Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SIARAN AKHBAR

05 MAY 2008

SIHAT SENTIASA DENGAN KELAZATAN


SUSU STRAWBERI MARIGOLD HL
Nikmati perisa BARU strawberi sebenar!

SUSU Strawberi MARIGOLD HL, produk baru di bawah rangkaian susu berpasteur
MARIGOLD HL keluaran Malaysia Milk Sdn Bhd, pasti menjadi kegemaran sarapan
pagi di kalangan masyarakat Malaysia. Susu Strawberi MARIGOLD HL, 99% bebas
lemak serta tinggi kalsium dan protin, sekali gus menjadikannya minuman paling sesuai
bagi masyarakat Malaysia yang semakin sedar terhadap kesihatan diri.

Apa yang membuatkan susu Strawberi MARIGOLD HL lebih lazat ialah rasanya yang
datang dari perahan jus strawberi sebenar berbanding penggunaan bahan perasa yang
biasa digunakan. Jus strawberi meningkatkan kadar nutrisi susu strawberi MARIGOLD
HL, kerana buah strawberi mengandungi Vitamin C serta jumlah anti oksiden yang
tinggi, penting untuk melawan radikal bebas iaitu unsur yang boleh merosakkan sel dan
dipercayai dapat menyumbang kepada pembentukan sel-sel barah tertentu. Strawberi
yang sememangnya kaya dengan vitamin C, juga merupakan sumber terbaik Vitamin K,
Vitamin B5 dan Vitamin B6.

“Kami ingin menawarkan pengguna perisa alternatif bagi memenuhi citarasa mereka,
pada masa yang sama mempromosikan gaya hidup sihat. Susu Strawberi MARIGOLD
HL mengandungi kalsium dan protin yang tinggi, rendah lemak serta diperkuat dengan
9 vitamin,” kata Encik Micheal Ong, Timbalan Pengurus Besar, Cotra Enterprise Sdn
Bhd, bahagian Jualan dan Pemasaran, Malaysia Milk Sdn Bhd.

-lagi
2/.. SIHAT SENTIASA DENGAN KELAZATAN SUSU STRAWBERI MARIGOLD HL

“Kami yakin bahawa Susu Strawberi MARIGOLD HL dapat menarik minat semua orang
tidak mengira usia dan gaya hidup. Ia adalah produk yang kaya dengan pelbagai
kebaikan serta menggabungkan keseimbangan tinggi dan rendah yang sempurna di
dalam satu pek,” tambah Encik Ong.

Kini terdapat banyak sebab untuk mencuba campuran sensasi jus strawberi sebenar
dengan segala kebaikan susu MARIGOLD HL.

Susu Strawberi MARIGOLD HL didatangkan dengan pek merah jambu yang menarik
dihiasi dengan gambar lembu bertompok merah jambu sebagai maskot. Paket ini
sesuai untuk simpanan kerana diperkemas oleh penutup tidak menitik, dengan
demikian ia dapat mengelakkannya dari masalah tertumpah. Susu Strawberi
MARIGOLD HL boleh didapati di semua peruncit-peruncit terkemuka di Malaysia.

The packet is suitable for easy storage with its drip-proof cap thus eliminating the
problem of spillage.
Mengenai Malaysia Milk Sdn Bhd
Malaysia Milk Sdn Bhd ditubuhkan pada 1969. VITAGEN adalah rangkaian produk pertama
yang dikilang. Sejak dari itu, syarikat ini terus berkembang dan menambah bilangan produk
yang berjaya seperti Susu MARIGOLD HL, MARIGOLD PEEL FRESH, Minuman dan Krim
Yogurt MARIGOLD serta banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mmsb.com.my

Dikeluarkan bagi pihak Malaysia Milk Sdn Bhd oleh Rantau PR Sdn Bhd. Untuk
pertanyaan media, sila hubungi:

Adeline Phun di (603) 7955 7269, E-mel: adeline@rantaupr.com.my


Gabrielle Linang, E-mel: gaby@rantaupr.com.my

You might also like