Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BROAD TOPIC:

KAJIAN MENGENAI PENYAKIT KULIT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN STATUS SOSIO-
EKONOMI KELUARGA YANG RENDAH

PERSOALAN:

Seringkali penyakit kulit dalam kalangan keluarga berstatus pendapatan rendah terutamanya
kanak-kanak dikaitkan dengan tahap ilmu kesihatan yang rendah.

Kanak-kanak ini dikatakan kurang prihatin terhadap tahap kesihatan diri akibat daripada kurang
pendedahan terhadap ilmu kesihatan.

Kajian dilakukan bagi mencari faktor risiko lain kejadian berlakunya penyakit kulit dalam
kalangan kanak-kanak ini selain daripada faktor tahap pendidikan.

Kajian difokuskan kepada faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi mangkin kejadian
penyakit kulit berlaku dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

TOPIC:

Menilai kolerasi prevalen kejadian penyakit kulit dikalangan kanak-kanak daripada kalangan keluarga
berpendapatan rendah dengan faktor pemakanan tidak seimbang bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke
bawah di Kg. Kindu, Daerah Tuaran, Sabah.

LITTLE POSSIBLE QUESTION:

WHAT : KEJADIAN PENYAKIT KULIT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

WHY : MENCARI KOLERASI ANTARA KEJADIAN PENYAKIT KULIT DENGAN FAKTOR


PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG

WHO : KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH DENGAN KELUARGA BERSTATUS PENDAPATAN


RENDAH

WHERE : KG. KINDU, DAERAH TUARAN, SABAH


OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KHUSUS

Menilai perkaitan antara kejadian penyakit kulit dengan faktor pemakanan tidak seimbang bagi kanak-
kanak 12 tahun ke bawah dengan status sosio-ekonomi keluarga yang rendah

OBJEKTIF KHUSUS

1. Mengkaji prevalen kejadian penyakit kulit bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dari
kalangan keluarga berpendapatan rendah
2. Menilai gizi pemakanan terbaik bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dari kalangan keluarga
berpendapatan rendah bagi mencegah kejadian penyakit kulit daripada berlaku
3. Membincangkan langkah-langkah awal mengatasi permasalahan penyakit kulit bagi kanak-
kanak luar Bandar di sabah

STATISTIK:

1. Bancian bilangan penduduk setempat dengan pembahagian lelaki dan wanita


2. Bancian bilangan penduduk setempat dengan pembahagian Umur
3. Taburan pekerjaan bagi penduduk setempat dengan pembahagian lelaki dan wanita
4. Taburan pendapatan bagi penduduk setempat dengan pembahagian purata pendapatan per
keluarga perkapita.
5. Bilangan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah
6. Bilangan pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan penyakit kulit di klinik
berhampiran dengan pembahagian purata pesakit perbulanan pertahun
7. Nisbah kanak-kanak berpenyakit kulit dengan kanak-kanak mempunyai kulit yang sihat bagi
kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
KUMPULAN SASARAN: KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH DENGAN KELUARGA BERSTATUS
PENDAPATAN RENDAH

KUMPULAN KAWALAN :

Kanak-kanak setempat dengan usia 12 tahun ke bawah dengan status pemakanan yang baik dan
tiada kejadian penyakit kulit.

KUMPULAN KAJIAN :

KUMPULAN 1: Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan status pemakanan kurang baik dan
mempunyai penyakit kulit

KUMPULAN 2: Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan status pemakanan yang baik dan tiada
kejadian penyakit kulit

METHODOLOGY KAJIAN:

Kumpulan kawalan akan terus diberikan gizi seimbang secara harian bagi tempoh tertentu. Pada akhir
tempoh kajian, status kesihatan kulit dinilai.

Kumpulan 1 diberikan gizi seimbang secara harian selama bagi tempoh tertentu. Pada akhir tempoh
kajian, status kesihatan kulit dinilai.

Kumpulan 2 kajian tidak diberikan gizi seimbang secara harian selama beberapa tempoh. Pada akhir
tempoh kajian, status kesihatan kulit dinilai.
PERNYATAAN MASALAH:

Penyakit kulit dikalangan kanak-kanak merupakan kejadian penyakit yang seringkali berlaku
dikalangan masyarakat negara kita. Pelbagai perkara telah dibincangkan berkenaan penyakit kulit
daripada punca berlakunya kejadian sehingga kepada perbincangan mengenai kaedah pencegahan.
Namun kejadian yang berlaku tidak menampakan sebarang perubahan.

Di daerah Tuaran, Sabah, kejadian penyakit kulit dikalangan kanak-kanak meningkat saban
tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tuaran, peningkatan penyakit
kulit bagi kanak-kanak pada tahun 2009 meningkat sebanyak 2% berbanding kejadian yang direkodkan
pada tahun 2008. Nisbah kejadian antara kanak-kanak luar Bandar dengan kanak-kanak di kawasan
Bandar adalah sangat tinggi dengan nisbah prevalen adalah 12:2. Bagi tahun 2009, 85.7% daripada
kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan daerah Tuaran adalah berasal daripada luar
Bandar dengan Kg. Kindu mencatatkan prevalen kejadian yang paling tinggi iaitu sebanyak 45% daripada
jumlah keseluruhan kanak-kanak luar Bandar yang mendapatkan rawatan untuk penyakit kulit.

STATISTIK

(Sumber: Jabatan Kesihatan Daerah Tuaran, 2010)

Menurut kepada Dr. Tajuddin, penyakit kulit di kalangan kanak-kanak luar Bandar yang lazim
dikaitkan dengan status sosio-ekonomi yang rendah banyak didasarkan akibat daripada kurang
kefahaman terhadap tahap kebersihan dan kesihatan diri (Dr. Tajuddin: 2008)

Atas kesedaran itu, pelbagai usaha dengan pelbagai model promosi kesihatan; kepentingan
menjaga kebersihan diri telah diadakan dikawasan-kawasan luar Bandar (Dr. Bidin: 2008)

Namun, melalui statistik yang ditunjukkan tetap menunjukkan peningkatan. Beberapa kajian
berkenaan tahap kefahaman masyarakat luar Bandar tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri
telah dijalankan dan mendapati masyarakat telah mengalami anjakan paradigma.
Kajian ini telah dilakukan bagi menilai faktor penyebab lain kepada kejadian penyakit kulit selain
daripada faktor tahap kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan diri. Kajian ini
memfokuskan kepada faktor pemakanan yang tidak seimbang kanak-kanak dalam kalangan keluarga
berpendapatan rendah.

You might also like