak kempen mengenai keselamatan terhadap kanak-

kanak sama ada semasa dan selepas waktu persekolahan. Dengan kempen sebegini

adalah diharapkan kanak-kanak akan lebih maklum dan memahami mengenai aspek

penjagaan keselamatan terhadap diri masing-masing. Selain daripada itu, ada juga

cadangan yang menghendaki pakaian seragam sekolah ditukar kerana dianggap

terlalu seksi yang boleh menyumbang kepada berlakunya jenayah seksual ini. Di

samping itu, terdapat juga cadangan yang lebih ekstrem iaitu dengan mengkasi

penjenayah rogol ini. Hukuman kes ini dikatakan perlu dilaksanakan kerana perogol

ini meninggalkan kesan yang amat pahit kepada mangsa dan keluarganya. Selain itu,

ada juga cadangan yang menghendaki perogol kanak-kanak sepatutnya dihukum mati

akibat kezaliman yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak ini.


Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada jenayah kejam ini.

Antaranya ialah, keadaan sekeliling yang terlalu sunyi, kelalaian ibu bapa, kebanjiran

filem-filem lucah di pasaran dan gagal mengawal nafsu. Selain itu juga, ada yang

berpendapat bahawa jenayah kejam ini dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali

oleh mangsa. Adakah kenyataan ini relevan? Ini adalah kerana pelaku jenayah rogol

ini semakin banyak dilakukan oleh mereka yang dikenali oleh mangsa. Perkara ini

dapat dilihat berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang

menunjukkan keadaan ini berlaku. Kebanyakan kes-kes rogol ini dilakukan oleh

mereka yang dikenali oleh mangsa dan ada kalanya adalah mereka yang mempunyai

pertalian darah dengan mangsa sendiri. Justeru itu, masyarakat harus sedar bahawa

tanggapan mereka yang selama ini menjurus kepada pesalah rogol dilakukan oleh

orang asing adalah ketinggalan zaman. Ini kerana kejadian rogol yang dilakukan oleh

bapa, bapa tiri, datuk, jiran, ahli keluarga terdekat dan sebagainya semakin kerap

berlaku. Inilah senario sebenar kepada kejadian-kejadian rogol yang berlaku pada

masa ini dan masyarakat harus mengenepikan persepsi usang mereka yang selama

ini menganggap rogol dilakukan oleh orang asing dan tidak dikenali oleh mangsa.

Gangguan Seksual

Ganguan seksual adalah tingkah laku seksual yang tidak diingini. Secara lazimnya, ia

kerap berlaku di tempat kerja. Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu gangguan

yang berbentuk ugutan dan gangguan yang berbentuk ancaman. Gangguan

berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status seorang wanita.

Penjenayah mengguanakan status kuasanya untuk mengugut mangsa dengan


habuan seperti kenaikan pangkat supaya keinginan seksualnya dapat dipenuhi.

Dalam bentuk ancaman pula, mangsa selalu berada dalam ancaman dari penjanayah,

seperti mengganggu ketenteraman, menguji toleransi mangsa.

Antara individu yang kerap melakukan gangguan seksual:

 Pegawai atasan terhadap kakitangan bawahan.

 Antara rakan sekerja.

 Majikan terhadap pekerja

 Pelangan terhadap pekerja dan sebaliknya.

Punca-punca gangguan seksual

Gangguan seksual adalah manifestasi yang berkaitan

kuasa. Kaum wanita lebih cenderung menjadi mangsa

gangguan seksual kerana mereka adalah pada

pandangan kaum lelaki, lemah, mudah dikuasai dan

berada dalam posisi social dan emosi yang tidak

seimbang. Adalah penting untuk melihat secara

terperinci sebab-sebab yang menyebabkan ganguan

seksual.

Keganasan dan sifat lelaki yang dominan


Hubungan antara jantina di banyak negara di seluruh dunia merekodkan keganasan

atau ketindasan seksual terhadap wanita. Data dari Amerika Syarikat menyatakan

bahawa, sebagai contoh, satu daripada sepuluh wanita dirogol atau diganggu secara

seksual. Manakala lebih separuh daripada mereka hidup dengan lelaki mengalami

keganasan rumah tangga.

Jenayah yang dilakukan oleh lelaki terhadap wanita

wujud di tempat kerja, seperti mana di tempat lain.

Ini berkait rapat dengan kedudukan sosial lelaki

yang bertanggapan mereka sebagai ketua dan

maskulin. Masalah gangguan seksual berhubung

dengan peranan yang dimainkan oleh lelaki dan

wanita dari segi aspek soioekonomi, yang mana ia secara langsung atau tidak

langsung memberi kesan kepada wanita dalam pasaran pekerja.

Sosioekonomi kaum wanita

Jikalau dikaji secara terperinci, lelaki melakukan gangguan seksual terhadap wanita

sebagai tanda menunjukkan kebencian dan ketegasan mereka apabila kaum wanita

dilihat sebagai saingan sosioekonomi.

Tambahan pula, pengelibatan wanita dalam bi dang pekerjaan telah membuka jalan

kepada dua senario. Yang pertama, golongan lelaki kesal dan merasakan wanita

sebagai ancaman dalam dunia yang didominasi oleh kaum lelaki. Ini memyebabkan

kaum wanita menjadi mangsa diskriminasi, iaitu mendapat tugas kerja yang kurang
penting, gaji yang rendah, dan gangguan seksual bagi menyebabkan mereka hilang

maruah diri dan malu. Senario yang kedua ialah menggunakan kehadiran wanita bagi

mendapatkan khidmat seks dengan janjian atau ugutan menaikkan pangkat atau

dipecat.

P E NDE RAA N S E K S U A L K A N A K - K ANAK

Penderaan seksual kanak-kanak merupakan

eksplotasi kanak-kanak bagi memenuhi nafsu seks

oleh orang dewasa. Juga merupakan inses yang

berlaku di kalangan ahli keluarga, ayah, ibu, datuk,

nenek, saudara terdekat, atau ahli keluarga angkat

yang mempunyai talian darah yang terus atau tidak.

Penderaan seksual kanak-kanak tidak sepatutnya dikeliru dengan hubungan antara

orang dewasa dengan kanak-kanak yang bertujuan bermain atau kasih saying yang

sebenar. Orang yang bertanggunjawab mengehadkan sentuhan atau hubungan fisikal

dengan kanak-kanak, menghormati mereka, sambil memelihara hubungan yang sihat.

Penderaan seks kanak-kanak merangkumi aktiviti yang luas, seperti:

Kesalahan yang tidak melibatkan sentuhan fisikal:

 Simulasi verbal

 Panggilan telefon yang berunsur lucah


 Penonjolan

 Menunjukan filem pornografi kepada kanak-kanak

Kesalahan yang melibatkan sentuhan fisikal:

 Bermanja

 Hubungan yang melibatkan seks oral atau cubaan untuk mendapatkanya

 Penetrasi vagina atau dubur

 Eksplotisasi kanak-kanak melalui pelacuran atau pornografi kanak-kanak

Penjenayah seks kanak-kanak:

Penjenayah sedemikian dilihat sebagai orang yang norma kepada mereka yang

mengenalinya.

Kebanyakan mereka mengenali kanak-kanak. statistik PDRM menyatakan bahawa

penjenayah seks kanak kanak bagi tahun 2006 adalah 89% mengenali mangsa,

dimana 53% daripada mereka adalah ahli keluarga terdekat mangsa.

P E T UNJ UK AT A U S I M TO M Y A N G DI T UNJ UK K A N

Kebanyakan mangsa penderaan seksual menunjukkan:

F IZ I K A L
 Kemerahan/kegatalan di kemaluan

 Luka/kesakitan pada kemaluan/dubur

 lendir yang keluar dari vagina atau zakar

 kesakitan abdomen

 penyakit kelamin

 kehamilan

T I NG K A H LA K U & P S I K O LOG I

 kemurungan

 kejatuhan prestasi akedemik

 lari dari rumah

 penyalahgunaan dadah/alcohol

 cubaan bunuh diri

 Psychological

 Kurang daya tumpuan

 Sikap merendahkan diri

 insomnia

Cara menangani masalah:

Melindungi anak

Ibu bapa perlu berhati semasa meninggalkan anak-anak mereka dengan orang lain

Percaya kepada anak-nak mereka


Bina hubungan yang baik dengan anak supaya mereka boleh membincangkan

masalah mereka. Kebiasaanya,kanak-kanak tidak berbohong mengenai penderaan

seks terhadap mereka. Segera melaporkan perkara sedemekian kepada pihak

berkuasa.

You might also like