Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI

MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :
NADIA ATHIRAH ABD HAKIM
NUR ZAHIDAH SOBRI
NURUL ASIKIN ABD WAHID
DI MALAYSIA DIBAHAGIKAN KEPADA
TIGA PERINGKAT YANG BESAR:

 Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang


telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.
 Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal
yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah
Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan
hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
 Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.
ERA PRA-KOLONIAL (SEBELUM
PENJAJAHAN)
 Sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal
seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian
dan pertukangan.
 Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-
Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan
dan juga sifat kerohanian.
 Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari
pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang
ditubuhkan oleh para ulama Islam
 Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai
aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi
masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
 Kerja-kerja pertukangan, berkebun dan kesenian yang
mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai
Pendidikan Jasmani.
 Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang,
menari, bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
 Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh
dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu permainan masa lapang,
keperwiraan dan senaman tradisional.
ERA PENJAJAHAN (ERA KOLONIAL INGGERIS LAMA)

 Zaman pemerintahan British berlaku dari tahun 1784 sehingga


1842.
 Dalam era pemerintahan ini, British telah membawa banyak
perubahan dalam bidang pendidikan di negara kita terutama
bagi subjek Pendidikan Jasmani.
 Di awal pemerintahan British, subjek Pendidikan Jasmani tidak
menjadi mata pelajaran yang formal dalam jadual persekolahan
meskipun sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu telah
ditubuhkan sejak tahun 1821.
 Subjek ini lebih dikenali sebagai Latihan Jasmani dan diajar
secara berasingan untuk murid-murid tahun 1 sehingga tahun
4.
 Tujuan Latihan Jasmani diperkenal oleh pemerintahan Inggeris
di sekolah-sekolah di Tanah Melayu hanya untuk mengekalkan
status quo rakyat.
 Terdapat permainan-permainan baru telah diperkenal seperti
bola sepak, hoki, ragbi dan badminton di sekolah di zaman
awal pemerintahan Inggeris.
 Penubuhan sekolah Vernakular Melayu telah menjadi
perubahan bagi mata pelajaran Latihan Jasmani di mana ia
merupakan salah satu mata pelajaran yang diaplikasikan di
sekolah-sekolah ini
 Bagi sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah
diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851.
 Perubahan bagi mata pelajaran Latihan Jasmani bukan sahaja
dirasai oleh pelajar, malah bakal guru turut mendapat
bimbingan di mana Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-
negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils” sebagai
panduan.
 Pada zaman 1890an, murid-murid perempuan mula diajar
olahraga dan bagi murid-murid lelaki diberi latih tubi di
sekolah-sekolah di mana berlakunya pertambahan bagi mata
pelajaran Latihan Jasmani di sekolah.
 Pada tahun 1913, Maktab Perguruan di Matang, Perak
ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi
latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-
pasukan sukarelawan.
 Pada tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) dibuka
di Tanjung Malim, Perak kepada bakal-bakal guru dan ketika
itu latihan jasmani dan kebersihan merupakan kurikulum
penting bagi maktab ini, malah keutamaan diberi kepada
aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan yang membawa
pengaruh penjajahan Inggeris.
 Pada tahun 1923 hingga 1925, mata pelajaran
Pendidikan Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah
Rendah di beberapa tempat seperti di Pulau Pinang,
Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar.
 Pada tahun 1924, pemerintah British telah melantik
seorang pengusaha Pendidikan Jasmani bagi sekolah-
sekolah di negeri-negeri Selat.
 Pada ketika itu, sukatan pelajaran mata pelajaran
Pendidikan Jasmani belum tersusun dan guru-guru yang
tidak pernah menerima latihan khusus sebelum ini
ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah.
 Pada tahun 1930, kerajaan British telah memulakan
rancangan latihan Pendidikan Jasmani di seluruh negara.
 Ketika itu, rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani
mula dilancarkan dan diperluaskan ke seluruh negara
melalui kursus perkhidmatan.
 Malah di sekolah, sukatan yang yang digunakan untuk
mengajar Pendidikan Jasmani ialah Latihan Fizikal.
 Ketika itu juga, masyarakat di Tanah melayu mula sedar
akan kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap
kehidupan seharian.
 Pada tahun 1940, sukatan pelajaran telah disemak dan
dikaji semula selaras dengan perkembangan pendidikan
ketika itu.
ERA PENJAJAHAN (ERA PENJAJAHAN JEPUN)

 Zaman pemerintahan Jepun bermula pada tahun 1941


 Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, rancangan
pendidikan yang ditadbir oleh Kerajaan British sebelum
ini tergendala termasuklah bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.
 Ketika zaman pemerintahan Jepun, latihan jasmani
bertujuan membentuk individu yang patuh kepada
arahan, taat pada pemerintah iatu kerajaan Jepun dan
berdisplin, malah latihan jasmani yang diadakan lebih
bercorak ketenteraan.
 Pemerintah Jepun telah perkenalkan satu latihan jasmani
yang dikenali sebagai Tai Sho yang menyerupai latih tubi
beramai-ramai.
 Bagi sesetengah sekolah pula, latihan berkawad diadakan
di sekeliling kampung yang berhampiran dengan sekolah
dan murid-murid juga diberi latihan berkebun.
 Bagi bakal-bakal guru pula, kursus guru diadakan di
Maktab Perguruan Singapura di Beras Basah Road
selama 3 bulan.
 Melalui kursus ini, bakal-bakal guru didedahkan kepada
pelbagai jenis latihan ala Jepun yang meliputi pengajian
bahasa Jepun, latihan jasmani, beberapa mata pelajaran
umum dan Nippon Seshin.
ERA KOLONIAL (BRITISH SEBELUM
MERDEKA)
 Setelah era penjajahan Jepun, Tanah Melayu dijajah
semula oleh British.
 Sekolah-sekolah dibuka semula dan latihan jasmani
dikekalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah.
 Tujuan pembelajaran Pendidikan Jasmani ketika itu
seakan sama semasa era kolonial Inggeris lama di mana
latihan jasmani dicampur dengan aktiviti berkebun untuk
mengekalkan status quo penjajahan Inggeris.
 Pertandingan senaman dan permainan yang
diperkenalkan semasa era kolonial Inggeris lama seperti
bola sepak, hoki, ragbi dan badminton dihidupkan
semula.
 Selain itu, senaman turut diadakan selama 30 minit
setiap hari sebelum pelajar masuk ke kelas.
 Namun, tidak semua sekolah dapat melaksanakan latihan
jasmani sepenuhnya kerana beberapa faktor seperti
kekurangan kemudahan dan peralatan untuk membuat
latihan jasmani, tiada kawasan yang sesuai untuk
menjalankan latihan tersebut serta kekurangan guru-guru
terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
 Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran
khusus bagi latihan jasmani diteruskan semula di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Perguruan
Perempuan Melaka (MPPM) setelah tergendala akibat
kedatangan Jepun.
 Sekitar tahun 1946 hingga 1948, sukatan pelajaran
latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI.
 Ini bertujuan untuk mengadakan satu sukatan yang
formal untuk sekolah rendah dan menengah.
 Melalui sukatan tersebut, pengajaran Pendidikan Jasmani
dapat diselaraskan di seluruh negara.
 Latihan jasmani dan aktiviti berkebun diadakan selama
30 minit pada setiap hari sebelum pelajar masuk ke
kelas.
 Pada tahun 1952, guru-guru tempatan dihantar ke luar
negara bertujuan untuk meluaskan pengetahuan tentang
mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
ERA SELEPAS MERDEKA

 Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada


tahun 1957, mata pelajaran Pendidikan Jasmani masih
diteruskan berpandukan sukatan pelajaran sedia ada
semasa era penjajahan di mana sukatan tersebut
mengekalkan status quo penjajah Inggeris.
 Bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa pada masa
itu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula
sekitar tahun 1960an.
 Pada tahun 1966, wujud satu sukatan pelajaran untuk
kanak-kanak lelaki dan perempuan
 Usaha lain untuk meningkatkan mutu mata pelajaran
Pendidikan Jasmani seperti penubuhan Majlis Sukan
Sekolah Malaysia (MSSM) oleh Kementerian Pelajaran
pada tahun 1958 serta penubuhan Maktab Perguruan
Ilmu Khas (MPIK) di Cheras.
 Kursus tambahan selama satu tahun turut diadakan di
MPIK bermula pada tahun 1960 di mana kurikulumnya
seakan sama dengan Kursus Diploma Perguruan
Pendidikan Jasmani di Britain.
 Pada tahun 1961, kursus tambahan untuk guru-guru
wanita diperkenal bagi memantapkan penguasaan guru
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
 Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mula
melibatkan aktiviti sukan dan permainan.
 Permainan dan olahraga dijadikan sebagai aktiviti
lanjutan Pendidikan Jasmani di sekolah .
 Malah, mata pelajaran ini turut menjadi mata pelajaran
wajib dalam kurikulum bagi sekolah rendah dan
menengah.
 Pada tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani disemak
dan dikeluarkan semula dalam versi Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris.
 Sukatan yang baru ini lebih berkesan dan dinamik kerana
lebih fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran
termasuk tarian moden dan gimnastik untuk pelajar
perempuan.
 Selain itu, bagi mengikuti perkembangan semasa,
Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani ke
dalam kurikulum bagi kursus diploma pendidikan.
 Langkah ini bertujuan untuk melengkapkan bakal-bakal
guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan
dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

You might also like