Pemakanan Diabetiswargaemas

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Pemakanan Pesakit Diabetis Mellitus 

Pengenalan.

Objektif pengurusan pemakanan;

• Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal


• Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
• Untuk mengelakkan komplikasi diabetis

Terdapat tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetis
mellitus:

• Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan


• Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
• Kumpulan 3 : Makanan yang boleh diambil secara bebas

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan


• Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
• Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
• Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau)
• Gula-gula, kuih manis, kek, coklat.
• Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis.
• Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan


Item Makanan
Bijirin dan hasil bijirin

• Nasi
• Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis
• Pasta/ makaroni/ spageti
• Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa
• Capati / Roti Canai / Tosai
• Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek

Kekacang

• Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal


Item Makanan
Susu dan hasil susu

• Susu segar
• Susu penuh krim
• Susu rendah lemak
• Susu tanpa lemak
• Susu sejat
• Low Fat Yogurt
• Keju

Buah-buahan

• Epal / limau / lai/ pir


• Pisang
• Mangga / belimbing
• Langsat / longan/ anggur
• Rambutan/ laici
• Betik / nenas / tembikai
• Nangka / Cempedak

Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas


• Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang,
tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih,
labu, boleh diambil mengikut sukatan.
• Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa
gula.
• Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih,
ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.
• Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji /
minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan
meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan
darah seseorang jika diambil secara berlebihan.

[Rujukan]

Pengurusan Pemakanan Untuk Hipoglisemia

Jika anda dan orang yang anda sayangi mempunyai tanda-tanda hipoglisemia

• Makan atau minum dengan segera salah satu makanan / minuman berikut
o Gula-gula
o 1/2 cawan jus buah-buahan
o 1/2 cawan minuman ringan seperti cordial / sirap
o 1 sudu besar gula atau madu
• Kemudian segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat
daripada doktor anda.
• Sentiasa membawa gula- gula atau kismis sebagai langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan hipoglisemia.

Makanan dan Nutrisi


Pengurusan Pemakanan untuk
Pemanis Tiruan 

• Sekiranya anda ingin memberikan rasa manis pada makanan atau minuman, gunakan
pemanis tiruan.
• Kebanyakkan pemanis tiruan mengandungi Aspartame dan ini tidak sesuai bagi
individu yang menghidapi penyakit phenylketonuria.
• Minuman yang mengandungi pemanis tiruan seperti ???Diet Coke??? , gula ???gula
dengan pemanis tiruan, diabetic chocolate dan diabetic jem boleh dambil selagi tidak
meningkatkan aras glukos darah anda.

Panduan Untuk Pesakit Diabetis

• Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. Pastikan anda mengambil makanan
mengikut waktu.
• Pelbagaikan jenis makanan anda.
• Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk
mendapatkan serat, vitamin dan mineral.
• Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh, biskut mil penuh dan oat.
• Jangan mengambil buah semasa perut kosong.
• Jus buah tidak mengandungi serat. Sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis
minuman anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda.
• Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda.
• Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30
minit selepas suntikan.
• Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya
individu yang mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia.
• Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar
Pemakanan.

You might also like