Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TOKOH TEMPATAN /

ANTARABANGSA

Disediakan oleh :
Hermawati Pandi
Nurhayati Selamat
Petronella Tan
Siti Rudziah Jukim
Wilma Donna Salim
Tun Abdul Razak bin Haji
Dato' Hussein Al-Haj
Latar belakang
 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj (lahir
di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Malaysia, 11 Maret
1922 – meninggal di London, Inggris, 14 Januari 1976
pada umur 53 tahun) adalah Perdana Menteri Malaysia
ke-2, mulai tahun 1970 hingga 1976, menggantikan
Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak bin Haji Dato'
Hussein Al-Haj dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang dan merupakan anak sulung Dato' Hussein bin
Mohd. Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.

 Beliau memiliki darah bangsawan Bugis yang datang ke


Malaya pada abad ke-19. Tun Abdul Razak meninggal
dunia saat masih menjawat sebagai Perdana Menteri
pada tanggal 14 Januari 1976 kerana menderita
penyakit leukemia.
 Selain dikenali sebagai salah seorang tokoh pendiri
Malaysia, beliau juga pengasas Dasar Ekonomi Baru, iaitu
suatu program kontroversial untuk memajukan
perekonomian orang Melayu di Malaysia agar sejajar
dengan kaum keturunan Tionghoa dan Tamil. Beliau juga
pendiri Barisan Nasional pada tahun 1973.

 Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-


Haj (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau
telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Peranan dan Sumbangan
 Tun Abdul Razak berperanan dalam membentukkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di
peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada
masyarakat dan negara diberi keutamaan.
 Tindakan pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri
Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah
yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Tun Abdul
Razak mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-
sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang
kelebihan.
 Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956,
Tun Abdul Razak berjaya menyatupadukan sistem pelajaran
untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan
harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan
menjadi bahasa penghantar utama.
 Tun Abdul Razak juga merupakan salah seorang ahli Parti
Perikatan yang telah ke London bersama rombongan
kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
 Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada
tahun 1957.

 Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan Tentera


dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap.

 Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak yang mempunyai


pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik
pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis
dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun
memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun
1960.

 Tun Abdul Razak juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan


skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
 Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan
pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang
dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia'
lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia
Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan
sebegini sebelum era Tun Abdul Razak namun
matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif
dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari
ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan
pada tahun lalu.

 Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan


pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai
kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan
bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus
mencapai 30% di akhir tempoh itu.
 Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak
telah melancarkan 'Rukun negara' pada 31 Ogos 1970. Rukun
negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi
hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan
negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan
progresif.

 Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan


falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus
semulakan secara komprehensif dan pragmatik.

 Di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak, Malaysia melalui


satu proses transformasi yang besar sehingga makna
Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai.

 Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buat beliau


kerana Tun Abdul Razaklah yang bertanggungjawab
meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati
hari ini.
Tinggal Kenangan........
Sekian.......

You might also like