Watak Dan Perwatakan - Utk Guru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

(LAMPIRAN B)

WATAK DAN PERWATAKAN

 Watak ialah pelaku dalam suatu karya yang menggerakkan cerita.


 Jenis-jenis watak adalah pelbagai seperti watak utama, watak sampingan, watak bundar,
watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
1. Watak utama - watak yang berperanan amat penting dalam cerita.
2. Watak sampingan - watak yang kurang penting dalam cerita.
3. Watak bundar - watak yang mempunyai sifat-sifat tertentu seperti mempunyai
kekuatan dan kelemahan. Ia seperti watak manusia biasa.
4. Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks, tidak berkembang dan tidak
memeranjatkan pembaca.
5. Watak dinamik adalah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan dan
permasalahan dari permulaan cerita hingga ke akhir cerita.
6. Watak statik merupakan watak kaku yang tidak mengalami sebarang perubahan
atau perkembangan.
7. Watak protagonis merupakan watak utama di dalam sebuah cerita. Ia juga
dikenali sebagai watak baik. Walau bagaimanapun, watak jenis ini tidak
semestinya terdiri daripada watak baik, tampan atau cantik dan sebagainya. Ia
boleh terdiri daripada seorang penjenayah, perasuah dan sebagainya.
8. Watak antagonis adalah lawan bagi watak protagonist. Watak jenis ini biasanya
menentang watak antagonis.

 Perwatakan pula merupakan gambaran atau pelukisan sesuatu watak sama ada dari
aspek luaran mahupun dalaman.
 Sifat perwatakan biasanya digambarkan melalui fizikal, tindak-tanduk, rupa paras, cara
bercakap, cara berfikir, kepercayaaan dan ideology serta gambaran perasaan seseorang
watak.
 Pelukisan watak boleh secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang sama ada
melalui aksi, tutur kata atau watak-watak berkenaan.
(LAMPIRAN C)

NILAI PENGAJARAN

 Merupakan suatu pedoman, peringatan, pesanan atau mesej yang ingin disampaikan oleh
pengarang di dalam karya kepada pembaca.
 Nilai pengajaran boleh disampaikan secara tersurat mahupun tersirat.
 Nilai pengajaran terbahagi kepada dua iaitu nilai positif dan nilai negatif.
1. Nilai positif biasanya dimulakan dengan ayat :-
Kita seharusnya. . .
Kita hendaklah. . .
Kita semestinya. . .
2. Nilai negatif biasanya dimulakan dengan ayat :-
Kita tidak boleh . .
Kita jangan . .

You might also like