Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Contoh Bercerita Bagi Murid Tahun 1

Saya Ialah Strawberi.

Hai semua! Kenalkah saya. Saya ialah strawberi. Saya berasal dari

Cameron Highlands. Saya rasa bertuah sangat dapat berjumpa dengan

anda semua. Mesti semua orang hendak tahu tentang saya. Mari saya

ceritakan tentang diri saya.

Kalau anda semua mahu tahu, saya sebenarnya sejenis herba. Ada

700 jenis strawberi di seluruh dunia. Saya hanya boleh ditanam di

kawasan yang sejuk. Sebab itulah di Malaysia, saya hanya boleh ditemui

di Cameron Highlands.

Mesti semua orang ingin tahu, apakah kebaikan memakan saya?

Emmmm....Mari saya ceritakan. Saya menyediakan kepada anda semua

khasiat Vitamin C. Oleh sebab itu, saya ini sangat sesuai untuk dimakan

oleh kanak – kanak. Sekiranya anda semua mahu memakan saya, pastikan

saya benar – benar cukup masak. Maksud saya apabila saya sudah

berwarna merah. Apabila saya sudah berwarna merah, waktu inilah

kandungan antioksidan saya tinggi. Antioksidan ini dapat membantu

mengelakkan penuaan kepada orang – orang dewasa. Jadi secara


mudahnya, saya boleh membantu menjaga kecantikan dan kesihatan

kulit.

Ada lagi kebaikan memakan saya. Saya juga sesuai untuk dijadikan

diet bagi pesakit diabetes. Anda semua mahu tahu kenapa? Kerana saya

mengandungi gula yang sangat sedikit berbanding buah – buahan yang

lain. Sekiranya anda semua menghasilkan jus daripada saya, jus saya ini

dapat membantu mengelakkan sembelit. Emmmmm...baik juga saya ni,

kan?

Saya ingin mengajak anda melihat kebaikan daun saya. Pasti semua

orang tidak tahu kebaikannya. Kalau anda semua mahu tahu, daun saya

ini boleh merawat dan mengubati penyakit kudis serta luka – luka.

Bagaimana hendak membuatnya? Hmmmmmmmmmmm.....Baru saya ingat.

Mula – mula, daun saya ini direbus. Kemudian air rebusan itu digunakan

untuk mencuci kudis atau luka – luka. Selepas itu, daun saya yang telah

direbus ditampal ke tempat kudis atau luka – luka tersebut.

Ada satu lagi kebaikan daun saya ini. Cuba anda semua lihat gigi

tuan saya itu..Putih kan! Hendak tahu rahsianya. Ha....Tuan saya

menggunakan air rebusan daun saya dengan cara berkumur. Dua kali
sehari sahaja tahu. Akhirnya, anda semua pasti mendapat gigi yang

putih dan sihat seperti tuan saya.

Alamak! Saya sudah lewat. Kawan – kawan saya sedang menunggu

saya di lori. Kata tuan saya, kami akan dihantar ke Kuala Lumpur.

Semoga kita berjumpa di lain kali.....Selamat tinggal....

You might also like