Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mewujudkan Persekitaran Sihat

Dalam negara sedang rancak membangun, masyarakat tidak sedar bahawa


mereka telah mengbaikan persekitaran. Di dada-dada akhbar sering memaparkan berita
tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia,
persekitaran sihat adalah satu tempat yang membolehkan anggotanya hidup untuk
mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup. Persekitaran sihat
membekalkan masyarakat dengan keadaan fizikal, psikologikal, sosial, dan organisasi
yang dapat mempromosi dan melindungi kesihatan dan keselamatan mereka.
Persekitaran sihat bermaksud satu keadaan persekitaran yang bersih, selamat, dan
indah yang merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja, dan taman.

Usaha pertama yang perlu dilakukan adalah menerusi kempen, seperti


meletakkan papan tanda “Sila Jaga Kebersihan” di tempat yang sering dilihat orang
ramai. Kempen ini menyokong dan merperkukuhkan lagi kempen-kempen kesihatan
yang sedia ada seperti Kempen Anti-Nyamuk dan Kebersihan Nasional, Program
Bandaraya Sejahtera, Kempen Menghijau Alam, Kempen Cintai Sungai Anda, dan
Kempen Kitar Semula. Oleh itu, Jalinan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan
agensi-agensi kerajaan lain serta agensi-agensi bukan kerajaan amat penting
memandangkan kesihatan ialah isu sejagat yang melibatkan semua orang.

Kitar semula adalah proses memperoleh atau menjadikan sebahagain atau


semua bahan daripada sampah untuk diguna semula. Mempelajari tentang kitar semula
dan mempraktikkannya ialah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, seluruh rakyat
Malaysia disaran supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana
masa depan terletak di tangan kita sendiri. Antara bahan-bahan yang boleh dikitar
semula ialah kertas, plastik, kaca, dan pakaian. Pada tahun 2002, telah diadakan Hari
Kitar Semula Kebangsaan untuk menggalakkan masyarakat memanfaatkan bahan yang
terbuang tetapi masih boleh digunakan lagi.

Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Untuk memastikan persekitaraan


bersih, aktiviti gotong-royong perlu dilakukan. Sebagai contoh, untuk mengatasi
masalah pembiakan nyamuk aedes, para penduduk digalakkan bersama-
samabergotong-royong membersihkan kawasan perumahan masing-masing. Biasanya,
sepanjang aktiviti itu, penduduk membersihkan kawasan longkang, mengutip sampah,
membersihkan semak samun dan membuang pelepah serta dahan pokok. Biasanya
aktiviti seperti ini akan menerima sokongan daripada anggota majlis tempatan. Majlis
tempatan yang menaungi sesuatu tempat tinggal sudah pasti akan mengadakan
program mengutip sampah secara tetap. Majlis tempatan berperanan mengadakan
aktiviti memotong rumput, penyelenggaraan tapak semaian, penyelengaraan pokok
kayu dan bunga yang sedia ada, dan menanam pokok dan bunga. Usaha yang dijalankan
diyakini dapat mewujudkan dan mengekalkan alam sekitar.
Kesimpulannya, untuk mengekalakan persekitaran yang sihat memerlukan
penglibatan setiap ahli masyarakat. Masyarakat perlu berganding bahu iaitu saling
membantu bagai aur dengan tebing demi kesejahteraan penduduk setempat. Irving W
ada berkata, “Apabila keadaan kesihatan keluarga anda baik, maka kemungkinan anda
dapat hidup lama serta makmur”. Jelaslah bahawa kesihatan itu perlu dan kesihatan
akan mudah diperoleh jika persekitaran tempat tinggal kita berada dalam keadaan
bersih dan ceria.

You might also like